Anda di halaman 1dari 1

Koleksi Hadith

Sabar Menghadapi Kesusahan


Daripada Aishah RA katanya, “Rasulullah SAW wafat dan meninggalkan baju besinya yang
digadaikan kepada seorang yahudi dengan tiga puluh gantang gandum.”
(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
 
Huraian Hadith :
 

1. Islam menyuruh umatnya supaya bersabar menghadapi kesusahan dan kesempitan hidup.
2. Islam melarang umatnya daripada bersusah payah mencari kesenangan hidup di dunia yang
boleh melalaikan daripada mengingati Allah SWT.
3. Harus bermuamalah dengan ahli kitab.
4. Rasulullah SAW membuat gadaian kepada orang yahudi sedangkan dikalangan sahabatnya
sendiri ada yang kaya kerana bertujuan menyatakan keharusannya, atau kerana bimbang
sahabat tidak mengambil apa-apa bayaran daripada Rasulullah SAW atau cagaran malah
mereka akan memberikan apa yang dihajati oleh Rasulullah SAW tanpa sebarang bayaran.
5. Harus berhutang bagi mereka berniat untuk membayar, dan harus pula membuat gadaian.

 
Sumber :
 Kitab Riyadhus Salihin
 
Kemaskini Terakhir: 15 Oktober 2016
Hits: 11931

Anda mungkin juga menyukai