Anda di halaman 1dari 1

Wan Nurul Aisyah bt Wan Mohd Yen (S50645)

Refleksi dalam kuliah 2

Apakah kemahiran kaunseling sedia ada yang anda rasakan anda dapat gunakan dengan
baik dalam sesi kaunseling? 

Terdapat pelbagai kemahiran kaunseling seperti kemahiran mendengar, kemahiran


membina hubungan, kemahiran membalas, kemahiran penstrukturan dan banyak lagi. Pada
pendapat saya, kemahiran mendengar merupakan kemahiran sedia ada yang saya dapat
gunakan dalam sesi kaunseling. Sekiranya kita menggunakan kemahiran mendengar dengan
sebaik mungkin, kita akan perolehi kefahaman yang tepat mengenai isu yang disampaikan
oleh klien kita. Untuk menunjukkan keberkesanan kemahiran mendengar ini adalah dengan
peranan kaunselor yang akan menyatakan semula, menggambarkan semula serta
memberikan respons terhadap isu yang disampaikan oleh klien. Selain itu, kemahiran
kaunseling lain yang sedia ada dalam diri saya adalah kemahiran menyoal. Dalam sesebuah
sesi kaunseling, soalan merupakan kaedah yang paling banyak digunakan. Hal ini dikatakan
demikian kerana ia merupakan cara yang paling mudah untuk mendapatkan sesuatu
maklumat. Tambahan pula soalan yang di tanya itu perlu bersesuaian, mudah difahami dan
memudahkan klien kita untuk menjawabnya dengan rela hati. Terdapat dua jenis soalan
yang kaunselor boleh gunakan, iaitu soalan terbuka dan soalan tertutup.

Anda mungkin juga menyukai