Anda di halaman 1dari 3

NIK MUHAMMAD FIRDASUS BIN NIK KAMARUDIN

G2.8

Pada 9.03.2020 saya telah melaksanakan satu persembahan kit dalam bentuk
pengajaran bersama rakan kumpulan saya bagi mata pelajaran Seni Dalam Pendidikan.
Sesi Pengajaran Dan Pemudahcaraan (PdPc) yang telah dilaksanakan adalah untuk
memenuhi tugasan kursus iaitu tugasan Penghasilan Kit Persembahan yang mana
mengekehendaki siswa guru untuk melaksanakan satu aktiviti PdPc bagi menjelaskan
bagaimana kit yang dibina berfungsi dalam situasi sebenar. Pada sesi pengajaran dan
pembelajaran tersebut, kami telah memilih skop pengajaran permainan babminton sebagai
panduan pembinaan kit kami. Standard Pembelajaran yang telah dipilih ialah kemahiran-
kemahiran dalam permainan babminton seperti kemahiran memukul dan sebagainya.
Seramai enam orang pelajar telah dipilih untuk melakukan aktiviti dengan dibahagikan
kepada tiga kumpulan dan setiap kumpulan digerakkan kepada 3 stesen yang berbeza.
Setelah selesai sesi pengajaran saya telah berbincang bersama-sama keenam pelajar
tersebut untuk mengenalpasti kelemahan, kelebihan serta penambahbaikan yang boleh
diterapkan kepada setiap aktiviti yang kami jalankan.

Berdasarkan hasil perbincangan, dapat disimpulkan beberapa kekuatan


perlaksanaan aktiviti PdPc saya. Antara kekuatan yang telah dikenal pasti ialah aktiviti yang
dilakukan adalah bersifat inklusif iaitu setiap orang individu, sama ada normal, pintar-cerdas,
atau cacat boleh memainkan kit yang saya bina. Aktiviti yang dirancang adalah mudah dan
tidak memerlukan kemahiran-kemahiran tertentu menjadikann ia mampu dimainkan oleh
semua murid. Sebagai contoh, kemahiran-kemahiran yang dipilih adalah kemahiran asas
yang boleh dilakukan oleh semua orang seperti servis dan smash (setempat). Hal ini sejajar
degan apa yang digariskan dalam visi pendidikan Malaysia oleh bekas menteri pendidikan
Malaysia, Dr. Mazslee iaitu pendidikan untuk semua. Selain itu, aktiviti yang dijalankan juga
adalah berkonsepkan deduktif iaitu bermula daripada Umum kepada spesifik atau mudah
kepada sukar yang mana dalam aktiviti yang dijalankan terdapat beberapa stesen yang
berbeza kemahirannya dan dimulakan terlebih dahulu dengan kemahiran-kemahiran asas
dan umum dan seterusnya kepada kemahiran yang lebih spesifik. Sebagai contoh,
sepanjang aktiviti dilakukan murid terlebih dahulu perlu membacakan langkah-langkah asas
untuk melakukan kemahiran smash sebelum mencuba dengan menggunakan raket kecil.
Raket yang digunakan juga adalah bukan raket sebenar sebaliknya raket yang diubahsuai
supaya sesuai dengan kemampuan murid cilik. Perkara tersebut bertepatan dengan teori
perkembangan kogntif Jean Piaget yang mana menegaskan bahawa pembelajaran kanak-
kanak seharusnya bermula daripada kemahiran yang mudah kepada yang sukar (Wong Kiet
Wah et al., 2013). Akhir sekali, aktiviti yang dilakukan memenuhi keperluan perbezaan
individu iaitu dari segi gaya pembelajaran. Berdasarkan aktiviti yang dilakukan, murid akan
disajikan dengan kesemua gaya pembelajaran utama sama ada visual, kinestatik dan audio.
Dari segi visual, penggunaann kit yang menarik dengan menggunakan warna yang menarik
dan menyerlah serta gambar-gambar yang ringkas dan mudah difahami oleh semua murid.
Dari segi kinestatik pula, aktiviti yang dijalankan memerlukan murid itu sendiri untuk
memainkan kit tersebut dengan lakuan tersendiri dan mereka juga perlu melakukan
kemahiran khusus dalam kemahiran babminton seperti kemahiran smash. Dari segi audio
pula, sepanjang aktiviti murid tersebut akan terdedah dengan bunyi-bunyi menarik yang
datang dari kit seperti bunyi loceng yang akan berbunyi sepanjang kit dimainkan. Selain itu,
murid juga perlu mendengar arahan yang dibaca oleh rakannya tentang sesuatu kemahiran
disini kemahiran mendengar dan memberi arahan mereka dilatih dan diuji.

Menerusi sesi perbincangan yang dilakukan juga, tedapat beberapa kelemahan yang
telah dikesan berkenaan dengan pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pemudahcaraan.
Salah satu kelemahan tersebut ialah aktiviti yang dijalankan adalah terhad kepada dua
orang sahaja pada suatu masa. Implikasinya, sesetengah murid akan berasa bosan
menunggu giliran mereka memandangkan hanya dua orang sahaja yang boleh bermain
pada sesuatu masa. Sebagai contoh, jika kelas tersebut mempunyai 20 orang murid maka
hanya dua orang sahaja yang akan terlibat dalam satu masa dan selebihnya hanya
memerhati sambil menunggu giliran mereka tiba. Kegagalan menguruskan kesemua murid
dalam suatu masa boleh menyebabkan kehilanngan kawalan tehadap murid-murid lain dan
akan menimbulkan suasana bising dan tidak terkawal dalam sesuatu kelas. Seterusnya,
aktiviti yang dilakukan tidak sesuai dilakukan didalam kelas. Hal demikian kerana, aktiviti
yang dilakukan memerlukan ruang yang besar demi mencapai tahap keberkesanan yang
tinggi. Sebagai contoh, aktiviti kemahiran “smash” tidak sesuai untuk dilakukan di dalam
kelas yang kecil serta mempunyai barang-barang seperti kerusi, meja dan almari kerana
ruang yang kecil boleh menghalang murid untuk melakukan kemahiran tersebut dengan
sempura selain itu ruang yang tidak mengcukupi juga boleh menyebabkan kemalangan
kepada murid ketika cuba melakukan aktiviti sepanjang PdPc.
Kesimpulannya, melalui perbincangan dengan enam orang responden tersebut,
didapati bahawa perlaksanaan aktiviti PdPc bukanlah sesuatu yang mudah sebaliknya ianya
merupakan sesuatu yang kompleks dan perlu dirancang dengan lebih teliti. Aktiviti yang
saya jalankan merupakan satu aktiviti yang baik dengan pelbagai kekuatan namun, aktiviti
tersebut juga mempunyai banyak kelemahan yang boleh diperhalusi dan diperbaiki supaya
aktivii yang tersebut dapat dilakukan bersesuaian dengan keperluan murid dalam pada
masa yang sama dapat mencapai tujuan dan matlamat utama pengajaran.

Anda mungkin juga menyukai