Kes Etika PDF

Anda mungkin juga menyukai

Anda di halaman 1dari 22

ISI KANDUNGAN HALAMAN

1.0 PENDAHULUAN 3
1.1 Pengenalan 3
1.2 Prinsip akauntabiliti dan intergriti 4

2.0 Isu Etika Keguruan. 6


2.1 Isu Kes Salah Laku Guru 6
2.1.1 Salah laku Guru - Hukuman terhadap murid 7
2.1.2 Punca Berlaku Masalah Ini 9

3.0 Implikasi Isu Terhadap Akauntabiliti Keguruan dan Integriti Guru. 10

4.0 CADANGAN LANGKAH-LANGKAH MENANGANI ISU 15


4.1 Memperkasakan konsultansi antara pihak sekolah & ibu bapa. 15
4.2 Melibatkan guru-guru dengan kursus-kursus yang berkaitan. 16
4.3 Menggiatkan program yang berfokuskan kepada guru. 17
4.4 Sentiasa mengamalkan budaya cakna dalam kalangan guru. 17

5.0 REFLEKSI KENDIRI 18


6.0 PENUTUP 19
BIBLIOGRAFI 22
1.0 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan

Dalam perkembangan dunia yang pesat membangun pada ketika ini, pelbagai informasi
terkini sangat mudah diperolehi, salah satunya ialah berita yang pelbagai. Ianya disalurkan
melalui pelbagai medium elektronik seperti melalui internet, televisyen, radio, bahan bercetak
seperti akhbar, risalah dan sebagainya. Tidak dinafikan berita-berita yang telah tersebar melalui
media adalah datang dari pelbagai sumber dan sudut pendapat yang berbeza, namun begitu,
pengaruhnya terhadap masyarakat dilihat sangat membimbangkan, khususnya dalam
pendokumentasian isu yang melibatkan guru. Hal ini akan membawa seribu satu persoalan,
persepsi dan pandangan dari pelbagai sudut, baik positif dan juga negatif, terutamanya terhadap
profesion perguruan khususnya dan kepada guru amnya.

Adapun pendapat umum berkenaan definisi guru ialah seorang yang mengajarkan
sesuatu ilmu kepada murid atau pelajar di setiap peringkat usia dan tingkat tahap pendidikan itu
sendiri. Ragbir Kaur (2007), mendefinisikan guru adalah sebagai insan yang mendidik murid
dalam pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran daripada pelbagai disiplin dalam kurikulum
sekolah, manakala Mok Soon Sang (2007) mena’rifkan guru adalah pendidik dan pengasuh
kanak-kanak yang akan menjadi warisan kebudayaan dan ilmu pengetahuan untuk kemajuan
Negara pada masa depan.

Merujuk kepada Kamus Dewan (1989), perkataan ‘Perguruan’ yang diertikan dalam
konteks pendidikan ialah ‘pengajaran’, contohnya perguruan kepada guru, murid dan sebagainya,
manakala perkataan ‘keguruan’ pula diertikan sebagai ‘perkara yang berkaitan dengan guru’,
seperti peranan, tugas, kelayakan, sifat dan lain-lain perkara sebagai guru, misalnya masyarakat
memandang tinggi kepada nilai keguruan yang ada pada seorang guru, yang menjelaskan
tentang ciri-ciri serta sahsiah yang dimiliki oleh guru pada perkataan keguruan yang dinyatakan.

Profesion memiliki maksud yang sangat luas khususnya dalam aspek pekerjaan. Ianya
membawa dimensi dan penilaian yang berbeza antara suatu pekerjaan dengan pekerjaan yang
lain dalam konteks standard dan impak terhadap individu yang terlibat dalam pekerjaan tersebut.

Mok Soon Sang (1996) telah meringkaskan konsep profesionalisme dalam kalangan guru
sebagai suatu pekerjaan khusus dan dijalankan oleh orang yang mempunyai kelulusan dan
latihan ikhtisas yang cukup bermutu, bersikap jujur, dedikasi, berakauntibiliti dan bermoral tinggi,
mempunyai autonomi bertugas serta mematuhi kod etika yang ditentukan oleh organisasinya.

2 | EDU 3083
Kedua-dua pendapat ini telah menggambarkan secara ringkas konsep profesion
perguruan dan menjelaskan bagaimana perguruan itu sendiri dianggap sebagai suatu profesion
yang mempunyai standard yang tersendiri.

Harold Koontz & Heinz Weihrich (1990) menjelaskan etika adalah sebagai satu cabang
ilmu pengetahuan yang meliputi perkara yang baik dan tidak baik seiring dengan kewajiban dan
tanggungjawab moral.

Dalam erti kata yang lain,etika adalah panduan dan ketetapan yang telah digariskan
terhadap setiap perlakuan untuk memastikan matlamat yang ingin dicapai dapat diperolehi seperti
yang telah ditetapkan. Sebagai contoh, dalam konteks ingin membentuk sahsiah yang terpuji
dalam diri seorang guru, adalah menjadi satu tanggungjawab bagi seorang guru untuk
mempraktikkan etika keguruan dalam diri masing-masing bagi dalam usaha untuk mencapai
hasrat untuk menjadi guru yang mempunyai sahsiah yang terpuji.

1.2 Prinsip akauntabiliti dan intergriti

Prinsip akauntabiliti dan integriti amat penting untuk diterapkan di dalam diri setiap
penjawat awam melalui dua kaedah iaitu usaha yang berterusan oleh penjawat awamitu sendiri
seperti penghayatan nilai-nilai murni dan keadah kedua melalui penguatkuasaan daripada
kerajaan seperti penubuhan Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan (JKP), Pelan Integriti Nasional
(PIN), kursus-kursus berkaitan akauntabiliti dan integriti serta Piagam Pelanggan dan Kod Etika
Kerja yang dapat membantu kearah meningkatkan akauntabiliti dan integriti dalam diri penjawat
awam terutamanya bagi pihak guru yang terlibat dengan isu etika keguruan yang sering
dilaporkan di dada akhbar dan media massa yang lain. Setiap isu yang timbul berkaitan keguruan
yang melanggar etika keguruan mampu merosakkan imej profesion perguruan dan menyebabkan
masyarakat memandang rendah pada kerjaya sebagai guru.

Akauntabiliti bermaksud sifat bertanggungjawab terhadap seseorang atau terhadap


sesuatu tindakan, keputusan dan sebagainya serta bersedia memberikan penjelasan dan
justifikasi yang diperlukan (Kamus Dewan, 2007). Maka akauntabiliti berkait rapat dengan disiplin
dan keperluan untuk memberikan justifiasi dan menerima kebertanggungjawaban terhadap
sesuatu keputusan atau tindakan yang telah diambil. Akauntabiliti keguruan bermaksud
tanggungjawab yang harus difahami dan dilaksanakan oleh seorang guru terhadap
profesionalisme keguruan.

3 | EDU 3083
Integriti pula merujuk kepada kualiti unggul yang wujud secara keseluruhan dan padu
kepada individu dan organisasi (Institut Integriti Malaysia, 2004). Integriti berkait erat dengan
etika. Integriti berlandaskan etika dan pencerminan etika dalam tindakan sehari-hari. Lanjutan itu,
intergriti guru sebagai penjawatan awam membawa makna bahawa guru perlu melaksanakan
amanah dan kuasa yang dipertanggungjawabkan menurut kepentingan umum. Integriti pula
dikaitkan dengan nilai-nilai murni seperti amanah, jujur, adil dan saksama,telus, berkecuali dan
kebolehpercayaan.

Setiap penjawat awam terutamanya guru yang mempunyai dan mengamalkan prinsip ini
tidak akan bersikap mementingkan diri sendiri malah sebaliknya lebih mengutamakan
kepentingan orang ramai khususnya murid-murid. Prinsip-prinsip ini mampu mengelakkan
seorang guru daripada terjebak denganisu etika keguruan yang boleh mencemarkan imej
profesion perguruan. Antara isu etika keguruan yang sering dipaparkan di dada akhbar dan media
massa adalah berkaitan penampilan guru yang menjolok mata, gangguan seksual kepada murid,
guru pecah amanah dan guru sering mengambil cuti sakit palsu. Bagi menjaga imej profesion,
setiap guru perlu patuh kepada etika profesionalisme, etika pengajaran, etika tingkah laku dan
etika perkhidmatan awam (Abd. Rahim, 2007). Sebagai seorang guru, kita perlu meningkatkan
akauntabiliti dan integriti kempimpinan diri supaya segala tanggungjawab dan tugas-tugas dapat
dijalankan dengan penuh komited.

4 | EDU 3083
2.0 ISU ETIKA KEGURUAN
2.1 Isu Kes Salah Laku Guru

Namun begitu, sejak kebelakangan ini, kita telah banyak menyaksikan pelbagai isu negatif
yang telah menafikan akauntibiliti dan etika keguruan dalam kalangan guru pada masa kini.
Bukan sekali berita yang telah memaparkan kes tindakan salah laku guru disiarkan. Lebih
membimbangkan lagi, peratus berlakunya isu yang melibatkan etika keguruan yang tidak
menyenangkan tidak menunjukkan tanda-tanda penurunan, malah graf pada statistik kajian ke
atas perkara ini memaparkan lonjakan angka yang menggambarkan betapa parahnya isu etika
keguruan yang sedang berlaku.

Dalam akhbar-akhbar harian tempatan, baik dalam bentuk akhbar bercetak dan juga
akhbar yang diakses melalui internet, setiap terbitan yang terkini tidak pernah lekang dengan
topik kebejatan etika keguruan. Berkesinambungan dengan analisis aduan yang terdapat di
dalam Rajah 1. Berikut merupakan tajuk-tajuk utama berita, melibatkan etika keguruan yang
terdapat di media massa dari tahun 2008 sehingga ke hari ini :

5 | EDU 3083
2.1.1 Salah laku Guru - Hukuman terhadap murid

Kejayaan dan
keberkesanan pendidikan
banyak berkait rapat dengan
kesedaran, keinsafan dan
tanggungjawab guru sebagai
pendidik, di samping
mempunyai kelengkapan
keilmuan yang cukup dan
sahsiah luhur. Segala
panduan dan kemahiran
disertai keluhuran budi serta
peribadi tidak terpisah
daripada seseorang guru.
Begitulah sewajarnya guru sebagai pendidik yang berkesan. Mereka adalah contoh dan teladan
untuk murid, pelajar dan masyarakat.

Namun sejak akhir-akhir ini kita dihidangkan tentang berita mengenai guru mencederakan
pelajarnya dengan alasan yang tidak munasabah seperti datang lewat ke sekolah, tidak
membawa buku latihan, tidak menyiapkan kerja sekolah dan beberapa kesalahan kecil yang lain
yang dilakukan oleh pelajar. Kita sedar bahawa guru bertindak sedemikian kerana ingin mendidik
pelajar supaya pelajar tidak lagi mengulangi kesalahan yang sama tetapi perbuatan guru yang
mendenda pelajar dengan keterlaluan sehingga mendatangkan kecederaan yang serius
merupakan satu tindakan yang melampau malah turut menimbulkan kemarahan ibu bapa.
Kesannya, bukan sahaja imej guru tersebut yang tercalar malahan imej profesion keguruan turut
menerima tempiasnya.

Cabaran dalam bidang pendidikan kini semakin besar dan mencabar. Tanggungjawab
seorang guru semakin bertambah kerana guru bukan sahaja sebagai pendidik tetapi turut
menjaga murid di sekolah. Bebanan guru makin banyak turut menuntut kesabaran serta
ketanggungjawaban yang amat hebat. Kalau dulu guru sering diagung-agungkan dan disanjungi
sebagai insan yang terhormat oleh para pelajar, ibu bapa dan masyarakat seluruhnya. Namun,
hari ini sering kita dengar sebahagian besar pelajar sekolah tidak menghormati guru mereka.
Guru-guru diperlekehkan oleh ibu bapa pelajar yang mempunyai taraf hidup yang agak baik.

6 | EDU 3083
Guru-guru disaman atas kesalahan yang tidak setimpal dengan pengorbanan yang diberi. Rasa
hormat murid semakin pudar bersama keangkuhan ibu bapa yang tidak menitikberatkan pelajaran
dan menunding jari kepada guru di atas kesalahan, kealpaan dan ketidakprihatinan m ereka
sendiri dalam mendidik anak-anak. Guru sudah hilang kuasa dalam mendidik melalui rotan
kerana ibu bapa pada masa kini yang terlalu memanjakan anak-anak.

Pada pandangan saya, sewajarnya ibu bapa akur tugas guru bukan hanya mengajar
mata pelajaran untuk lulus peperiksaan, tetapi turut mendidik pelajar menerusi penerapan nilai-
nilai murni, selain jati diri, disiplin serta sahsiah terpuji. Namun begitu, kebanyakan ibu bapa
mengutamakan kecemerlangan akademik semata-mata dan bukan sahsiah yang baik
menyebabkan anak mereka tidak boleh ditegur walaupun melakukan kesalahan. Corak
pendidikan pada suatu ketika dahulu yang begitu tegas sehinggakan murid takut untuk meniru,
tidak menyiapkan kerja sekolah apatah lagi datang lewat ke sekolah. Suatu ketika dahulu,
sekiranya ada murid melakukan kesalahan murid-murid akan mendapat ganjaran dan hukuman
yang setimpal dengan kesalahan yang telah dilakukan.

Namun, sedarkah kita didikan guru pada masa lalu yang membentuk masa depan kita
pada hari ini? Kerana rotan cikgu, saya berjaya. Tindakan tegas seorang guru hanyalah untuk
mendidik anak didiknya supaya berjaya di masa hadapan. Ibu bapa pada ketika itu menyerahkan
kuasa merotan kepada guru-guru untuk membentuk anak-anak mereka. Kalau kita menyoroti
peristiwa lampau, tidak ada kes yang melibatkan guru menampar dan menyepak murid. Malah,
tiada kes guru disaman pun pada ketika itu walhal murid yang nakal selalu dirotan di
sekolah.Pada pengamatan saya, ibu bapa pada hari inilah memainkan peranan penting dalam
mencorak perubahan tingkah laku murid-murid di sekolah. Tindakan ibu bapa yang menyorok
kesalahan anak menyebabkan murid tidak takut untuk melakukan kesalahan kerana ibu bapa
boleh bertindak sebagai pembela.

Terdapat juga ibu bapa yang tidak dapat menerima hakikat bahawa anak mereka
bersalah dan tidak mengakui kesilapan yang telah dilakukan. Ibu bapa seharusnya perlu
berbincang terlebih dahulu dan jangan terburu-buru menyerang pihak sekolah atau membuat
pendedahan pada media. Mendidik anak perlu mengikut peredaran masa dan guru perlu
menghukum pelajar yang melakukan kesalahan dengan bijaksana.Hukuman yang dikenakan
adalah proses mendidik dan bukan memalukan pelajar, sekali gus memberi keinsafan dan
kesedaran terhadap salah laku yang dilakukan.

7 | EDU 3083
2.1.2 Punca Berlaku Masalah Ini

Setiap perkara yang berlaku pasti ada punca atau penyebab berlakunya sesuatu perkara.
Guru juga manusia biasa yang mempunyai tahap kesabaran yang berbeza. Guru bertindak diluar
batasan juga berpunca dari sikap ibu bapa yang terlalu membela anak sehinggakan di sekolah
juga pelajar berani melanggar peraturan dan arahan guru, tidak menghormati guru kerana sikap
pembela ibu bapa yang tidak bertempat. Keadaan ini akan memberi tekanan kepada perubahan
sikap seorang guru daripada seorang guru yang lemah lembut menjadi pembengis di sekolah.

Oleh itu, tekanan kerja merupakan punca kedua yang menyebabkan guru melakukan
kesalahan yang boleh mencalarkan imej guru. Tugas guru bukanlah satu tugas yang mudah
untuk dipikul. Tuntutan kerja merupakan tuntutan yang berat lebih-lebih lagi menjadi guru pada
zaman teknologi dan dunia tanpa sempadanini. Tugas guru bukan hanya mendidik, mengajar
dan membimbing pelajar. Selain daripada itu, guru juga banyak menerima tekanan daripada ibu
bapa, masyarakat, kerajaan, pertubuhan, pihak atasan dan juga masalah peribadi. Masyarakat
melihat tugas guru adalah mudah, masa kerja yang pendek dan banyak cuti. Guru pula berasa
beban kerja yang terlalu banyak sehingga membawa ke bilik tidur. Kerja lebih masa yang tidak
dihargai. pandangan dan persepsi yang berbeza akan menyebabkan segelintir guru kecewa.
Tekanan yang diterima ini akan menyebabkan guru cepat melenting dan melepaskan kemarahan
terhadap pelajar.

Sesungguhnya profesion keguruan yang merupakan profesion tertua di dunia, kini


memasuki satu lagi era baru. Dulu peranan utama guru ialah sebagai penyampai pengetahuan.
Gurulah yang banyak bercakap dan menyoal. Bagaimanapun kini, peranan guru lebih penting
sebagai pemudah cara dalam proses pembelajaran. Sebagai pemudah cara, guru perlu lebih
sedia dan peka melahir dan menggunakan situasi-situasi pembelajaran secara cekap dan
berkesan. Murid perlu selalu digerak untuk berfikir secara kreatif dan kritikal. Malahan, murid
dijangka dapat menyoal guru serta membantu guru membuka luas pintu pembelajarannya.
Dahulu, punca pengetahuan adalah dalam bentuk bertulis. Sekarang, lebih banyak bilik darjah
ditukar menjadi bilik darjah bestari yang membolehkan pelajar menggunakan komputer untuk
mencari lebih banyak pengetahuan dan maklumat. Bagaimanapun, kehadiran guru penting untuk
membimbing pelajar membuat pilihan ilmu dan maklumat yang betul.

Selain itu, guru harus berperanan untuk mengenal pasti dan membangunkan potensi diri
pelajar. Peranan guru ini amat penting dalam menentukan corak pembangunan sesebuah
negara. Kita perlu sedar, kejayaan negara sehingga kini, sebahagian besar adalah hasil

8 | EDU 3083
sumbangan kerjaya keguruan. Ini kerana persediaan bagi pengeluaran tenaga kerja negara di
semua sektor bermula dari sekolah yang sudah pastinya memerlukan khidmat dan jasa guru. .

3.0 Implikasi Isu Terhadap Akauntabiliti Keguruan dan Integriti Guru.

Menurut laporan Magendran Rajagopal dan Norliza Wasilan dalam Berita Harian secara
online, Kementerian Pelajaran telah menerima 200 aduan berhubung pelbagai salah laku guru di
seluruh Negara sejak tahun 2007. Sumber menjelaskan baahwa antara kesalahan yang
dilakukan oleh guru ialah tidak hadir bertugas (37%), cabul dan gangguan seksual (17%), terbabit
dalam rasuah dan disiasat Badan Pencegah Rasuah (15%), penyalah-gunaan dadah (9.5%),
kecurian (6%), jenayah syariah (7%) dan keterhutangan serius (1%). Peningkatan bilangan guru-
guru di Malaysia yang terbabit dalam kes salah laku sesungguhnya mendatangkan kesan yang
amat buruk jika masalah ini dibiarkan berterusan.

Antara kesan yang dapat dilihat daripada permasalahan ini adalah merosotnya
kewibawaan profesion perguruan. Seperti mana yang dinyatakan oleh Syed Ismail etc.
(2010:190), “ Pada zaman ini guru bukan sahaja sebagai pendidik tetapi pengganti ibu bapa,
kaunselor, pembimbing dan rakan.” Peranan guru begitu penting memandangkan beliau
merupakan individu yang paling dekat dengan murid semasa mereka berada di sekolah. Namun,
apakah pandangan ibu bapa di luar persekitaran sekolah yang mengharapkan guru menjadi
penggantinya, melihat kes-kes salah laku yang berlaku di kalangan guru di sekolah? Adakah
masyarakat di Negara kita akan terus menyanjung, menghormati dan mempercayai profesion
perguruan sebagai suatu jawatan yang mulia apabila guru-guru sekarang terjurus untuk terbabit
dalam salah laku?

Realitinya, peningkatan kes-kes salah laku melibatkan guru-guru di sekolah telah


menyebabkan ibu bapa dan masyarakat Negara kita memandang sinis terhadap profesion
perguruan. Mereka tidak yakin dengan kebolehan guru seluruh negara dalam mendidik anak-
anak mereka walaupun hanya berakibatkan tindakan salah seorang guru di Malaysia.
Nampaknya, pengaruh yang dibawa oleh permasalahan tidak mematuhi kod etika kerja guru
terhadap profesion perguruan di Malaysia adalah begitu luas sehingga menjejaskan imej semua
guru di Negara kita. Malah sesetengah pihak telah melabelkan profesion ini sebagai pilihan
terakhir setelah tiada kerjaya profesional yang lain atau disebabkan ingin mengelakkan diri
daripada menganggur. “Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.”

Di samping itu, kes salah laku yang berlaku di kalangan guru juga memaksa pihak
berkuat-kuasa melucutkan jawatan guru di sekolah. Ini secara tidak langsung menyebabkan
kekurangan sumber guru yang berkualiti di sekolah-sekolah seluruh Negara. Menurut sumber

9 | EDU 3083
pada tahun 2010, bilangan sekolah rendah yang didirikan di Malaysia adalah sebanyak 7,714
buah. Cuba bayangkan sekiranya seluruh sekolah di Malaysia mempunyai hanya seorang guru
yang membabitkan diri dalam kes salah laku.

Dengan ini, pihak berkuat-kuasa terpaksa melucutkan kira-kira 7 ribu orang guru yang
memegang jawatan di sekolah. Ini sudah tentu menimbulkan permasalahan yang tidak
berterusan kepada proses pembelajaran murid-murid di sekolah, malah sistem pendidikan di
Negara kita. Jadi, jelaslah bahawa tindakan salah laku guru akan menyebabkan sistem
pembelajaran di Negara kita tergendala.

Gambar 1 : Perbezaan antara dua zaman berkenaan tindakan guru dan ibu bapa murid

Contoh-contoh berita yang telah disiarkan dan juga berdasarkan pengalaman saya sendiri
berada di sekolah adalah merpuakan bukti yang kukuh, bahawa isu etika keguruan yang semakin
membarah dan berpotensi tinggi untuk menularkan kesan-kesan sampingan yang pelbagai

10 | E D U 3083
kepada pelbagai pihak, khususnya terhadap akauntabiliti dan integriti keguruan, ekoran daripada
tindakan guru yang menyalahi etika keguruan.

Komik yang dipaparkan dalam gambar di atas menunjukkan dua situasi dan latar
belakang masa yang berbeza, namun mempunyai tema yang sama, iaitu tindakan guru terhadap
murid serta respon dari ibu bapa murid terhadap tindakan guru. Apa pun tindakan yang dilakukan
oleh seorang guru, ianya tidak boleh dipisahkan dengan akauntabiliti keguruan.

Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, akauntabiliti bermaksudsifat bertanggungjawab


terhadap seseorang atau sesuatu keputusan atau tindakan manakala Kamus Dewan Edisi
Keempat menerangkan maksud integriti, iaitu kejujuran, ketelusan dan menjaga sesuatu
daripada perkara yang melibatkan penyelewengan. Dalam konteks akauntabiliti keguruan dan
integriti guru pula, ianya merujuk kepada tanggungjawab dan komitmen yang tinggi terhadap
profesion perguruan dalam beberapa komponen utama, iaitu akauntabiliti terhadap murid, ibu
bapa, rakan sejawat, masyarakat dan negara serta profesion perguruan, serta pembudayaan nilai
integriti keguruan dalam kalangan guru.

Walaupun begitu, isu-isu yang melibatkan etika keguruan yang sangat banyak berlaku
pada hari ini telah menjejaskan akautabiliti guru. Secara amnya, isu yang membabitkan etika
keguruan telah melunturkan akauntabiliti yang ada dalam diri guru yang tidak terlibat dengan
sebarang kes salah laku tersebut atas persepsi umum yang dibuat oleh masyarakat.Apabila
persepsi negatif ditujukan kepada akauntabiliti keguruan, maka segala tindakan yang dilakukan
oleh guru akan mendapat respon yang pelbagai khususnya daripada ibu bapa dan masyarakat
amnya.

Sebagai contoh, apabila seorang guru yang sangat mematuhi kod etika profesion
perguruan dan melaksanakan akautabilitnya sebagai guru memberikan teguran dan nasihat
dengan tegas kepada muridnya supaya menyiapkan latihan secara lisan. Apabila hal itu sampai
kepada pengetahuan penjaga murid berkenaan, maka guru tersebut telah didakwa atas
kesalahan melakukan kekasaran terhadap anaknya, atas persepsinya yang tidak begitu baik
terhadap akautabiliti keguruan yang ada pada guru secara amnya.

Di samping itu, lunturnya integriti yang ada pada seorang guru kesan daripada isu seperti
hadir lewat ke sekolah. Ianya bukan sahaja akan mengakibatkan hilangnya kepercayaan dan
rasa hormat terhadap rakan sejawat dan murid-murid, bahkan secara tidak langsung akan
melambatkan aspek pengurusan dan pengelolaan. Pelan Integriti Nasional telah menggariskan
5 objektif khusus, salah satu darinya ialah menggalakkan semangat bertanggungjawab di

11 | E D U 3083
kalangan anggota masyarakat serta mendorong perkembangan masyarakat sivil yang
menjunjung prinsip integriti dan bergerak cergas menegakkan integriti. Selain itu, kualiti
pembelajaran murid juga akan turut terkesan akibat daripada etika guru yang telah menjejaskan
akauntabiliti keguruan itu sendiri. Sebagai contoh, murid yang menjadi mangsa kepada guru yang
tidak mengamalkan kod etika keguruan serta menjalankan akauntabilitinya sebagai guru akan
merasa mereka seolah-olah guru berkenaan garang dan susah untuk didekati. Maka, sekiranya
murid berkenaan mengalami masalah, murid tersebut tidak berani untuk berjumpa dengan guru
itu kerana takut kepada guru tersebut.

Harus diingat bahawa, hal seperti ini adalah penyumbang utama kepada jatuhnya
akauntibiliti profesion perguruan dalam kaca mata masyarakat pada hari ini, lebih-lebih lagi
dengan tersiarnya berita-berita negatif berkenaan isu keguruan di segenap sumber media massa.

12 | E D U 3083
Gambar 2 : Kes salah laku guru berada di tempat tertinggi dalam Google Search Engine.

Marshall Mc Luhan (1983) yang menulis buku Media is the Message menjelaskan bahawa
media lebih berkesan dalam menentukan isi kandungan maklumat, kerana media itu sendiri yang
berperanan dalam menyampaikan maklumat. Sejauh mana maklumat itu dapat disebarkan,
sejauh itulah luasnya masyarakat akan menerimanya dan bagaimana impaknya pada
masyarakat itu, ditentukan oleh media itu sendiri. Maka dalam konteks ini, masyarakat yang
menerima maklumat secara cepat dan meluas secara tidak langsung akan dipengaruhi oleh
kandungan media itu sendiri. Melihat kepada jumlah kes jenayah dan salah laku berkenaan isu
etika keguruan yang disiarkan di media massa, sedikit sebanyak ianya mampu mengubah

13 | E D U 3083
persepsi masyarakat terhadap profesion perguruan, daripada persepsi yang baik, kepada yang
sebaliknya.

Media massa lebih banyak dan kerap memaparkan kes-kes negatif yang melibatkan etika
keguruan berbanding menyiarkan perkara-perkara yang positif. Hal ini perlu dipandang serius
oleh pihak-pihak yang berkenaan, seperti pihak media, pihak kementerian dan organisasi di
sekolah itu sendiri untuk cuba menggiatkan usaha untuk mengangkat dan meningkatkan semula
martabat profesion perguruan yang kian terjejas dari hari ke hari.

Integriti dan akauntabiliti guru merupakan kualiti unggul dan kebertanggungjawaban yang
perlu dipikul oleh guru untuk meningkatkan martabat professional perguruan di mata masyarakat
sekeliling. Jika dilihat pada Pelan Integriti Nasional (PIN) yang dikeluarkan pada tahun 2004 oleh
Institut Integriti Malaysia, Integriti turut merujuk kepada etika dan nilai-nilai etika. Oleh itu, adalah
menjadi akauntabiliti seseorang penjawat awam untuk meletakkan kualiti diri yang unggul
sepanjang masa bagi menjaga nama baik profesion perguruan. Perlakuan yang tidak beretika
sebenarnya berpunca daripada diri sendiri dan untuk mengatasi masalah tersebut, seseorang
guru hendaklah berani untuk berubah dan meletakkan kepentingan perkhidmatan awam dan
profesion perguruan melebihi kepentingan peribadi.

Kerajaan telah menekankan amalan etika yang baik dan integriti dalam Perkhidmatan
Awam. Antaranya ialah Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam Dalam Pentadbiran (1983),
Pendekatan Islam Hadhari (2002), Rancangan Malaysia Kesembilan RMK9 (2006-2010),
Kempen Nilai-nilai Murni dan Budi Bahasa (2008), Pelan Integriti Nasional (PIN) (2008),
Penubuhan Institut Integriti Malaysia, Ikrar Aku Janji, Ikrar Integriti Perkhidmatan Awam,
Wawasan 2020, Ikrar Perkhidmatan Awam, Ikrar Kualiti, Piagam Pelanggan Perkhidmatan Awam
dan lain-lain lagi. Ternyata Kerajaan amat komited untuk meningkatkan integriti dan akauntabiliti
guru namun persoalan yang akan timbul ialah sejauh mana diri guru itu sendiri mahu berubah
dan memikul integriti serta akauntabiliti dalam perkhidmatan awam.

Senario ketidakpatuhan terhadap Surat Pekeliling merupakan contoh mudah tindakan


guru yang boleh mengakibatkan integriti dan akauntabiliti profesion perguruan dipertikaikan oleh
masyarakat setempat. Guru dilarang merokok di sekolah kerana sekolah merupakan kawasan
larangan merokok namun masih terdapat segelintir guru yang tidak mengendahkan larangan ini.
Ini menunjukkan bahawa guru-guru seperti ini tidak memiliki integriti seperti yang dituntut dalam
Pelan Integriti Nasional (PIN). Oleh itu, guru seharusnya berusaha untuk mengelakkan diri
daripada melakukan perkara yang boleh mendatangkan nama yang tidak baik terhadap profesion
perguruan. Perkara ini turut terkandung dalam Kod Etika Profesion Keguruan perkara (J) iaitu

14 | E D U 3083
guru tidak seharusnya bertindak sedemikian rupa yang boleh menjatuhkan darjat profesion
perguruan.

Kesimpulannya, ketidakpatuhan guru terhadap arahan yang dikeluarkan melalui Surat


Pekeliling akan menjejaskan akauntabiliti dan integriti guru dalam tempoh masa yang panjang
dan kepercayaan masyarakat akan turut berkurangan terhadap guru. oleh itu, komuniti guru harus
sentiasa berusaha untuk menjaga prestasi dan nama baik profesion perguruan serta dalam masa
yang sama, sentiasa berusaha untuk meningkatkan integriti, akauntabiliti, produktiviti dan kualiti
perkhidmatan yang diberikan untuk memacu pembangunan dunia pendidikan Negara.

4.0 CADANGAN LANGKAH-LANGKAH MENANGANI ISU


4.1 Memperkasakan konsultansi antara pihak sekolah & ibu bapa.

Apabila rasa tidak puas hati para ibu bapa terhadap tindakan guru, memfailkan saman
adalah tindakan yang selalu diambil untuk menyelesaikan masalah. Senario ini telah acap kali
berlaku pada hari ini, sehingga ianya dibawa ke sidang parlimen. Bekas Timbalan Menteri
Pelajaran, Datuk Hon Choon Kim telah menyatakan bahawa guru mempunyai tanggungjawab
yang amat berat dalam mendidik. Sekiranya mereka melakukan sesuatu yang telah menimbulkan
perasaan tidak puas hati ibu bapa, perkara itu tidak perlu dibawa ke mahkamah, sebaliknya
dibawa berbincang secara baik.

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) adalah salah satu medium terbaik untuk
menghubungkan antara ibu bapa dan juga guru. Perancangan untuk mewujudkan kesefahaman
dan kerjasama antara dua pihak ini perlu diperkemaskan untuk memastikan tidak berlaku salah
faham serta terjalinnya hubungan yang baik antara pihak sekolah, khususnya guru-guru dan ibu
bapa.

4.2 Melibatkan guru-guru dengan kursus-kursus yang berkaitan.

Kursus atau seminar adalah antara mekanisme terbaik untuk mendapatkan ilmu serta
meningkatkan kemahiran-kemahiran yang pelbagai. Ianya bukan sahaja boleh dilakukan di
sekolah, malah penganjuran kursus ini turut dilakukan oleh pihak kementerian di setiap peringkat
untuk disertai oleh guru-guru.

15 | E D U 3083
Sebagai contoh, inisiatif yang baik telah diambil oleh kerajaan negeri Selangor dengan
penganjuran Bengkel Sumbang Saran hala Tuju Pendidikan.

4.3 Menggiatkan program yang berfokuskan kepada guru.

Guru adalah merupakan model terbaik untuk dicontohi oleh murid. Noriati A. Rashid
(2010) berpendapat bahawa, guru-guru yang mempamerkan ciri-ciri penampilan yang sesuai
dimodelkan supaya tidak bertentangan dengan etika guru.Justeru itu, mempergiatkan program
yang mampu membentuk peribadi dan sahsiah yang baik perlu dilaksanakan di setiap peringkat.
Antara contoh program yang boleh dilakukan ialah seperti Program Guru Penyayang, Anugerah

16 | E D U 3083
Guru Contoh Mingguan, Program Anak Angkat dari kalangan murid, lawatan atau riadah bersama
rakan sejawat.

Program-program seperti ini dapat memupuk para guru untuk memiliki nilai murni dalam
kalangan guru, sekaligus mengurangkan sikap yang kurang baik. Myint (2005) menyatakan
bahawa guru perlu mengurangkan emosi-emosi negative apabila berada dalam kalangan murid.

4.4 Sentiasa mengamalkan budaya cakna dalam kalangan guru.

Budaya cakna ini lebih sesuai sekiranya ia dapat dilaksanakan bertujuan untuk memberi
ruang dan peluang kepada guru-guru untuk sentiasa memberi perhatian serta mengikuti segala
garis panduan dan arahan yang telah diberikan untuk melaksanakan sesuatu tindakan. Sebagai
contoh, untuk menyelesaikan masalah disiplin dalam kalangan murid, guru yang berkenaan perlu
melakukannya berdasarkan garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak kementerian dengan
merujuk terlebih dahulu kepada tatacara yang telah ditetapkan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas
Bilangan 7 Tahun 20133,Pelaksanaan Standard Operating Procedure (SOP) 1:3:7, Pelaporan
dan Tindakan Menangani Isu Disiplin Murid.Selain itu, budaya cakna ini boleh dilakukan secara
berperingkat dan diadakan samada secara berkala atau harian. Sebagai contoh, setiap kali
perjumpaan atau mesyuarat, aka nada slot perkongsian untuk menjelaskan tentang kandungan
pekeliling atau garis panduan yang tertentu.

5.0 REFLEKSI KENDIRI

Sepanjang melaksanakan tugasan ini cabaran yang saya perolehi dari sudut mengumpul
maklumat mengenai tugasan yang diberikan serta kekangan masa dan faktor kesihatan yang
tidak mengizinkan. Saya juga berasa tidak berpuas hati dengan hasil tugasan ini kerana
kurangnya bahan rujukan dari artikel-artikel jurnal dan sumber ilmiah lain yang boleh menyokong
pendapat yang diutarakan. Maklumat yang diperolehi hanya sedikit membantu saya untuk

17 | E D U 3083
menjadikannya sebagai bahan rujukan.Namun demikian saya tidak berputus asa, saya cuba
siapkan tugasan ini sebaik mungkin.
Banyak ilmu yang saya perolehi ketika saya menyiapkan tugasan ini yang boleh saya
gunakan sebagai panduan kepada saya sebagai seorang guru. Antara maklumat yang saya
faham ialah,memandangkan isu atau permasalahan salah laku guru di Negara kita akan
membawa kesan yang begitu serius kepada imej guru dan sistem pendidikan di Negara kita,
langkah-langkah yang sesuai serta berkesan haruslah diambil supaya isu ini dapat diturunkan
kadarnya, diperbaiki keadaannya dan pada akhirnya dibasmi permasalahannya. Terdapat
beberapa pihak yang terlibat dalam usaha mengatasi isu salah laku di kalangan guru di Negara
kita. Antaranya ialah pihak pentadbir sekolah, pihak rakan sejawat guru dan juga pihak individu
yang tertuduh tersebut.
Pertama sekali, pihak pentadbir sekolah haruslah mempertingkatkan lagi sistem
pemantauan (monitoring) dan susulan yang sedia ada supaya lebih berkesan dan cekap dalam
pemantauan terhadap guru-guru di sekolah agar isu salah laku di kalangan guru dapat dielakkan.
Pihak tersebut seharusnya mewujudkan sebuah sistem pantau yang dapat menghalang guru-
guru untuk melibatkan diri dalam perkara-perkara yang dikatakan telah melanggar peraturan kod
Etika Profesion Perguruan. Sekiranya betul didapati guru berkenaan masih tidak terlepas dari
terbabit kes salah laku, pihak pentadbir sepatutnya membuat persediaan untuk memberi
perkhidmatan nasihat dan kauseling kepada guru tersebut supaya dia sedar bahawa dirinya
sedang menjurus ke arah yang terpesong daripada profesionnya.
Walau-bagaimanapun,jika guru terbabit masih ingkar, maka amaran dan tindakan
tatatertib harus dilaksanakan dengan tegas agar kes salah laku tidak berterusan. Ketegasan
pihak pentadbir dalam menguruskan hal salah laku sememangnya membantu pihak berkuasa
membasmi isu salah laku di kalangan guru. Pihak pentadbir juga berperanan memastikan guru
di sekolah, khususnya guru permulaan yang baharu saja dilantik agar memahami dan menghayati
kod Etika Profesion Perguruan. Sekiranya perlu, kursus, latihan, seminar dan bengkel
menerangkan tentang etika kerja tersebut harus diadakan dengan kerap agar guru-guru sentiasa
peka dengan tindak-tanduk sendiri.
Selain itu, rakan sejawat guru juga memainkan peranan kritikal dalam mengatasi masalah
salah laku di kalangan guru. Sebagai salah seorang ahli dalam komuniti pendidik, individu
tersebut seharusnya sentiasa berusaha menjadi teladan kepada ahli-ahli lain dalam komuniti
berkaitan. Adalah diingatkan bahawa sebagai seorang guru, tingkah laku beliau bukan sahaja
sentiasa menjadi role model kepada murid-muridnya di dalam kelas, malah rakan-rakan
sejawatnya yang sentiasa berkomunikasi dengannya. Jadi, adalah wajar sebagai seorang guru
untuk sentiasa menjaga tindak-tanduknya. Sebagai rakan sejawat, individu tersebut juga

18 | E D U 3083
bertanggungjawab memberi dorongan dan nasihat sewajarnya kepada guru yang didapati
terbabit dengan kesalahan.
Kita dididik agar tidak “menjaga tepi kain orang” dan ini menyebabkan kita jarang
mengambil peduli tentang hal-hal yang tidak berkaitan dengan kita. Namun, sebagai rakan
sejawat, sikap ini haruslah diubah dimana individu tersebut haruslah berusaha mengamalkan
pendekatan kepedulian. Dari segi moral, pendekatan kepedulian merupakan kesanggupan
seseorang untuk berkorban demi orang lain. Dalam konteks ini, kepedulian dapat diertikan
sebagai perasaan ambil berat terhadap orang lain. Oleh yang demikian, setiap guru haruslah
memikul tanggungjawab sebagai seorang rakan sejawat untuk mempedulikan masalah salah
laku yang dihadapi orang guru sejawat di sekolah.
Pada masa yang sama, rakan sejawat juga perlu sentiasa saling memberi peringatan dan
nasihat agar tidak terjurus daripada terlibat dalam kes salah laku. Menurut Syed Ismail, etc.
(2010:56), “…kita perlua sama-sama menjaga nama baik profesion perguruan supaya pelanggan
dan stakeholder kita berasa berpuas hati dan kehendak mereka yang sah dapat dipenuhi.” Beliau
juga menyatakan bahawa “ Sebagai seorang guru yang berakauntabiliti terhadap rakan, kita
hendaklah sentiasa berusaha membantu rakan sejawat terutamanya mereka yang baharu dalam
terlibat dalam profesion peguruan ini.” (Syed Ismail, etc., 2010:57) Oleh yang demikian, jelaslah
bahawa tugas kita sebagai guru sebenarnya tidak terhad kepada murid, ibu bapa, masyarakat
dan Negara. Kita sebenarnya mempunyai tanggungjawab untuk melindungi dan menjaga nama
baik rakan sejawat kita yang berkecenderung untuk melakukan tindakan terpesong agar
kewibawaan profesion perguruan ini tidak tercalar.
Di samping itu, setiap orang guru di Negara kita sebenarnya mempunyai peranan masing-
masing dalam memastikan kes salah laku berhenti dari terus berlaku dalam kalangan pendidik.
Sebagai seorang guru yang bertanggungjawab, beliau sepatutnya sentiasa bermuhasabah dan
membuat reflektif diri mengenai apa yang dilakukan olehnya. Dengan cara ini, kekuatan dan
kelemahan diri akan dapat dikenal-pasti dan dibaiki dengan kadar yang cepat. Ia juga
menimbulkan kesedaran untuk menjadikan diri individu itu berkembang ke arah lebih baik.
Umpamanya jikalau guru berkaitan mendapati dirinya mempunyai masalah tekanan emosi yang
menyebabkannya terjurus untuk melakukan tindakan terpesong, maka beliau bolehlah dapatkan
nasihat dan kaunseling dari pihak berpengalaman sebelum kes salah laku berlaku. Sikap
kepekaan dan rendah diri terhadap keperluan diri untuk menerima nasihat amat membantu dalam
konteks ini. Sudah tentu masalah salah laku di kalangan guru dapat diselesaikan sebelum
keadaan berkenaan berubah menjadi jenayah serius sehinggakan didakwa.
Seterusnya, guru juga haruslah bijak memilih kawan yang mampu menjadi teladan dan
contoh kepada profesion perguruan beliau. Seperti peribahasa dalam Bahasa Inggeris yang

19 | E D U 3083
menyatakan bahawa “A man is known by the company he keeps.” Ini bermakna seorang individu
akan menerima pengaruh daripada teman-teman yang berdampingan dengannya. Sekiranya
seorang guru sentiasa berkawan dan berdampingan dengan golongan guru yang dikatakan
mempunyai sikap negatif, maka lama-kelamaan guru tersebut juga akan terjurus untuk
melakukan tingkah laku negatif akibat pengaruh rakan tersebut. Sebaliknya, sekiranya guru
berkenaan berdampingan dengan rakan sejawat yang mampu menjadi teladan dan contoh malah
model tiruan dalam profesion perguruan, maka guru tersebut akan terarah untuk mengikuti arus
supaya menjadi seorang guru yang ideal.

6.0 PENUTUP

Sebagai rumusan kepada ulasan-ulasan yang telah dikemukakan, Etika Profesion


Perguruan sebenarnya diwujudkan dengan hasrat untuk membentuk tingkah laku positif dan
membaiki potensi sesetengah individu pada satu-satu masa. Etika juga bertujuan mengawal
tingkah laku para profesional agar lebih beretika dalam bidang yang diceburi dan pada akhirnya
membimbing para profesional ke menara berjaya suatu hari nanti. Begitu juga keadaannya dalam

20 | E D U 3083
kerjaya guru. Dengan adanya Etika Profesion Perguruan, para guru di Malaysia akan dapat
merujuk dan mendapatkan garis panduan untuk menjadi seorang guru yang bertanggungjawab
dan berakauntabiliti terhadap semua pihak termasuk pelajar, ibu bapa, masyarat dan Negara
serta rakan sejawat.
Pada masa yang sama, adalah wajar bagi setiap individu bagi memahami bahawa
pelaksanaan Etika Profesion Perguruan bukanlah untk membebankan individu yang terlibat
dalam profesion tersebut. Tujuannya seperti yang dinyatakan sebelum ini, sesungguhnya adalah
untuk membantu dalam guru yang berkhidmat dalam bidang pendidikan untuk menjadi lebih
komited, dan dapat memupuk akauntabiliti dalam menjalankan kerja atau profesion beliau.
Dengan pemahaman tentang kepentingan kewujudan etika kerja, maka diharapkan guru-guru di
Malaysia akan lebih menyedari keperluan diri mereka mematuhi peratuan kod etika seperti yang
tertera bagi menjaga imej profesion guru serta memelihara kelancaran dalam pelaksanaan sistem
pendidikan di Negara kita.Menurut Baharin Abu, etc. telah mengunkapkan bahawa “ Guru adalah
pendidik dan pembimbing kepada para pelajar yang akan menjadi warisan kebudayaan dan ilmu
pengetahun untuk kemajuan bangsa dan Negara pada masa hadapan. Semamangnya guru
memainkan peranan penting dalam sistem pendidikan Negara. Selain meyebar ilmu, segala
tingkah laku guru akan menjadi contoh teladan kepada pelajar selain mereka dapat membina
masyarakat yang mempunyai budaya yang bertamadun tinggi. Seseorang guru yang baik
seharusnya mempunyai sifat dan kualiti peribadi seperti baik hati, pandai berjenaka, sabar,
bertanggungjawab, yakin pada diri dan mempunyai sifat kepimpinan (Mook Soon Sang, 1988).
Sesungguhnya, guru-guru harus merenungkan kenyataan yang diungkapkan oleh Imam Ghazali
(1980) dalam buku Ihya Ulumiddin yang berbunyi “…rosaklah pemimpin kerana guru yang jahat”.

BIBLIOGRAFI

Awang Had Salleh (1980). Keguruan dan Perguruan di Malaysia : Keperihalan Kini dan Arah yang
dituju. Johor Bahru, KONPEN V Publications.

Dr. Ragbir Kaur a/p Joginder Singh, (2007) Panduan Ulangkaji Pendidikan Untuk KPLI Sekolah
Menengah dan Sekolah Rendah, Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Haliza Hamzah (2009), Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku, Shah Alam: Oxford Fajar Sdn
Bhd.
21 | E D U 3083
Harold Koontz & Heinz Weihrich (1990), Pethinking The Professional of Teaching in Teacher
Education Journal Vol XII, No.1.

Howard, G. R. (2007), ‘Dispositions for Good Teaching’,Journal of Educational Controversy, Ogos


2007.

Mok Soon Sang (2007), Pengantar Teras Pendidikan, Kuala Lumpur, Kumpulan Budiman Sdn.
Bhd.

Myint, S.K (2005), Classroom Management : Facilating and Learning, Singapura : Pretince Hall.

Noriati A. Rashid (2010) Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru, Shah Alam:
Oxford Fajar Sdn Bhd.

Stewart, P. & Davis, S. (2005), ‘Developing Dispositions of Preservice Teachers Through


Membership in Professional Organizations’, Journal of Authentic Learning, Vol.2
(1),September 2005.

Syed Ismail & Ahmad Subki (2013) Asas Kepimpinan & Perkembangan Profesional, Selangor,
Penerbitan Multimedia Sdn Bhd.

Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 7 Tahun 2013,Pelaksanaan Standard Operating Procedure


(SOP) 1:3:7, Pelaporan dan Tindakan Menangani Isu Disiplin Murid.

22 | E D U 3083

Anda mungkin juga menyukai