Anda di halaman 1dari 3

Lakukan 7 Senaman Ini Untuk

Kempiskan Perut Anda


NoJenis Senaman
#1 Bangkit Tubi
#2 Berbasikal
#3 Senaman kayuhan basikal
#4 Berjogging
#5 Berjalan kaki
#6 Push-Up
#7 Plank

Ya terdapat pelbagai cara untuk kempiskan perut buncit tetapi itu


semua bukan mudah untuk kita lakukan tanpa usaha. Untuk Anda
yang sedang berusaha untuk kempiskan perut tu, anda boleh buat
beberapa senaman yang saya kongsikan ini. Aktiviti yang saya akan
kongsikan ini boleh dilakukan sebagai senaman kempiskan perut
lelaki dan juga perempuan.

Senaman Untuk Kempiskan Perut


1. Bangkit Tubi

Menurut orang yang berpengalaman, bangkit tubi adalah senaman


yang paling efektif untuk kempiskan perut.
2. Berbasikal

Aktiviti berbasikal merupakan senaman kardio berimpak rendah yang


membakar banyak lemak pada kawasan perut. Oleh itu, kalau anda
sedang berusaha untuk mengempiskan perut, berbasikal adalah
senaman yang terbaik untuk anda.

3. Senaman kayuhan basikal

Jika anda tiada apa-apa jenis basikal, usah risau. Anda masih boleh
lakukan senaman kayuhan basikal tanpa menggunakan basikal.
Caranya:

 Baring diatas yoga mat.


 Letak tangan dibawah kepala.
 Naikkan kaki ke atas dan buat gerakan seperti anda sedang mengayuh
basikal.
 Anda akan berasa tekanan pada otot perut.

4. Berjogging

Ramai menyangka bahawa aktiviti berjongging adalah untuk


meningkatkan tahap kecergasan dan menurunkan berat badan,
bukannya untuk mengempiskan perut. Yang sebenarnya, semasa
berjogging, seluruh tubuh badan membakar lemak termasuk perut.
Semakin laju anda berlari, semakin kuat otot perut bekerja lalu
membakar lemak dengan lebih banyak. Proses memkabar lemak di
kawasan perut membantu mengempiskan perut anda.

5. Berjalan kaki

Selain berjogging, aktiviti berjalan kaki juga merupakan senaman


kempiskan perut yang anda boleh lakukan. Ianya sangat sesuai bagi
mereka yang mengalami kecederaan dan tak mampu untuk berlari.
Lagi laju anda berjalan, lagi cepat perut anda akan kempis.

6. Push-Up

Rasanya semua orang tahu bagaimana untuk melakukan push up.


Push up merupakan senaman kempiskan perut yang sangat berkesan.

7. Plank

Senaman plank seakan-akan push up cuma bezanya anda perlu


kekalkan kedudukan tanpa naik dan turun. Dengar macam mudah,
tapi bila dah buat baru akan rasa. Paling penting, pastikan badan
anda lurus bukannya melengkung. Jika anda rajin lakukan
plank, perut anda akan kempis dengan cepat.

Semoga anda sentiasa semangat melakukan senaman kempiskan


perut ini.
Semoga bermanfaat. Sekian.

Anda mungkin juga menyukai