Anda di halaman 1dari 3

Anjing dan bayang - bayangnya

Di dalam sebuah kampung, ada seekor anjing yang sudah tua lagi terbiar. Tidak ada sesiapa yang
mahu mendekati apatah lagi untuk memeliharanya. Sebelum ini, anjing tersebut telah dipelihara
oleh satu keluarga berbangsa Cina. Setiap hari makanannya sedap belaka dan makanannya pula
disediakan mengikut masa yang tepat. Bulunya cantik berkilat kerana sentiasa disikat dan dimandikan
oleh tuannya. Apabila ia berasa lapar, ia akan terus menuju ke arah pinggan yang berada di hujung
beranda. Tetapi apabila ia sudah tua, ia dihalau seperti anjing kurap. Betul kata pepatah melayu anjing
kurap bermaksud sesuatu yang tidak elok dan tidak berguna lagi.
Setiap hari sukar untuk anjing tersebut mencari makan. Apabila terserempak dengan manusia pula,
ada yang membaling batu dan ada pula yang membalingnya dengan kayu. Terpaksalah anjing itu lari
menyelamatkan dirinya kerana takut terkena batu atau kayu. Kadang kala hinggap juga batu atau
kayu di kaki atau badannya. Apatah lagi luka dan lebam di kaki atau badannya. Tiap kali anjing
tersebut terpaksa merayau-rayau di kawasan sampah sarap dengan mengharapkan agar ada saki baki
makanan yang boleh dimakan untuk mengisi perutnya yang lapar. Pada suatu hari, sedang anjing itu
berjalan-jalan di satu kawasan kampung, ia telah terlihat seketul tulang. Hatinya sangat gembira
kerana hari itu merupakan rezekinya yang tidak disangka-sangka. Cepat-cepat anjing tersebut
menggonggong tulang tersebut dan ia pun berlari dengan sekuat hatinya agar tidak ada sesiapa yang
melihatnya.
Anjing itu pun berlari dan terus berlari sehinggalah sampai di sebuah sungai. Anjing tersebut terpaksa
melalui sebatang titi untuk meneruskan perjalanannya agar dia boleh memakan tulang itu dengan
tidak ada sesiapa yang akan mengganggunya. Ia melalui titi tersebut dengan penuh berhati-hati agar
tulang itu tidak jatuh ke dalam sungai itu. Sambil ia melalui titi tersebut, dia melihat ada bayang-
bayang di dalam sungai itu.
Dengan perlahan-lahan dia pun melihat di permukaan air sungai itu. Didapatinya ada seekor lagi
anjing yang sedang menggonggong seketul tulang yang sama sepertinya. Maka ia pun berfikir jika dia
dapat tulang yang digonggong oleh anjing di dalam sungai itu, maka dia akan mempunyai satu lagi
tulang yang menjadikannya ada dua ketul tulang. Dia terus menyalak sambil menunjukkan taringnya
untuk menakutkan anjing yang ada di dalam sungai itu. Dengan salakannya itu ia mengharapkan agar
anjing yang berada di dalam sungai itu lari dan meninggalkan tulang yang sedang digonggongnya.
Apatah lagi, tiba-tiba tulang yang digonggongnya pun terus jatuh ke dalam sungai. Terkebil-kebil
matanya melihat tulangnya yang telah hilang dan tenggelam tidak kelihatan lagi. Alangkah
kasihannya anjing tersebut kerana dia tidak dapat merasai kenikmatan tulang yang baru sahaja
diperoleh pada hari itu.
Arahan :Baca dan fahami petikan ini, jawab soalan dengan betul.

Nama arnab saya Comot. Bulu badan arnab saya putih dan gebu.

Arnab saya comel. Arnab saya suka makan lobak dan minum susu.

Arnab saya pandai melompat menangkap bola.

A) Guru menyoal murid berkenaan bahan bacaan yang di baca oleh murid.

1. Apakah nama arnab kamu ?


Nama arnab saya ialah __________________________.

2. Apakah warna bulu badan Comot ?


Warna bulu badan Comot ialah ___________________.

3. Apakah yang Comot suka makan dan minum ?


Comot suka makan ______________ dan minum_______.
Mari baca dan catat maklumat :-

Bad

Nama saya Bad. Saya berumur 6 tahun. Saya tinggal di Fasa


2B Seri Manjung.
Saya suka minum air milo. Makanan kegemaran saya ialah
nasi ayam.Saya suka akan warna hijau.
Pada masa lapang, saya suka mengumpul stem. Saya bercita
– cita untuk menjadi juruterbang.

Rakan Bad

Nama rakan karib saya ialah Ina. Umur Ina 5 tahun. Dia
tinggal di Fasa 2B Seri Manjung.
Dia suka makan nasi kerabu. Minuman kegemarannya ialah
limau suam.Ina suka akan warna merah.
Pada masa lapang , dia suka bermain badminton. Dia bercita –
cita ingin menjadi guru.

Anda mungkin juga menyukai