Anda di halaman 1dari 2

Angpau

o Secara tradisi, angpau atau sampul merah


diedarkan sepanjang sambutan Tahun Baru
Cina, oleh pasangan suami isteri atau orang
tua kepada muda-mudi yang belum berkahwin.
Adalah satu kebiasaan untuk orang dewasa
memberi sampul merah ini kepada kanak-
kanak. Sampul merah ini sentiasa
mengandungi wang, sama ada dua ataupun
seratus ringgit. Jumlah wang dalam angpau
sepatutnya bermula (bukan berakhir) dengan
angka genap, kerana angka ganjil dikaitkan
dengan wang tunai yang ditukarkan dalam
upacara pengebumian. Oleh sebab angka 4
dianggap membawa sial, kerana perkataan
untuk empat sama bunyinya dengan mati,
maka wang dalam angpau tidak boleh
berjumlah 4 Ringgit. Sementara itu, angka 8
dianggap bertuah (kerana sama bunyinya
dengan "kaya"), maka 8 Ringgit selalu didapati
dalam angpau. Kadang-kala syiling coklat
dimasukkan dalam angpau.

Anda mungkin juga menyukai