Anda di halaman 1dari 1

DOA HARI ANUGERAH CEMERLANG

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Pujian hanya bagi-Mu Ya allah tuhan semesta alam.Selawat dan salam ke atas
junjugan besar nabi Muhammad S.A.W dan keluarganya serta para sahabat
seterusnya yang mengikuti jalan-nya hingga hari kiamat.

YA RAHMAN, YA RAHIM

Sempena Majlis anugerah cemerlang kali ini, kami memohon rahmat dan
keampunan-Mu di hari yang mulia dan bermakna ini agar kesalahan dan dosa
yang kami lakukan, sesungguhnya tanpa keampunan dan rahmat-MU, kami
tidak mungkin memperolehi kejayaan sepertimana yang kami kecapi pada hari
ini.

YA QAHHAR, YA MANNAN

Kami memohon keampuan bagi ibubapa kami yang telah mendidik dan menjaga
kami dari kecil hingga dewasa.Kepada guru- guru telah menabur bakti dan tidak
jemu- jemu untuk mendidik kami,limpahkan rahmat dan petunjuk kepada
mereka, agar limpahan budi itu dapat memberikan sinar cahaya yang
berpanjangan dalam melahir generasi berilmu di dunia dan akhirat.

YA QAADIALHAAJAT

Kami memohon kepada-Mu ya allah,berikan kekuatan,iltizam dan istiqamah


kepada semua kakitangan sekolah khususnya kepada pihak pentadbir sekolah,
agar terus berkhidmat dengan cemerlang dan dedikasi .Berdekat cemerlang
sentiasa dapat dibawa dan direalisasikan agar sekolah skpt terus cemerlang dan
maju jaya.

YA MUJIBASAILIN

Berikanlah kami kebahagian di dunia dan akhirat dan selamatkan kami dari
azab neraka-Mu.Jadikan kami hambamu yang sentiasa bersyukur dan
mengingati-MU walau di mana pun kami berada.

Ya, jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai perhimpuan yang dirahmati dan
perpisahan kami pula selepas ini sebagai satu perpisahan yang diberkati dan
dilingungi.

Anda mungkin juga menyukai