Anda di halaman 1dari 17

Nama Murid :…………………………………………… Tahun: …………………

Sains
Mei
2019
60 minit
SEKOLAH KEBANGSAAN LARKIN (SATU)
JOHOR BAHRU

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN


2019

SAINS KERTAS 1
TAHUN 6
( 60 minit )

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1) Jawab semua soalan yang diberikan.


2) Baca soalan yang disediakan terlebih dahulu.
3) Jawapan hendaklah ditulis pada ruang yang disediakan.
4) Kertas soalan ini hendaklah diserahkan sebaik sahaja ujian selesai

Disediakan dan disemak oleh Disahkan oleh

(NIKMAN BIN MAJIDI) (NAZLI NAZRI BIN ABU HASSAN)


Guru Dan Ketua Panitia Sains Guru Besar SK Larkin (Satu)
_____________________________________________________________________
[ Lihat halaman sebelah ]
© 2019 Hak Cipta SK Larkin (Satu) SULIT
SULIT

1 Rajah 1 di bawah menunjukkan aktiviti yang melibatkan daya.


Rajah 1

Antara berikut, aktiviti yang manakah melibatkan jenis daya yang sama seperti dalam
rajah?

A Bermain badminton

B Menolak troli

C Memanah

D Menendang bola

2. Rajah 2 di bawah menunjukkan pengelasan haiwan berdasarkan organ


pernafasannya masing-masing.

X Y

Rajah 2

Manakah antara berikut boleh dikelaskan dalam kumpulan yang sama


dengan X?
A. Ikan C. Penyu
B. Cacing D. Ulat beluncas

3. Rajah 3 menunjukkan pemerhatian yang dilakukan menggunakan mikroskop


terhadap sejenis mikroorganisma yang terdapat di kolam sekolah.

2
Rajah 3

Apakah yang dibuktikan berdasarkan pemerhatian di atas?

A. Mikroorganisma bermain
B. Mikroorganisma bertumbuh
C. Mikroorganisma bernafas
D. Mikroorganisma bergerak

4. Apakah maksud kelajuan?

A. Jarak antara dua titik.


B. Besarnya suatu permukaan
C. Ukuran cepat atau lambat sesuatu pergerakan dari suatu tempat ke
tempat yang lain.
D. Masa yang diambil oleh objek untuk bergerak

5. Najihah ingin membuat penyiasatan tentang ciri khas yang terdapat pada
pokok serai bagi melindungi dirinya daripada musuh.
Antara langkah berikut, yang manakah perlu dilakukan oleh Najihah untuk
mendapatkan keputusan yang tepat ?

A. Menulis pemerhatian dalam jadual yang disediakan


B. Mencabut tumbuhan itu untuk melihat akarnya
C. Membuat pemerhatian ke atas daun tumbuhan itu
D. Melakar tumbuhan itu dan mewarnakannya dengan cantik

6. Maklumat berikut membandingkan saiz bagi tiga adunan doh yang telah
diletakkan kuantiti yis yang berbeza. Adunan dibiarkan selama 20 minit di atas
meja.

 Doh P lebih besar daripada doh Q dan doh R


 Doh Q lebih kecil daripada doh P tetapi lebih besar daripada doh R

Carta palang yang manakah mewakili maklumat di atas ?

3
Saiz doh Saiz doh
A C

P R
Q R
Q
Doh P Doh

Saiz doh Saiz doh


B D

P Q
Q
P
R R
Doh Doh

7. Rajah 4 menunjukkan keadaaan dapur di sebuah kedai makan di bandar M.

4
Rajah 4

Pernyataan manakah yang betul bagi menerangkan situasi di atas ?

A. Pelanggan di kedai itu akan mengalami sakit kepala


B. Pelanggan di kedai itu akan mengalami cirit-birit
C. Pelanggan di kedai itu akan mengalami sakit dada
D. Pelanggan di kedai itu akan mengalami demam panas

8. Rajah 5 menunjukkan kegunaan sejenis mikroorganisma dalam proses


pembuatan beberapa jenis makanan.

Pau

Temp Yis Roti


e

Tapa
i
Rajah 5

Apakah yang akan berlaku sekiranya mikroorganisma itu tidak digunakan


dalam proses tersebut ?

A. Makanan tidak rosak dengan cepat


B. Makanan tidak dapat dihadam dengan betul
C. Makanan tidak berkulat dengan banyak
D. Makanan tidak dapat dihasilkan dengan baik
9. Rajah 6 menunjukkan satu kempen kesedaran yang dianjurkan oleh sebuah
klinik kesihatan.

5
Rajah 6

Apakah kebaikan daripada kempen ini ?

A. Tangan lebih bersih dan mencegah penyakit daripada berjangkit


B. Tangan tidak berminyak
C. Tangan menjadi lembut dan harum
D. Tangan perlu dicuci tujuh kali sehari dengan menggunakan sabun dan
air bersih

10.

Apakah yang dimaksudkan dengan bahan kenyal ?

A Bahan yang tidak menyerap air


B Bahan yang menghalang arus elektrik menembusinya
C Bahan yang membenarkan arus elektrik melaluinya
D Bahan yang boleh kembali ke bentuk asal apabila diregangkan
11. Alat pengukur masa piawai yang berikut ialah
A. C.

B. D.

12. Rajah 7 di bawah menunjukkan kedudukan mata semasa mengambil bacaan isi
padu cecair. Kedudukan mata yang manakah yang betul untuk mendapatkan
bacaan yang tepat dalam rajah tersebut?

A.

D.

6
C.

Rajah 5

13. Rajah 8 di bawah menunjukkan sebuah periuk nasi elektrik.

Rajah 8
Manakah antara berikut yang mengalami perubahan tenaga sama seperti
alat elektrik di atas ?

A. Kipas siling
B. Televisyen
C. Seterika
D. Mesin basuh

7
14. Antara berikut yang manakah menunjukkan situasi pantulan cahaya?

A. Kolam kelihatan cetek daripada kedalaman sebenar


B. Straw kelihatan membengkok di dalam gelas berisi air
C. Gigi di dalam mulut dapat dilihat dengan jelas menggunakan cermin pergigian
D. Jari tangan kelihatan membesar apabila dilihat di bawah kanta pembesar

15. Rajah di bawah menunjukkan dua jenis litar P dan Q.

Mentol

Litar P Litar Q

Manakah antara berikut pernyataan yang betul bagi nyalaan mentol kedua-dua
litar ?

A. Nyalaan mentol bagi litar Q lebih terang dari nyalaan mentol litar P
B. Kedua-dua litar mempunyai nyalaan mentol yang sama terang
C. Nyalaan mentol bagi litar P lebih terang dari nyalaan mentol litar Q
D. Kedua-dua litar mempunyai nyalaan mentol yang malap

16. Apakah definisi suhu ?

A. Kepanasan atau kesejukan sesuatu bahan


B. Ukuran darjah kepanasan sesuatu bahan
C. Haba yang diserap dan dibebaskan
D. Sukatan kepanasan dalam unit piawai

17. Maklumat di bawah merujuk kepada cara hidup haiwan. Manakah situasi yang
menunjukkan kelemahan dalam haiwan hidup berkumpulan?
A. Memerang membina sarang mereka bersama-sama
B. Sekumpulan ikan membentuk corak bagi mengelirukan musuh
C. Apabila singa jantan berburu, singa betina menjaga anak-anaknya.
D. Rusa yang lemah dalam kumpulannya sukar melarikan diri daripada
pemangsa

18. Rajah 9 menunjukkan persaingan antara haiwan, L dan M.

dubuk

singa

L M
rusa

Rajah 9

Manakah antara berikut merupakan faktor persaingan bagi haiwan di atas ?

L M
A. Ruang Pasangan
B. Makanan Air
C. Air Pasangan
D. Pasangan Makanan

19. Maklumat di bawah menerangkan tentang satu situasi simbiosis antara haiwan.

Burung gembala kerbau dapat makanan dengan makan kutu yang ada
pada badan kerbau. Manakala kerbau pula mendapat manfaat
kerana tiada kutu yang menghisap darahnya.

Manakah antara berikut merupakan interaksi yang sama seperti situasi di atas ?
A. Ikan remora dengan ikan yu
B. Kucing dengan sengkenit
C. Buran dengan umang-umang
D. Cacing pita dalam badan manusia

20. Rajah di bawah menunjukkan empat jenis haiwan, W, X, Y dan Z.

W X

Y Z

Manakah antara haiwan di atas yang diancam kepupusan ?

A. W dan X sahaja
B. Y dan Z sahaja
C. W dan Z sahaja
D. X dan Y sahaja

21. Rajah 10 di bawah menunjukkan sejenis alat berfungsi dalam suatu keadaan.

Rajah 10

Apakah perubahan keadaan bahan yang berlaku ?


A Gas kepada cecair
B Cecair kepada gas
C Pepejal kepada gas
D Cecair kepada pepejal

22. Rajah 9 di bawah menunjukkan sebatang paku besi, X dan Y diletakkan di dalam
dua tabung uji yang berbeza.

Air didih minyak


Air paip
Paku X Paku Y

Rajah 11

Apakah yang dapat diperhatikan selepas seminggu ?

A Kedua-dua paku X dan Y akan berkarat

B Paku Y sahaja yang akan berkarat

C Paku X sahaja yang akan berkarat

D Kedua-dua paku X dan Y tidak akan berkarat

23. Antara berikut, yang manakah menunjukkan hubungan kelajuan, jarak dan
masa dengan betul?

A. Kelajuan = Jarak x Masa


B. Kelajuan x Jarak = Masa
C. Kelajuan = Jarak / Masa
D. Jarak = Kelajuan / Masa

24. Berikut ialah sifat-sifat bahan.


Sifat Bahan

Tidak boleh Mempunyai Mempunyai


dimampatkan Isipadu tetap Bentuk tetap
Manakah antara bahan-bahan berikut mempunyai sifat-sifat seperti di atas ?

A Dakwat C Getah Pemadam


B Oksigen D Cecair Pemadam

25. Antara berikut yang manakah kepentingan mengekalkan kebersihan sumber air?

A Mengekalkan suhu badan


B Memastikan terdapat tempat berkelah
C Memudahkan untuk kita mandi-manda
D Memelihara hidupan akuatik di lautan

26. Pilih pasangan yang benar tentang bahan dan sifat kimianya dalam jadual berikut.

Bahan Sifat Kimia


A Terung Neutral
B Ubat gigi Asid
C Air kelapa Alkali
D Susu segar Neutral
27. Kejadian siang dan malam disebabkan

A. Putaran lengkap Bumi pada paksinya ialah 24 jam


B. Fasa Bulan berlaku kesan daripada peredaran Bumi mengelilingi Matahari
C. Bumi berputar pada paksinya serentak dengan peredarannya mengelilingi
Matahari
D. Bulan merupakan satelit semula jadi Bumi.

28. Antara berikut, objek manakah tidak berkarat?

A. Paku besi
B. Kaca
C. Jarum
D. Klip kertas

29. P : Zuhal Q : Neptun


R : Uranus S : Musytari

Antara susunan berikut yang manakah mengikut urutan planet yang betul bermula
dengan yang paling hampir dengan matahari?

A. P Q R S
B. Q R S P
C. R S Q P
D. S P R Q
30. Antara yang berikut, yang manakah kesan tindakan mikroorganisma bakteria ke atas
makanan?

I Ikan berbau busuk


II Nasi menjadi masam
III Gulai menjadi masin
IV Daging ayam bertambah pejal

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

31. Maklumat berikut menunjukkan langkah-langkah proses pengetinan bahan makanan.

Pilih urutan yang betul bagi langkah-langkah dalam proses itu.

A X, W, Z, Y
B W, X, Y, Z
C Z, Y, W, X
D Z, W, X, Y

32. Maklumat berikut menunjukkan ciri-ciri sebuah planet.

• Mempunyai lapisan ozon


• Mempunyai kandungan oksigen yang cukup untuk hidupan bernafas

Berdasarkan maklumat di atas, manakah planet yang sesuai?

A Planet ketiga
B Utarid
C Planet Paling Besar di Sistem Suria
D Planet paling jauh dalam Sistem Suria

33. Antara yang berikut, yang manakah bahan makanan yang sesuai diawetkan dengan
kaedah pengeringan supaya tahan lama?

A J dan L
B J dan M
C K dan L
D K dan M

34. Antara bahan makanan berikut, yang manakah bersifat asid?


A Gula
B Peria
C Cuka
D Minyak masak

35. Kura-kura merupakan antara haiwan yang bergerak perlahan di dunia.


Kura-kura ini dapat bergerak sejauh 7.6 sentimeter dalam masa 1 saat.
Apakah unit kelajuan yang sesuai digunakan?

A. km/j
B. m/s
C. ml/s
D. cm/s

36. Apakah yang dimaksudkan dengan pemuliharaan?

A. Menyediakan tempat tinggal yang terurus dan selamat


B. Usaha mengekalkan haiwan dan tumbuhan dengan baik
C. Usaha mengembalikan haiwan dan tumbuhan kepada keadaan asal
D. Usaha menjaga haiwan dan tumbuhan supaya bilangannya bertambah

37.

Alatan di atas digunakan untuk membantu


mengatasi had keupayaan manusia. Bagaimana ia membantu
manusia?

A. Untuk melihat objek yang kecil


B. Untuk melihat objek yang jauh
C. Untuk mendengar bunyi yang sangat perlahan
D. Untuk mendengar bunyi yang sangat kuat

38. Antara yang berikut, yang manakah tidak mempengaruhi kestabilan dan kekuatan
sesuatu struktur binaan?

A. Bahan yang digunakan


B. Ketinggian
C. Luas tapak
D. Kos pembinaan
39. Antara jambatan berikut, yang manakah paling kuat?

40. Antara langkah-langkah berikut, yang manakah perlu dilakukan untuk mengelakkan
pembaziran?

A. Tidak membawa beg barang sendiri semasa hendak membeli belah


B. Menggantikan peralatan lama dengan peralatan yang lebih baharu
C. Menggunakan bekas makanan bagi menggantikan bekas polistirena
D. Sentiasa menggunakan bahan yang mencemarkan

Anda mungkin juga menyukai