Anda di halaman 1dari 10

1.

0 PENDAHULUAN

Awal kanak-kanak merupakan satu perubahan tempoh masa kanak-kanak dari masa
lahir hingga ke umur lapan tahun. Pertubuhan Kebangsaan bagi Pendidikan Kanak-
kanak Muda atau lebih dikenali dengan nama The National Association for the
Education of Young Children (NAEYC) telah memberikan definisi pendidikan awal
kanak-kanak sebagai segala program pendidikan yang memberi layanan, asuhan dan
bimbingan kepada kanak-kanak sejak mereka lahir hingga berusia lapan tahun.

Pertumbuhan kanak-kanak pula didefinisikan sebagai perubahan yang boleh dinilai


dan diukur secara kuantitatif daripada satu peringkat ke satu peringkat yang lain (Atan
Long, 1978). Perubahan yang dimaksudkan adalah perubahan fizikal yang melibatkan
pertambahan kuantiti seperti contoh perubahan dari segi berat badan, tinggi dan
pertambahan saiz badan. Misalnya, pertambahan berat badan kanak-kanak dari
10kilogram semasa berusia dua tahun dan menjadi 12 kilogram semasa berumur 3
tahun (Lefrancois, 1990).

Atan long (1980) telah mendefinisikan perkembangan sebagai satu perubahan yang
bersifat kualitatif. Sifat perubahan ini tidak dapat diukur tetapi jelas berlaku jika
dibandingkan dengan peringkat yang lebih awal. Sebagai contoh perubahan pada
rambut manusia daripada berwarna hitam semasa remaja menjadi putih pada
peringkat akhir dewasa. Perkembangan merupakan satu perubahan yang berturutan
dan kekal dalam diri seseorang hasil daripada kematangan, pembelajaran dan
pengalaman (Ramlan Jantan & Mahani Razali, 2000).

Perubahan zaman sekarang telah membawa banyak perubahan kepada pendidikan


awal kanak-kanak. Pendidikan awal kanak-kanak ini telah dijadikan sebagai satu
profesion oleh masyarakat bukan sahaja di negara kita Malaysia bahkan juga di
negara-negara lain. Sebagai buktinya, kewujudan pusat-pusat asuhan kanak-kanak
seperti tabika KEMAS, Pusat Anak Permata Negara (PERMATA), TASKA dan
sebagainya. Walau bagaimanapun, profesion di dalam pendidikan dan perkembangan
awal kanak-kanak ini haruslah dikaji dan diteliti dengan mendalam supaya kanak-
kanak ini mendapat hak yang sewajarnya mengikut Akta Kanak-kanak 2001.
Perbincangan seterusnya akan diterangkan dengan lebih terperinci berhubung dengan
konsep profesionalisme dalam pendidikan dan perkembangan awal kanak-kanak
termasuk Piawaian Pembangunan Profesional Dalam Bidang Pendidikan Awal Kanak-
kanak.

2.0 PROFESIONALISME

Perkataan profesionalisme berasal daripada perkataan “profesi” yang bermaksud


sesuatu bidang pekerjaan. Profesionalisme ialah sifat-sifat (kemampuan, kemahiran,
cara pelaksanaan sesuatu dan lain-lain) sebagaimana yang sewajarnya terdapat pada
atau dilakukan oleh seseorang profesional. Menurut Philips (1991:43), definisi
profesionalisme ialah individu yang bekerja sesuai dengan piawaian moral dan etika
yang ditentukan oleh pekerjaan tersebut. Istilah profesional pada umumnya adalah
seseorang yang mendapat upah atau gaji dari apa yang dikerjakan, baik dikerjakan
secara sempurna maupun tidak (Martinis Yamin, 2007).

Pekerjaan profesional ditunjang oleh suatu ilmu tertentu secara mendalam yang hanya
mungkin diperoleh dari lembaga-lembaga pendidikan yang sesuai sehingga kinerjanya
didasarkan kepada keilmuan yang dimilikinya yang dapat dipertanggungjawabkan
secara ilmiah (Wina Sanjaya, 2008).

Profesionalisme seperti yang ditakrifkan oleh Institut Tadbiran Awam Negara


(INTAN) menyebut ‘perkhidmatan secara profesionalisme bermakna setiap anggota
organisasi harus mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi dan kemahiran yang
mencukupi bagi menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka.

Profesionalisme dibina berdasarkan kepada integriti seseorang individu. Selain itu


juga, profesionalisme juga memperlihatkan tanggungjawab dan amalan etika yang
menunjukkan rasa hormat yang mendalam kepada semua kanak-kanak dan keluarga
mereka.

Pada pemahaman saya berkaitan dengan konsep profesionalisme ini, profesionalisme


adalah berkait rapat dengan kerjaya yang diceburi oleh seseorang. Profesionalisme
juga memperlihatkan sejauh mana tanggungjawab, ketelusan dan dedikasi yang dapat
disumbangkan oleh individu kepada pekerjaan yang diceburi mereka. Sebagai contoh,
mengambil konteks pendidikan awal kanak-kanak, profesionalisme sebagai guru
tabika, guru yang mendidik kanak-kanak pada peringkat awal. Mereka yang
menceburi profesion ini haruslah mempunyai perasaan tanggungjawab yang tinggi
serta telus dalam memberikan didikan kepada anak-anak kecil kerana mereka masih
memerlukan jagaan yang rapi jika dibandingkan dengan anak-anak yang telah besar.

Terdapat enam piawaian di dalam standard pembangunan profesional dalam bidang


pendidikan awal kanak-kanak. Berikut merupakan penjelasan yang lebih terperinci
bagi setiap piawaian atau standard yang dimaksudkan;

2.1 Standard Satu : Menggalakkan Pembangunan Dan Pembelajaran Kanak-


Kanak

Mereka yang telah mempunyai program-program ijazah yang melibatkan


pendidikan awal kanak-kanak telah dibekalkan dengan pengetahuan asas
berhubung dengan ilmu tentang perkembangan awal kanak-kanak. Mereka
akan menggunakan ilmu pengetahuan yang melibatkan kefahaman mereka
kepada perwatakan kanak-kanak tersebut selain daripada menggunakan
kemahiran-kemahiran lain seperti kemahiran interaktif untuk membolehkan
kanak-kanak ini belajar dan membina persekitaran mereka sendiri yang sihat,
dihormati, disokong dan mencabar bagi setengah kanak-kanak.

Bidang pendidikan awal kanak-kanak ini sebenarnya telah mencipta sejarah


yang tersendiri dalam membangunkan asas pengetahuan kanak-kanak dengan
program-program awal kanak-kanak yang telah dirancang yang bertujuan
untuk menyokong dan memberikan pembangunan yang positif terhadap semua
kanak-kanak. Walaupun ruang dan penekanan kepada asas pengetahuan di
dalam pendidikan awal kanak-kanak telah diberikan perubahan namun
demikian, bidang profesional yang melibatkan diri di dalam bidang ini telah
mengenal pasti sumber-sumber ilmu pengetahuan yang lain yang menjadi satu
faktor yang sangat penting kepada kurikulum dan program-program yang
melibatkan kanak-kanak ini atau dengan kata lain, pendidikan awal kanak-
kanak ini akan sentiasa berterusan dari semasa ke semasa mengikut peredaran
masa.
2.2 Standard Dua : Membangunkan Keluarga Dan Hubungan
Kemasyarakatan

Keluarga merupakan bahagian yang sangat penting di dalam kehidupan


seorang kanak-kanak. Pembinaan hubungan yang baik dengan keluarga kanak-
kanak serta komuniti di sekitarnya akan dapat membantu dalam proses
pencapaian kejayaan seseorang kanak-kanak. Walaupun demikian, untuk
melaksanakan standard ini, kita haruslah terlebih dahulu kenal dan faham akan
latar belakang keluarga kanak-kanak. Kolaborasi dengan keluarga kanak-
kanak ini akan menyebabkan mereka merasakan diri mereka disokong serta
dilindungi. Berikut merupakan beberapa aktiviti yang boleh dilaksanakan
dalam menjaga dan membina hubungan baik di antara kanak-kanak dan
keluarga mereka.

1) mengadakan perbincangan dengan ibu bapa kepada kanak-kanak jika


anda bercadang untuk mengadakan aktiviti memasak terutama kepada mereka
yang mempunyai cara-cara pemakanan yang tersendiri supaya mereka juga
turut dapat melibatkan diri.

2) Menggunakan bahasa-bahasa pertuturan yang mudah dan jelas untuk


difahami oleh kanak-kanak ketika berinteraksi dengan mereka.

3) Memberikan tanggapan yang baik kepada kanak-kanak serta keluarga


mereka dalam usaha untuk membentuk jalinan silaturahim antara kanak-
kanak.

Pembinaan hubungan yang baik antara keluarga kanak-kanak ini adalah


merupakan satu perkara yang penting yang mana akan membolehkan anda
senang untuk membuat sesuatu pengurusan terhadap kanak-kanak terlibat
tidak kira daripada aspek disiplin, pembelajaran dan sebagainya.

2.3 Standard Tiga : Memerhati, Membuat Pendokumentasian Dan Menilai


Sokongan Kanak-Kanak Dan Keluarga

Salah satu tanggungjawab yang paling penting dalam profesion pendidikan


awal kanak-kanak ini ialah tanggungjawab untuk memerhati, membuat
pendokumentasian serta menilai sokongan kanak-kanak dan keluarga mereka.
Pengurusan yang baik kepada tanggungjawab-tanggungjawab ini akan dapat
memberikan satu impak yang baik dalam aspek membuat keputusan cara
untuk mendidik kanak-kanak.

Pemerhatian yang dilaksanakan adalah merujuk kepada pemerhatian di


sekeliling serta tingkah laku seseorang kanak-kanak. Sebagai seorang
profesional, kita hendaklah mengkaji dengan lebih mendalam sikap seorang
kanak-kanak tersebut supaya mereka akan merasa diri mereka dihargai dan
dihormati oleh orang lain. Bukan itu sahaja, bahkan mereka juga akan
memperoleh keyakinan diri mereka dengan sendiri.

Penglibatan ibu bapa dalam hal ini juga adalah sangat penting. Seseorang
profesional boleh mendapatkan maklumat-maklumat berkaitan dengan kanak-
kanak tersebut daripada mereka sendiri kerana mereka (ibu bapa) yang lebih
tahu dan lebih mengenali anak-anak mereka.

2.4 Standard Empat : Menggunakan Pendekatan Perkembangan Yang


Berkesan Untuk Membina Hubungan Dengan Kanak-Kanak Dan
Keluarga

Dalam profesion pendidikan awal kanak-kanak, kita sememangnya mahukan


yang terbaik kepada kanak-kanak di bawah jagaan. Oleh yang demikian, ilmu
pengetahuan berkaitan dengan pendekatan perkembangan kanak-kanak adalah
penting untuk dipraktikkan dalam usaha untuk membantu perkembangan
seseorang kanak-kanak. Pendekatan yang dimaksudkan juga adalah bertujuan
untuk mewujudkan satu ikatan dan hubungan yang baik antara kanak-kanak
dengan profesion yang kita ceburi serta hubungan dengan keluarga.

2.5 Standard Lima : Menggunakan Kandungan Pengetahuan Untuk


Membina Kurikulum Yang Bermakna

Mereka yang telah mempunyai ijazah dalam pendidikan awal kanak-kanak


mampu untuk menggunakan pengetahuan mereka di dalam bidang akademik
yang telah mereka pelajari untuk mereka bentuk, melaksana dan menilai
pengalaman yang dapat menggalakkan perkembangan positif dan
pembelajaran bagi setiap kanak-kanak. Selain itu juga, mereka lebih faham
akan kepentingan domain dalam pembangunan dan akademik serta disiplin
dan kurikulum awal kanak-kanak. Konsep-konsep penting, alatan bantuan
serta struktur kandungan, termasuklah juga dengan mata pelajaran yang akan
diajar di institusi yang diwujudkan boleh diguna pakai di dalam pembentukan
pemahaman kanak-kanak yang berada di dalam struktur organisasi profesional
yang disediakan.

2.6 Standard Enam : Menjadi Profesional

Standard yang terakhir di dalam piawaian profesion di dalam pendidikan awal


kanak-kanak yang telah dikeluarkan oleh NAEYC ialah menjadi profesional.
Bagi mereka yang mahu melibatkan diri di dalam profesion ini, terlebih dahulu
haruslah menyiapkan diri mereka dengan persediaan-persediaan yang
secukupnya seperti mempelajari garis panduan etika pengurusan dan
pentadbiran, serta menguasai standard-standard atau piawaian yang telah
ditetapkan supaya mereka dapat menjalankan tugas dengan lebih baik dan
menjadikan profesion sebagai guru atau pengurusan institusi pendidikan awal
kanak-kanak ini mencapai kejayaan yang lebih baik.

3.0 ISU SEMASA BERKAITAN DENGAN PROFESION PENDIDIKAN AWAL


KANAK-KANAK

Sejak kebelakangan ini, pelbagai isu yang telah kita dengar berkaitan dengan profesion
pendidikan awal kanak-kanak ini. Isu-isu yang sering disebut ialah melibatkan kes-kes yang
sangat membimbangkan ibu bapa terutamanya untuk menghantar anak-anak mereka ke pusat-
pusat jagaan atau institusi-institusi pendidikan kanak-kanak seperti taman asuhan kanak-
kanak (TASKA), taman bimbingan kanak-kanak (TABIKA) dan sebagainya. Berikut
merupakan perbincangan berkaitan dengan isu-isu semasa yang berkaitan dengan profesion
pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia.

3.1 Pembukaan Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA) di Tempat Kerja

Isu berkaitan dengan pembukaan TASKA di tempat kerja ini adalah merupakan satu isu yang
telah dibangkitkan di Dewan Rakyat pada tahun 2012. Menurut laporan yang telah
dikeluarkan oleh Sinar Harian bertarikh 28 Mac 2012, isu ini telah menarik perhatian
beberapa anggota parlimen yang kebanyakannya memberikan kata sepakat melihat kepada
usaha untuk meningkatkan bilangan wanita di dalam pasaran pekerjaan.
Namun demikian, terdapat beberapa kekangan yang dihadapi untuk mewujudkan taska di
tempat kerja seperti kekangan di dalam aspek ruang yang tidak sesuai, kos pembiayaan dan
kesukaran mendapatkan pekerja dan pengasuh yang terlatih. Disebabkan kekangan dan
masalah yang dihadapi itu, hanya 60 buah taska di tempat kerja di dalam sektor awam telah
ditubuhkan dan telah didaftarkan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Namun demikian, ada pula yang kurang berpuas hati dengan alasan kekangan berkenaan dan
berharap agar kementerian yang terlibat dapat memandang serius keperluan mengadakan
taska atau pusat jagaan kanak-kanak ini kerana ini merupakan satu keperluan bagi ibu bapa
khususnya yang masih muda.

3.2 Kes-kes Penderaan dan Kematian Kanak-kanak di Pusat-pusat Jagaan dan Asuhan
Kanak-kanak.

Sejak kebelakangan ini, kita sering melihat dan mendengar berita-berita yang kurang
menyenangkan di media-media seperti televisyen dan akhbar-akhbar berkaitan dengan
profesion dalam penjagaan dan pendidikan kanak-kanak. Baru-baru ini sahaja kita telah
digemparkan dengan satu kes kematian bayi yang berusia tujuh bulan yang telah dipercayai
meninggal di pusat asuhan kanak-kanak di Wangsa Maju. Menurut penulisan di Harian
Metro, 30 September 2013, bayi tersebut telah mengalami muntah darah dan penjaga yang
menjaga bayi tersebut tidak memaklumkan kepada ibu bapa bayi tersebut.

Selain itu juga, ingatkan kita akan satu kes yang berlaku di Ipoh, Perak pada Julai 2012 yang
lalu di mana seorang kanak-kanak yang berusia enam tahun telah dirotan di kepala kerana
alasan bising di dalam kelas (myMetro, 20 Julai 2013). Ini merupakan satu tindakan yang
tidak wajar yang telah dilaksanakan oleh guru yang terlibat mengajar dan mengasuh di tadika
tersebut.

Ini adalah isu yang sangat menakutkan bukan sahaja kepada ibu bapa yang ingin menghantar
anak-anak mereka di pusat-pusat asuhan bahkan juga turut melibatkan profesionalisme di
dalam pendidikan awal kanak-kanak semakin merundum. Ramai ibu bapa yang risau untuk
meninggalkan anak-anak mereka di pusat-pusat asuhan kanak-kanak kerana khuatir hal-hal
sebegini terjadi. Ini berikutan terlalu banyak kes-kes seperti kes dera, kes cabul dan
sebagainya terjadi di pusat-pusat asuhan dan didikan kanak-kanak.

Hal ini telah memperlihatkan kepada satu pandangan yang negatif terhadap profesionalisme
pendidikan awal kanak-kanak. Jika pihak-pihak yang terlibat tidak dapat menjalankan
profesionalisme tersebut dengan baik, maka akan menjadi satu masalah yang besar kepada
mereka-mereka yang mahu menceburi profesionalisme ini kelak.

3.3 Jabatan Kemajuan Masyarakat Mengarahkan Agar Meneliti Personaliti Yang Bermina
Untuk Bekerja di Taska

Satu lagi isu yang diutarakan ialah isu berkaitan dengan individu yang ingin mencari
pekerjaan sebagai pengasuh atau pendidik di taska atau pusat-pusat asuhan dan jagaan kanak-
kanak. Arahan telah dikeluarkan oleh JKM untuk mengenalpasti dan meneliti mereka-mereka
yang berminat untuk bekerja sebagai pengasuh di pusat asuhan kerana bimbang kes-kes
seperti kes dera, kes layanan buruk kepada kanak-kanak akan berulang lagi pada masa yang
akan datang.

3.4 Isu Kelayakan Guru Tabika

Kelayakan guru-guru tabika yang bekerja di pusat-pusat didikan kanak-kanak menjadi satu
isu yang turut hangat diperkatakan. Menurut Kosmo yang bertarikh 31 Oktober 2012,
Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah berkata bahawa hanya 3 peratus sahaja
daripada guru-guru pra sekolah swasta yang ada di Malaysia merupakan guru-guru yang
berkelayakan manakala selebihnya tidak. Ini bermakna terdapat 97 peratus guru-guru pra
sekolah swasta yang tidak mempunyai kelayakan yang sewajarnya untuk mengajar dan
mendidik anak-anak yang dihantar ke pusat-pusat asuhan atau institusi yang berkaitan. Oleh
yang demikian, beliau turut berkata kepada mereka yang terlibat untuk mengambil langkah
proaktif sama ada menyambung pengajian di dalam bidang yang berkaitan dengan mendapat
sekurang-kurangnya diploma di dalam bidang berkaitan.

4.0 RUMUSAN

Sebagai kesimpulannya, profesion di dalam pendidikan awal kanak-kanak ini adalah satu
profesion yang mulia dan sangat baik jika dilaksanakan mengikut panduan dan dasar-dasar
yang telah ditetapkan. Namun, disebabkan oleh kejadian dan persekitaran yang berlaku sejak
kebelakangan ini telah menyebabkan profesion ini semakin hambar dan semakin dipandang
serong oleh masyarakat.

Penghayatan individu terhadap sesuatu profesion yang diceburi adalah sangat penting bagi
membolehkan profesion yang diceburi itu menjadi satu profesion yang mantap. Dalam
konteks profesionalisme di dalam pendidikan awal kanak-kanak ini, menjadi satu
tanggungjawab yang sangat berat untuk mereka yang mahu melibatkan diri di dalam
profesionalisme sebagai guru tabika, pengasuh kanak-kanak di pusat-pusat asuhan dan
sebagainya. Ini berikutan terjadinya kes-kes yang tidak diingini seperti kes-kes kematian dan
penderaan serta pencabulan di institusi pendidikan awal kanak-kanak ini yang telah
memberikan satu pandangan serong terhadap masyarakat lain terutama ibu bapa yang kurang
yakin untuk melepaskan anak-anak mereka di bawah tanggungjawab kita.

Oleh yang demikian, menjadi tanggungjawab kita, sebagai individu yang terlibat di dalam
profesionalisme ini untuk sama-sama menukar pandangan negatif individu di luar sana
berkenaan dengan profesionalisme yang kita ceburi ini supaya nama baik profesionalisme ini
dapat diperoleh dan dijaga semula dengan baik.

Saya percaya jika mereka yang terlibat dengan profesionalisme ini memberikan sepenuh
keikhlasan dan komitmen yang tinggi dalam pelaksanaan profesionalisme ini, nescaya
profesionalisme di dalam pendidikan awal kanak-kanak ini akan dapat dibanggakan.
5.0 RUJUKAN

Mohd Kamal Hassan (1988), “Etika Kerja dan Professionalisme: Satu Tinjauan
Semula”, (Kertas Kerja Seminar Etika Kerja dan Profesionalisme dari perspektif
Islam, Anjuran Institut Penilaian Negara INSPEN, Kementerian Kewangan
Malaysia, 29 Februari-5 Mac 1988)

Haji Mohd Shahar Sidek (1993), “Profesionalisme dan Akauntabiliti: Beberapa


Definisi & Isu-isu Organisasi” dalam Warisan Gemilang: Buletin INTAN 1976-
1991, Kuala Lumpur: INTAN.

INTAN (2006), Pengurusan dan Pentadbiran Awam Malaysia, Kuala Lumpur:


MAMPU isu taska jadi perhatian di dewan rakyat. Sinar harian, 28 Mac 2012

Budak Tadika Dirotan Di Kepala, Mymetro, 12 Julai 2012.

Anda mungkin juga menyukai