Anda di halaman 1dari 7

SIKAP MOTIF DALAM DIRI ADALAH SALAH SATU DARIPADA FAKTOR

PENYEBAB MASALAH UNSUR SENTRIK DALAM PENULISAN SEJARAH.


BINCANGKAN

Sejarah Malaysia, khususnya sejak zaman kedatangan kuasa penjajah Barat ke rantau
ini, kebanyakannya ditulis menggunakan pendekatan Rangka kerja Imperialis. Dalam
istilah lain, pendekatan yang dikenali sebagai "European Centric". Istilah sentrik
merupakan satu bentuk kecenderungan, pandangan atau pendekatan yang tertumpu
kepada sesuatu perkara dalam penulisan sejarah, mungkin berbentuk ideologi atau
tema kepercayaan tertentu dalam menerangkan sesuatu fakta atau peristiwa sejarah.
Misalnya, ada penulisan sejarah yang boleh dikatakan sebagai bersentrik subjek seperti
politik, ekonomi, sosial dan terdapat pula penulisan yang bersentrikkan negeri atau
kaum seperti sentrik Barat, sentrik Malaysia dan sebagainya. Penulisan mereka adalah
bersifat memihak dan bertujuan menyanjung atau memperbesarkan tokoh atau
peristiwa yang dikaji.

Dalam penulisan sejarah sering kali ada terselitkan unsur sentrik sama ada
secara sengaja mahupun tidak sengaja oleh ahli sejarawan. Ketika sejarawan memasuki
tahap menulis, ia akan mengerahkan seluruh daya fikirannya bukan saja kemahiran
teknik menggunakan sumber-sumber dan catatan, tetapi juga menggunakan pemikiran
kritis dan menganalisi, akhirnya ia akan menghasilkan suatu sintesis dari seluruh hasil
penelitiannya atau penemuannya itu dalam suatu tulisan utuh yang disebut
historiografi. Namun begitu, dalam penulisannya masih sahaja akan dipengaruhi oleh
unsur sentrik. Ahli sejarawan tidak mampu dan jarang sekali dapat mencipta sebuah
penulisan sejarah yang sempurna iaitu penulisan yang tiada unsur sentriknya, ini kerana
ahli sejarawan juga seorang manusia yang terikat dengan kehendak, ideologi, minat
dan kepentingan diri sendiri. Hal ini adalah disebabkan manusia mempunyai sifat
semulajadi iaitu, kita akan memihak kepada sesuatu yang kita minat dan juga yang kita
anggap penting. Seorang ahli falsafah Jerman bernama G. Litchenberg menyatakan
bahawa, manusia mempunyai sifat memihak. Jika tidak memihak, orang itu termasuk di
dalam golongan tidak memihak yang merupakan suatu pilihan. Penulisan bersentrik
menyebabkan subjektiviti dalam penulisan, namun subjektiviti dalam penulisan tidak
boleh dihilangkan oleh seorang sejarawan kerana sejarawan bukanlah robot tapi
manusia yang memiliki perasaan dan subjektiviti itu hanya mampu dikurangkan.
Pensejarahan subjektif dapat dilihat dalam pensejarahan tradisional. Penulisan mereka
bersifat memihak, yang bertujuan menyanjung atau memperbesarkan tokoh atau
peristiwa yang mereka kaji. Bertitik tolak daripada hal ini, dari penulisan kuno atau
zaman dahulu lagi sudah wujud unsur sentrik dalam penulisan sesebuah cerita ataupun
penulisan sejarah itu. Misalnya, buku berjudul British Malaya tahun 1906 yang dicipta
oleh Sir Frank Swethenham dalam karyanya ada terselitkan unsur sentrik apabila isi
kandungan, idea utama atau temanya dan faktanya sudah memperlihatkan,
menghuraikan peranan dan kejayaan pihak imperialism British di Tanah Melayu. Dalam
buku tersebut juga hanya mengutamakan kebaikan dan kehebatan sistem pentadbiran
pihak British berbanding dengan apa yang dimiliki oleh orang tempatan ini
membuktikan bahawa penulisan sejarah seringkali berunsur sentrik. Terdapat beberapa
faktor penyebab masalah unsur sentrik ini berlaku dalam penulisan sejarah antaranya
adalah sikap motif dalam diri, perbezaan pendekatan, pengaruh ideologi atau semangat
nasionalisme, penggunaan dan kesediaan sumber rujukan.

Sikap motif dalam diri menjadi sebab utama masalah sentrik dalam penulisan
sejarah. Menurut Giddens (1991), motif sebagai impuls atau dorongan yang memberi
tenaga pada tindakan manusia sepanjang lintasan kognitif atau perilaku kearah
pemuasan keperluan diri. Ringkasnya motif manusia merupakan dorongan, keinginan
dan hasrat yang berasal dari dalam dirinya untuk melakukan sesuatu dan motif itu
memberikan arah pada tingkah laku kita. Setiap ahli sejarawan itu tidak lari dari
memiliki sikap motif dalam diri. Sikap motif dalam sejarawan dapat diperlihatkan melalui
penulisannya yang bersifat bias dan punya pengadilan moral.

Penulisan yang bersifat bias adalah penulisan yang memihak kepada sesuatu
golongan ataupun ideologi, ini memperlihatkan adanya unsur sentrik dalam penulisan
tersebut. Ketika penjajahan British di Tanah Melayu, kebanyakkan hasil tulisan adalah
berbentuk laporan rasmi atau penulisan yang mempunyai tujuan rasmi. Kerana itu, teks
sejarah yang terhasil biasanya terlalu bias kepada pihak kerajaan iaitu pihak British.
Sebagai buktinya segala peristiwa-peristiwa perjuangan kemerdekaan oleh tokoh-tokoh
tempatan pada zaman itu di gelar sebagai penderhaka atau pemberontak. Contohnya,
pemberontakan Tok Janggut di Kelantan. Penulisan pemberontakan Tok Janggut di
Kelantan bersifat bias apabila dalam penulisan tersebut hanya bersentrikkan kepada
pandangan orang Barat dan hanya menggunakan catatan serta laporan yang sentrik
Barat. Mereka melihat tindakan Tok Janggut itu sebagai pemberontakan. Tetapi jika
penulisan tersebut dilihat bersentrikkan tempatan maka, tindakan Tok Janggut itu
sebenarnya suatu perjuangan. Hal demikian memperlihatkan pandangan yang berat
sebelah iaitu mengutamakan pandangan bersentrik barat sahaja sementara pandangan
sentrik tempatan tidak diambil kira langsung dalam penulisan tersebut.

Sikap motif dalam sejarawan juga diperlihatkan melalui penulisannya yang


menerapkan nilai pengadilan moral. Pengadilan moral ialah perlakuan-perlakuan
menjatuhkan hukuman atau mengenakan penilaian tertentu kepada suatu peristiwa
sejarah atau kepada seseorang pelaku dalam sejarah. Menurut sejarawan barat Adrian
Oldfield, pengadilan moral dilakukan dengan bahasa yang memuji atau
mempersalahkan seseorang atau sesuatu perkara dengan berpandukan ukuran baik dan
buruk. Umumnya mereka yang menyokong pengadilan moral dalam penulisan adalah
golongan konservatif. Sarjana terkemuka seperti Voltaire, Lord Acton dan E.H Carr juga
memasukkan nilai pengadilan moral dalam penulisan mereka. Menurut golongan ini,
setiap insan di dunia seharusnya diadili oleh nilai-nilai ulung yang mendokong
kehidupan manusia.

Hakikatnya, seseorang ahli sejarah itu tidak akan dapat lepas daripada
menjatuhkan hukuman moral ke atas kajian dan penulisan sejarah yang dilakukannya.
Sebagai contoh penulisan yang menerapkan nilai pengadilan moral adalah Peristiwa 13
Mei. Rusuhan ini meragut banyak nyawa serta menyebabkan kerosakan harta benda
yang tidak terkira banyaknya, pengadilan moral yang telah dilakukan dapat menjadikan
peristiwa tersebut sebagai satu pengajaran dan juga teladan kepada semua rakyat
Malaysia.
Perbezaan pendekatan ahli sejarawan dalam menghasilkan sesebuah penulisan
juga menjadi faktor penyebab wujud unsur sentrik dalam penulisan sejarah. Setiap ahli
sejarawan itu adalah berbeza dan masing-masing mereka memiliki cara pendekatannya
sendiri dalam menghasilkan suatu penulisan. Perkataan sentrik dimaksudkan sebagai
satu kecenderungan atau satu pandangan atau satu pendekatan yang tertumpu kepada
sesuatu perkara. la merupakan satu unsur yang boleh muncul dalam bentuk
pendekatan yang digunakan atau tema yang diutamakan di dalam penulisan sejarah.
Contohnya, penulisan sejarah yang punya unsur sentrik ialah, apabila dikatakan
sesebuah penulisan sejarah Malaysia itu bersentrikkan Malaysia membawa maksud
bahawa sejarah Malaysia yang dihasilkan itu dituliskan dengan memberi penumpuan
kepada perlakuan, kehebatan orang Melayu sendiri. Justeru itu, pendekatan ini
bertentang dengan penulisan sejarah Malaysia yang ditulis secara sentrik Barat, iaitu
suatu pendekatan yang lebih mengutamakan atau menonjolkan peranan dan
sumbangan tokoh atau aktiviti yang berkepentingan kepada pihak Barat sahaja. Ini jelas
menunjukkan faktor pendekatan yang berbeza mempengaruhi unsur sentrik dalam
sesebuah penulisan itu. Jika diteliti lebih dalam, konsep penulisan sejarah sentrik Barat
banyak memaparkan mengenai sumbangan positif pihak kolonial kepada masyarakat di
Tanah Melayu. Selain itu, menggunakan falsafah dan prinsip-prinsip Barat ini sering
sahaja merendahkan ketepatan sejarah tradisional. Ringkasnya, pendekatan sentrik
Barat lebih menumpukan terhadap penulisan mengenai politik dan ekonomi ini berbeza
dengan pendekatan bersentrikan Malaysia yang lebih memusatkan pandangannya
terhadap persoalan-persoalan yang berkait dengan kemasyarakatan. Perbezaan ini
kemudiannya mempengaruhi penulisan sejarah dari sudut sentrik mana yang hendak
diletakkan dalam sesebuah penulisan, samaada dari sudut pendekatan sentrik Barat
ataupun pendekatan sentrik Malaysia.
Ideologi dan semangat nasionalisme juga menjadi faktor masalah unsur sentrik
yang mempengaruhi penulisan sejarah. Ideologi merupakan sistem kepercayaan yang
menjadi asas kepada tingkah laku seseorang. Pada lazimnya ia merujuk kepada set
kepercayaan yang menggerakkan suatu pergerakkan politik dan sosial. Sementara
nasionalisme didefinisikan sebagai satu ideologi atau kefahaman yang meletakkan
negara dan bangsa pada tempat yang tinggi dan mempertahankan kedaulatan
sesebuah negara. Menurut Thomas H, ideologi adalah suatu cara untuk melindungi
kekuasaan pemerintah agar dapat bertahan dan mengatur rakyatnya. disokong oleh
Anthony D. Smith dalam bukunya yang bertajuk ‘Theories of Nasionalisme’, yang
mentafsirkan nasionalisme sebagai satu pergerakan ideologi untuk mencapai serta
memelihara pemerintahan sendiri dan kemerdekaan. Ringkasnya, ideologi dan
semangat nasionalisme adalah serupa yang berkepentingankan pemerintah dan
bersentrikan politik. Perkaitannya dengan negara sangat akrab malah, dapat dikatakan
bahawa sejarah itu mempunyai suatu peranan yang sangat penting dalam menentukan
hidup matinya sesebuah negara itu.

Penggunaan dan kesediaan sumber rujukan juga mempengaruhi sentrik dalam


penulisan sejarah. Penulisan sejarah telah wujud dahulu kala lagi tetapi ahli sejarawan
yang menghasilkan rata-rata penulisan sejarah, di awali oleh sejarawan Barat. Sebagai
contohnya, rencana Abdullah Zakaria Bin Ghazali yang bertajuk “Pembunuhan J.W.W.
Birch: Suatu Kajian Tentang Pembunuhnya”. Rencana beliau tidak disusun mengikut
periodisasi malah penulis memulakan penulisannya dengan menyampaikan pendapat
para ahli sejarah tentang pembunuhan Gabenor British di Perak itu dan menggunakan
sumber primer yang diambil dari sumber-sumber British. Ini menunjukkan bahawa
penulisan rencana tersebut melibatkan sentrik Barat apabila tajuknya terang-terang
melibatkan pegawai British selain itu, penulisan tersebut juga menggunakan
sumbersumber primer yang diambil dari British. Jika kita teliti karya-karya sejarah
Malaysia dalam tempoh kurun ke-16 hingga Perang Dunia kedua akan kita dapati
bahawa lebih banyak diselenggarakan oleh orang Barat daripada orang tempatan. Ini
kerana, dahulunya orang Malaya tidak punya kesedaran untuk menulis, mencatat
sejarah tetapi mereka lebih kepada cara lisan dalam penyampaian sejarah iaitu dengan
cerita-cerita dan hikayat. Oleh itu, penulisan sejarah tentang Malaya atau catatan
pensejarahan Malaya didominasikan pihak Barat ini menyebabkan pensejarahan
Malaysia banyak berkait sentrik Barat.
Penggunaan sumber rujukan untuk menghasilkan sebuah penulisan sejarah
adalah penting seperti yang dikatakan Profesor Collingwood, sumber sejarah ialah teks
yang mempunyai kenyataan mengenai sesuatu peristiwa sejarah. Bagi sejarawan yang
melakukan penyelidikan, mereka bergantung kepada sumber-sumber menyedari hakikat
di tersebut, segala yang dirujuk daripada rujukan pertama itu akan mempengengaruhi
pembaca kemudiannya, akan mempengaruhi penulisan yang seterusnya. Walau
bagaimanapun, pada pertengahan kurun ke-19 British telah mempergiatkan
penguasaannya di Rantau Selat Melaka kesannya, rata-rata penulisan pada pertengahan
abad ke-19 yang menulis tentang negeri-negeri Selat yang menjadi tanah jajahan
British semuanya dipengaruhi unsur sentrik Barat. Jelas bahawa, penulisan sejarah
secara ilmiah dan ikhtias pada zaman kolonial didominasikan oleh sarjana Barat yang
dilatih dalam kaedah kajian yang mengutamakan sumber rasmi dan bertulis yang
kebanyakannya adalah rekod-rekod kolonial. Bertitiktolak dengan perkara itu, kesediaan
sumber rujukan yang bersentrikkan Barat lebih mudah didapati dan banyak.

Kesimpulannya, faktor seperti sikap motif dalam diri, perbezaan pendekatan,


pengaruh ideologi atau semangat nasionalisme dan penggunaan atau kesediaan sumber
rujukan telah menyebabkan masalah unsur sentrik dalam penulisan sejarah. Para
sejarawan memainkan peranan yang penting bagi mempengaruhi masyarakat dan
golongan mereka jugalah yang memanipulasi sejarah, masalah sentrik dalam penulisan
rata-ratanya dikatakan sentrik Barat lebih dominen berbanding sentrik tempatan.
Namun sejak timbulnya kesedaran mengenai kepentingan penulisan semula sejarah
Malaysia banyak kritikan di lemparkan terhadap golongan sentrik Barat. Justeru itu,
golongan sejarawan emperisme menekankan penulisan sejarah yang mempunyai
pemisah mutlak di antara pengkaji dan kajiannya. Selain itu, Rupert Emersion melalui
karyanya berjudul Malaysia: Study in Direct and Indirect Rule pada tahun 1937,
memperkenalkan penulisan sejarah yang lebih objektif mengenai sejarah Malaysia.
Seperti yang ditegaskan oleh Abdul Rahman Haji Abdullah dalam penulisan bertajuk
Pengantar Ilmu Sejarah (1994), beliau mendefinisikan sejarah objektif sebagai sejarah
sebagaimana terjadinya “histoire-realite”. Pandangan ini selari dengan teori terkenal
oleh Leopold Von Ranke, iaitu “wie es eigentlich gewesen” yang bermaksud ‘seperti
sebenarnya ia berlaku’. Walau bagaimanapun, sebenarnya unsur sentrik dalam
penulisan sejarah juga memainkan peranan yang penting malah ia dianggap sebagai
suatu yang penting dan unggul. Hal ini demikian, kerana akan menambah baik dan
lebih berfokus kepada tema mahupun isi yang ingin disampaikan kepada pembaca.
Penggunaan unsur sentrik dapat memudahkan pembaca untuk memahami dan
menerima apa yang ingin disampaikan dalam sesebuah penulisan tersebut. Namun
begitu, semestinya wujud keraguan dan ketidak setujuan pembaca dengan apa yang
disampaikan dari sesebuah penulisan itu tetapi hal ini tidaklah menjadi perkara yang
serius kerana setiap manusia itu tidaklah sama, masing-masing mereka mempunyai
pendapat tersendiri dalam menyimpulkan sesuatu itu sama ada tepat atau sebaliknya
lagi pula, segelintir sejarawan selesa menggunakan unsur sentrik dalam penulisan hal
ini kerana, mereka dapat fokus pada tema penulisan dan menghuraikan dengan lebih
banyak berkenaan tema penulisan. Secara seluruhnya, masalah unsur sentrik dalam
penulisan adalah sesuatu yang tidak dapat dihilangkan tetapi boleh dikurangkan
mengikut kehendak penulis atau sejarawan.

Anda mungkin juga menyukai