Anda di halaman 1dari 11

LAPORAN PROJEK INOVASI

MEMBINA BONGKAH
HURUF-HURUF HIJAIYYAH

DISEDIAKAN OLEH :
ZALIPAH ANI BT DAUD@AHMAD DAUD
(030926)

PENSYARAH PENYELIA :
USTAZ WAN ISMAIL B. WAN ABDULLAH
Pendahuluan:

Menurut Kamus Dewan, inovasi diterjemahkan sebagai sesuatu yang baru diperkenalkan
atau dimulakan seperti kaedah, sistem atau adat yang baharu. Pendidik yang kreatif dan inovatif
yang mampu melakukan perubahan dalam proses PDP adalah membawa maksud pendidik yang
mempunyai kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk meneroka pelbagai
kemungkinan, untuk menghasilkan sesuatu yang baru dalam proses penyampaian ilmu
pengetahuan kepada para pelajarnya. Pendekatan PDP guru dari “chalk and talk” perlu berubah
kepada pendekatan yang mampu menjadikan pelajar mengalami pembelajaran aktif. Peranan
guru sebagai sumber utama pengetahuan perlu berubah kepada guru sebagai fasilitator yang
memandu pelajar kearah mendapatkan pengetahuan. Salah satu daripada kaedah yang berkesan
untuk menyampaikan ilmu ialah dengan mengadakan projek inovasi kepada pelajar.

Inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran sangat penting dalam membantu penguasaan
murid mengikut kemahiran yang ingin di capai oleh seseorang guru. Oleh yang demikian
melaksanakan Projek Inovasi dapat menyelesaikan sesuatu masalah dalam pengajaran dan
pembelajaran dalam menghasilkan suatu Bahan Bantu Belajar (BBB) yang akan digunakan
dalam aktiviti pembelajaran sebagai bahan membantu murid untuk mencapai objektif bagi
sesuatu kemahiran yang ingin dicapai.

Projek Inovasi yang akan dihasilkan ini adalah bahan yang digabungjalinkan
antara elemen muzik dan bahasa( mengenal huruf). Idea ini tercetus apabila melihat kelemahan
menguasai kemahiran murid itu sendiri. Justeru itu saya telah memilih satu projek inovasi untuk
murid-murid saya yang sesuai dengan tahap dan kemampuan mereka. Projek tersebut ialah “
Membina Huruf-huruf Hujaiyyah”. Projek inovasi ini dikhususkan untuk murid Tahun 2
Dedikasi. Saya memilih projek ini kerana saya dapati 7 orang murid Tahun 2 Dedikasi yang
masih lagi tidak dapat menguasai atau mengenali semua huruf-huruf Hijaiyyah dengan baik.
Dengan melaksanakan projek inovasi ini saya harap mereka dapat mengingati dan mengenali
kesemua huruf-huruf hijaiyyah dengan betul.
OBJEKTIF

Diakhir pengajaran dan pembelajaran Bongkah Huruf Hijaiyyah yang dihasilkan dapat :

1. Membantu murid mengenal dan mengecam huruf ‫ا‬ hingga ‫ ي‬dengan cepat.
2. Membantu murid menyebut huruf ‫ا‬ hingga ‫ي‬ dengan betul.
3. Dapat menyanyi lagu ‘ alif ba ta ’ dengan sebutan huruf yang betul.
4. Mewujudkan suasana Pengajaran dan Pembelajaran yang kondusif bagi menimbulkan
minat dalam mata pelajaran Pendidikan Islam.
5. Dapat mengawal koordinasi mata dan tangan murid dengan betul bagi kemahiran
motor halus.
6. Memberi peluang kepada murid melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran yang
menggembirakan serta memberi pengetahuan dan pengalaman dengan berkesan.
7. Bertindak sebagai terapi untuk mengurangkan tekanan pelajar, meluahkan perasaan,
fikiran dan imaginasi dalam usaha membina kreativiti pelajar.

PROSES PENGHASILAN BONGKAH HURUF HIJAIYYAH :

a. Kertas A4 berwarna di bahagikan kepada dua bahagian.

b. Kertas warna A4 tadi di garis 3cm / sebesar pembaris kepada 5 bahagian melintang
dan 2 garisan 3cm / sebesar pembaris menegak di kiri dan kanan.

c. Setelah siap garisan tersebut, ambil keratan huruf yang disediakan dan ditampal pada
ruang garisan mengikut susunan huruf.

Susunan huruf haruslah mengikut bahagian seperti berikut :


Bahagian 1 – huruf ‘‫ ’ا‬hingga ‘‫’خ‬.

‫خ‬ ‫ب ت ث ج ح‬ ‫ا‬

Bahagian 2 – huruf ‘‫ ’د‬hingga ‘‫’ص‬.

‫ز س ش ص‬ ‫ر‬ ‫ذ‬ ‫د‬

Bahagian 3 – huruf ‘‫ ’ض‬hingga ‘‫’ق‬

‫ق‬ ‫ط ظ ع غ ف‬ ‫ض‬

Bahagian 4 - huruf ‘‫ ’ك‬hingga ‘‫’ي‬.

‫ي‬ ‫ء‬ ‫ال‬ ‫ه‬ ‫و‬ ‫ن‬ ‫م‬ ‫ل‬ ‫ك‬

d. Selepas menampal huruf-huruf tersebut, kertas A4 tadi perlu dilaminatekan supaya


menjadi keras dan kalis air dan menjadi sekeping kad bacaan.

e. Kad Huruf yang siap laminate perlu dilipat mengikut garisan tadi pada setiap garisan
yang ada.

f. Di garisan hujung kiri dan kanan perlulah digunting terlebih dahulu mengikut garisan
sebelum dilipat,

g. Garisan /bahagian dibawah sekali digunakan untuk meletakkan gam untuk tujuan
mencantum 2 bahagian supaya menjadi bongkah kuboid empat segi tepat.
h. Hujung kiri dan kanan yang digunting juga perlu dikemaskinikan dengan melipat
serta melekatkannya dengan gam.

i. Sekeliling bahagian yang dicantum perlu dikemaskan dengan salortape.

KOS ANGGARAN

Kos penghasilan sebuah Bongkah Huruf Hijaiyyah ialah;

BIL. BAHAN KUANTITI HARGA JUMLAH


1. Kertas warna A4 ( tebal ) 4 RM 0.50 RM 2.00
2. Huruf ‫ ا‬hingga ‫ي‬. - - -
3. Plastik Laminate 4 RM 1.00 RM 4.00
4. Gam 1 RM 0.50 RM 0.50
5. Salortape 1 RM 1.00 RM 1.00
JUMLAH RM 7.50

STRATEGI PERLAKSANAAN

Kaedah penerangan yang sering digunakan oleh guru sering menimbulkan kebosanan dan
rasa mengantuk di kalangan murid. Ini akan menyebabkan murid kurang memberikan tumpuan
terhadap apa yang disampaikan oleh guru. Secara tidak langsung, ini akan menjadikan murid
kurang atau tidak memahami topik yang diajar oleh guru. Dalam Projek Inovasi saya ini, strategi
yang saya gunakan ialah teknik nyanyian dalam Pengajaran dan pembelajaran. Teknik nyanyian
yang digunakan ini bertujuan untuk meningkatkan minat murid untuk belajar dan mengelakkan
murid berasa bosan dan mengantuk di dalam kelas. Selain itu, ia juga akan menarik minat murid
untuk belajar melalui teknik ini.

Teknik ini juga merupakan pembelajaran secara koperatif. Pembelajaran koperatif adalah
strategi pengajaran yang berstruktur dan sistematik, iaitu ahli-ahli dalam sebuah kumpulan kecil
sahaja bekerja bersama-sama untuk mencapai suatu matlamat yang sama. Selain itu juga, dalam
pembelajaran koperatif, terdapat hubungan saling bergantungan yang positif pada matlamat
murid. Murid merasakan mereka boleh mencapai matlamat, jika hanya murid lain dalam
kumpulan mencapai matlamat pembelajaran mereka. Kejayaan sesebuah kumpulan bergantung
kepada hasil kerja yang dilakukan oleh setiap ahli kumpulan. Pembelajaran secara koperatif ini
sangat sesuai dengan murid yang saya jalankan ini kerana mereka hanya mempunyai ahli
kumpulan seramai tujuh orang sahaja.

Projek inovasi saya ini iaitu Bongkah Huruf Hijaiyyah yang saya gunakan ini
menggunakan teknik nyanyian. Lagu yang saya gunakan ialah lagu ‘alif ba ta’. Pembelajaran
koperatif ini terjadi semasa aktiviti menyanyi lagu ‘alif ba ta’. Dalam aktiviti ini murid akan
saling membantu rakan antara satu sama lain. Kerana aktiviti menggunakan bongkah ini
memerlukan murid menyanyi sambil menunjukkan satu persatu huruf mengikut turutan dengan
betul. Bongkah Huruf Hijaiyyah ini memerlukan murid memegang dan memutarkan/
memusingkan bongkah tersebut menggunakan tangan kiri dan tangan kanan pula berfungsi untuk
menunjuk huruf pada bongkah tersebut. Semasa aktiviti ini murid memerlukan bimbingan dan
tunjuk ajar sama ada dari guru dan juga rakan sebaya itu sendiri. Strategi yang saya gunapakai
dalam projek inovasi ini melibatkan pancaindera deria lihat dan sentuh. Di mana murid perlu
menyentuh bongkah dengan menunjukkan huruf menggunakan jari dan melihat huruf yang
ditunjuk dengan mata serta menynyi lagu dengan perasaan gembira.
REFLEKSI

A) Kekuatan Projek

Projek Inovasi yang saya pilih ini merupakan bahan maujud yang boleh disentuh, dipegang
dan dilihat. Bahan inovasi yang dimaksudkan ialah Bongkah Huruf Hijaiyyah. Bongkah Huruf
Hijaiyyah ini dihasilkan daripada pemerhatian dan perbincangan saya bersama mentor dan guru-
guru selama 10 latihan mengajar di Sekolah Kebangsaan Alor Peroi.

Projek inovasi ini saya namakan Bongkah Huruf Hijaiyyah. Bongkah Huruf Hijaiyyah ini
adalah salah satu bahan bantu belajar bagi murid mengenal,mengecam dan menyebut huruf
setiap kali aktiviti pra bacaan. Saya memilih Bongkah Huruf Hijaiyyah ini kerana bongkah ini
mudah dihasilkan, ringan dan paling penting menarik minat murid untuk menggunakannya.

Selain itu, Bongkah ini dapat membantu murid menguasai koordinasi mata tangan bagi
kemahiran motor halus. Semasa murid menggunakan Bongkah Huruf Hijaiyyah ini, murid perlu
menunjuk huruf satu persatu selari dengan mulut yang menyebut huruf dengan menyanyi. Murid
juga perlu menggunakan kemahiran motor halus ini dengan memusingkan atau memutarkan
bongkah tersebut untuk menunjuk huruf dari satu muka ke satu muka. Bongkah ini mempunyai

empat permukaan iaitu permukaan 1 terdiri dari huruf ‫ا‬ hingga ‫خ‬, permukaan 2 terdiri

daripada ‫ د‬hingga ‫ ص‬, permukaan 3 pula huruf ‫ض‬ hingga ‫ق‬ dan permukaan terakhir iaitu

permukaan 4 terdiri dari huruf ‫ك‬ hingga ‫ي‬ . Kemahiran-kemahiran ini saling berhubungkait
dan secara tidak langsung dapat membantu murid mudah menggunakan dan mengenal huruf
dengan betul.
Strategi yang saya gunakan dalam projek ini ialah teknik nyanyian. Teknik nyanyian
digunakan bagi projek ini bertujuan untuk meningkatkan minat murid untuk belajar dan
mengelakkan murid berasa bosan dan mengantuk di dalam kelas. Selain itu, ia juga merupakan
sebagai satu terapi untuk mengurangkan tekanan pelajar, meluahkan perasaan, fikiran dan
imaginasi dalam usaha membina kreativiti pelajar teknik nyanyian ini juga merupakan salah satu
perangsang sebagai penarik minat murid untuk belajar dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
B) Kelemahan Projek

Walaubagaimanapun, saya dapati projek bahan inovasi yang saya jalankan ini mempunyai
beberapa kelemahan. Antara kelemahan ialah murid itu sendiri tidak boleh menyanyi dengan
betul. Dalam projek saya ini murid perlu menyanyi lagu ‘alif ba ta’ dengan betul. Nyanyian lagu
ini penting kerana dengan cara menyanyi murid akan dapat mengenal huruf dengan tepat.
Masalah yang saya hadapi ini terdapat 3 orang murid tidak dapat menyanyi lagu “alif ba ta’
dengan sebutan yang betul. Apabila berlakunya kes ini, objektif yang saya ingin tercapai tidak
dapat di capai sepenuhnya.

Masalah ke dua pula, kelemahan yang saya dapat lihat ialah koordinasi mata tangan yang
melibatkan murid perlu memegang bongkah dan menunjukkan huruf satu persatu selari dengan
sebutan melalui kaedah nyanyian. Masalah ini berlaku kepada murid yang sama dengan masalah
tidak boleh menyanyi dengan betul. Kelemahan ini berlaku apabila murid tersebut tidak dapat
mengawal tangan untuk menunjuk huruf yang disebut itu. Salah satu sebabnya berkemungkinan
murid tersebut kurang berkeyakinan dalam melakukan sesuatu. Murid tersebut tidak pasti apa
yang dilakukan itu adalah betul atau salah dan asyik melihat rakan sahaja. Tidak yakin diri itu
wujud apabila mereka bertiga tidak boleh menyanyi lagu ‘alif ba ta’ dengan sebutan yang betul
menyebabkan murid tersebut tidak boleh menunjuk dengan betul dan menunjuk sesuka hati
mereka dengan penumpuan yang terganggu.

Tumpuan yang terganggu salah satu faktor kegagalan mencapai objektif yang dirancang.
Dalam masalah ini saya hanya mencapai objektif 5 orang murid daripada 6 orang murid yang
dapat menguasai kemahiran dalam pengajaran dan pembelajaran pada hari tersebut.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Projek Inovasi yang saya jalankan memerlukan penambahbaikan dari segi teknik tunjuk cara
menggunakan Bongkah Abjad. Tunjuk cara ini diperlukan bertujuan murid dapat melihat dan
memahami konsep menggunakan bahan dengan betul. Saya perlu membimbing murid-murid ini
menggunakan kaedah ini terlebih dahulu dengan kaedah yang betul. Latihan ini boleh
dilaksanakan secara individu untuk mengenalpasti dan membimbing dengan mudah. Walaupun
dalam projek ini murid yang tidak boleh menguasai kemahiran menggunakan bongkah dengan
betul 3 orang. Jadi saya boleh memanggil murid ini di waktu yang sesuai melatih menggunakan
bongkah dengan betul secara individu.

Bagi teknik nyanyian pula, saya akan membuat latihan nyanyian berulang-ulang baris demi
baris. Nyanyian ini memerlukan murid menyanyi dengan iringan muzik berulang kali sambil
menunjukkan huruf dengan betul. Latihan ini perlu dilakukan sebaris demi baris bagi
memastikan murid tersebut dapat menguasai koordinasi mata tangan selari dengan nyanyiannya.
Saya juga akan meminta bantuan guru muzik untuk melatih murid tersebut menyanyi lagu alif ba
ta dengan teknik nyanyian yang betul. Latihan-latihan ini sedikit sebanyak dapat membantu
murid menggunakan Bongkah Huruf Hijaiyyah ini.

Dalam mencapai objektif saya juga perlu menggunakan bahan tambahan bagi projek ini
ialah bahan teknologi. Saya hanya menggunakan Komputer riba untuk mendengarkan lagu ‘alif
ba ta’. Apabila saya laksanakan pengajaran dan pembelajaran ini saya dapati saya perlu
menggunakan tayangan huruf yang lengkap dengan audio dan visual bagi membantu murid
menguasai kemahiran menggunakan bongkah ini lagi. Contohnya tayangan video huruf yang
berfungsi apabila audio iaitu nyanyian lagu ‘alif ba ta’ huruf yang disebut itu berwarna
menunjukkan huruf itu disebut dan perlu ditunjukkan. Saya rasa dengan cara ini murid lebih
memahami konsep dan seterusnya dapat menyanyi sambil menunjuk huruf dengan betul.

KESIMPULAN
Projek inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran sangat membantu para guru
meningkatkan kemahiran dalam sesuatu mata pelajaran. Inovasi yang dilakukan bukanlah perlu
menggunakan bahan yang canggih dan mahal. Tetapi bahan ini mestilah mudah di cari atau
dibuat, murah dan juga berkualiti. Disamping itu, bahan tersebut juga praktikal dengan cara atau
kaedah menggunakannya.

Bagi saya projek ini banyak membantu saya dalam membantu murid yang lemah
terutama kemahiran mengenal huruf. Kemahiran mengenal huruf ini penting dalam mata
pelajaran Pendidikan Islam khususnya dalam bacaan al-quran. Sekiranya murid ini belum boleh
mengenal huruf, maka murid ini akan menghadapi kesukaran membaca al-quran dengan sebutan
yang betul dan fasih.. Bila saya mengkaji kes ini, maka terhasillah bahan projek saya iaitu
Bongkah Huruf Hijaiyyah. Dengan terhasilnya bahan ini saya berharap dapat membantu murid
mengenal huruf hijaiyyah dengan cepat dan mudah. Sekiranya murid tersebut tidak mengingat
sesuatu huruf, mereka hanya perlu mengenalpasti huruf yang tidak tahu terlebih dahulu pada
bongkah kemudiannya menyanyi lagu ‘ alif ba ta’ sehingga huruf yang tidak diketahui tersebut
dapat dikenalpasti oleh mereka. Insyaalah dengan cara bantuan Bongkah Huruf Hijaiyyah ini
dan pengulangan sebutan huruf akan mendapatkan murid tersebut mengingat dan mengecam
huruf tersebut, Insyaallah.

Disediakan oleh: Disahkan Oleh:

_________________________ ______________________

(MEK SITI BINTI ENDUT) (EN. SAFIEN BIN ISMAIL)


Pengerusi Projek Inovasi, GPK Pendidikan Khas,
Murid PPKI, Sk. Alor Keladi, Sk. Alor Keladi,
Jerteh Terengganu. Jerteh Terengganu

Disemak oleh:

__________________________
(EN. MOHD NOR BIN ABD RAHMAN)
Pensyarah Penyelia,
Praktikum Sem 7, 2015,
Universiti Sultan Zainal Abidin, Gong Badak

Tarikh / Hari

Projek inovasi ini diadakan pada:

Hari : Khamis

Tarikh : 7. 5. 2015

Bilangan Penyertaan

Murid-murid tahun 2 PPKI seramai 6 0rang

Anda mungkin juga menyukai