Anda di halaman 1dari 2

PERNYATAAN PROFESIONAL

Saya Lee King Yieng, nombor kad pengenalan 961010-13-5850 yang berkhusus PISMP
Sem 8 Bahasa Cina Ambilan Jun 2016 di Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar,
70400 Seremban, Negeri Sembilan. Internship yang perlu saya laksanakan bagi mengajar
Bahasa Cina sebagai subjek major serta melaksanakan satu projek individu bersifat inovasi
adalah sepanjang satu bulan, iaitu dari 24 Februari hingga 27 Mac 2020. Saya telah
ditempatkan di SJK(C) Chi Hwa bersama guru-guru pelatih lain iaitu Sarah Lee Li Ze (unit
BCN), Saw Seng Tiong (unit PKP2) dan Cheu Ching Fung (unit PKP2).

Pensyarah pembimbing saya ialah Encik Lim Cheen Soon bagi subjek major Bahasa
Cina. Pensyarah pembimbing telah memberi taklimat dan tunjuk ajar yang amat teliti kepada
saya agar membantu saya lebih memahami dan jelas tentang internship ini.

Sebelum bermulanya internship, saya telah pergi ke sekolah untuk mendapatkan jadual
waktu dan butiran lain supaya kami mempunyai masa yang secukupnya untuk membuat
persediaan. Dalam internship ini, saya telah diberi peluang untuk menjalankan proses
pengajaran dan pembelajaran sebanyak 3 waktu seminggu bagi subjek Bahasa Cina kelas
3B.

Tujuan internship ini adalah memupuk sifat positif, meningkatkan daya ketahanan diri
serta mengamalkan nilai professional keguruan, membina daya sesuai, daya tahan, daya
saing dan daya cipta. Di samping itu, saya dapat meningkatkan kemahiran memerhati,
keprihatinan dan kepekaan terhadap murid melalui internship ini. Sejajar dengan itu, tujuan
internship juga merangkumi penyesuaian diri terhadap budaya sekolah, menyepatukan teori
dengan amali pengajaran dan pembelajaran, menguasai strategi pengajaran, mengenal pasti
dan menyelesaikan masalah pengajaran dan pembelajaran serta memperkembangkan
potensi saya sebagai seorang bakal guru.

Tambahan pula, projek individu bersifat inovasi akan dirancang dan dijalankan dalam
tempoh satu bulan semasa internship. Projek inovasi ini memberi peluang kepada saya untuk
merancang dan melaksanakan projek yang dapat memanfaatkan pihak sekolah dan murid
dalam situasi sebenar. Masa dengan adanya bantuan pihak sekolah, guru pembimbing, mentor
dan murid di sekolah, saya akan dapat menguasai dan mengamalkan segala konsep, prinsip,
kemahiran dan nilai yang diperlukan oleh seorang guru yang berprofesional. Sehubungan
dengan itu, saya dapat mengasah daya ketahanan diri melalui pelbagai cabaran yang akan
dihadapi di sekolah pada masa itu.

Secara keseluruhannya, saya amat berharap dengan peluang pelaksanaan internship ini,
saya mampu meningkatkan pengalaman mengajar yang sebenar dan melatih seterusnya
melaksanakan cara dan strategi pengajaran yang sesuai terhadap murid-murid. Dengan itu,
dapatlah murid belajar dalam keadaan dan suasana yang kondusif di samping meningkatkan
keyakinan diri saya dalam pengajaran. Yang paling penting, kemahiran dan keupayaan saya
untuk merancang dan melaksanakan projek bersifat inovasi dipercayai akan meningkat
selepas menjalankan internship.

Yang Benar,

_________________

(LEE KING YIENG)

Guru Pelatih IPGKRM,

PISMP Semester 8,

Unit Bahasa Cina Ambilan Jun 2016

Anda mungkin juga menyukai