Anda di halaman 1dari 2

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS GAYA

JURNAL REFLEKTIF MINGGUAN

JURNAL REFLEKTIF MINGGU KE :___2___


( 17 FEBRUARI 2020 HINGGA 21 FEBRUARI 2020 )

NAMA PELAJAR : AHMAD FAWWAZ BIN ALI


OPSYEN / KUMPULAN : PDPP AMBILAN NOV 2018 (SR 1)
NAMA SEKOLAH : SK PANGALAT, TENOM
TARIKH : 17 FEBRUARI 2020 HINGGA 21 FEBRUARI 2020
TAJUK / FOKUS /ISU : MASALAH TINGKAH LAKU MURID

1. Masalah / Peristiwa

Setelah seminggu praktikum, pengendalian proses aktiviti Pengajaran dan


Pembelajaran bagi mata pelajaran Pendidikan Islam, saya masih terdapat
segelintir murid kurang memberi tumpuan dan perhatian terhadap pelajaran.
Terdapat dalam kalangan murid yang melakukan tingkah laku negatif iaitu tidak
mengendahkan arahan guru, membuat bising, berbual dengan rakan di sebelah
dan membuat hal sendiri. Masalah ini berkemungkinan berpunca daripada
kelemahan guru sendiri dalam mengendalikan kelas dan mewujudkan
komunikasi berkesan dalam hubungan guru dengan murid. Ini boleh dikatakan
sebagai hubungan interpersonal.

2. Analisis

Proses pengajaran dan pembelajaran dan komunikasi yang berkesan sering kali
terganggu akibat daripada gangguan-gangguan yang berlaku dalam kelas seperti
bising, perhubungan guru dan murid yang tidak mesra, suasana bilik darjah yang
kurang kondusif, kurangnya minat murid untuk belajar dan seumpamanya.
Masalah bising dalam kelas atau bilik darjah contohnya akan menyebabkan guru
menghadapi kesukaran dalam mengendalikan proses pengajaran dan
pembelajaran dan menyampaikan pelajaran yang jelas supaya murid-murid
dapat mendengarnya. Antara faktor atau punca berlakunya komunikasi kurang
berkesan akibat daripada sikap murid-murid yang kurang berminat untuk
belajar. Corak kepimpinan guru dalam kelas dan bilik darjah banyak
mempengaruhi proses interaksi antara guru dengan murid. Guru yang
mengamalkan corak kepimpinan autokratik di mana murid-murid hanya
mengikut arahan dan kehendak guru serta tidak diberi peluang menyuarakan
pendapat atau memberi cadangan mereka. Akhirnya, interaksi di antara murid
tidak digalakkan dan bersifat pasif.

3. Cadangan Tindakan Susulan

a. Sebagai seorang guru, saya seharusnya bersedia untuk melakukan


beberapa perubahan untuk memastikan segala masalah yang dihadapi dapat
dikurangkan atau diatasi.
b. Guru yang mengamalkan kepimpinan demokratik akan meninggalkan kesan
berikut ke atas interaksi di antara guru dengan murid-muridnya.

c. guru wajar mengaplikasikan kemahiran komunikasi berkesan.

d. Pengaplikasian teknik menyoal untuk menggalakkan murid-murid menyertai


aktiviti pembelajaran secara aktif juga boleh membantu.

e. Saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada guru dan


pensyarah pembimbing di samping berbincang dengan rakan-rakan guru pelatih.

4. Tempoh Masa Tindakan Susulan

Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu. Tingkah laku
murid yang baik adalah perlu bagi memastikan kelancaran proses pengajaran
dan pembelajaran. Sekiranya masalah ini tidak dapat diatasi secepat mungkin
sudah tentu objektif yang telah dirancangkan tidak tercapai sepenuhnya.

Anda mungkin juga menyukai