Anda di halaman 1dari 4

DOA PAGI

‫الر ِح ْي ِم‬
َّ ‫الر ْح َم ِن‬ َّ ‫هللا‬
ِ ‫ِب ْس ِم‬
ْ َ‫س ِّي ِد َنا ُم َح َّم ٍد َو َع َلى آلِ ِه َوأ‬
‫ص َح ِاب ِه‬ َ ‫السالَ ُم َع َلى‬ َّ ‫ َو‬, َ‫اَ ْل َح ْم ُد هَّلِل ِ َر ِّب ا ْل َعا َل ِم ْين‬
َّ ‫الصالَة َُو‬
َ‫أَ ْج َم ِع ْين‬
Ya Allah Ya tuhan kami, dengan penuh kerendahan hati,
kami menadah tangan, bersyukur kehadrat-Mu, di atas nikmat
kehidupan dan kesihatan, yang kami kecapi.
Ya Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih
Kami memohon kepada-Mu Ya Allah, kurniakanlah kami tekad dan
semangat yang kental, untuk bekerja dengan penuh dedikasi dan
keikhlasan, agar dapat menghasilkan mutu kerja yang berkualiti, dan
memuaskan hati para pelanggan kami.
Ya Allah, Tuhan Yang Maha Berkuasa
Kami sentiasa memohon bimbingan dan restu-Mu dalam pekerjaan
kami. Justeru itu, teguhkanlah sifat berintegriti di dalam diri kami,
untuk mencintai amanah, membenci rasuah serta menghindari segala
bentuk penyelewengan dan kelemahan, agar rezeki yang kami
terima, adalah rezeki yang halal dan penuh keberkatan.
Ya Allah, Tuhan Yang Maha Penyayang
Kami memohon dengan Kekuasaan dan Kehendak-Mu,
Engkau kekalkanlah perpaduan dan persefahaman dalam kalangan
kami. Engkau suburkanlah di hati kami semangat kerja sepasukan.
Engkau hindarilah kami daripada
sifat-sifat yang keji dan dari sebarang pertelingkahan.
Ya Allah, Tuhan Yang Maha Mengetahui
Kami sedar ya Allah, bahawa cabaran pekerjaan kami semakin berat.
Justeru itu, Engkau anugerahi kami kesihatan dan kekuatan fizikal,
mental dan rohani, agar mampu melaksanakan tugas dan amanah
dengan penuh iltizam dan semangat juang yang tinggi. Iringilah
setiap keputusan dan tindakan kami, dengan petunjuk dan
keredhaan-Mu.

َ ‫س َنة ًَوقِ َنا َع َذ‬


ِ ‫اب ال َّنار‬ َ ‫س َنة ً َوفِي األخ َِر ِة َح‬ َ ‫َر َّب َنا َءا ِت َنا فِي ال ُّد ْن َيا َح‬
َ ‫ َوا ْل َح ْم ُدهَّلِل ِ َر ِّب‬، ‫س َّل َم‬
َ‫العا َل ِم ْين‬ َ ‫ص َّلى هللاُ َع َلى ُم َح َّم ٍد َو َع َلى َءالِ ِه َو‬
َ ‫ص ْح ِب ِه َو‬ َ ‫َو‬
DOA PROGRAM RASMI

‫الر ِح ْي ِم‬
َّ ‫الر ْح َم ِن‬
َّ ‫هللا‬
ِ ‫ِب ْس ِم‬
َ َ
ْ ‫س ِّي ِد َنا ُم َح َّم ٍد َو َع َلى آلِ ِه َوأ‬
َ‫ص َح ِاب ِه أ ْج َم ِع ْين‬ َ ‫السالَ ُم َع َلى‬ َّ ‫ َو‬, َ‫اَ ْل َح ْم ُد هَّلِل ِ َر ِّب ا ْل َعا َل ِم ْين‬
َّ ‫الصالَة َُو‬

Ya Allah Ya Tuhan kami, pada hari yang penuh bermakna ini, kami berhimpun
dengan penuh rasa kesyukuran, di atas nikmat-Mu yang tidak terhingga.

Ya Allah, Tuhan Yang Maha Penyayang


Kami memohon kepada-Mu Ya Allah, bersempena dengan
MAJLIS BICARA PROFESIONALISMA
Engkau permudahkanlah setiap urusan kami, agar matlamat program ini tercapai
dengan jayanya. Kurniakanlah kami keazaman yang kental untuk bekerja dengan
penuh dedikasi dan keikhlasan.

Kepada Mu Ya Allah, kami memohon bimbingan dan restu-Mu.


Kekalkanlah di hati kami sifat mencintai kebaikan serta menjauhi keburukan.
Teguhkanlah sifat integriti di dalam diri kami, untuk bersikap amanah, membenci
rasuah dan menghindari sebarang bentuk penyelewengan, serta kelemahan.

Ya Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih


Kami memohon dengan Kekuasaan dan Kehendak-Mu, Engkau anugerahkanlah
kepada kami kesihatan dan kekuatan, agar kami mampu mengorak langkah
berpadu tenaga menjayakan program ini. Engkau semaikan di hati kami
semangat persahabatan dan permuafakatan agar dengannya, pekerjaan kami
menjadi mudah. Engkau suburkanlah semangat kerja sepasukan dalam kalangan
kami, agar amanah ini menjadi ringan serta terlaksana dengan cemerlang.
Hindarkanlah kami daripada sifat-sifat keji, dan daripada elemen-elemen negatif
dan tidak produktif.

Ya Allah, Tuhan Yang Maha Berkuasa


Perkukuhkanlah dalam diri kami rasa cinta yang mendalam kepada segala
bentuk kebaikan. Jadikanlah kami, pemimpin-pemimpin kami, hamba-hamba-Mu
serta Penjawat Awam yang cemerlang, berkhidmat menabur bakti,
membangunkan masyarakat, bangsa dan agama.

Ya Allah Tuhan Yang Maha Pemberi Kesejahteraan,


jadikanlah perhimpunan kami ini perhimpunan yang dirahmati,
dan perpisahan kami selepas ini perpisahan yang terpelihara dari segala
bencana.

َ ‫َر َّب َنا َءا ِت َنا فِي ال ُّد ْن َيا َح َس َنة ً َوفِي األخ َِر ِة َح َس َنة ًَو ِق َنا َع َذ‬
ِ ‫اب ال َّنار‬
‫ َو ْال َح ْم ُدهَّلِل ِ َربِّ ال َعا َل ِمي َْن‬، ‫صحْ ِب ِه َو َسلَّ َم‬
َ ‫صلَّى هللاُ َع َلى م َُح َّم ٍد َو َع َلى َءالِ ِه َو‬
َ ‫َو‬

DOA MESYUARAT
‫الر ِح ْي ِم‬
َّ ‫الر ْح َم ِن‬
َّ ‫هللا‬
ِ ‫ِب ْس ِم‬
َ‫ص َح ِاب ِه أَ ْج َم ِع ْين‬
ْ َ‫س ِّي ِد َنا ُم َح َّم ٍد َو َع َلى آلِ ِه َوأ‬
َ ‫السالَ ُم َع َلى‬ َّ ‫ َو‬, َ‫اَ ْل َح ْم ُد هَّلِل ِ َر ِّب ا ْل َعا َل ِم ْين‬
َّ ‫الصالَة َُو‬
Ya Allah, Tuhan Yang Maha Penyayang
Kami memanjatkan rasa syukur, kerana dengan izin-Mu,
kami dapat menghadiri
Mesyuarat _______________________________________________ ini.
Semoga mesyuarat ini berjalan lancar, dan menghasilkan keputusan terbaik
untuk tindakan dan panduan kami.

Ya Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih,


kurniakan kami kekuatan dan kebijaksanaan, untuk kami menunaikan amanah
dan tanggungjawab yang diberikan dengan penuh iltizam dan keikhlasan, agar
kami dapat memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan kami.

Ya Allah, Tuhan Yang Maha Mendengar,


perkukuhkanlah permuafakatan dan persefahaman antara kami, agar kami
mampu Menerajui Perubahan dan Melangkah Ke Hadapan bersama Kementerian
Pendidikan Malaysia. Justeru itu, jadikanlah kami penjawat awam yang sentiasa
menjaga tahap integriti yang tinggi, membenci rasuah, serta menghindari dari
segala bentuk penyelewengan dan salahguna kuasa. Begitu juga setiap masa,
memperbaiki kelemahan, dan sentiasa mengutamakan budaya kerja yang
cemerlang dan berkualiti.

Ya Allah, Tuhan Yang Maha Berkuasa


Jadikanlah perhimpunan kami ini perhimpunan yang dirahmati,
dan perpisahan kami selepas ini perpisahan yang terpelihara dari segala
bencana.

َ ‫ ًَوقِ َنا َع َذ‬2‫س َنة‬


ِ ‫اب ال َّنار‬ َ ‫س َنة ً َوفِي األخ َِر ِة َح‬ َ ‫َر َّب َنا َءا ِت َنا فِي ال ُّد ْن َيا َح‬
َ‫العا َل ِم ْين‬ ‫هَّلِل‬
َ ‫ َوا ْل َح ْم ُد ِ َر ِّب‬، ‫سلَّ َم‬ َ ‫صلَّى هللاُ َع َلى ُم َح َّم ٍد َو َع َلى َءالِ ِه َو‬
َ ‫ص ْح ِب ِه َو‬ َ ‫َو‬

DOA MAJLIS BICARA PROFESIONALISMA


‫الر ِح ْي ِم‬
َّ ‫الر ْح َم ِن‬
َّ ‫هللا‬
ِ ‫ِب ْس ِم‬
َ‫ص َح ِاب ِه أَ ْج َم ِع ْين‬
ْ َ‫س ِّي ِد َنا ُم َح َّم ٍد َو َع َلى آلِ ِه َوأ‬
َ ‫السالَ ُم َع َلى‬ َّ ‫ َو‬, َ‫اَ ْل َح ْم ُد هَّلِل ِ َر ِّب ا ْل َعا َل ِم ْين‬
َّ ‫الصالَة َُو‬

Ya Allah Ya Tuhan kami, pada hari yang penuh bermakna ini, kami berhimpun
dengan penuh rasa kesyukuran, di atas nikmat-Mu yang tidak terhingga.

Ya Allah, Tuhan Yang Maha Penyayang


Kami memohon kepada-Mu Ya Allah, bersempena dengan
MAJLIS BICARA PROFESIONALISMA
Engkau permudahkanlah setiap urusan kami, agar matlamat program ini tercapai
dengan jayanya. Kurniakanlah kami keazaman yang kental untuk bekerja dengan
penuh dedikasi dan keikhlasan.

Ya Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih


Kami memohon dengan Kekuasaan dan Kehendak-Mu, Engkau anugerahkanlah
kepada kami, agar mampu mengorak langkah berpadu tenaga menjayakan
program ini. Engkau semaikan di hati kami semangat persahabatan dan
permuafakatan agar dengannya, pekerjaan kami menjadi mudah. Engkau
suburkanlah semangat kerja sepasukan dalam kalangan kami, agar amanah ini
menjadi ringan serta terlaksana dengan cemerlang. Hindarkanlah kami daripada
sifat-sifat keji, dan daripada elemen-elemen negatif dan tidak produktif.

Ya Allah,Tuhan Yang Maha Pemberi


Kami mohon semoga institut ini MELAHIRKAN PEMIMPIN BERPRESTASI
TINGGI agar dapat menghasilkan kecemerlangan pada sekolah serta
kemenjadian terhadap anak didik kami

Ya Allah, Tuhan Yang Maha Mengetahui


Kami sedar ya Allah, bahawa cabaran pekerjaan kami semakin berat.
Justeru itu, Engkau anugerahi kami kesihatan dan kekuatan fizikal,
mental dan rohani, agar mampu melaksanakan tugas dan amanah
dengan penuh iltizam dan semangat juang yang tinggi. Iringilah
setiap keputusan dan tindakan kami, dengan petunjuk dan
keredhaan-Mu.

َ ‫س َنة ًَوقِ َنا َع َذ‬


ِ ‫اب ال َّنار‬ َ ‫س َنة ً َوفِي األخ َِر ِة َح‬ َ ‫َر َّب َنا َءا ِت َنا فِي ال ُّد ْن َيا َح‬
َ ‫ َوا ْل َح ْم ُدهَّلِل ِ َر ِّب‬، ‫س َّل َم‬
َ‫العا َل ِم ْين‬ َ ‫ص َّلى هللاُ َع َلى ُم َح َّم ٍد َو َع َلى َءالِ ِه َو‬
َ ‫ص ْح ِب ِه َو‬ َ ‫َو‬

Anda mungkin juga menyukai