Anda di halaman 1dari 2

KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR (TEMA BERBEZA)

KEMAHIRAN Mendengar dan Bertutur


TINGKATAN 1 Anggerik
MASA 8:15 pagi – 9:15 pagi
TEMA Teknologi Amalan Hijau
TAJUK Selamat Bumi Sayang Diri
STANDARD
PEMBELAJARAN 1.7.1 Berbincang tentang sesuatu perkara yang didengar atau dilihat untuk bertukar-
tukar pandangan secara rasional dengan ayat yang gramatis dan bahasa yang santun.
OBJEKTIF Pada akhir PdP, murid dapat :
PEMBELAJARAN
(OP) 1. berbincang tentang persamaan dan perbezaan ciri pada gambar kenderaan
yang dipaparkan
2. bertukar-tukar pandangan untuk mengenal pasti kenderaan yang lebih mesra
alam pada gambar yang dipaparkan

3. menyenaraikan contoh kenderaan lain yang lebih mesra alam dan


menyatakan rasionalnya
KRITERIA Murid akan berjaya jika:
KEJAYAAN (KK) 1. menyuarakan pendapat tentang persamaan dan perbezaan antara penggunaan
basikal dengan motosikal dari segi pemakaian alat-alat perlindungan dan ciri
kenderaan
2. memberi rasional kepada pandangan dan pendapat masing-masing tentang
kenderaan yang lebih mesra alam

EMK Ilmu PKJR:

HP 5.1.1 Menghuraikan kepentingan menggunakan alat perlindungan ketika


menunggang basikal.

Aktiviti 10 Halaman 18

Kosa Kata: berbasikal, sukan permotoran, karbon monoksida, kesan rumah hijau,
lapisan ozon, minyak tanpa plumbum, kenderaan elektrik, tenaga solar, ekzos,
pencemaran bunyi, lestari, topi keledar, sarung tangan, pad siku, pad lutut, jaket
pemantul cahaya, kasut bertutup, jaket kulit

BAHAN BANTU Gambar penunggang basikal dan penunggang motosikal yang berpakaian alat-alat
BELAJAR perlindungan yang lengkap (disediakan oleh guru)
BAM
Peta i-Think (peta buih berganda)
AKTIVITI 1. Murid meneliti gambar penunggang basikal dan motosikal yang memakai alat-
alat perlindungan yang lengkap.
2. Murid menyenaraikan persamaan dan perbezaan ciri antara kedua-dua gambar
secara berkumpulan menggunakan peta buih berganda.
3. Murid berbincang dalam kumpulan tentang kenderaan yang lebih mesra alam
dari gambar yang dipaparkan.
4. Murid membentangkan senarai contoh kenderaan lain yang lebih mesra alam dan
menyatakan rasional kepada jawapan mereka.

Pengayaan: Permainan Membina Ayat


 Murid pertama dalam kumpulan menyebut satu kosa kata baharu yang
diperoleh daripada aktiviti perbincangan.
 Rakan yang lain dalam kumpulan membina ayat secara lisan berdasarkan kosa
kata tersebut.
 Rakan yang paling cepat membina ayat yang gramatis dengan bahasa yang
santun dikira sebagai pemenang dan berpeluang menyebut satu kosa kata
baharu yang lain.
 Permainan diteruskan sehingga semua kosa kata telah digunakan.

Pemulihan:
 Secara berpasangan, murid memilih kad perkataan yang mengandungi kosa
kata
 Murid pertama menyebut kosa kata yang tercatat pada kad, pasangannya
mendengar dan menyebut kosa kata tersebut semula.

5. Murid ulang sebut kosa kata yang dipelajari dan merumuskan isi pelajaran
yang telah dipelajari.

Anda mungkin juga menyukai