Anda di halaman 1dari 2

TUTORIAL 3 (VERGINIA)

1.Bincangkan perkara-perkara yang perlu dilaksanakan dalam proses pembinaan media


pengajaran untuk PdP.

Penggunaan media dalam PdP bukan sahaja untuk meningkatkan minat dan pemahaman
murid terhadap pengajaran guru,malah penggunaan media dapat mengatasi pelbagai
kekangan guru dalam menguruskan pengajaran di dalam bilik darjah.

Bagi melaksanakan proses pembinaan media pengajaran untuk PdP, guru harus
mempunyai maklumat tentang penggunaan media yang digunakan dalam proses PdP.Media
pengajaran yang biasa digunakan dalam pengajaran, pembelajaran da latihan terbahagi
kepada lapan iaitu:

a) Media tayang kaku (slaid,mikrofilem).


b) Media tayang gerak (video, filem,cakra).
c) Grafik (lukisan, poster, kartun).
d) Gambar kaku (gambar foto, kad imbasan, poskad).
e) Media pameran (model,boneka).
f) Media paparan (papan tulis, papan panel).
g) Media audio (tutur,pita audio, cakera padat).
h) Media cetak (surat khabar, buku teks, majalah).

Guru boleh memilih bahan yang sesuai dan dapat membantunya mencapai objektif dan
matlamat pengajaran. Selaras dan menepati hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia ,
Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kerajaan Malaysia. Sesuai dengan kebudayaan,
adat resam, kepercayaan dan amalan dalam kalangan masyarakat tempatan.

2. Sejauh manakah media pengajaran membantu dalam meningkatkan keberkesanan PdP


bilik darjah? Jelaskan.

Kemahiran menggunakan sumber yang sedia ada menjadikan pengajaran dan


pembelajaran lebih berkesan, seperti media pengajaran, alat bantuan mengajar dan bahan
bantuan mengajar dan bahan bantuan belajar kemudahan teknologi maklumat dan
komunikasi, bahan rujukan tambahan, bahan maklumat tambahan dan sebagainya menjadi
inspirasi guru untuk memudah dan mempercepatkan proses pengajaran dan pembelajaran.
Sumber pengajaran dan pembelajaran hendaklah yang lebih relevan dengan hasil
pembelajaran serta isi pembelajaran.

Sumber itu dapat mempercepat dan menjimat masa pembelajaran, menarik minat murid,
dan boleh disertai oleh semua murid. Maklumat dari sumber berkenaan adalah tepat,
pengolahan yang mudah difahami, senang digunakan dan boleh diubah dan sesuai dengan
keadaan semasa. Apabila seluruh potensi insan dibangunkan secara intergrasi atau
bersepadu, ia bakal melahirkan insan yang berketrampilan yang mampu menyumbangkan
segala kebolehan untuk kebaikan diri, masyarakat dan Negara. Hati adalah penentu dalam
pembangunan insan kerana hati menjadi punca penggerak dan keinnginan manusia dan
dari hati juga lahirnya pertimbangan dan nilai sesuatu amalan. Hati perlu menjalani proses
pendidikan upaya lahirnya hati yang bersih, baik dan bermanfaat. Intergrasi ilmu yang
bersandarkan kepada al-Quran dan as-Sunnah dan dikaitkan dengan berbagai cabang ilmu,
bakal melahirkan modal insan yang berkualiti.

Penggunaan media pembelajaran dalam pembelajaran dapat membangkitkan keinginan dan


minat yang baru, membangkitkan motivasi dan rangsangan kegiatan belajar, dan bahkan
membawa pengaruh-pengaruh psikologi terhadap pelajar. Penggunaan media pembelajaran
pada tahap orientasi pengajaran akan dapat membantu keaktifan proses pembelajaran dan
penyampaian pesan dan pembelajaran pada saat itu.

Selain membangkitkan motivasi dan minat, media pembelajaran juga dapat membantu
pelajar untuk meningkatkan pemahaman, menyajikan data dengan menarik dan terpercaya,
memudahkan penafsiran data, dan memadatkan informasi. Seseorang akan mencapai hasil
belajar 10 % dari apa yang dibaca, 20 % dari apa yang di dengar, 30 % dari apa yang
dilihat, 50 % dari apa yang dilihat dilihat dan di dengar, 70 % dari apa yang dikatakan, dan
90 % dari apa yang dikatakan dan dilakukan.

Anda mungkin juga menyukai