Anda di halaman 1dari 8

LAMPIRAN 1 : PERANAN GURU-GURU AGAMA DALAM

PEMBANGUNAN KEROHANIAN

1- PENDAHULUAN

Pembangunan ummah kearah kebahagiaan dan kecemerlangan


di dunia dan akhirat adalah agenda utama ugama Islam.

Untuk mencapai tujuan tersebut ,Allah mengutus para


RasulNya dan membekalkan kepada mereka dengan wahyu.
Manusia pula dibekalkan dengan roh , akal dan tubuh badan bagi
memahami dan mempraktikkan isi kandungan wahyu tersebut .

Penumpuan yang berat sebelah kepada pembangunan material


tanpa diseimbangkan dengan kerohanian menyebabkan lahirnya
gejala sosial–budaya yang negatif sekalipun manusia dapat
mencatat pertumbuhan ekonomi yang pesat.

Dari sinilah kepentingan pengisian kerohanian amat perlu


dititikberatkan dan guru-guru agama tak terlepas dari
tanggungjawab yang amat mencabar ini. Merekalah yang menjadi
agen perubah utama masyarakat yang memandu mereka dalam
aspek moral dan kerohanian.

2- KELEBIHAN MASJID SEBAGAI PUSAT PENGAJIAN

Para ulama dizaman lampau tidak mengetahui tempat


pembelajaran yang paling berkesan melainkan masjid. Ianya

1
menjadi hujah dan dalil yang amat jelas tentang tiada pemisahan
hal ehwal keduniaan dengan hal keagamaan.

Pembelajaran dimasjid mempunyai keistimewaan-


keistimewaan berikut :

1- Suasana pembelajaran dimasjid dilingkungi dengan suasana


ibadat yang menjadikan semua orang merasa berada dalam rumah
Allah dan mudah dekat dengan keikhlasan padaNya.

Tujuan semua yang hadir ialah satu iaitu untuk mendalami


ajaran agama,mempraktikkannya dan berdakwah dengannya.
Inilah rahsia kejayaan besar peranan masjid yang telah berjaya
mengeluarkan Khulafak Al Rasyidin , imam-imam hadis, fikah dan
lain-lain.

2- Pembelajaran dimasjid lebih menyeluruh kerana tenaga pengajar


dan pelajarnya datang dari pelbagai latarbelakang . Pelajar pula
tidak terikat dengan peraturan kehadiran atau jumlah bilangan
tertentu dalam kuliah.

3- Ikatan perhubungan antara tenaga pengajar masjid dan


pelajarnya dengan orang ramai lebih meluas berbanding pusat –
pusat pengajian lain.

Keistimewaan-keistimewaan tadilah yang menjadikan


pembelajaran di masjid tetap bergerak walaupun telah melewati
lebih 14 abad.

2
3- CABARAN GURU-GURU AGAMA

Pada masa kini , kita dapati sesetengah umat Islam di Malaysia


amnya dan di negeri Terengganu khususnya menghadapi fenomena
penyelewengan akidah,pengabaian syariat, keruntuhan institusi
keluarga , kemiskinan , perpecahan dalam masyarakat , kes
jenayah , penyalahgunaan dadah , HIV , “hilang adab”, penyakit –
penyakit hati yang kronik seperti hasad dengki , pemujaan kepada
gaya hidup yang berpaksikan nafsu dan lain-lain penyakit sosial.

Justeru itu, sebagai tenaga pengajar guru agama , kita perlu


peka dengan fenomena ini dan berusaha menyiapkan diri untuk
mengharungi cabaran-cabaran tersebut. Kita jadikan masjid
sebagai platform yang rasmi bagi merubah masyarakat. Ianya
sesuai dengan amalan Rasulullah dan generasi selepasnya yang
menjadikan masjid sebagai benteng awal dan akhir dalam
membangunkan umat islam .

4- PERANAN GURU AGAMA

Peranan guru agama amat besar. Disekolah atau pusat


pengajian , tenaga pengajarnya berhadapan dengan kumpulan
pelajar atau sasaran yang dapat diketahui status dan keupayaan
akademiknya. Berlainan pula dengan guru agama . Mereka
berhadapan dengan pelbagai lapisan masyarakat yang datang dari
latarbelakang yang berlainan.

Oleh itu , peranan mereka sama besar dengan wakil-wakil


rakyat atau ketua komuniti samada diperingkat kampung , daerah
maupun negeri.

3
Bagi menjamin keberkesanan perlaksanaan tanggungjawab
guru takmir di masjid-masjid ,maka guru agama disarankan agar
memainkan peranan dalam perkara-perkara berikut :

1- Menghidup dan mengimarahkan fungsi masjid.

2- Berdakwah dengan penuh hikmah.

3- Meneguhkan akidah ummah.

4- Membetulkan ibadah ummah.

5- Memurnikan akhlak ummah.

6- Membendung penyakit sosial.

7- Menjadi tempat rujuk masyarakat.

8- Menjadi “qudwah” atau contoh yang baik.

9- Menyampai maklumat dengan tepat.

5- LATIHAN DAN PERSEDIAAN GURU AGAMA

Latihan dan persediaan merupakan dua perkara yang amat


dititikberatkan dalam Islam. Tanpa latihan, tugas yang mudah
menjadi susah. Sebagaimana tanpa persediaan , latihan yang dibuat
tak menjadi atau tidak mencapai sasarannya.

4
Untuk memperolehi hasil yang berkesan dalam pengajaran,
guru agama perlu mempunyai kemahiran-kemahiran berikut :

1- Membuat perancangan mengajar melalui perbincangan dengan


AJK masjid dan ahli kariah yang berminat.

2- Memiliki teknik mengajar yang dapat menarik minat orang


ramai.

3- Menyiapkan diri dengan ilmu tradisional dan kontemporari.

4- Membuat rujukan yang mendalam dalam bab-bab yang diajar.

5- Memaksimumkan kegunaan komputer dalam membuat


persediaan samada sebelum ,semasa dan selepas mengajar.

6- Mempunyai penampilan yang menarik , pandai berinteraksi dan


menjadi “qudwah” kepada orang ramai.

7- Mengutamakan penyelesaian masalah anak-anak kariah.

8- Menghormati sensiviti masyarakat setempat dan peraturan


ditempat mengajar.

Kesemua perkara diatas perlu diberi perhatian oleh semua


guru agama kerana ianya dapat menjamin keberkesanan proses

5
pengajaran yang dilakukan agar menjadi lebih menarik dan
diminati oleh semua lapisan masyarakat.

6- CIRI-CIRI KULIAH YANG BAIK

Keberkesanan pengajaran seorang guru agama dapat dikaitkan


dengan empat aspek :

1- Penampilan dan perwatakan sebelum mengajar.


2- Teknik penyampaian semasa mengajar.
3- Peneguhan isi kuliah dalam pengajaran.
4- Penilaian pencapaian pelajar semasa dan selepas mengajar.

Oleh itu , bagi mencapai keberkesanan dalam pengajaran


semacamana yang diingini , guru agama perlu :

1- Berkomunikasi dalam bahasa setempat samada di dalam atau di


luar kuliah.

2- Memberikan ruang penglibatan pelajar.

3- Tidak mementingkan diri , tapi mementingkan pembelajaran.

4- Menyesuaikan pembelajaran dengan kebolehan, tahap dan minat


pelajar.

6
5- Tidak membiarkan pelajar tanpa jawapan.

6- Memberi contoh-contoh dan soalan-soalan bagi mengelak


kebosanan pelajar.

7- Memula dan mengakhiri sesi kuliah dengan pengulangan semula


pelajaran yang lalu dan pelajaran semasa.

8- Memastikan pelajar ada bahan yang diajar.

9- Menepati masa semasa memulakan dan mengakhiri kuliah.

10- Menarik minat dan perhatian pelajar.

11- Memberi motivasi kepada pelajar.

12- Sentiasa ceria dan bersemangat dalam pengajaran.

13- Bertindak secara diplomatik , bijak dan berkebolehan


meletakkan diri dalam situasi orang lain.

7- PENUTUP

Dari apa yang di tulis sebentar tadi, kita dapat perhatikan


bagaimana besar dan beratnya tanggungjawab yang dipikul oleh

7
tenaga pengajar guru agama . Tugasan tersebut sememangnya telah
berlaku dalam kehidupan seharian guru agama sebelum ini.

Namun demikian, apa yang telah dilalui sebelum ini hendaklah


dianalisa dan perlu ada “muhasabah ”. Dengan cara ini, yang salah
dapat diperbetulkan , yang betul dapat diperkukuhkan lagi.

Membuat perancangan awal sebelum bersemuka dengan


masyarakat adalah langkah yang bijak dan berkesan dalam
melaksanakan tugas yang diamanahkan . Tanpa perancangan ,
semua tugas tak mencapai kualiti yang diharapkan. Bersamalah
kita berazam untuk menjadi pembimbing , pengajar dan pendidik
yang hebat sebagaimana yang dipraktikkan oleh junjungan Nabi
s.a.w .

Sekian . Terima kasih

Disediakan oleh Ustaz Abdul Halim bin Awang @ Sulong


Timbalan Mufti Negeri Terengganu
12- 4 - 2010

Anda mungkin juga menyukai