Anda di halaman 1dari 18

BAB III

FITRAH MANUSIA DALAM AL-QURAN


3.0 Pengenalan
Amat penting sekali bagi manusia untuk memahami fitrah
mereka: siapa mereka, dari mana mereka datang, ke mana
mereka menuju dan apa matlamat kewujudan mereka.
Memahami fitrah atau sifat semula jadi manusia
merupakan asas dalam membentuk cara hidup dan sumber asas
yang mempengaruhi falsafah manusia berkenaan kehidupan,
selain memandu mereka dalam hubungan mereka dengan insan
lain, alam semesta, Pencipta mereka dan bagaimana tanggapan
mereka terhadap kehidupan di Alam Baqa.
Bab ini menawarkan perbincangan dan gambaran fitrah
manusia dalam AL-Quran yang Suci. Perbincangan termasuk:
Pemerian Al-Quran yang Suci; Konsep Sifat Semula Jadi;
Konsep Manusia; Manusia dalam Al-Quran; Bagaimana Manusia
Dicipta; Peringkat dalam Penciptaan Manusia; Jasad, Roh,
Minda, Hati dan Diri; Dari Tanah ke Tanah; Aspek Manusia
yang Positif dan yang Negatif; Ilmu Pengetahuan Fitrah
Manusia yang Asas; Menurut Fitrahnya Manusia Beriman;
Makhluk yang Dimuliakan; Makhluk Pelupa; Makhluk
Bertanggungjawab; Apakah Roh dan Kehendak Manusia?
Tajuk-tajuk perbincangan ini dianggap oleh penyelidik
sebagai landasan asas untuk memahami manusia. Al-Quran yang
Suci satu-satunya kitab terwahyu yang dilindungi dan
diselamatkan daripada sebarang perubahan. Inilah yang
membuatkan Al-Quran yang Suci satu-satunya kitab yang sah
dalam bahasanya seperti yang diwahyu kepada Nabi Muhammad
(s.a.w.). Apa yang disebut oleh Al-Quran berkenaan manusia
adalah paling saintifik menurut metodologi Islam (lihat
Baucaille, Maurice; 1982).

1
Al-Quran wahyu terakhir daripada Allah (s.w.t.) kepada
utusan terakhir, Nabi Muhammad (s.a.w.). Dalam kehidupan
Muslim, Al-Quran kitab utama. Setiap hari seorang Muslim
mesti membaca beberapa surah dan ayat Al-Quran untuk
mendirikan salat harian. Membaca Al-Quran ibadat paling
tinggi. Al-Quran salah satu buku kesusasteraan yang paling
agung – jikapun kita boleh menggunakan perkataan “buku
kesusasteraan” untuk memerikan kesan besar kandungannya ke
atas mereka yang membacanya dengan diiringi kefahaman. Tanpa
ragu-ragu lagi seseorang boleh berkata bahawa Al-Quran satu-
satunya kitab yang masih sah yang diwahyu kepada manusia,
yang mengajar manusia tentang manusia dan apa yang harus
diketahuinya untuk menjadi seorang manusia.
3.1 Konsep Sifat Semula Jadi
Dengan meneliti pelbagai kamus, penyelidik menemui takrif
berikut bagi “sifat semula jadi.”
Sifat semula jadi: keadaan semula jadi manusia, seperti
yang dibezakan daripada keadaan limpah kurnia; aspek semula
jadi atau aspek sebenar seseorang, sesebuah tempat atau
sesuatu benda.; proses dan fungsi badan; sejenis ciri atau
pembawaan tertentu; perangai.
Sifat asas sesuatu benda; jumlah keseluruhan benda,
daya, aktiviti dan hukum yang membentuk jagat fizikal;
keadaan semula jadi manusia sebelum penyusunan sosial.
Sifat asas seseorang atau benda; identiti atau ciri
asas; keperluan atau dorongan biologi yang normal bagi
jasad; kemunculan sebenar seseorang atau benda.
Dalam kamus Arab, kata kerja “tabaa” bermakna:
ditentukan menurut sifat semula jadi. Kata nama “tabiah”
bermakna: sifat semula jadi, pembawaan semula jadi, resam
tubuh, identiti tersendiri, watak, biasa, cara normal, dan
sifat aneh (Hns, 1976).

2
Daripada banyak takrif ini seseorang bolehlah berkata
bahawa sifat semula jadi bermakna: jumlah keseluruhan benda.
. . . keadaan semula jadi manusia. . . . sifat asas
seseorang… .. watak asas. . . .kemunculan sebenar seseorang
atau sesuatu benda.
Bercakap tentang sifat semula jadi manusia bererti kita
bercakap tentang jumlah keseluruhan manusia, jasad, roh dan
inteleknya; manusia sebagai suatu keseluruhan, bukannya
sekadar sebagai jasad atau sebagai haiwan.
Seperti yang akan kita lihat nanti, manusia jenis unik
dalam jagat ini dan peranannya dalam jagat juga unik. Dia
mempunyai misi istimewa untuk dicapai kerana dia telah
dianugerahkan sifat istimewa di kalangan makhluk dalam
dunia.
3.2 Konsep Manusia
Dalam bahasa Arab “manusia” bermakna “insan,” iaitu
perkataan yang terbit daripada kata kerja “anisa” yang
bermakna suka bergaul. Daripada “insan” terbit perkataan
“insaniyyah” (kemanusiaan) dan “insaniy” (perikemanusiaan”
(Hans, 1976).
Dalam kamus Bahasa Inggeris, man (lelaki atau manusia
dalam Bahasa Melayu) bermakna:
(a) Orang lelaki dewasa, seperti yang dibezakan
daripada perempuan. Seorang insan, tidak kira apa
juga jantina atau usianya, dianggap sebagai
mewakili manusia; seorang (Morris, 1981).
(b) Bangsa manusia; semua manusia; dalam kamus Bahasa
Arab manusia digelar “insan” yang membawa maksud
manusia; pemikir yang hidup (Hans, 1976).
Menurut Al-Quran, manusia ialah khalifah atau pewaris,
pengganti. Firman Al-Quran dalam Surah al-Baqarah:
Xxxx

3
Justeru manusia dicipta oleh Allah (s.w.t.) untuk
suatu misi khusus dalam kehidupan ini. Dia dicipta untuk
menjalankan kewajipannya dalam cara yang khusus dan juga
untuk menjalani kehidupannya menurut misi dan kewajipannya
di bumi.
3.3 Bagaimanakah Manusia Dicipta?
Sesetengah sarjana cuba menjawab soalan ini tanpa merujuk
Al-Quran atau kitab lain yang terwahyu daripada Allah
(s.w.t.). Mereka menganggap manusia sebagai makhluk fizikal
sama seperti mana-mana haiwan lain, tanpa mengendahkan sifat
semula jadinya yang sebenar sebagai makhluk unik yang
tercipta daripada “tanah liat yang kering” (Al-Hijr, 26)
(Zayid, 1980) dan ditiup padanya roh daripada ciptaan Allah
(s.w.t.).
Al-Quran menyebut:
Xxxxxx
Jelas sekali manusia yang dicipta oleh Allah (s.w.t.)
daripada tanah liat kering serta ditiup padanya roh ciptaan-
Nya adalah layak untuk dimuliakan oleh malaikat, seperti
yang diperintahkan oleh Allah (s.w.t.).
Walau apa juapun, manusia tercipta dalam cara yang
unik. Penciptaannya berlainan daripada penciptaan benda lain
kerana misinya juga berlainan.
Menurut Dr. Syed Muhammad Naquib Al-Attas (1990) dalam
bukunya “The Nature of Man and the Psychology of Human
Soul,” “Manusia mempunyai dua fitrah: dia jasad serta roh,
sekali gus makhluk fizikal dan roh.”
Manusia unik dari segi sifat semula jadi dan
peranannya, dan kerana itu dia bukan sekadar haiwan yang
sama seperti haiwan lain. Menurut Ayatullah Mutahhari
(1983), “dalam sifat semula jadinya manusia memiliki
seperanggu unsur sungguh suci yang lain daripada juzuk

4
material yang wujud dalam haiwan, tumbuh-tumbuhan dan objek
tidak bernyawa. Unsur sungguh suci ini gabungan fizik dan
metafizik, jirim dan deria, jasad dan roh.” (hlm. 13, 14).
Jadi yang ditekankan ialah dimensi roh manusia.
3.4 Peringkat dalam Penciptaan Manusia
Manusia tidak ada sebelum penciptaannya. Sesiapa pun tahu
menerusi tarikh lahirnya bahawa sebelum itu dia tidak ada.
Xxxx
Daripada surah Al-Quran yang menyebut tentang
penciptaan Nabi Adam, penyelidik faham bahawa penciptaan
Nabi Adam unik kerana beliau dicipta oleh Allah (s.w.t.)
tanpa melalui peringkat-peringkat yang dilalui oleh anak-
anaknya.
Xxxx
Tetapi generasi demi generasi anak Nabi Adam sepanjang
sejarah manusia telah dicipta peringkat demi peringkat,
bermula daripada “sejumlah kecil cecair yang diperlukan
untuk persenyawaan, kekompleksan cecair persenyawaan itu,
implantasi telur tersenyawa, dan perkembangan embrio”
(Bucaille, 1982: 189).
Al-Quran mendorong manusia untuk mengembara di
keseluruhan bumi dan melihat dengan minda terbuka akan
ciptaan Allah (s.w.t.). Cara ini dapat membantu mereka untuk
memahami asal-usul dan destinasi akhir mereka.
Xxxx
Al-Quran mengajar kita bahawa tiap-tiap haiwan dicipta
daripada air dan bahawa air amat diperlukan dalam
kehidupannya.
Xxxxx
Seperti yang disebut oleh penyelidik sebelum ini,
manusia terbentuk daripada tanah liat. Tetapi itu adalah

5
pada permulaan, yakni ketika Nabi Adam dicipta. Selepas itu
muncul peringkat-peringkat, dengan butir-butirnya.
Peringkat pertama ialah sejumlah kecil air mani
(sperma).
Xxxxx
Titik air mani disebut dalam banyak Surah, secara lebih
terperinci. Sebagai contoh:
Xxxxx
Ayat ini menyebut keturunan genetik, dan dalam beberapa
ayat lain Al-Quran menyebut asal-usul lelaki dan perempuan.
Xxxx
Dalam satu contoh lagi, Allah (s.w.t.) menerangkan
bahawa titik air mani bukannya tanpa tujuan atau maksud,
tetapi
Xxxx
Al-Quran turut memberikan perincian khusus berkenaan
titik air mani, tempatnya dan juga peringkat
perkembangannya.
Xxxx
Ayat-ayat di atas sungguh jelas dalam memberikan
lebih banyak perincian berkenaan peringkat dalam penciptaan
manusia, terutamanya dengan menyebut rahim sebagai tempat
menetap yang selamat.
Dalam Surah Al-Hajj terdapat lebih banyak perincian
yang khusus berkaitan permulaan makhluk daripada tanah,
kemudian daripada sejumlah kecil air mani dan selepas itu
daripada sebuku darah beku.
Xxxxx
Ayat 11 dalam Surah Fatir (Pencipta) menyebut lelaki
dan perempuan sebagai salah satu peringkat penciptaan.
Xxxx

6
Sekali lagi Al-Quran mengingatkan manusia tentang asal-
usulnya supaya dia menjadi Muslim yang baik, dengan menyebut
penciptaannya daripada tanah dan setitis air mani.
Xxxxxx
Titisan yang berulang kali disebut memberikan makna
baru dan berlainan dalam setiap ayat. Pada mulanya
sesetengah orang mungkin melihatnya sekadar perulangan;
tetapi apabila Al-Quran dibaca dengan minda terbuka, kita
akan memahami tiadanya perulangan. Seperti yang dijelaskan
oleh S.Abul A’la Maududi (Maududdi 1988:7), Al-Quran sebuah
Kitab unik yang
“agak berlainan daripada buku-buku yang biasa kita
baca. . . . . Perkara yang sama diulang dalam cara-cara
berlainan dan satu tajuk menyusuli tajuk yang lain tanpa
hubungan yang ketara. . . . Ini berlaku apabila pembaca
tidak mengambil kira hakikat bahawa Al-Quran sebuah kitab
unik…. Gaya dan kaedahnya dalam menjelaskan perkara-perkara
juga agak berlainan daripada buku lain yang biasa dibaca.”
3.5 Jasad, Roh, Minda, Hati dan Diri
Oleh sebab Bab ini tentang sifat semula jadi atau fitrah
manusia, maka penting sekali kita membincangkan dan
menjelaskan konsep jasad, roh, minda, hati dan diri
sepertimana istilah berkenaan diguna dalam Al-Quran.
Penyelidik benar-benar yakin manusia ialah makhluk unik yang
dicipta oleh Allah (s.w.t.). Dia organisma hidup yang
memiliki roh, semangat, minda, potensi intelek dan hati,
yakni pam dalam sistem edaran darah yang juga dinamakan
“organ rohaniah” yang menangani pengetahuan serta
kepercayaan. Dia mempunyai dirinya sendiri. Inilah asas
dimensi manusia yang membentuk sahsiahnya.
Roh dan jasad ialah asas manusia. Orang beriman tidak
mengabaikan jasad untuk membuatkan rohnya menjadi lebih

7
kuat; begitu juga mereka tidak mengabaikan roh untuk
memperkuatkan jasad mereka.
Dalam Surah Al-Qasas, Al-Quran menyebut:
Xxxxxx
Dalam dunia ini manusia perlu memenuhi keperluan
fizikal, sosial, rohaniah, intelektual dan emosinya dalam
cara seimbang yang menjadikan mereka orang yang aktif dan
positif, buat diri mereka sendiri dan buat orang lain.
Dalam Surah Al-A’raf, Al-Quran menyebut:
Xxxx
Ayat-ayat sebelum ini menunjukkan seseorang hendaklah
mengimbangi semua keperluannya agar setiap satu keperluan
dapat dipenuhi. Keperluan fizikal asas bagi meneruskan
kehidupan. Seseorang perlu makan, minum, bernafas dan
memiliki pakaian serta tempat berlindung supaya dia dapat
terus hidup. Keperluan seksual hendaklah dipenuhi menurut
ajaran Islam supaya bilangan penduduk bertambah dari
generasi ke generasi. Keperluan rohaniah hendaklah dipenuhi
supaya orang menjadi sihat. Keperluan emosi pula sama
pentingnya seperti keperluan yang lain. Seseorang perlu
memperlihatkan emosinya dan dia juga perlu dapat melihat
bahawa dia dikasihi oleh mereka yang dikasihinya.
Dimensi intelek adalah untuk menekankan kebolehan
untuk mengetahui dan menaakul yang merupakan asas bagi
memahami dan berfikir. Dimensi sosial atau keperluan sosial
adalah untuk menekankan hakikat bahawa manusia ialah makhluk
sosial. Dia perlu tinggal dalam masyarakat, dalam keluarga,
dan bekerja dengan orang.
Al-Quran menyebut manusia perlu menjaga semua
dimensinya dalam cara seimbang supaya dia menjadi sihat dan
boleh berfungsi.
Menurut Syed Abul Hasan Ali Nadwi:

8
“Tanpa ragu-ragu lagi tiada yang lebih hebat, lebih
lembut dan lebih sensitif di kalangan semua makhluk
tercipta berbanding manusia. Pada masa yang sama, dia
juga memiliki paling banyak sifat yang bertentangan.
Dia lemah tetapi memuja kekuatan; dia miskin tetapi
tergila-gila mengejar kekayaan; dia fana tetapi mencari
keabadian; dia pewaris kepada beratus-ratus penyakit
tetapi memburu kesihatan dan kegembiraan. Dia pengecut
dan juga bercita-cita tinggi; keperluannya tak
berkesudahan dan keinginannya tidak terhingga. Dia
lebih sensitif daripada gelembung udara tetapi gemuruh
dan gelisah. Perasaan dan emosinya berubah sekejap-
sekejap. Dahaganya tidak habis-habis. Dia tidak berpuas
hati dengan kejayaan dan tidak pernah berasa puas. Dia
tidak dapat menerima yang lama dan menghasratkan yang
baru. Apa yang dimiliki tidak dirasanya menarik,
sedangkan apa yang tidak dimiliki sentiasa
menggamitnya, menggodanya untuk mendapatkannya. Dunia
yang terhingga, kehidupan yang sekejap benar-benar
tidak memadai bagi memenuhi keinginan dan cita-citanya.
(Nadawi Sayed Abul Hasan Ali, 1983:5)
3.6 Aspek Manusia yang Positif dan yang Negatif
Seperti yang difahami daripada perbincangan sebelum ini,
manusia dipilih untuk menjadi pengganti Allah (s.w.t.) di
bumi, dan dalam Al- Quran dia berulang-ulang kali dipuji dan
ditegur. Dia “dianggap lebih agung daripada langit dan bumi
serta malaikat, dan pada masa yang sama lebih rendah
daripada syaitan dan binatang beban.”
Xxx
Xxx
Xxxx

9
Manusia mempunyai keupayaan untuk menjadi baik atau
jahat, positif atau negatif, melakukan apa yang betul atau
apa yang salah. Dari segi aspek positifnya, manusia
merupakan pengganti Allah di bumi. Seperti yang disebut oleh
Al-Quran ketika Tuhan berkata kepada malaikat:
Xxxx
Begitu jugalah yang disebut dalam Ayat 165 Surah Al-
An’am:
Xxxxx
Manusia bukan sekadar gabungan yang bertentangan, malah
dia makhluk unik dalam banyak cara dan mempunyai kemampuan
untuk menjadi sebaik nabi dan utusan. Pada masa yang sama
dia juga mempunyai kemampuan untuk menjadi sejahat Fir’aun,
Haman dan Qarun dan watak lain yang amat terkenal kerana
perbuatan buruk dan tingkah laku mereka yang salah.
Manusia mempunyai banyak kemampuan kerana dia dicipta
oleh Allah (s.w.t.) untuk menjalankan tugas di bumi. Dia
unik dan suatu keajaiban. Seperti kata Virginia Satir:
“. . . . . Tiap-tiap cap jari tiap-tiap orang berbeza.
Bayangkan empat bilion orang (kini lima) yang ada di
dunia, campur dengan mereka yang telah wujud dahulu dan
yang akan wujud pada masa akan datang. Semuanya
mempunyai cap cari yang unik. Tiada duplikasi.
Bagaimanakah seseorang boleh memikirkan sungguh banyak
variasi? Bingung saya memikirkannya. Namun inilah
hakikat yang tidak dapat dipertikaikan.
Begitu juga seseorang pakar bedah yang belajar ilmu
pembedahan di mana-mana tempat di dunia boleh dengan
berjaya menjalankan sebarang pembedahan ke atas sesiapa
pun, tanpa menghiraukan budaya, ras, bangsa, bahasa,
usia, pekerjaan, agama, hubungan atau fahaman politik
kerana jantung, kepala, dan bahagian lain anatomi

10
manusia sentiasa berada di tempat yang lebih kurang
sama. Begitu juga anak-anak sentiasa dikandung dalam
cara yang sama dan dilahirkan dari tempat yang sama.
Kita juga semuanya sama.”
(Satir, Virginia, 1978)
Sebagai komen tentang pemahaman Stir yang hebat ini
berkaitan manusia, penyelidik yakin dua ayat berikut dapat
menerangkan ideanya dalam cara terbaik.
Xxx
Xxxx
Orang yang menggunakan deria mereka, berfikir serta
mencerap akan memahami keajaiban dalam diri mereka sendiri
dan juga keajaiban di kaki langit yang seterusnya membuatkan
mereka percaya kepada Allah (s.w.t.), di samping percaya
pada diri mereka sendiri untuk menjadi sebaik mungkin,
menurut potensi dan keupayaan mereka.
3.7 Pengetahuan Fitrah Manusia yang Asas
Lebih daripada satu Surah Al-Quran yang Suci menekankan
pentingnya ilmu pengetahuan kepada manusia. Manusia diajar
oleh Allah (s.w.t.) nama segala-galanya dan dia diajar
untuk bertutur. Menerusi pengetahuanlah manusia boleh
mengenali Tuhannya dan dirinya sendiri.
Xxxx
Kemudian Allah (s.w.t.) berkata kepada Nabi Adam:
Xxxxxx
Jelaslah bahawa pengetahuan berupa salah satu fitrah
asas manusia dan sekali gus matlamat asasnya. Menerusi
pengetahuan manusia boleh mengenali Tuhannya. Dengan
mengenali Tuhannya dia boleh menjadi hamba Allah yang baik,
orang beriman yang baik, dan seorang Muslim yang baik.
Pentingnya pengetahuan sebagai aspek manusia yang
positif disebut beberapa banyak kali dalam Al-Quran.

11
Xxxxx
Justeru mendidik manusia salah satu kewajipan penting
bagi umah scara amnya, dan bagi setiap keluarga dan setiap
individu secara khususnya. Dengan mengetahui dan
mempelajari, seseorang boleh mengekalkan fitrah yang suci
dan sihat. Tanpa pengetahuan dan tanpa pendidikan dia tidak
boleh berada pada tahap yang sepatutnya. Pengaruh
persekitaran boleh menjejaskan tingkah lakunya dan boleh
mengakibatkan dia menjadi salah seorang daripada mereka yang
sesat atau mereka yang menimbulkan kemurkaan Allah (s.w.t.).
Xxxxx
Xxxxx
Mereka yang membaca Al-Quran dapat memahami pentingnya
pengetahuan, bukan sahaja sebagai cara untuk memahami
kewajipan mereka terhadap Allah (s.w.t.) dan manusia tetapi
juga untuk mengenali diri mereka sendiri dan persekitaran
mereka. Sebanyak mungkin yang diketahui seseorang, maka iman
dan kepercayaannya akan menjadi lebih kukuh dan lebih jelas
lagi.
Pengetahuan merupakan unsur asas yang membuatkan orang
berbeza dalam kehidupan ini dan kehidupan akan datang.
Bahkan orang tidak beriman sekali pun jika mereka bekerja
keras untuk memperoleh pengetahuan akan menjadi lebih kuat
dalam dunia material dan boleh memaksa orang lain menerima
idea mereka. Sebaliknya, mereka yang beriman tetapi tidak
mempedulikan kepentingan ilmu pengetahuan, atau memahaminya
dengan salah dengan mengambil sebahagian sahaja daripada
ajaran Islam akan menjadi lemah. Selain itu mereka mudah
sekali boleh dikuasai orang yang tidak beriman tetapi
mempunyai pengetahuan.
Menurut Al-Quran, status sarjana atau cendekiawan
antara yang tertinggi kerana mereka yang mengenali Allah

12
(s.w.t.) mengenali diri mereka sendiri dan mampu mengajar
orang lain serta memandu mereka ke jalan yang betul. Tanpa
sarjana, manusia akan menjadi tanpa pemimpin. Mereka akan
kehilangan jalan dan menjadi sesat.
Pengetahuan salah satu aspek manusia yang positif.
Asal-usulnya berbalik semula ke masa apabila Allah (s.w.t.)
mengajar Nabi Adam nama segala-galanya. Menurut Syed Naquib
Al-Attas (1990,2):
“Pengetahuan dan agama berhubung kait secara semula
jadi dalam sifat semula jadi manusia, yakni fitrah asal
yang dicipta oleh Allah (s.w.t.) baginya. Oleh yang
demikian matlamat manusia untuk mengetahui dan
berkhidmat kepada Allah (s.w.t.), dan kewajipannya
ialah ketaatan kepada Tuhan, yakni selaras dengan
fitrah asasnya yang dicipta baginya oleh Tuhan.”
Al-Quran serta Hadis sama-sama menegaskan kepentingan
pengetahuan. Oleh sebab belajar dianggap kewajipan bagi
setiap Muslim, maka dalam ajaran Islam para sarjana
mempunyai kedudukan yang sungguh dihormati.
Xxxx
Xxxx
Pengetahuan ialah jalan bagi mencapai keimanan dan
kegembiraan, suatu cahaya dan tanpanya tiada sesiapa boleh
menjadi manusia yang baik. Pengetahuan bagaikan nur yang
memandu manusia untuk mengetahui dirinya sendiri dan
peranannya dalam kehidupan ini dan juga bagaimana dia hendak
mengekalkan imbangan yang baik antara semua dimensi
sahsiahnya.
3.8 Menurut Fitrahnya Manusia Beriman
Memang secara semula jadinya manusia percaya kepada Tuhan.
Al-Quran menunjukkan bahawa salah satu sifat asas manusia
ialah kepercayaan kepada Allah (s.w.t.) dan menjadi Muslim.

13
Menjadi Muslim bermakna menyerah sepenuhnya kepada Allah
(s.w.t.). Dari awal kewujudannya lagi manusia mengenali
Tuhannya dan menjadi saksi terhadap dirinya sendiri:
Xxxxx
Manusia lahir dengan kurniaan semula jadi (al-fitrah)
untuk mengikut jalan yang betul, iaitu jalan Islam sekiranya
dibiar tanpa sebarang campur tangan daripada ibu bapa, sanak
saudara, guru dan masyarakat.
Al-Quran berfirman:
Xxxxxx
Daripada perbincangan ini, bolehlah dikatakan bahawa
tiada alasan lojik bagi mana-mana orang Muslim untuk tidak
belajar sebanyak yang mampu bagi memperoleh pengetahuan
tentang diri mereka sendiri, agama, alam semesta, budaya dan
sejarah mereka. Pengetahuan berakar umbi dalam fitrah kita
dan merupakan cara yang membolehkan kita memenuhi kewajipan
kita sebagai khalifah atau pengganti Allah (s.w.t.) di bumi.
Pengetahuan ibadat paling tinggi yang boleh dilaksanakan
oleh manusia.
Hubungan antara pengetahuan dengan iman adalah amat
kuat. Pengetahuan yang betul (ilm) membawa kepada iman yang
betul. Orang beriman yang baik ialah orang yang belajar
sejak dari kehidupan awal sehingga ke akhir hayatnya.
Penyelidik percaya salah satu kewajipan asas manusia adalah
untuk memperkuat iman mereka melalui pendidikan, dengan
menggunakan deria mereka, dan dengan menurut cara Al-Quran
yang menjadikan pemerolehan pengetahuan sebagai bentuk
ibadat tertinggi dan juga keseluruhan kehidupan individu
sebagai masa untuk belajar.
3.9 Makhluk yang Dimuliakan
Al-Quran meletakkan manusia pada kedudukan yang amat
dihormati. Daripada Al-Quran seseorang tahu bahawa manusia

14
dicipta dalam bentuk terbaik. Alam semesta, langit dan
bumi, malam dan siang, matahari dan bulan serta bintang
dijadikan untuk tunduk kepada manusia.
Firman Al-Quran:
xxxxx
Maruah dan status manusia amat tinggi dalam Al-Quran
yang Suci. Allah (s.w.t.) mengajar Nabi Adam (bapa manusia)
nama segala benda, menjadikan beliau (dan anak-anaknya)
pengganti-Nya di bumi. Allah (s.w.t.) mencipta manusia
daripada kesatuan jantina, memberi kepadanya pendengaran dan
penglihatan, dan mencipta baginya segala-gala yang ada di
bumi.
Jelas sekali segala-galanya dalam jagat dicipta untuk
manfaat manusia: matahari, bulan, siang, malam, udara, air,
dan haiwan serta buah-buahan.
Surah 16, Surah Al-Nahl menyebut:
Xxxx
Persekitaran yang kini sedang dimusnahkan oleh manusia
moden telah dicipta oleh Allah (s.w.t.) bagi faedah manusia
dan warisannya. Semua benda yang disebut dalam ayat yang
dipilih dari Surah 16 merupakan ayat keterangan yang amat
jelas yang menunjukkan maruah dan status manusia sebagai
mahkluk yang dimuliakan.
Manusia ciptaan yang paling dimuliakan di bumi.
Tindakan salah pada masa yang berlainan di tempat yang
berlainan yang sentiasa dilakukan oleh manusia terhadap
manusia jelas sekali disebabkan kejahilan dan sifat
mementingkan diri sendiri, serta sifat manusia yang lupa
akan iman dan komitmennya.
3.10 Makhluk Pelupa
Salah satu sifat asas manusia yang terbit daripada fitrahnya
ialah sifat pelupa. Memang sudah jelas sekali kepada setiap

15
orang bahawa manusia lupa akan banyak perkara, antaranya
pelajaran yang telah dipelajari, tindakan, pengetahuan dan
banyak lagi perkara lain. Menurut Syed Naquib Al-Attas
(1990,3):
“. . . . . . manusia juga mempunyai sifat pelupa
(nisyan). . . . dan pada dasarnya tepat sekali dia
dinamakan insan kerana dia lupa (nasia) untuk
menjalankan kewajipannya dan memenuhi matlamatnya
setelah dia bersaksi pada dirinya sendiri akan
kebenaran perjanjian yang dimeterainya dengan Tuhan
yang memerlukan ketaatan kepada arahan dan larangan-
Nya.”
Al-Quran menekankan sifat pelupa ini dalam Surah Taha:
Xxxxxxxx
Dalam Bahasa Arab, manusia dinamakan “insan” untuk
menegaskan sifat semula jadinya sebagai makhluk pelupa.
Menurut Ibn Abbas, istilah “insan” terbit daripada perkataan
“nasiya” apabila manusia lupa (nasiya) setelah dia membuat
perjanjian dengan Tuhan. Sifat pelupa mengakibatkan manusia
menjadi tidak patuh, dan sifat semula jadi yang patut
disalahkan ini menyebabkan dia cenderung ke arah
ketidakadilan (zulm) dan kejahilan (jahl).
Istilah “pelupa” dan berbagai-bagai bentuknya disebut
sebanyak 42 kali dalam Al-Quran. Istilah “melupakan” merujuk
kegagalan untuk mengingati, atau kurang kesedaran atau
kurang memberikan perhatian penuh, atau “ketakmampuan untuk
mengingati maklumat tertentu dengan tepat. Menurut
pendekatan pemprosesan maklumat, sebabnya barangkali kerana
kerosakan dalam mengekod, menyimpan atau mendapatkan semula
maklumat.” (Crider, 1983, 60).
Kelupaan sebagai sebahagian daripada Ingatan Manusia
telah dikaji dari segi ingatan jangka pendek dan ingatan

16
jangka panjang. Kelupaan dibincangkan dalam psikologi
menurut beberapa teori, umpamanya Teori Reputan, Teori
Gangguan, Teori Kegagalan Mendapatkan Semula, dan Teori
Kelupaan Bermotivasi.
Kajian-kajian ini dijalankan untuk memahami fenomena
lupa dan kesannya ke atas pembelajaran dan mengingati
maklumat yang disimpan dalam ingatan jangka pendek dan juga
ingatan jangka panjang.
Bersyukurlah kita kepada Allah (s.w.t.) yang mencipta
sifat ini agar manusia dapat menangani kesukaran kehidupan.
Melupa menjadi penting apabila seseorang menangani peristiwa
sedih atau kesilapan dalam kehidupannya yang boleh banyak
menyusahkannya jika dia tidak boleh lupa.
Perlu diingati bahawa lupa sebagai sifat semula jadi
berbeza daripada lupa atau hilang keupayaan untuk mengingat,
mengecam atau menghasilkan semula apa yang telah dipelajari
disebabkan penyakit atau kerosakan otak. Di sini penyelidik
bercakap tentang lupa yang dialami setiap orang dalam
kehidupannya ketika dia masih sihat.
3.10 Makhluk Bertanggungjawab
Manusia dalam Al-Quran ialah makhluk bertanggungjawab.
Tanggungjawabnya membuatkan manusia bertindak tanpa sebarang
tekanan atau pengaruh di luar dirinya sendiri. Firman Al-
Quran:
Xxxx
Dalam sesetengah ayat dalam Al-Quran manusia disebut
sebagai makhluk sungguh baik, manakala dalam sesetengah ayat
lain dia disebut sebagai makhluk amat jahat. Ini membuktikan
manusia mampu melakukan yang baik atau yang buruk, yang
betul atau yang salah kerana dia makhluk yang
bertanggungjawab dan berkewajipan.
Xxxxx

17
Sifat semula jadi manusia membolehkan dia melakukan
yang betul atau yang salah kerana dia makhluk yang mempunyai
kewajipan dan tanggungjawab. Setiap manusia bertanggungjawab
bagi tindakannya dan tiada siapa boleh menanggung dosa atau
kesalahan orang lain.
Xxxxx
Tanggungjawab manusia diterangkan dengan jelas sekali
melalui penghantaran kitab agama kepadanya sepanjang
sejarah, daripada Nabi Adam hingga kepada Junjungan kita
Nabi Muhammad (s.a.w.). Tanggungjawab memerlukan pengetahuan
tentang Allah (s.w.t.) dan jalan-Nya, dan hasilnya ialah
amalan baik.
Untuk menekankan betapa pentingnya pengetahuan kepada
manusia supaya dia dapat menjalankan kewajipannya di bumi
sebagai makhluk bertanggungjawab, perkataan pertama yang
diwahyu kepada Nabi Muhammad (s.a.w.) ialah:
Xxxxxx
Bagi seseorang yang berfikir, pentingnya membaca sunguh
jelas. Tiada peradaban boleh wujud tanpa pengetahuan dan
pembacaan. Bahkan mereka yang mengetepikan agama dan
ajarannya tetap menggunakan kunci kepada pengetahuan melalui
“pembacaan.”
Tanggungjawab memerlukan usaha dan usaha sentiasa
dikaitkan dengan iman. Usaha tanpa iman tidak boleh
diterima. Begitu juga tiada iman yang sah tanpa usaha.
Utusan Allah (s.w.t.) kepada manusia merupakan contoh
untuk diteladani. Mereka contoh dari segi amalan baik dan
tingkah laku mereka.

18

Anda mungkin juga menyukai

  • Psikologi Melayu
    Psikologi Melayu
    Dokumen155 halaman
    Psikologi Melayu
    Firdaus Abdullah
    Belum ada peringkat
  • Nhalim Bab II
    Nhalim Bab II
    Dokumen28 halaman
    Nhalim Bab II
    Firdaus Abdullah
    Belum ada peringkat
  • Psikologi Melayu
    Psikologi Melayu
    Dokumen155 halaman
    Psikologi Melayu
    Firdaus Abdullah
    Belum ada peringkat
  • Penghargaan
    Penghargaan
    Dokumen1 halaman
    Penghargaan
    Firdaus Abdullah
    Belum ada peringkat
  • Rumusan Artikel DBP
    Rumusan Artikel DBP
    Dokumen3 halaman
    Rumusan Artikel DBP
    Firdaus Abdullah
    Belum ada peringkat
  • Tajuk
    Tajuk
    Dokumen1 halaman
    Tajuk
    Firdaus Abdullah
    Belum ada peringkat
  • Tesis 2 C
    Tesis 2 C
    Dokumen14 halaman
    Tesis 2 C
    Firdaus Abdullah
    Belum ada peringkat
  • Tokwan Part 2
    Tokwan Part 2
    Dokumen104 halaman
    Tokwan Part 2
    Firdaus Abdullah
    Belum ada peringkat
  • Rumusan Melaka & Sabah
    Rumusan Melaka & Sabah
    Dokumen3 halaman
    Rumusan Melaka & Sabah
    Firdaus Abdullah
    Belum ada peringkat
  • Tesis 2 B
    Tesis 2 B
    Dokumen29 halaman
    Tesis 2 B
    Firdaus Abdullah
    Belum ada peringkat
  • Tesis3a Bab VII A
    Tesis3a Bab VII A
    Dokumen22 halaman
    Tesis3a Bab VII A
    Firdaus Abdullah
    Belum ada peringkat
  • Kata Pengantar Psi Melayu. 27-3-2015
    Kata Pengantar Psi Melayu. 27-3-2015
    Dokumen5 halaman
    Kata Pengantar Psi Melayu. 27-3-2015
    Firdaus Abdullah
    Belum ada peringkat
  • Tesis2 Bab VI
    Tesis2 Bab VI
    Dokumen30 halaman
    Tesis2 Bab VI
    Firdaus Abdullah
    Belum ada peringkat
  • Tesis3 Bab VII
    Tesis3 Bab VII
    Dokumen28 halaman
    Tesis3 Bab VII
    Firdaus Abdullah
    Belum ada peringkat
  • Rumusan Melaka & Sabah
    Rumusan Melaka & Sabah
    Dokumen3 halaman
    Rumusan Melaka & Sabah
    Firdaus Abdullah
    Belum ada peringkat
  • Tesis1 Bab V
    Tesis1 Bab V
    Dokumen34 halaman
    Tesis1 Bab V
    Firdaus Abdullah
    Belum ada peringkat
  • Tesis Content
    Tesis Content
    Dokumen33 halaman
    Tesis Content
    Firdaus Abdullah
    Belum ada peringkat
  • Nhalim Bab II
    Nhalim Bab II
    Dokumen28 halaman
    Nhalim Bab II
    Firdaus Abdullah
    Belum ada peringkat