Anda di halaman 1dari 7

PERIBAHASA

MELAYU

Disediakan oleh:

Nama:Muhammad Radzley
Kelas:3 Fitrah
Nama guru:Pn.Mageswary
PENGENALAN

Maksud peribahasa  
Peribahasa membawa maksud ayat atau kelompok
kata yang mempunyai susunan yang tetap dan
mengandungi pengertian yang tertentu.

Peribahasa dikatakan sebagai susunan perkataan yang


indah dengan maksud yang benar dan logik hasil
daripada kecekapan berbahasa Melayu.

Peribahasa merangkumi :
a) Simpulan Bahasa(m/s1)
b) Perumpamaan(m/s2)
c) Pepatah(m/s3)
d) Bidalan(m/s4)
e) Kata-kata hikmat(m/s5)

Simpulan Bahasa
Simpulan bahasa ialah rangkaian kata yang tetap
tersimpul dengan susunan yang khas. Bentuknya terdiri
daripada dua patah kata yang telah tetap bersimpul
dengan susunan yang khas. Bentuknya terdiri daripada
dua patah kata dan makna yang berlapis.

Contoh:
1. Kaki ayam : Tidak memakai kasut

2. Abang ipar : Abang kepada isteri atau suami seseorang

3. Air muka : Wajah atau rupa seseorang

4. Cepat tangan : Orang yang suka mencuri

5. Anak kembar : Anak yang dilahirkan bersama-sama daripada satu kandungan

6. Anak sulung :Anak yang tertua atau pertama

7. Angin-angin :Khabar yang belum tentu benar salahnya

8. Angin berkisar :Berpaling tadah

9. Angin buritan :angina yang mengikut arah perahu

10. angin gila :angin yang tidak menentu arah

Perumpamaan
Perumpamaan ialah susunan kata-kata indah, ringkas
dan kemas serta mempunyai maksud tersirat. Biasanya
dimulai dengan kata bagai, ibarat, laksana, seperti dan
umpama.

Contoh:

1. Bagai aur dengan tebing : tolong-menolong antara satu dengan yang lain

2. Bagai bunyi cempedak jatuh : bunyi jatuh yang kuat

3. Bagai bulan dipagari bintang : kecantikan gadis yang tiada bandingannya

4. Bagai diiris dengan sembilu : perasaan yang sangat pedih

5. Bagai duri dalam daging : sesuatu hal yang tidak menyenangkan

6. Bagai itik pulang petang : berjalan lambat sekali

7. Bagai isi dengan kuku :persahabatan yang sangat erat

8. Bagai kacang melupakan kulit : orang yang tidak tahu mengenang budi

9. Bagai kumbang putus tali amat cepat : terlepas daripada sengsara

10. Bagai melepaskan batuk di tangga : membuat sesuatu kerja sambil lewa saja

Pepatah
Pepatah mempunyai ringkasan perkataan berkerat-
kerat atau berpatah-patah dan mengandungi unsur
pengajaran. Pepatah biasanya berkait dengan adat
istiadat, undang-undang dan peraturan.

Contoh:

1. Ada air, adalah ikan [Ada negeri tentulah ada rakyatnya]

2. Ada angin, ada pokoknya [Segala sesuatu mestilah ada asal mulanya]

3. Ada bangkai adalah hering [Di mana ada perempuan jahat di situlah ada lelaki jahat]

4. Ada gula adalah semut [Di tempat yang mudah memperoleh rezeki, di situlah banyak
orang berkumpul]

5. Adakah buaya menolak bangkai? [Orang yang jahat tidak akan meninggalkan
kesempatan untuk berbuat jahat]

6. Ada padi semua kerja jadi, ada beras semua kerja deras [Sesuatu pekerjaan itu akan
dilakukan dengan cepat dan sempurna jika cukup upahnya]

7. Ada ubi ada batas, ada budi ada balas [Sekiranya seseorang membuat kebaikan, akan
mendapat balasan yang baik juga]

8. Ada udang di sebalik batu [Ada sesuatu tujuan di sebalik apa-apa yang dilakukan]

9. Air dicencang tidak akan putus [Perbalahan antara adik-beradik tidak akan
berpanjangan]

Bidalan
Bidalan ialah kata-kata yang sering disebut dan
mempunyai nasihat serta pengajaran di dalamnya.
Bidalan juga memaparkan unsur-unsur nasihat,
pedoman atau pengajaran kepada masyarakat.

Contoh:

1.Adat periuk berkerak, adat lesung berdedak: Jika ingin hidup mewah, mestilah berusaha

2. Alur tempur, jalan berturut: Melakukan sesuatu hendaklah menurut kebiasaan yang lazim

3.Belum duduk, sudah belunjur Belum memperoleh sesuatu yang dihajati tetapi sudah
berasa gembira.

4.Berbuat di alang, belayar di musim: Melakukan sesuatu bukan pada masa yang sesuai.

5.Biar genting, jangan putus: Biar rugi sedikit daripada rugi banyak

7. Biar jatuh terletak, jangan jatuh terhempas: Berhenti bekerja dengan kemahuan sendiri
adalah lebih baik

8. Biar putih tulang, jangan putih mata: Sanggup mati daripada menyerah kalah.

9.Biar titik, jangan tumpah: Biar rugi sedikit, jangan rugi banyak

10. Berbuat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali :Berbuat baik biar sekadar tetapi
perbuatan jahat jangan sekali-kali.

Kata-kata Hikmat
Kata hikmat merujuk kepada kata-kata pujangga,
ulama atau orang bijak pandai. Kata hikmat dijadikan
pedoman hidup dan percakapan umum

Contoh:

1. Bahasa Jiwa Bangsa : Bahasa merupakan satu identiti atau lambing sesuatu negara

2. Bahasa Menunjukkan Bangsa: Pertuturan seseorang membolehkan seseorang itu


diketahui bangsanya

3. Bersatu Teguh, Bercerai Roboh : Kita akan menjadi kuat sekiranya bersatu dan kita akan
menjadi lemah jika kita

bercerai- berai.

4. Hilang Bahasa, Lenyaplah Bangsa : Sesuatu bangsa itu dianggap sudah tiada sekiranya
bahasanya sudah tidak ditutur lagi

5. Kata Mesti Dikota : Setiap janji hendaklah ditunaikan

6. Ilmu Pelita Hati : Ilmu pengetahuan dapat memberi petunjuk dan panduan kepada
kehidupan

manusia.

7. Masa Itu Emas : Masa adalah sangat berharga

8. Membaca Jambatan Ilmu :Ilmu pengetahuan itu dapat ditingkatkan melalui pembacaan

9. Otak Cerdas, Badan Cergas : Kita dapat berfikir dengan baik dan sempurna jika
mempunyai kesihatan yang baik

5
   

Anda mungkin juga menyukai