Anda di halaman 1dari 6

Semasa fasa persediaan, kedua-dua tangan akan dibengkokkan dan terletak

pada paras bahu. Tangan kiri (bukan dominan) dibengkokkan ke atas pada paras bahu
sambil memegang bola manakala tangan kanan tidak memegang bola. Untuk
menghasilkan pergerakan membengkok, dua jenis otot akan bergerak secara
berlawanan yang bermaksud salah satu mengendur dan satu lagi menguncup sama
seperti tuas kelas ketiga. Otot-otot tersebut ialah otot triseps braki dan otot biseps
braki. Serentak dengan pergerakan otot ini,otot deltoidakan mengecut. Pengecutan
otot ini akan menyebabkan tangan diangkat ke hadapan. Pergerakan ini melibatkan
sendi lesung di bahu dan menghasilkan pergerakanabduction.

Sementara itu, semasa tangan dibengkokkan, otot triseps brakiakan


mengendur manakala otot biseps braki akan mengecut. Pergerakan otot ini akan
menyebabkan tulang radius dan ulna menghampiri tulang humerus. Oleh yang
demikian, sendi engselpada bahagian siku akan digerakkan. Pergerakan ini
dinamakan fleksor di mana tangan dibengkokkan. Posisi kedudukan tangan yang
dibengkokkan adalah sama sepertisistem tuas kelas ketigadi mana daya terletak di
antara beban dan fulkrum. Pada masa ini, siku bertindak sebagai fulkrum, tangan
sebagai beban dan menghasilkan pengecutan pada otot biseps braki.Oleh yang
demikian, pemain boleh membengkokkan tangan untuk persediaan melakukan servis.

Untuk memegang bola pada tangan kiri pula, ototfleksor karpi radialis dan

fleksor karpi ulnarisakan bertindak secara berlawanan. Tulang yang terlibat dalam
pergerakan ini adalahtulang metacarpal 2, 3 dan 5, pisiform dan hamate.Pergerakan
ini berlaku kerana adanya sendi engselpada bahagian pergelangan tangan yang
membolehkan pemain membuat pergerakanfleksi dan abduksi.Selain itu, pergerakan
tulang carpal dan metacarpal pula disebabkan adanya sendi gelungsur dan sendi
pelana di bahagian ibu jari membolehkan jari pemain dibengkokkan sedikit dan
melakukan pergerakan abduction untuk menggenggam bola semasa fasa
persediaan.Kedudukan pergelangan tangan yang memegang bola adalah berasaskan
kepada sistem tuas kelas pertama.Hal ini kerana sendi (fulkrum) berada di antara otot
(daya) dan bola (beban).Oleh itu, pergerakan ini tidak memerlukan daya yang banyak
namun pergerakannya adalah perlahan.

Semasa fasa ini juga, bahagian kaki diluruskan.Keadaan ini adalah untuk
menampung berat badan dan memberi kestabilan kepada pemain untuk fasa
seterusnya. Ketika ini, otot biseps femoris mengendur, otot kuadriseps iaitu otot
vastus lateralis, otot vastus medialis dan otot vastus intermediusakan mengecut
dan otot di pinggul iaitu gluteus maksimus turut mengecut untuk menarik tulang
femurbagi meluruskan kaki. Selain daripada tulang femur, tulang tibia dan fibula
turut terlibat membantu pemain berada dalam posisi ini manakalatulang tarsel yang
terletak di bahagian tapak kaki digunakan untuk menampung berat badan. Oleh yang
demikian, sendi engsel di bahagian lutut dan di bahagian pergelangan kaki akan
terlibat bagi memastikan lutut dalam keadaan lurus. Pergerakan ini dikenali sebagai
ektensi.

Sewaktu fasa pelaksanaan, pemain akan membengkokkan sedikit bahagian kaki


manakala bahagian badan didongakkan ke atas. Pada kedudukan ini, hampir
keseluruhan otot pada bahagian tubuh badan pemain akan terlibat. Pada waktu yang
sama, kedua-dua tangan dibengkokkan dan kepala pemain akan sentiasa mendongak
ke atas untuk melihat ke arah bola yang melambung tinggi.

Pergerakan seterusnya,adalah pada bahagian leher.Semasa fasa ini, kepala


akan di dongakkan ke atas untuk melihat bola diudara. Oleh yang demikian,beberapa
otot pada bahagian yang terlibat akan terlibat ketika fasa ini berlaku. Otot-otot tersebut

antaranya trapezius dan Stemocleidomastoid . Untuk mendongakkan kepala ke atas,


otot trapeziusakan mengecut manakala otot Stemocleidomastoid mengendur.
Apabila otot trapeziusmengecut, otot Stemocleidomastoid menagalami
pengenduran seterusnya secara automatik kepala pemain akan mendongak ke atas.
Pergerakan ini melibatkansendi paksi pada bahagian tulang servikal iaitu atlas dan
aksis dan menghasilkan pergerakan hiperekstension. Oleh yang demikian , pemain
dapat mendongakkan kepala ke atas dan dapat memandang bola bagi melakukan
kontak pada bola tampar tersebut.

Seterusnya, tangan dominan (kanan atau kiri) pemain akan diangkat ke atas ke
dalam posisi dibengkokkan. Tangan pemain akan dibengkokkan ketika melakukan fasa

ini. Hal ini kerana tangan yang dibengkokkan membantu memberikan kuasa kepada
bahagian otot-otot badan untuk mengahasilkan daya tolakan kuasa yang maksimum
pada bola. Otot yang terlibat semasa tangan diangkat dan dibengkokkan ke atas
antaranya otot pectoralis ,majordeltoid,biseps brakildan juga trisep brakil.

Trisep Brakil
Manakala semasa tangan di angkat ke atas, otot pektoralis majorakan
mengalami penguncupan. Penguncupan ini menyebabkanhumerus digerakkan ke atas
yang turut melibatkan sendi lesung pada bahu. Oleh yang demikian, tangan
mengalami hiperekstension iaitu keadaan di mana tangan bergerak ke atas.Otot-otot
mengalami pengenduran dan pengecutan ketika tangan dibengkokkan.Semasa otot
Biseps brakil pada lengan mengecut, Otot Trisep brakilakan mengendur serentak
dengan pengecutan otot biseps brakil. Pengecutan otot bisep brakil ini akan
menyebabkan ulnadan radius merapati humerus ketikalengan dibengkokkan. Semasa
tangan dibengkokkan ,sendi engsel pada bahagian siku memainkan peranan bagi
membolehkan ianya dibengkokkan. Pergerakan ini dikenaliekstensi.Kesimpulannya,
melalui pergerakan ini pemain dapat menghasilkan daya yang maksimum untuk
melakukan kontak dengan bola.
Seterusnya, keadaan tangan adalah sama seperti fasa persediaan sebelumbola
dilambungkan ke udara. Tulang metakarpal dan karpalterlibat ketika melambungkan
bola ke udara dan kedua-dua tulang ini akan melakukan pergerakanekstensi
menggunakan sendi gelungsur yang terdapat diantarakarpal. Setelah bola dilambung
ke udara, tangan kiri akan diluruskan dan diangkat ke hadapan.Otot deltoid yang
berada pada bahagian sisi di hujung bahu akan menguncup bagi membolehkan tangan
kiri diluruskan. Penguncupan otot deltoid anterior membolehkan tulang humerus
diangkat kehadapan. Pergerakan ini melibatkan sendi yang berada pada bahagian
bahu iaitu sendi lesung dan menghasilkan pergerakan abduksi. Otot biseps brakil
dan trisep brakil pula terlibat untuk meluruskan tangan.Otot-otot ini akan bertindak
secara berantagonis dan pengecutan dan pengenduran ini akan menyebabkantulang
ulnadan radius tertarik ke arah humerus dan sendi engsel pada bahagian siku
bertindak untuk menghasilkan pergerakanfleksi.

Sendi engsel Sendi lesung


RUMUSAN

Anatomi dan fisiologi merupakan satu wadah ilmu yang sangat berguna dalam
dunia pendidikan khususnya bagi para pendidik dalam menjalankan sesi pengajaran
dan pembelajaran yang berkesan. Anatomi berkisarkan kepada benda hidup yang
terdiri daripada organ dan sistem manakala fisiologi yang mencakupi fungsi-fungsi
organ dan system serta apa sahaja yang terdapat pada benda hidup khususnya pada
badan manusia. Hal ini bermaksud anatomi dan fisiologi ibarat muzik dan lagu yang
tidak dapat dipisahkan dan sentiasa menjadi bidang ilmu yang digunapakai oleh setiap
individu bukan sahaja guru malahan doctor dan orang awam juga turut perlu
mengetahui sedikit sebanyak apa itu anatomi dan fisiologi.

Setiap manusia dikurniakan dengan jasad iaitu tubuh badan yang mengandungi
organ dan sistem-sistem yang berfungsi dan saling berkaitan antara satu sama lain.
Setiap individu itu perlu cakna dalam melakukan aktiviti atau pekerjaan agar tidak
menjejaskan organ dan sistem yang wujud.Pengetahuan mengenai anatomi tubuh
badan amat penting kerana melalui pengetahuan inilah kita dapat menyediakan
kehidupan yang sistematik yang selaras dengan fungsi-fungsi dan sistem tubuh badan.

Pelbagai bentuk sukan dan permainan diwujudkan dan setiap daripada


permainan tersebut mengandungi cara permainan itu dijalankan dan setiap jenis sukan
itu juga mengandungi peraturan dan undang-undang yang khusus dan dibentuk
berdasarkan anatomi dan fisiologi tubuh badan manusia itu sendiri. Penggunaan teknik
dan kaedah yang salah di dalam permainan seperti bola tampar akan mengakibatkan
kecederaan kepada anggota badan dan organ tertentu.Pemahaman bagaimana tubuh
badan itu menjalani proses bagi setiap fasa dalam permainan yang dijalankan dari
sebesar tulang hinggalah kepada sehalus sendi atau otot itu perlu diambil kira bagi
memastikan tiada sebarang masalah timbul.

Melalui tugasan ini juga, setiap dari kita mengetahui secara terperinci dan lebih
mendalam tentang anatomi tubuh badan dan fungsi-fungsinya terutamanya dalam
permainan dan sukan di sekolah. Warga pendidik memperoleh ilmu yang berguna dan
dapat menyediakan sesi pengajaran dan pembelajaran yang sempurna.

Anda mungkin juga menyukai