Anda di halaman 1dari 1

Pada suatu petang, Amir dan rakan-rakan ke padang bola untuk bermain bola.

Selain itu,
terdapat juga kanak-kanak lain yang turut sama bermain di sekitar kawasan itu. Di tepi padang
tersebut ada sebuah pondok. Di pondok itu, Amir dan rakan-rakannya berkumpul setiap hari.
Setelah penat bermain, Amir dan rakan-rakan ke pondok tersebut untuk berehat seketika
sebelum sambung bermain.

Tibanya mereka di pondok, Amir ternampak sebuah kotak kecil yang berisi mancis api
lalu dia mengambil kotak tersebut. Manakala rakannya yang lain terus naik ke atas pondok
untuk berehat. Dia tidak tahu apa fungsi kota kecil itu lalu membelek-beleknya dengan lebih
teliti. Kemudian, kotak kecil itu terbuka lalu dia mengeluarkan sebatang mancis api. Dia
bermain dengan batang mancis itu pada badan kotak mancis api. Tanpa disangka, api itu
menyala kerana dia mengacu pada dedaun yang kering. Lantas Amir pergi mengutip daun-
daun kering yang lain lalu menaburkannya ke atas longgokkan api yang menyala. Rakan-
rakan Amir tidak menyedari perbuatan Amir tersebut kerana mereka sudah terlena di atas
pondok.

Tiba-tiba, api yang kecil tadi makin marak lalu menyambar pondok yang berhampiran.
Seketika Amir terkedu dengan apa yang terjadi ada di antara rakan Amir tersedar akibat
terbau asap yang kuat. Mereka terjaga dari ketiduran lalu menjerit-jerit “ Api. Api. Api.”
Mereka berlari bertempiaran. . Tanpa disedari, tangan Amir telah melecur akibat terkena api
tadi. Ada sekumpulan kanak-kanak yang lalu di kawasan itu, memanggil meminta
pertolongan orang kampung. Seorang budak perempuan bertindak pantas dengan berlari ke
arah pondok telefon untuk menelefon bomba.
Api makin marak. Amir sudah menangis ketakutan. Beberapa minit kemudian, pihak
bomba dan ambulans tiba ke tempat kejadian pun tiba. Mereka segera memadamkan
kebakaran tersebut dan memeriksa kawasan sekitar supaya tiada mangsa tragedi. Kebakaran
itu dapat dikawal dengan oleh pihak bomba. Para jururawat memeriksa mangsa-mangsa yang
terlibat.
Setelah disiasat, punca kebakaran terjadi akibat perbuatan Amir yang bermain api.
Amir telah ditegur oleh pihak bomba supaya tidak lagi melakukan perbuatan tersebut. Amir
berjanji tidak akan lagi melakukan perbuatan tersebut.

Anda mungkin juga menyukai