Anda di halaman 1dari 5

Pendahuluan

- Kini, masyarakat memandang enteng terhadap penggunaan Bahasa Melayu,


mereka lebih gemar menggunakan Bahasa Inggeris berbanding Bahasa
Melayu. (situasi)
- Bahasa kebangsaan merupakan bahasa yang melambangkan identiti
kebangsaan sesuatu bangsa atau negara. (definisi)
- Oleh itu, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan usaha untuk
memartabatkan Bahasa Melayu tidak berkesan. Hal ini secara tidak langsung
wujudnya langkah bagi memartabatkan Bahasa Melayu.

Isi 1 - Sikap pemimpin yang menggunakan Bahasa Inggeris dalam sistem


pendidikan dan komunikasi.
Huraian - Pihak kerajaan tidak terlalu tegas akan dasarnya maka mereka harus
menggerakkan semula penggunaan Bahasa Melayu.
Contoh - Menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar dalam
subjek Sains dan Matematik supaya pelajar lebih memanfaatkan penggunaan
Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan kita.
Huraian contoh - Impaknya, hal ini dapat menggalakkan kecekapan pelajar
dalam menguasai Bahasa Melayu dengan baik dan di samping itu turut dapat
menguasai subjek Matematik dan Sains dengan lebih mudah.
Kesimpulannya - Dasar kerajaan yang lemah perlu diperkukuh dan
diperbaikpulih agar Bahasa Melayu tidak akan pupus dan mampu
dimartabatkan.
Isi 2 - Sikap masyarakat yang masih mengagungkan Bahasa Inggeris .
Huraian - Segelintir masyarakat yang menganggap penggunaan Bahasa Melayu
itu merupakan perbuatan yang ketinggalan zaman atau lapuk.
- Mereka lebih gemar berbahasa Inggeris yang merupakan ‘trend’
terkini dan menjadi bahasa yang diperlukan ketika temuduga
pekerja.
Contoh - Oleh itu, masyarakat akan memandang remeh terhadap Bahasa
Melayu sehingga sanggup mencemarinya dengan penggunaan bahasa ‘rojak’
dan menulis singkatan.
Huraian contoh - Impaknya, ia akan membawa kepada pengaruh yang tidak
elok untuk orang lain terutamanya pelajar yang perlu mempelajari bahasa
dengan betul.
Kesimpulannya - Jelaslah bahawa, sikap masyarakat yang sebegini amat
memberi kesan kepada usaha bagi memartbatkan Bahasa Melayu.

Isi 3 - Kempen kesedaran tentang bahasa kurang berkesan.


Huraian - Pihak kerajaan tidak mementingkan kesedaran kepada masyarakat
tentang pentingnya bahasa kebangsaan sebagai pencetus perpaduan kaum.
- Selain itu, masyarakat yang tidak mengambil berat dan tidak
menurut serta kempen yang diadakan oleh pihak kerajaan
membuatkan kempen sebegini tidak begitu memberangsangkan.
Contoh - Kempen seperti ‘Cintailah Bahasa Kita’ , Aktiviti Bulan Bahasa dan
kempen kesedaran awam
Huraian contoh - Sekiranya kempen sebegini tidak mendapat sambutan, maka
tiada kesedaran dalam kalangan masyarakat.
Kesimpulannya - Jelaslah bahawa, faktor ini amat memberi kesan kepada
usaha bagi memartabatkan Bahasa Melayu.
Isi 4 - Peranan media massa.
- Peranan media massa KGA tidak harus terpencil.
- Media massa mempunyai tanggunggjawab social – memartabatkan dan
mendaulatkan Bahasa Melayu.
- Pujian dan sanjungan harus diberikan kepada stesen penyiaran TV3 – masih
terus menggunakan bahasa baku – kini tidak lagi dan begitu juga harapan kita
kepada RTM.
- Oleh itu, diharapkan kebanjiran stesen-stesen baharu ini dapat bersama-
sama memartabatkan Bahasa Melayu di negara kita.

Isi 5 - Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka.


- Mencetak, menerbitkan, membantu usaha percetakan, penerbitan buku-
buku, risalah-risalah dan lain-lain.
- DBP – organisasi yang peting dalam industri percetakan dan penerbitan buku-
buku, risalah-risalah, kamus-kamus, serta pelbagai bentuk ilmiah –
merupakan salah satu organisasi penerbitan terbesar di Malaysia
- DBP banyak mencetak buku dan menerbitkan buku-buku untuk sekolah-
sekolah – buku teks dan rujukan – kegunanaan pelajar rendah mahupun
menengah.
- DBP juga aktif dalam menerbitkan buku-buku kesusasteraan Bahasa Melayu
mahupun Bahasa Inggeris
- DBP memainkan peranan yang penting – impak besar dan baik dalam bidang
kesusasteraan, pendidikan dan industry percetakan negara.
Isi 6 - Mengadakan pertandigan bahasa kepada pelajar dan orang ramai.
Huraian - Ini akan membuat para pelajar lebih sedar akan kepentingan Bahasa
Melayu dalam menyampaikan sesuatu perkara.
Contoh - Pertandingan berpidato, syarahan, mendeklamasikan sajak,
berpantun dan lain-lain lagi.
Huraian contoh - Pelajar akan dapat memantapkan lagi cara mereka bertutur
dalam kehidupan harian.
Kesimpulannya - Jelaslah bahawa pihak swasta perlulah menyediakan hadiah
untuk para pelajar yang telah menyertai pertandingan-pertandigan tersebut
dengan memberi hadiah seperti Hadiah Sastera Utusan.

Kesimpulannya, Bahasa Melayu amat penting di negara kita. Oleh itu, Bahasa
Melayu harus diperjuangkan sebagai bahasa yang diguna pakai dalam pelbagai
bidang di negara ini. Kita juga harus ingat bahawa Bahasa Melayu yang telah
menyatupadukan seluruh masyarakat di Malaysia. Oleh yang demikian, kita
sebagai penutur asli Bahasa Melayu hendaklah berusaha untuk mengekalkan
bahasa ibunda kita supaya tak lapuk oleh zaman dan dihormati oleh kaum lain.

Anda mungkin juga menyukai