Anda di halaman 1dari 1

NAMA : Ainol Fajar

NO.MATRIK : P102751

RESUME

Psikologi pendidikan adalah salah satu cawangan ilmu pengetahuan yang mempelajari tentang
tingkah laku individu dalam pendidikan serta mengandungi kaedah pengajaran dan pembelajaran
untuk menyelesaikan masalah-masalah pendidikan di dalam bilik darjah. E. A Peel menyatakan
bahawa psikologi pendidikan boleh membantu para guru untuk memahami perkembangan para
pelajar, kepelbagaian pelajar proses dimana mereka belajar serta hubungan sosial mereka. Dalam
hal ini pakar psikologi pendidikan diibaratkan seorang Jurutera, ia merupakan seseorang yang pakar
dalam teknikal. Semua pengetahuan dan kemahiran yang dimilikinya sangat penting untuk
pencapaian kerja yang memuaskan.

Selain itu, psikologi pendidikan bersifat saintifik karena ia telah diterima sebagai ilmu
dalam pendidikan. Psikologi pendidikan boleh dirumuskan kedalam enam sifat pertama, psikologi
pendidikan merupakan ilmu pengetahuan, ia mempunyai kaedah objektif tertentu untuk
pengumpulan data, mempunyai objektif untuk memahami, menjelaskan, menganalisis serta
mengawal tingkah laku manusia. Kedua, psikologi pendidikan adalah sains semula jadi. Ketiga,
psikologi pendidikan adalah sains sosial seperi sosiologi, antropologi, ekonomi atau sains politik.
Keempat, psikologi pendidikan adalah sains yan positif, sains normatif seperti logik atau etika.
Kelima, psikologi pendidikan adalah sains gunaan, ia menggunakan prinsip-prinsip dan pelbagai
teknik psikologi dalam pendidikan, ia juga mengkaji tentang tingkah laku dan penglaman pelajar.
Di antara cawangan psikologi pendidikan ialah psikolgi perkembangan, psikologi klinikal dan
psikologi sosial, dan yang keenam iaitu psikologi pendidikan sains yang sifatnya membangun atau
berkembang, ia berkaitan dengan penyelidikan baharu yang dapat menggambarkan lebih jelas sifat
dan tingkah laku pelajar.

Psikologi pendidikan sangatlah penting untuk dipelajari, karena ia dapat melatih para guru
untuk melihat situasi pembelajaran yang berbeza, dan boleh membantu para guru menyesuaikan diri
kepada pelajarnya yang mempunyai minat, kecerdasan dan keperluan pelajar yang bertujuan untuk
meningkatkan pengalaman dan proses pembelajaran. Guru merupakan orang tua kedua kepada
pelajar setelah ibu bapanya, ia mesti tahu perkembangan anak-anaknya dan hal-hal yang diperlukan
oleh anak-anaknya. Secara umumnya psikologi pendidikan mempunyai dua kepentingan yang harus
diketahui oleh para guru, pertama iaitu mengkaji pengajaran dan sitausi pemebelajaran dan yang
kedua iaitu pengunnaan prinsip-prinsip pengajaran dan pemebelajaran.

Anda mungkin juga menyukai