Kertaskonsepbercerita 130429020758 Phpapp02
Kertaskonsepbercerita 130429020758 Phpapp02
KERTAS KONSEP
KERTAS KONSEP
BERCERITA SEKOLAH RENDAH
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
1.0 PENDAHULUAN
Aktiviti cerita dalam pengajaran bahasa adalah salah satu pendekatan yang sesuai
digunakan untuk membina kecekapan berbahasa murid iaitu kemahiran mendengar,
bertutur, membaca dan menulis. Seterusnya, kemahiran kefahaman dan pelaporan
turut dicapai melalui aktiviti membaca dan bercerita ini. Aktiviti bacaan perlu
dibudayakan kepada murid-murid. Dengan ini, aktiviti bercerita sangat sesuai untuk
dipertandingkan. Justeru, Pertandingan Cerita Bahasa Melayu Sekolah Rendah
(Kategori Tahap 1 & 2) wajar dijadikan aktiviti pertandingan di peringkat sekolah,
daerah, negeri dan kebangsaan.
2.0 OBJEKTIF
2.1 Mencungkil bakat dan kreativiti murid bercerita secara bersahaja dan
menyakinkan.
2.3 Membina keyakinan diri dan semangat juang yang tinggi serta berdaya saing
dalam kalangan murid.
2.6 Mencungkil bakat dan kretiviti murid bercerita secara spontan dan
meyakinkan.
3.0 PENGELOLAAN
4.0 PENYERTAAN
Pertandingan ini terbahagi kepada dua kategori iaitu Kategori Tahap 1 (Tahun 3) dan
Kategori Tahap 2 (Tahun 4, 5 dan 6) Sekolah Rendah. Penyertaan terbuka kepada
semua murid warganegara Malaysia yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan,
Sekolah Jenis Kebangsaan dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK).
5.1.4 Peserta yang menjadi johan daerah akan mewakili daerah ke peringkat
negeri.
5.2.4 Peserta yang menjadi johan negeri akan mewakili negeri ke peringkat
kebangsaan.
5.3.4.3 Cerita tersebut perlu pelbagai jenis dan skopnya serta tidak
tertumpu kepada cerita-cerita rakyat sahaja.
5.3.8 Unsur puisi, nyanyian dan cakap ajuk dibenarkan untuk mengukuhkan
penceritaan tetapi tidak keterlaluan hingga menjejaskan penceritaan.
(Tidak melebihi satu (01) minit daripada keseluruhan cerita untuk
kedua-dua unsur tersebut).
5.3.9 Unsur lakonan dan main peranan / watak tidak dibenarkan. Peserta
perlu bercerita dengan gaya penceritaan yang bersahaja, menarik dan
memikat penonton. Pergerakan yang dibenarkan ialah pergerakan
anggota badan, tangan, kepala dan mimik muka. Pergerakan kaki
hanya dibenarkan setapak sahaja setiap kali pergerakan.
5.3.11 Teks cerita menggunakan saiz 12, font Arial, langkau 2 baris hendaklah
dihantar kepada pihak pengelola sebelum atau semasa pendaftaran.
5.3.15 Bilangan panel hakim di peringkat kebangsaan ialah lima atau tujuh
(05 atau 07) orang manakala di peringkat negeri ialah tiga atau lima
(03 atau 05) orang. Di peringkat daerah pula sekurang-kurangnya
tiga (03) orang menghakimi pertandingan.
6.2 Pertandingan cerita secara spontan ini dijalankan selepas sahaja selesai
pertandingan cerita bahagian pertama .
6.4. Peserta dikehendaki memilih nombor di dalam sampul yang disediakan di meja
ketua hakim dan menyerahkannya kepada pengerusi pertandingan.
6.5 Pengerusi pertandingan akan membaca nombor tersebut dan gambar slaid
tersebut akan ditayangkan.
6.7 Pengerusi pertandingan akan meminta peserta memulakan cerita apabila tamat
masa persedian 1 minit.
6.8 Peserta akan diminta mengambil tempat yang disediakan untuk memulakan
cerita spontan.
6.10 Loceng akan dibunyikan dua (2) kali menandakan masa tamat.
6.11 Peserta tidak dibenarkan memulakan Cerita spontan sebelum tamatnya masa
persediaan.
6.13 Unsur puisi dan cakap ajuk dibenarkan untuk mengukuhkan penceritaan tetapi
tidak keterlaluan hingga menjejaskan penceritaan. (Tidak melebihi satu (1) minit
daripada keseluruhan cerita untuk kedua-dua unsur tersebut).
6.14 Unsur lakonan dan main peranan / watak tidak dibenarkan. Peserta perlu
bercerita dengan gaya penceritaan yang bersahaja, menarik dan memikat
penonton. Pergerakan yang dibenarkan ialah pergerakan anggota badan,
tangan, kepala dan mimik muka. Pergerakan yang dibenarkan ialah pergerakan
anggota badan, tangan, kepala dan mimik muka. Pergerakan kaki hanya
dibenarkan setapak sahaja setiap kali pergerakkan.
9.0 AM