Anda di halaman 1dari 2

LANGKAH-LAGKAH MENGATASI JEREBU

Oleh: Tan Hui Lian

Mutakhir ini, negara kita sedang bergelut dengan masalah pencemaran udara
iaitu jerebu yang semakin membimbangkan. Beberapa buah negeri telah dikenal
pasti sebagai negeri yang paling teruk terjejas akibat jerebu terutamanya negeri
Johor. 491 buah sekolah di beberpa daerah di Johor terpaksa ditutup. Beberapa
lapangan terbang juga ditutup manakala penerbangan dari Senai, Johor dijadual
semula. Paling membimbangkan, pesakit yang berkaitan pernafasan meningkat
dengn mendadak. Persoalannya, apakah langkah-langkah mengatasi masalah yang
menjadi duri dalam daging bagi negara kita?

Memang tidak dinafikan, tindakan segera untuk menghentikan pembakaran


hutan secara terbuka dan secara besar-besaran diperlukan. Tindakan secara kolektif
dengan penggunaan alat pemadam api yang canggih dan saintifik boleh membantu
mengurangkan masalah jerebu. Di samping itu juga undang-undang ketat perlu
dikenakan terhadap pihak atau syarikat tertentu yang sengaja membakar hutan
untuk tujuan pertanian.

Selain itu, bahan pencemaran udara haruslah dikurangkan untuk mengelakkan


masalah jerebu di negara kita. Kesesakan lalu lintas menambahkan karbón dioksida,
karbón monoksida dan sebagainya yang menambahkan keadaan berjerebu. Oleh
yang demikian, bilangan kenderaan yang menggunakan jalan raya, khususnya di
kawasan-kawasan yang terlibat seperti Kuala Lumpur haruslah disekat atau
dikurangkan.

Seterusnya, jerebu boleh dihilangkan dengan usaha pembenihan awan bagi


menurunkan hujan. Hujan adalah pembersih udara semula jadi yang terbaik. Pihak
Jabatan Alam Sekitar telah bekerjasama dengan Puncak Niaga Sdn. Bhd telah
melakukan beberapa siri pembenihan awan khususnya di sekitar Lembah Klang dan
negeri Selangor.

Tambahan pula, masalah jerebu juga boleh dikurangkan dengan menggunakan


Indeks Pencemaran Udara (IPU) untuk mengenal pasti kawasan yang bermaslah dan
mengambil tindakan susulan untuk mengatasi maslah jerebu. Pembacaan indeks
haruslah dilakukan dari semasa ke semasa agar usaha mengehadkan kilang-kilang
daripada pengeluaran asap atau gas yang berlebihan dapat diatasi
Masalah jerebu juga boleh diselesaikan melalui persepakatan bersama antara
negara jiran dan pada peringkat global diperlukan untuk menangani masalah alam
sekitar . Kerjasama boleh dilakukan dari segi perlindungan alam sekitar secara
kolektif dan kajian saintifik dan kajian saintifik digiatkan untuk menangani masalah
ini.

Intihanya, semua pihak termasuklah rakyat Malaysia haruslah bersinergi dan


berganding bahu dalam menyelesaikan masalah jerebu di Malaysia, “bagai aur
dengan tebing.” Sekiranya masalah ini dipandang enteng, nyawa modal insan negara
kita akan menjadi “seperti telur di hujung tanduk.” Sekiranya masalah jerebu di
negara kita tidak diatasi dengan segera, lama-kelamaan efek buruknya akan menjadi
berpanjangan dan berkekalan serta sukar untuk diselesaikan dan ketika itu kita akan
berasa menyesal tetapi sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna lagi.

Anda mungkin juga menyukai