Anda di halaman 1dari 2

Amalan gotong-royong merupakan amalan masyarakat kita yang mengutamakan

semangat bekerjasama di antara satu sama lain, bak kata pepatah `berat sama
dipikul, ringan sama dijinjing’.

Masyarakat di luar bandar masih teguh mengamalkan gotong-royong kerana


masyarakat ini amat mementingkan perpaduan dan nilai tradisi serta suka hidup
tolong-menolong dan melakukan kerja secara sukarela. Struktur anggota masyarakat
ini yang terdiri daripada saudara-mara sendiri memudahkan lagi amalan ini
dilaksanakan. Berdasarkan hal inilah masyarakat tersebut sama-sama
menggembleng tenaga dan berkorban masa untuk menjayakan sebarang aktiviti
yang dijalankan oleh ahlinya.

Selain itu, hubungan antara jiran masih kukuh dan kemesraan di kalangan penduduk
luar bandar lebih terjalin erat. Keadaan sebegini mendorong mereka untuk
berkumpul dan berbincang dalam menjayakan sesuatu aktiviti gotong-royong.
Dengan adanya keharmonian dan kemesraan di kalangan setiap lapisan masyarakat
membolehkan mereka dengan tidak segan-silu meminta bantuan dan pertolongan.
Hal ini kerana mereka berpegang kepada hakikat bahawa segala-galanya bertolak
daripada sifat manusia sebagai makhluk yang lemah. Oleh itu, kita saling bergantung
antara satu sama lain.

Corak petempatan masyarakat di luar bandar juga menyebabkan amalan gotong-


royong masih teguh diamalkan. Corak petempatan kampung tradisional yang
berselerak di meratarata tempat dan mempunyai kawasan yang luas membolehkan
aktiviti gotong-royong dijalankan dengan mudah. Ini berbeza dengan corak
petempatan dan masalah kekurangan tanah di bandar yang tidak menggalakkan
aktiviti gotong-royong dijalankan.

Masyarakat di bandar lebih berorientasikan pekerjaan berbanding masyarakat di luar


bandar. Mereka bekerja dari pagi hingga ke lewat petang dan sesetengahnya pula
hingga ke malam. Corak pekerjaan yang sedemikian menyukarkan mereka untuk
melibatkan diri dengan aktiviti gotong-royong. Pada hujung minggu pula
kebanyakannya menumpukan masa kepada urusan keluarga. Memang tidak dapat
dinafikan aktiviti gotong-royong ada dijalankan di bandar, tetapi sambutannya
kurang menggalakkan. Mereka lebih gemar mengupah pihak tertentu untuk
melakukan kerja yang biasanya dibuat secara bergotongroyong oleh masyarakat luar
bandar.

Masyarakat di bandar juga lebih bersikap individualistik dan gemar menunjukkan


kelebihan masing-masing. Apatah lagi kemewahan dan kesenangan hidup yang
dikecapi menyebabkan mereka beranggapan bahawa pertolongan orang lain kurang
diperlukan. Mereka berasakan mereka boleh hidup tanpa bergantung kepada orang
lain. Sehubungan itu, persepsi masyarakat di bandar mengenai amalan gotong-
royong adalah sebagai perkara remeh. Akibatnya, amalan ini semakin terpinggir.

Tahap pembangunan yang kurang pesat di luar bandar berbanding di bandar turut
menyebabkan masyarakat di situ lebih memerlukan antara satu sama lain. Mereka
menghadapi banyak kepayahan. Lagipun pendapatan mereka tidak sebanyak
penghuni bandar. Oleh itu, mereka tidak berkemampuan untuk mengadakan majlis
keramaian seperti majlis perkahwinan di hotel atau di dewan tertentu. Mereka juga
kurang mampu untuk membuat tempahan makanan yang siap dimasak untuk majlis
tersebut. Sebaliknya mereka lebih memerlukan bantuan daripada jiran dan saudara-
mara bagi menjayakan sesuatu majlis keramaian itu.

Kesimpulannya, amalan gotong-royong di kalangan anggota masyarakat di luar


bandar perlu dicontohi oleh penduduk bandar kerana amalan tersebut banyak
membawa manfaat bersama. Kesedaran tentang hal ini perlu ditanam di jiwa
generasi baru agar tidak luput ditelan zaman.

Anda mungkin juga menyukai