Anda di halaman 1dari 2

KERTAS KERJA

BENGKEL BIJAK KIMIA

SPM 2020
(Fasa 1)
ANJURAN
1.0 TAJUK PROGRAM
Bengkel Teknik Menjawab Soalan bagi subjek Sains SPM 2019(FASA DUA)

2.0 PENGENALAN
Dalam meningkatkan prestasi murid dari segi akademik, pihak sekolah berusaha semampu
yang boleh bagi mengembang potensi pelajar termasuklah menjemput pihak luar untuk
memberikan suasana yang berbeza berbanding PdP di dalam kelas.
Justeru, pendekatan khusus yang lebih sistematik dan terancang diambil untuk
memberi peluang kepada para murid meningkatkan keazaman dan kesungguhan bagi
berusaha mencapai kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM 2019 khususnya bagi
mata pelajaran Sains.
Bengkel teknik menjawab merupakan salah satu wadah yang digunakan oleh pihak
sekolah untuk mencapai hasrat ini. Pihak sekolah amat berharap agar bengkel ini dapat
memberi nafas baru kepada para pelajar seterusnya memberikan impak yang maksimum
dalam usaha meningkatkan keputusan akademik para pelajar.
3.0 MATLAMAT
3.1 Meningkatkan penguasaan murid tentang teknik menjawab yang berkesan dan
efektif.
3.2 Memberikan pendedahan kepada murid tentang kemahiran menjawab dengan cara
yang betul dan efektif.
3.3 Memberi panduan kepada murid dalam pengurusan masa sepanjang menjawab
peperiksaan sedang berlangsung.

4.0 OBJEKTIF
4.1 Pelajar dapat memberi jawapan dengan tepat selaras dengan peraturan
pemarkahan yang ditetapkan.
4.2 Pelajar dapat membuat pembahagian masa yang tepat dalam menjawab soalan
sebagaimana masa yang telah ditetapkan.
4.3 Bagi meningkatkan pencapaian Gred A seterusnya mencapai sasaran GPMP SPM
2019 bagi subjek sains melalui teknik menjawab yang betul.

Anda mungkin juga menyukai