Anda di halaman 1dari 4

Cara Menurunkan Berat Badan (Turunkan

Dengan Cepat & Sihat)

Cara menurunkan berat badan


Minum air kosong dengan banyak
Apabila kita mula melakukan rutin senaman secara kerap, adalah menjadi
suatu kebiasaan untuk kita berasa cepat lapar.
Namun begitu, rasa lapar tersebut sebenarnya bukan disebabkan badan kita
memerlukan makanan tetapi adalah akibat kekurangan air. Meminum air
kosong dengan banyak akan menyebabkan kita berasa “kenyang” dan
mengurangkan selera makan.
Meminum air bukan hanya menyingkiran toksin daripada tubuh badan tetapi
juga menjadikan metabolisme anda berfungsi pada tahap optimum di mana ia
penting dalam pembakaran lemak.

Malah, dalam kajian pada tahun 2013 berdasarkan kepada 14 orang lelaki
dan wanita yang sihat mendapati bahawa mereka berjaya meningkatkan
kadar metabolisme sebanyak 30 peratus selepas minum kira-kira 16 auns air!

Kurangkan karbo, banyakkan protein


Meningkatkan pengambilan protein anda adalah cara terbaik untuk
mengurangkan berat badan dengan cepat dan membakar lemak.
Malangnya, kebanyakan orang tidak mendapat protein yang secukupnya
dalam diet mereka terutamanya bagi rakyat Malaysia yang menjadikan nasi
yang mengandungi kandungan karbohidrat yang tinggi sebagai makanan ruji.

Karbohidrat yang masuk ke dalam tubuh badan manusia akan bertukar


menjadi gula di mana ianya akan bertukar menjadi lemak.

Tips yang paling mudah untuk mengira jumlah protein yang anda perlukan
adalah dengan mengambil 0.7 hingga 1 gram bagi setiap paun berat badan
anda. Contohnya, jika berat badan anda adalah 150 paun, anda perlu
mendapat 75 hingga 150 gram protein sehari.

Sediakan makanan sendiri


Antara tabiat buruk yang sukar untuk disingkirkan oleh mereka yang
mempunyai masalah berat badan adalah pengambilan snek atau makanan
ringan yang tidak sihat.
Ini kerana kebanyakan snek yang diproses adalah karbohidrat semata-mata
atau dikenali sebagai kalori kosong di mana ia meningkatkan kadar gula
dalam darah anda dan akhirnya menyebabkan anda menjadi semakin lapar
selepas itu.

Oleh itu, anda dinasihati supaya menyediakan sendiri snek anda di rumah
yang terdiri daripada buah-buahan yang sihat, minuman smoothie dan
sebagainya.

Ambil limau gedang (Grapefruit)


Penyelidikan terkini mendapati bahawa limau gedung mempunyai manfaat
yang besar dalam proses penurunan berat badan disebabkan enzim yang
dikenali sebagai AMP-activated protein kinase (AMPK) yang terdapat dalam
buah tersebut.

AMPK membantu tubuh badan anda menggunapakaikan gula yang tersimpan


di mana ia menyebabkan peningkatan metabolisme anda.

Selain itu, nootkatone, komponen yang terdapat dalam limau gedang,


dikatakan dapat meningkatkan aktiviti pembakaran lemak (AMPK). Oleh itu,
serapkan diet limau gedang di dalam pemakanan harian anda seperti dengan
menghasilkan smoothie yang enak.

Minum teh hijau


Minuman teh herba seperti teh hijau, teh putih, teh hitam dan teh rooibos
mampu meningkatkan metabolisme anda.

Menurut satu kajian dalam American Journal of Nutrition Clinical, teh hijau
lebih berkesan berbanding teh lain seperti teal oolong untuk proses
penurunan berat badan kerana mengandungi kadar catechin yang tinggi.

Jadi, jika anda ingin mengurangkan berat badan dengan pantas, minumlah 1-
3 cawan teh hijau setiap hari.

Makanan serat tinggi


Antara cara menurunkan berat badan yang lain ialah dengan makan ‘fibre‘.
Bukanlah ‘fibre cable‘ yang digunakan Unifi di rumah kita. Ini adalah makan
yang mengandung kandunga ‘fibre‘ yang tinggi.
Makanan serat yang tinggi akan membantu anda berasa kenyang lebih lama
dan membantu mengurangkan keinginan terhadap makanan bergula.

Makanan berserat juga terbukti untuk mengimbangi gula dalam badan,


menurunkan kolesterol dan pelbagai lagi manfaat yang lain.
Kebiasaannya, seseorang hanya mendapat 15-20 gram serat setiap hari
walaupun mereka sebenarnya memerlukan 30-40 gram setiap hari.

Biasakan makan di rumah


Sama ada anda seorang chef atau tidak langsung pandai memasak,
menyediakan makanan ringan dan makanan anda sendiri akan membantu
anda menurunkan berat badan dengan cepat.

Dengan mengawal sukatan bahan, lemak dan minyak dalam makanan anda,
anda boleh membuat pilihan yang sihat tanpa perlu mengorbankan makanan
dan perisa yang anda gemari.

Tambahan pula, kebanyakan peniaga makanan menggunakan bahan yang


berkualiti rendah untuk menjimatkan kos di mana bahan tersebut memberikan
kesan yang buruk kepada kesihatan anda untuk jangka panjang.

Mulakan dengan melakukan satu hidangan sehari di rumah. Apabila anda


merasa lebih selesa di dapur, tambahkan jumlah tersebut.

Makan nasi separuh


Apabila terdapat banyak makanan di dalam pinggan, maka anda akan lebih
cenderung untuk makan dengan cepat untuk menghabiskan makanan
tersebut.
Ini adalah tidak elok untuk sistem penghadaman anda. Cubalah kurangkan
kuantiti makanan dan kunyah dengan perlahan-lahan.

Sebaliknya juga, apabila anda makan dengan cepat, maka anda lebih
cenderung untuk makan terlalu banyak. Oleh itu, makanlah dengan berpada-
pada, mengunyah secara perlahan-lahan dan menikmatilah rasa makanan
anda!

Proses ini akan memastikan bahawa anda tidak mengambil kalori yang
berlebihan.
Akhir kalam

Kurus atau gemuk adalah tentang fizikal. Cantik fizikal itu adalah bonus.
Orang gemuk juga ada yang cantik.

Namun, bila bicara tentang cara cepat turunkan berat badan, ia adalah
tentang kesihatan. Jagalah kesihatan sebelum penyakit datang menjengah.
Jika usia sudah lanjut, sekiranya ada tanda penyakit jantung, cepat-cepat
jumpa doktor.

Sebelum mengundur diri, kami cadangkan anda cuba cara diet Atkins jika ada
kesempatan.

Semoga bermanfaat.

Anda mungkin juga menyukai