Anda di halaman 1dari 5

SKRIP PENGACARA MAJLIS MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 31

SK LKTP JENGKA 14 2017


Bil AGENDA TEKS
1. Ketibaan Mengumumkan ketibaan Yang Berhormat Dato Sri Haji Ismail Bin Haji
para Mohamed Said ,Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat merangkap Ahli
jemputan dan Parlimen Kuala Krau dengan diiringi  En. Mohd Nordin Bin Mat Janggi  (Yang
ibu bapa Dipertua PIBG), En. Mohd Fadzil Bin Ahmad (Guru Penolong kanan
pentadbiran), Guru-Guru Penolong Kanan dan AJK PIBG  Sekolah
Kebangsaan LKTP Jengka 14.

Kata Alu- Kompang Bergema Pusaka Bangsa


3. aluan Dipalu oleh Si Anak Muda
Pengacara Hadir Tuan Puan meriah suasana
Majlis Kami menyambut penuh gembira.

Bismilahhirahmanirahim...

Yang Berhormat Dato Sri Haji Ismail Bin Haji Mohamed Said ,Timbalan Yang
Dipertua Dewan Rakyat merangkap Ahli Parlimen Kuala Krau

Yang Berusaha En Mohd Fadzil Bin Ahmad GPK Pentadbiran SK LKTP


Jengka 14 ,

Yang  Dihormati  En.Mohd Nordin Bin Mat Janggi


Yang Dipertua PIBG SK LKTP Jengka 14

En. Fuad Bin Wahab


Naib Yang Dipertua PIBG SK LKTP Jengka 14

Barisan Guru Penolong Kanan

Barisan Ahli Jawatankuasa PIBG

Barisan pendidik,

Seterusnya, Tuan-tuan, Puan-puan hadirin sekalian


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Alhamdulillah, bersyukur kita pada pagi ini, dengan izin serta limpah rahmat-
Nya dapat kita berkumpul dalam Mesyuarat Agung PIBG kali ke-31 tahun 2017
ini.

Pihak majlis serta seluruh warga SK LKTP Jengka 14, turut sama merakamkan
ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh hadirin dan hadirat
khususnya kepada Yang Berhormat Dato Sri Haji Ismail Bin Haji Mohamed
Said kerana sudi meluangkan masa bagi bersama-sama menjayakan
Mesyuarat Agung PIBG yang kita rencanakan pada hari ini.
SKRIP PENGACARA MAJLIS MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 31
SK LKTP JENGKA 14 2017

Bacaan Doa Bagi memberkati majlis, marilah sama-sama kita mendah tangan dengan
4. penuh ketakwaan untuk mengaminkan doa yang akan dibacakan oleh Ustaz
Mohd Fitri Bin Yahya. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

.......................................

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Mohd Fitri Bin Yahya atas
pimpinan bacaan doa itu tadi.

Hadirin yang dihormati sekalian.


Kecemerlangan dan kemenjadian anak-anak adalah aset yang amat bernilai
dalam sesebuah keluarga. Lantaran itu, permuafakan antara ibu bapa dan guru
adalah tunjang pemangkin kepada kejayaan dan kecemerlangan sesebuah
institusi pendidikan dalam usaha menjana modal insan yang berdaya saing
dalam melayari bahtera kehidupan yang semakin mencabar ini.

Justeru, kerjasama dan komitmen yang dicurahkan oleh guru dan ibu bapa,
amat penting dalam usaha melahirkan murid yang berketerampilan bukan
sahaja dalam bidang akademik, kokurikulum, bahkkan sahsiah diri yang
cemerlang.

Ucapan Alu- Seterusnya, majlis menjemput En. Mohd Fadzil Bin Ahmad , GPK Pentadbiran
5. aluan oleh SK LKTP Jengka 14 untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.
Guru Besar Dengan segala hormatnya, dipersilakan
……………….

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada En. Mohd Fadzil Bin Ahmad ,
GPK Pentadbiran SK LKTP Jengka 14 atas ucapan alu-aluan itu tadi.

Ucapan Kini tibalah masa , untuk kita mendengar amanat dan ucapan yang akan
6. Perasmian disampaikan oleh Yang Berhormat Dato Sri Haji Ismail Bin Haji Mohamed
Said ,Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat merangkap Ahli Parlimen Kuala
Krau dan seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SK LKTP Jengka
14 bagi tahun 2017

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.


………………….

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih


SKRIP PENGACARA MAJLIS MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 31
SK LKTP JENGKA 14 2017
kepada Yang Berhormat Dato Sri Haji Ismail Bin Haji Mohamed Said atas
ucapan dan perasmian itu tadi. Semoga segala amanat dan ucapan YB itu tadi
dapat kita hayati dan ambil tindakan bersama.

Majlis Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian Sijil Penghargaan kepada AJK
7. Penyampaian PIBG sesi 2016/2017. Untuk itu, majlis menjemput Yang Berhormat Dato Sri
Cenderahati Haji Ismail Bin Haji Mohamed Said, dengan diiringi En. Mohd Fadzil Bin Ahmad
AJK PIBG untuk menyampaikan sijil penghargaan tersebut .
sesi
2016/2017 Dipersilakan....

dan cabutan 1. En. Mohd Nordin Bin Mat Janggi– YDP PIBG
no bertuah 2. En. Fuad Bin Wahab – NYDP PIBG
3. Pn Anisah Binti Abdul Razak – Setiausaha
4. Pn. Siti Esyah Binti Mohd Nor – Bendahari

AJK Ibu Bapa


1. En. Mazaidan Bin Abd Manan
2. En. Mohd Ridzuan Bin Bahari
3. En. Khaled Bin Derafar
4. En. Hanapi Bin Malek
5. Pn. Azlina Binti Anthuri
6. Pn Rohayu Binti Abu Bakar
7. Pn Nur Hazian Binti Malek

AJK Guru
1. En. Abu Nisa Bin Ismail
2. En Mohd Fitri Bin Yahya
3. Pn Nor Aini Binti Jamaluddin
4. Pn Nor Aini Binti Ahmad

Pemeriksa Kira Kira


1. Pn Azliza Binti Hamid ( Wakil Guru )
2. Pn Nora Binti Hassan ( Wakil ibu bapa )

Seterusnya majis dengan berbesar hati menjemput yang berhormat untuk


membuat cabutan nombor bertuah sebanyak 15 cabutan nombor bertuah.
Dipersilakan…….
SKRIP PENGACARA MAJLIS MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 31
SK LKTP JENGKA 14 2017

No yang bertuah pertama adalah……………………..

( Baca 15 nombor bertuah )

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato Sri Haji Ismail
Bin Haji Mohamed Said atas penyampaian Sijil penghargaan dan cabutan
nombor bertuah itu tadi.

Sebagai tanda terima kasih dan kenang-kenangan, dipersilakan En.Mohd


Fadzil Bin Ahmad untuk menyampaikan sedikit cenderahati kepada Yang
Berhormat Dato Sri Haji Ismail Bin Haji Mohamed Said .

Terima kasih diucapkan kepada En.Mohd Fadzil Bin Ahmad diatas


penyampaian cenderahati itu tadi.

8. Majlis Dengan berakhirnya penyampaian cenderahati itu tadi, maka selesailah sudah
Penutup Majlis Perasmian Mesyuarat Agung SK LKTP Jengka 14 , kali ke-31 bagi tahun
2017

Dari mana asalnya, usah diusul


Molek budinya menambat hati
Dua tiga bicara salah tersasul
Jangan dibawa ke dalam hati.

Kami mewakili AJK PIBG dan SK LKTP Jengka 14 , merakamkan penghargaan


terima kasih kepada Yang Berhormat Dato Sri Haji Ismail Bin
Haji Mohamed Said ,Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat merangkap Ahli
Parlimen Kuala Krau atas kesudian meluangkan masa pada petang ini untuk
merasmikan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-31. Tidak dilupakan juga kepada
ibu bapa, guru-guru dan Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian...
SKRIP PENGACARA MAJLIS MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 31
SK LKTP JENGKA 14 2017

Sebelum kita ke agenda yang paling utama iaitu mesyuarat agung pibg kali ke
31 , majlis berhenti rehat seketika memberi laluan kepada jamuan ringan
kepada semua jemputan. Untuk itu dijemput semua hadirin hadirat untuk
menikmati jamuan ringan yang disediakan. Majlis akan bersambung semula
pada pukul ………………petang

Sekian ,
Wabillahitaufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh…..

Anda mungkin juga menyukai