Anda di halaman 1dari 18

KERTAS KERJA

PERTANDINGAN

BERCERITA BAHASA MELAYU

ANTARA KELAB AKADEMIK

PERINGKAT SEKOLAH SK. ALAM


DAMAI

ANJURAN

PERSATUAN BAHASA MELAYU


1.0 PENDAHULUAN

Bercerita telah menjadi tradisi budaya manusia sejak berzaman-zaman untuk memberi
pengajaran, pengetahuan, hiburan dan berkongsi pengalaman. Dalam masyarakat Melayu,
tokoh-tokoh Tok Tubang, Awang Batil, Awang Belanga dan Tok Selampit merupakan
penglipur lara yang terkenal dalam tradisi bercerita, Kehebatan mereka banyak bergantung
kepada cara persembahan yang mampu mempengaruhi malah memukau audiens.

Aktiviti cerita dalam pengajaran bahasa adalah salah satu pendekatan yang amat
sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa murid iaitu kemahiran mendengar,
bertutur, membaca dan menulis. Seterusnya, kemahiran kefahaman dan pelaporan turut
dicapai melalui aktiviti membaca dan bercerita ini. Aktiviti bacaan perlu dibudayakan kepada
murid-murid. Dengan ini, aktiviti bercerita sangat sesuai untuk dipertandingkan. Justeru,
pertandingan bercerita Bahasa Melayu Sekolah Rendah (kategori tahap 1 dan tahap 2)
wajar dijadikan aktiviti pertandingan di peringkatsekolah, daerah, negeri dan kebangsaan.

Sejajar dengan itu, Persatuan Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Alam Damai
akan menganjurkan Pertandingan Bercerita peringkat SK Alam Damai yang akan diadakan
pada 20 Jun 2019. Pertandingan ini melibatkan murid-murid tahun 3, 4, 5 dan 6.
Pertandingan bercerita diadakan bagi menyahut cabaran pendidikan masa kini yang
menghendaki setiap murid mempunyai keupayaan yang tinggi dalam kemahiran berbahasa
iaitu mendengar,bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu. Diharapkan dengan
adanya pertandingan yang sebegini dapat menyuburkan semangat mencintai Bahasa
Melayu dalam kalangan murid-murid.

2.0 MATLAMAT

Pertandingan Bercerita ini bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat baru dan meningkatkan
keyakinan diri setiap peserta. Aktiviti ini diadakan agar jati diri dalam setiap peserta dapat
ditonjolkan dan dapat diaplikasi dalam menempuh cabaran yang mendatang.

3.0 OBJEKTIF

1. Mencungkil bakat dan kreativiti murid bercerita secara bersahaja dan menyakinkan.

2. Menggalakkan murid-murid membaca dan menghayati karya kreatif penulis-penulis


tempatan, karya tradisional dan hasil karya sendiri.
3. Membina keyakinan diri dan semangat juang yang tinggi serta berdaya saing dalam
kalangan murid.

4. Meningkatkan kemahiran berbahasa iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis


dalam Bahasa Melayu.

5. Menggalakkan murid-murid menjana idea secara spontan, menyakinkan berdasarkan
bahan rangsangan.

6. Mencungkil bakat dan kreativiti murid bercerita secara spontan dan menyakinkan


menggalakkan murid-murid menjana idea secara spontan berdasarkan bahan ransangan.

4.0 PENGELOLAAN

Pertandingan bercerita ini dianjurkan oleh Persatuan Bahasa Melayu dibawah kelolaan
guru-guru subjek Bahasa Melayu.

5.0 TARIKH DAN TEMPOH PERLAKSANAAN

 Tarikh yang dirancang ialah 20 Jun 2019 iaitu pada hari Khamis.


 Dilaksanakan selama 1 hari.
 Masa pelaksanaan bermula pada 2.00 ptg sehingga 5.00 ptg.

5.1 Tentatif

2.00 ptg :

-Pendaftaran

2.30 ptg :

-Taklimat Ketua Hakim

-Peserta bergerak ke

tempat pertandingan:

-Tahap 1: Surau (Blok C)

-Tahap 2: Dewan (Blok D)

3.00 ptg :

-Keputusan Pertandingan
Bercerita Bahasa Melayu Zon

Sitiawan , 2015

-Ulasan Ketua Hakim

-Majlis Penyampaian Hadiah

5.00 ptg :

-Bersurai

6.0 TEMPAT

Tempat pertandingan adalah di Dewan Terbuka Sekolah Kebangsaan Alam Damai

7.0 KUMPULAN SASARAN / PENYERTAAN

 Murid Tahun 3, 4, 5 dan 6.
 Semua kelab dan persatuan menghantar 2 orang wakil iaitu seorang daripada Tahun
3 dan 4 (Kategori 1) dan seorang tahun 5 & 6 (kategori 2).
 Setiap kelab akademik dikehendaki membayar
yuran penyertaan sebanyak Rm10.00.

8.0 JAWATANKUASA INDUK

Penasihat  : En. Garipin Elid
Pengerusi  : Pn. Masrinah Mohammad
Timbalan pengerusi 1 : En. Marcellus Kandu
Timbalan pengerusi 2 : Pn Beatrice Marcus

9.0 JAWATANKUASA KERJA

Pengerusi : Encik Shazlan Bin Ahmad (Guru Besar Skbr)

Naib Pengerusi 1 : Puan Nur Nasuha Binti Abdullah (Pk Kokurikulum)

Naib Pengerusi 2 : Puan Anis Adilah Binti Sanat (Pk Pentadbiran)

Naib Pengerusi 3 : Puan Nur Izzatul Farzana Binti Nor Azam (Pk Hem)
Setiausaha : Cik Zulaikha Binti Mohd Zaidi

Ahli Jawatankuasa

Emcee

Pn. Kauthar Binti Ismail

Pn. Norazimah Binti Abd Aziz

Dokumentasi

Cik Rohaiza Binti Mohd Khairi

Hakim

Pn. Norhasniza Binti Mohd Nordin

Pn. Hazatul Fauziah Binti Hamzah

Penjaga Masa

Pn. Noorazizawati Binti Sanusi

Pn. Norasiah Binti Arshad

Peralatan Dan Tempat

En. Ismail Bin Din

Pn. Hasnah Nizar Bt Hashim

Pn. Salmah Binti Shariful

Hadiah, Sijil & Cenderahati

Pn. Adila Binti Osman

Pn. Siti Norhanisah Binti Mohd Huri


Keselamatan Dan Kebajikan

En. Muhd Madrisam Bin Muhammad

Pn. Mariam Bin Mohamad

Teknikal

En. Nurul Ikhwan Bin Jamaluddin

En. Tuan Mohd Zamri Bin Tuan Ibrahim

Makanan

Pn. Mahsini Binti Ab Salam

Pn. Jamnah Binti Ariffin

Publisiti

En. Mohammad Norazman Bin Putera

10.0 FORMAT PERTANDINGAN

Format pertandingan adalah berdasarkan kepada peraturan-peraturan pertandingan


bercerita. Jumlah peserta adalah 2 orang bagi setiap kelab dan persatuan.

11.0 PERATURAN PERTANDINGAN

11.0 Teks cerita boleh diubah suai daripada cerita asal daripada mana-mana buku yang


terdapat dalam pasaran. Peserta perlu menyatakannama penulis dan penerbit buku
tersebut.

11.2 Teks cerita dihantar bersama borang penghantaran.

 Segala dokumen dihantar 2 hari sebelum hari pertandingan.
 Salinan surat beranak dan teks cerita mesti disahkan oleh Penyelaras Kelab
Akademik.
 Teks cerita mestilah ditaip
 Saiz huruf adalah 14
 Jarak perenggan adalah 2.0
 Jenis tulisan adalah Times New Roman
 Sediakan 5 salinan teks cerita (3 hakim dan 2 untuk pengelola serta pengurus
teknik).

11.3 Peserta hendaklah memakai pakaian seragam sekolah yang rasmi.

11.4 Tiada penggunaan props dan peserta tidak disolek

11.5 Makluman kepada juru acara majlis, peserta akan diperkenalkanberdasarkan:

 Nama
 Tajuk cerita
 Nombor giliran

11.6 Jumlah hakim semasa pertandinganadalah 5 orang. Ketua hakim akan ditentukan
semua hakim yang telah dilantik hasil perbincangan bersama. Pihak penganjur
akan membuat surat lantikan rasmi untuk ketua hakim tersebut.

11.7 Masa

 Masa mula dikira sebaik sahaja peserta memulakan ucapan/salam/memperkenalkan


diri dan tajuk cerita.
 Loceng pertama akan dibunyikan pada minit ke-9 sebagai amaran.
 Loceng ke-2 akan dibunyikan pada minit ke-10 menandakan masatamat.
 Sekiranya peserta masih bercerita selepas 30 saat locengdibunyikan sebanyak 3 kali
dan peserta mesti berhenti bercerita.

11.8 Teks cerita yang mempunyai dialog yang panjang perlu ditukarkan kepada cakap


pindah.
11.9 Peserta pertandingan hendaklah bercerita secara bersahaja. Elakkanberlakon,
berpantun, menyanyi, mengajuk suara dan mengubah suaraserta pergerakan yang
keterlaluan.

11.10 Cerita mesti mempunyai nilai murni dan bersesuaian dengan tahapkemampuan


pelajar.

11.11 Pastikan teks cerita yang ditulis adalah sama dengan teks yang disampaikan oleh


peserta.

11.12 Keputusan hakim adalah muktamad. Markah tidak akan diumumkan.

12.0 PERBELANJAAN
Berikut merupakan perbelanjaan yang diperlukan untuk program ini :

KUANTITI/HARGA
BIL PERKARA JUMLAH (RM)
PERUNCIT
1. Cenderahati Hakim  5 x RM 50 250
2. Hadiah  2 x RM 20 40
2 x RM 15 30
2 X RM 10 10
3. Alat Tulis  15 x RM 5 75
Jumlah RM 405

13.0 PENUTUP

Kerjasama daripada seluruh pihak yang terbabit secara langsung atau tidak langsungadalah
amat diharapkan bagi melancarkan lagi perjalanan program ini.

Disediakan Oleh,
PIAH AK LANGIT,
PengerusiPersatuan Bahasa Melayu,
Sekolah Kebangsaan Penagatan,
Keningau.

Disemak Oleh,
PN. MASRINAH MOHAMMAD
Penolong kanan Ko-kurikulum,
Sekolah Kebangsaan Penagatan,
Keningau.

Disahkan Oleh,
EN. GARIPIN ELIDGuru Besar,
Sekolah Kebangsaan Penagatan,Keningau
SEKOLAH KEBANGSAAN ALAM DAMAI
PERSIARAN BESTARI
ALAM DAMAI
56000 KUALA LUMPUR
TEL: 03-91023267 FAX: 0391023271

Tarikh : 26 Januari 2016


Guru Besar,
SK. Alam Damai,
Persiaran Bestari, Alam Damai, 56000 Kuala Lumpur.

Tuan,

MOHON KEBENARAN MENGELOLAKAN PERTANDINGAN BERCERITA BAHASA


MELAYU ANTARA KELAB AKADEMIK PERINGKAT SEKOLAH SK ALAM DAMAI

Merujuk kepada perkara tersebut di atas:

2.Untuk makluman tuan, Persatuan Bahasa Melayu ingin menganjurkan Pertandingan


Bercerita Bahasa Melayu Peringkat Sekolah Kebangsaan Alam Damai.

3.Oleh yang demikian, pihak kami ingin melaksanakan aktiviti ini seperti berikut:

Tarikh : 24 Februari 2016 ( RABU )

Tempat : Dewan Terbuka Sekolah Kebangsaan Alam Damai

4.Pihak kami berharap agar tuan dapat meluluskan permohonan kami dan memberi kerjasa
ma yang terbaik bagi menjayakan pertandingan ini. Bersama-sama ini dilampirkan salinan
kertas kerja cadangan untuk rujukan tuan.

5.Perhatian dan tindakan pihak tuan, amatlah diharapkan. Kerjasama yang padu dari pihak t
uan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

 “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” 


 

Saya yang menurut perintah,


(ZULAIKHA BINTI MOHD ZAIDI)
Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu,
SK Alam Damai.
SEKOLAH KEBANGSAAN ALAM DAMAI
PERSIARAN BESTARI
ALAM DAMAI
56000 KUALA LUMPUR
TEL: 0391023267 FAX: 0391023271

Ruj : XBA1056/700

Tarikh : 26 Januari 2016

Kepada;
Semua guru
SK Alam Damai.
Tuan / Puan

JEMPUTAN MESYUARAT PERTANDINGAN BERCERITA TAHUN 2016

Perkara di atas adalah dirujuk.

02. Dengan segala hormatnya dimaklumkan kepada tuan/puan bahawa mesyuarat


berkenaanakan diadakan pada masa dan tempat seperti yang dinyatakan berikut :

Tarikh : 28 Januari ( Khamis )
Masa : 1.00 petang
Tempat : Bilik guru

03. Agenda mesyuarat tersebut adalah :

1. Ucapan pengerusi
2. Pembentangkan dan pemurnian kertas kerja.
3. Pembentukkan AJK
4. Penentuan tarikh pertandingan
5. Hal-hal lain

04. Kehadiran tuan/puan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.Sekian terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

________________________________

(ZULAIKHA BINTI MOHD ZAIDI)


Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu,
SK Alam Damai.

SEKOLAH KEBANGSAAN ALAM DAMAI


PERSIARAN BESTARI
ALAM DAMAI
56000 KUALA LUMPUR
TEL: 0391023267 FAX: 0391023271

Tarikh :26 Januari 2016

Guru Penasihat Persatuan Bahasa Melayu,


SK. Alam Damai,
Persiaran Bestari, Alam Damai, 56000 Kuala Lumpur.

Tuan,

KEBENARAN MENGELOLAKAN PERTANDINGAN BERCERITA BAHASA MELAYU


ANTARAKELAB AKADEMIK PERINGKAT SEKOLAH SK. PENAGATAN

Sukacitanya saya merujuk kepada perkara tersebut di atas:

2.
Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa pihak sekolah ini telah memberi kepercayaan pen
uh kepada Persatuan Bahasa Melayu untuk mengelolakan Peringkat Sekolah Kebangsaan
Alam Damai pada tahun ini.

Tarikh : 24 Februari 2016
Hari  : Khamis
Tempat : Dewan Terbuka SK. Alam Damai

3. Sehubungan itu, jasa baik serta kerjasama tuan serta semua ahli jawatankuasa yang terli
bat dalam melaksanakan aktiviti ini amat dihargai dan diucapkan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

 “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” 

Saya yang menurut perintah,

(ZULAIKHA BINTI MOHD ZAIDI)


Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu,
SK. Alam Damai.
SEKOLAH KEBANGSAAN ALAM DAMAI
PERSIARAN BESTARI
ALAM DAMAI
56000 KUALA LUMPUR
TEL: 0391023267 FAX: 0391023271

Ruj : XBA 1056/700


Tarikh : 03 Mac 2016

Kepada;

________________________________

________________________________

Tuan / Puan

JEMPUTAN MENGADILI PERTANDINGAN BERCERITA

Perkara di atas adalah dirujuk.

02. Dengan segala hormatnya menjemput tuan/puan menjadi pengadil Pertandingan


Bercerita di antara kelab dan persatuan. Pertandingan tersebut akan diadakan pada masa
dan tempat seperti yang dinyatakan berikut :

Tarikh : 9 Mac 2016 ( Rabu )


Masa : 8.00 pagi
Tempat : Dewan Terbuka SK.Penagatan.

03. Kerjasama tuan/puan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

(ZULAIKHA BINTI MOHD ZAIDI)


Setiusaha Persatuan Bahasa Melayu,
SK Alam Damai.
SEKOLAH KEBANGSAAN ALAM DAMAI
PERSIARAN BESTARI
ALAM DAMAI
56000 KUALA LUMPUR
TEL: 0391023267 FAX: 0391023271

Tarikh : 28 Januari 2015
 

MINIT MESYUARAT PERTANDINGAN BERCERITA BAHASA MELAYU.


Hari  : Khamis
Tarikh  : 29 Januari 2015
Masa  : 1.00 Petang
Tempat : Bilik Guru SK.Penagatan Keningau

KEHADIRAN :
01. Pn. Masrinah Mohd
02. Pn. Beatrice Marcus
03. En. Marcellus Kandu
04. En. Dominic Gasan
05. Pn. Marianah Apok
06. Pn. Mariah Gudiman
07. En. Sahidi @ Rosdi Pongat
08. Pn. Nor Atiqah Abdullah @ Josie
09. Pn. Juinah @ Inah Unggi
10. Pn. Jerama AK Reban
11. Pn. Haryati Suhaili
12. Pn. Salbiah Nadzim
13. Pn. Ahini Haisin
14. En. Nasrul Hakim Tugino
15. Pn. Siti Kaidah Sakimin
16. Pn. Nur Sinar Suria
17. En. Jenise Tungin.
18. Pn. Nur Hasyimah Ibrahim
19. En. Mohd Zali Ayub
20. Pn. Piah AK Langit
21. Siti Aminah Harun
22. Pn. Suzanna Abas
23. Pn. Jenny Leong
24. Cik Alloysia
25. Pn. Hazlawati Azlan
26. Cik Georcey ak George Rawing
27. Cik Siti Nor Shafiqah bt. Junaidi
28. En. Saharuddin Lamide
29. En. Saifuan Anggun
AGENDA:
1. Ucapan alu-aluan.
2. Pengesahan minit mesyuarat lalu.
3. Pembentangan Kertas Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu.
4. Penentuan tarikh
5. Perkara-perkara berbangkit.
6. Hal-hal lain.

BI AGENDA/PERKARA TINDAKAN
L
1. Ucapan Alu-aluan

Puan Masrinah binti Mohammad selaku pengerusi mesyuarat


mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama daripada
semua guru dan ahli-ahli AJK program kerana dapat
meluangkan masa dalam dalam mesyuarat ini. Semoga
dengan mesyuarat ini dapat menjelaskan tentang
perancangan dan memurnikan perancangan Pertandingan
Bercerita peringkat sekolah

2. Pengesahan Minit Mesyuarat Lalu

2.1 Pengesahan minit mesyuarat lalu telah :


- Dicadangkan oleh Pn. Mariah Gudiman
- Disokong En. Dominic Gasan

3. Pembentangan Kertas Kerja Pertandingan Bercerita


anjuran Persatuan Bahasa Melayu

3.1 Kertas Kerja Pertandingan Bercerita ini telah


dibentangkan oleh Pn. Piah Ak Langit selaku Ketua
Penasihat bagi kelab tersebut. Ketua Penasihat
Persatuan Bahasa
3.2 Setiap Ketua Penasihat akan dibekalkan dengan syarat- Melayu Setiausaha
syarat pertandingan untuk rujukan. Senarai AJK
dilampirkan
3.3 Perlantikan AJK Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu
adalah seperti yang telah dilampirkan di dalam kertas kerja.

4. Penentuan Tarikh Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu

4.1 Mesyuarat sebulat suara bersetuju memutuskan


tarikhpertandingan pada 9 Mac 2016 bersamaan pada
hariRabu.

4.2 Pertandingan tidak dapat dilaksanakan seperti


yangdirancang dalam takwim sekolah serta ditunda ke 9 Mac
2016 memandangkan dewan terbuka yang dijadikan
tempatpertandingan sedang dalam pembikinan.

4.3 Majlis tersebut akan diadakan daripada pagi


sehinggaselesai. Semua murid akan berada di dewan

5. Hal-hal berbangkit
Makluman semua
guru dan AJK yang
5.1 Tiada hal yang dibangkitkan
terlibat
6. Hal-hal lain

6.1 Sebarang kemusykilan berkaitan dengan ahli


Semua guru
jawatankuasa kerja bolehla merujuk kepada pengerusi
pertandingan

Penutup:
Pengerusi mesyuarat mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua di atas kesudian
guru-guru bersama sehingga mesyuarat ini selesai. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul
2.30 petang.

Disediakan oleh:

(ZULAIKHA BINTI MOHD ZAIDI)


Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu,
Tahun 2019.
PERATURAN PERTANDINGAN

1. Teks cerita boleh diubah suai daripada cerita asal daripada mana-mana buku yang


terdapat dalam pasaran. Peserta perlu menyatakannama penulis dan penerbit buku
tersebut.

2. Teks cerita dihantar bersama borang penghantaran.

 Segala dokumen dihantar 2 hari sebelum hari pertandingan.
 Salinan surat beranak dan teks cerita mesti disahkan oleh Penyelaras Kelab
Akademik.
 Teks cerita mestilah ditaip
 Saiz huruf adalah 14
 Jarak perenggan adalah 2.0
 Jenis tulisan adalah Times New Roman
 Sediakan 5 salinan teks cerita (3 hakim dan 2 untuk pengelola serta pengurus
teknik).

3.  Peserta hendaklah memakai pakaian seragam sekolah yang rasmi.

4.  Tiada penggunaan props dan peserta tidak disolek

5.  Makluman kepada juru acara majlis, peserta akan diperkenalkan berdasarkan:

 Nama
 Tajuk cerita
 Nombor giliran

6.  Jumlah hakim semasa pertandinganadalah 5 orang. Ketua hakim akan ditentukan
semua hakim yang telah dilantik hasil perbincangan bersama. Pihak penganjur
akan membuat surat lantikan rasmi untuk ketua hakim tersebut.

7. Masa
 Masa mula dikira sebaik sahaja peserta memulakan ucapan/salam/memperkenalkan
diri dan tajuk cerita.
 Loceng pertama akan dibunyikan pada minit ke-9 sebagai amaran.
 Loceng ke-2 akan dibunyikan pada minit ke-10 menandakan masatamat.
 Sekiranya peserta masih bercerita selepas 30 saat loceng dibunyikan sebanyak 3
kali dan peserta mesti berhenti bercerita.

8.  Teks cerita yang mempunyai dialog yang panjang perlu ditukarkan kepada cakap


pindah.

9.  Peserta pertandingan hendaklah bercerita secara bersahaja. Elakkan berlakon,
berpantun, menyanyi, mengajuk suara dan mengubah suaraserta pergerakan yang
keterlaluan.

10.  Cerita mesti mempunyai nilai murni dan bersesuaian dengan tahap kemampuan


pelajar.

11.  Pastikan teks cerita yang ditulis adalah sama dengan teks yang disampaikan oleh


peserta.

12. Keputusan hakim adalah muktamad. Markah tidak akan diumumkan.

Anda mungkin juga menyukai