Anda di halaman 1dari 10

SK RINCHING HILIR, BANGI, 43000 KAJANG, SELANGOR

UJIAN BULANAN 1 (MAC 2020)

BAHASA MELAYU TAHUN 4 (PEMAHAMAN)

Nama : _______________________________________ Tahun 4 :


_________________

BAHAGIAN A
(20 markah)
Soalan 1 hingga 12
Bulatkan jawapan yang paling sesuai.

1. Dia merakamkan keindahan pemandangan itu dengan__________ digitalnya.


A. komputer C. kamera
B. radio D. jam

2. ______________ merupakan seorang petugas sukarelawan ke Syria yang membantu


merawat mangsa perang yang cedera.
A. Sarjan Zamri C. Doktor Wan
B. Cikgu Halim D. Mak Esah

3. Pegawai farmasi itu berpesan supaya se_________ ubat yang mengandungi 14 biji
tablet itu perlu dihabiskan.
A. keping C. papan
B. biji D. helai

4. Se ____________ tembikai itu berharga RM6.00.


A. buah C. ekor
B. biji D. pasang

5. Darus dan Intan bersahabat karib. _______ tinggal sekampung.


A. Dia B. Kita
C. Kami D. Mereka

6. Setiap ibu bapa akan ________ akan keselamatan anak mereka.


A. sedih C. takut
B. bangga D. risau

7. Jangan ____________ sewaktu menuruni tangga kerana boleh mengakibatkan


kecederaan.
A. cepat C. laju
B. jelas D. gopoh
1
8. Jiwa dan perasaannya lebih __________ setelah pulang dari Mekah.
A tenang C gembira
B terharu D bimbang

9. Sayur-sayuran yang dijual di pasar sangat segar dan murah harganya.


Perkataan berlawan bagi segar ialah
A. layu B. lemah
C. mahal D. jernih

10. Aizat sedang ______________ membersihkan kelas supaya lebih bersih dan ceria.
A. bertugas C. berehat
B. berhimpun D. berharap

11. Encik Azlan _________________ terima kasih kerana dijemput ke majlis itu.
A. merasakan C. memberikan
B. mengamalkan D. mengucapkan

12. Kita perlu ______________ langkah-langkah pencegahan penyakit tangan-kaki dan


mulut.
A. melakukan C. memastikan
B. mengamalkan D. melengkapkan

13. ________________ suaminya meninggal dunia, Puan Aini selalu bersedih.


A. Sementara C. Semenjak
B. Walaupun D. Sebab

Pilih ayat tanya yang paling sesuai bagi ayat yang diberikan.

14. Kerja membaiki jambatan yang rosak itu dilakukan oleh semua penduduk kampung.

A. Siapakah yang melakukan kerja membaiki jambatan yang rosak itu?


B. Mengapakah penduduk kampung membaiki jambatan yang rosak itu?
C. Benarkah penduduk kampung bersetuju untuk membaiki jambatan yang rosak itu?
D. Bagaimanakah penduduk kampung itu membaiki jambatan yang rosak itu?

15. Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

I. Lembu yang tertambat pada pokok itu telah hilang.


II. Saya tertambat ke sekolah kerana bangun lewat.
III. Para penonton tertambat dengan gelagat badul yang lucu itu.
IV. Tandas itu tidak boleh digunakan lagi kerana telah tertambat.

A. I dan II sahaja B. I dan III sahaja


C. I dan IV sahaja D. I, III dan IV sahaja

2
Pilih ayat sama maksud dengan ayat diberikan.

16. Oleh sebab tidak memakai lencana Kok Yao didenda oleh guru disiplin.
A. Guru disiplin yang tidak memakai lencana sekolah didenda oleh Kok Yao.
B. Kok Yao didenda oleh guru disiplin kerana tidak memakai lencana sekolah.
C. Kok Yao dan guru disiplinnya didenda kerana tidak memakai lencana sekolah.
D. Guru disiplin itu didenda oleh Kok Yao kerana tidak memakai lencana sekolah.

Soalan 17 hingga 20
Baca petikan di bawah. Kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.
BANDAR PENAWAR, 20 FEBRUARI 2020 – Telah diadakan Program Kempen Derma Darah yang diadakan
di Dewan Besar IKBN Bandar Penawar bermula jam 10.00 pagi hingga 2.00 petang. Program dianjurkan oleh
Jabatan Perubatan Transfusi Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru dengan kerjasama Institut Kemahiran
Belia Negara (IKBN) Bandar Penawar.

 Kempen ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada warga IKBN Bandar Penawar yang terdiri
daripada pelajar dan kakitangan IKBN. Selain itu, terdapat juga orang perseorangan dari agensi dan PBT
Pengerang menjayakan kempen ini. Seramai 40 orang telah menderma darah. Kempen ini diadakan bagi
memastikan bekalan darah sentiasa mencukupi dan berada pada paras yang selamat.

 Darah yang didermakan dapat menyelamatkan nyawa, membantu pesakit yang memerlukan darah seperti mangsa
kemalangan, pesakit thalassemia, pesakit yang menjalani pembedahan dan sebagainya.

Terdapat beberapa kebaikan kepada mereka yang menderma darah. Antaranya ialah penderma boleh mengetahui
jenis darah mereka, tahap tekanan darah dan kandungan hemoglobin. Penderma juga dapat merasakan badan
mereka lebih sihat kerana darah yang baru dan segar akan dihasilkan. Bagi memastikan darah yang diderma
selamat digunakan, darah yang didermakan akan diuji untuk mengesan jangkitan Hepatitis B dan C, HIV dan
Sifilis.

17. Dimanakah program Kempen Derma Darah diadakan?


A. Jabatan Perubatan Transfusi Hospital Sultanah Aminah.
B. Dewan Besar IKBN Bandar Penawar.
C. Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bandar Penawar.
D. Pusat Darah Negara.

18. Semua maklumat berikut benar tentang petikan di atas, kecuali


A. Program ini bermula jam 10.00 pagi hingga 2.00 petang.
B. Penderma juga dapat merasakan badan mereka lebih sihat selepas menderma
darah.
C. Seramai 40 orang telah menghadiri program ini.
D. Darah yang didermakan dapat menyelamatkan nyawa orang lain.

19. Apakah tujuan program Kempen Derma darah ini diadakan?


A. Penderma boleh mengetahui jenis darah mereka.
B. Memastikan badan penderma darah lebih sihat.
C. Memastikan darah yang diderma selamat.

3
D. Memastikan bekalan darah sentiasa mencukupi dan berada pada paras yang
selamat.

20. Perkataan paras boleh digantikan dengan perkataan …….


A. tahap
B. bahagian
C. tempat
D. rupa

BAHAGIAN B
(30 markah)
Soalan 21
Pilih kata hubung yang sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam petikan yang diberi.

atau dari yang untuk


pada dan supaya kerana

Guru ialah insan ___________________ bersusah payah mengajar kita untuk berjaya dalam
pelajarannya. Jasanya dalam usaha mendidik kita sukar _______________ dibalas. Atas
sebab itulah guru diumpamakan seperti lilin yang membakar dirinya untuk menerangi orang
lain. Sebagai balasan, sentiasalah hormati guru _________________ merekalah yang
menyebabkan kita dapat mengenal huruf, membaca dan mengira seperti sekarang. Tiada apa-
apa yang lebih menggembirakan seorang guru melainkan jasanya sentiasa dihargai
_____________ diingati oleh anak-anak didiknya.
(4 markah)

Soalan 22
a. Tuliskan ayat pasif yang sesuai bagi pernyataan di bawah ini.

Hanis membaca buku cerita kanak-kanak itu di kantin.


Ayat pasif:

___________________________________________________________________________
(2 markah)

4
b. Tulis dialog yang sesuai bagi watak di bawah ini.

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

(2 markah)

c. Padankan peribahasa dengan maksudnya yang betul.

bekerjasama

mandi peluh

Hasil usaha sendiri.

berganding bahu
Bekerja kuat dan bersungguh-sungguh.

(2 markah)

5
Soalan 23

Teliti iklan di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

6
a. Panitia Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Seri Kandi mempelawa murid tahap dua
untuk menyertai pertandingan mengarang cerita bersempena

_________________________________________________________________ [1 markah]

b. Apakah tema sambutan Hari Guru pada tahun ini?

___________________________________________________________________________

[2 markah]

c. Padankan pernyataan di bawah berdasarkan iklan.

Ketua Panitia Bahasa Melayu ialah Cikgu Roziah


binti Ibrahim.
Betul
Hasil karangan hendaklah dihantar selepas
12 Mei 2020.

Borang penyertaan boleh didapati daripada Salah


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid atau guru kelas
masing-masing.
[2 markah]

Soalan 24

Teliti poster di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

7
a. Poster di atas adalah poster mengenai langkah-langkah____________________________
(1 markah)

b. Jika kita membasuh tangan dengan betul, kita boleh mencegah ______________________

(1 markah)

c. Tandakan ( ) bagi pernyataan yang betul dan ( ) bagi pernyataan yang salah berdasarkan
petikan di atas.

Poster ini dikeluarkan oleh Kementrian Kesihatan Malaysia.


Terdapat tujuh langkah membasuh tangan dengan betul.
Kita perlu membasuh tangan sebelum dan selepas makan sahaja.
(3 markah)

d. Mengapakah kita perlu memastikan tangan dibasuh dengan betul?

__________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________

(2 markah)

Soalan 25

Baca surat di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Afia Wardina,
No. 5, Jalan ¾,
Taman Kencana,
28400 Mentakab,
Pahang.

6 Mac 2020

Menemui sahabatku, Maria yang berada di Kuala Lumpur. Diharap saudari sihat di samping keluarga
tersayang. Saya dan keluarga sihat sejahtera.

Saudari,
Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk memberitahu tentang Program COMBI yang telah saya
sertai baru-baru ini. COMBI adalah singkatan bagi Communication fir Behavioural Impact atau “Komunikasi
untuk Perubahan Tingkah Laku”.
Program ini bertujuan untuk menyedarkan dan mengubah sikap masyarakat terhadap kebersihan
terutamanya di kawasan tempat tinggal. Pada minggu lalu, rukun tetangga kawasan saya telah menampal
poster untuk memberitahu para penduduk tentang program yang akan diadakan.
Antara program yang diadakan ialah gotong-royong membersihkan taman perumahan yang telah
dikenal pasti tempat pembiakan nyamuk aedes. Kini, taman perumahan saya bukan sahaja telah bersih tetapi
juga selamat daripada wabak denggi.
Sekian dahulu surat saya pada kali ini. Semoga berjumpa pada masa akan datang. 8
Sekian, terima kasih.
sahabatmu,
Afia
a. Perkataan masyarakat dalam petikan boleh juga digantikan dengan perkataan
_______________________________ (1 markah)

b. Apakah cara yang digunakan untuk memberitahu tentang program COMBI? (2 markah)

__________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________

c. Apakah langkah yang boleh diambil untuk menghapuskan tempat pembiakan nyamuk
aedes? (2 markah)

__________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________

d. Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu menjaga kebersihan tempat tinggal? (3
markah)

_________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________

KERTAS SOALAN TAMAT

Disediakan oleh:

(Pn Nur Hamizah Daud)

Guru Bahasa Melayu

Tahun 4

Disemak oleh:

(Pn.Norazila bt Mihad)

Ketua Panitia

9
Bahasa Melayu

Disahkan oleh:

(Pn Mazura bt Ismail)

Penolong Kanan Pentadbiran

SKRH

10

Anda mungkin juga menyukai