N
PELAKS
ANAAN
AKTI
VITI
IHYA
’
RAM
ADH
AN
SEKOLAH
MENENGAH
KEBANGSAAN
AGAMA
(SMKA)
DAN
SEKOLAH
Disediakan oleh
AGAMASektor Pembangunan Akhlak dan Syiar Islam
BANTUAN Bahagian Pendidikan Islam
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KERAJAAN MEI 2015
(SABK)
TAHUN
1436H /
Kata-Kata Aluan
Pengarah
Bahagian Pendidikan Islam
Kementerian Pendidikan Malaysia
Semoga dengan satu acuan, visi dan misi ke arah kecemerlangan SMKA dan SABK
akan dapat disatu dan direalisasikan. Kunci kecemerlangan SMKA dan SABK hanya
ada pada kecemerlangan sahsiah diri warganya. Maka rebutlah peluang kehadiran
Ramadahan untuk menjana kecemerlangan dan keunggulan sahsiah diri.
Akhir kata, saya doakan seluruh warga SMKA dan SABK cemerlang dunia dan akhirat.
“ Labbaika Ya Ramadhan ”.
Sekian, wassalam.
2
PANDUAN PROGRAM IHYA RAMADHAN
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA (SMKA) DAN
SEKOLAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN (SABK)
1436H/2015M
1. PENGENALAN
Bulan Ramadhan adalah anugerah agung dari Allah untuk umat Islam seluruhnya bagi
menambah amalan demi meraih ganjaran dan ketaqwaan yang dijanjikan-Nya. Amalan
sunat seperti solat sunat tarawikh, tadarus al-Quran, tazkirah, iftar jamaie, sedekah dan
seumpamanya adalah amat digalakkan dilaksanakan khususnya di dalam bulan Ramadhan
al-Mubarak. Oleh itu pelbagai aktiviti agama seharusnya dilaksanakan di dalam bulan
Ramadhan ini khususnya, sebagai penjana untuk memantapkan lagi program
pengkukuhan sahsiah pelajar dan warga SMKA/SABK.
2. MATLAMAT
Menjana dan menyelaras program pembangunan modal insan di semua SMKA/SABK agar
penghayatan Ramadhan dapat meningkatkan keutuhan sahsiah peribadi dan kredibiliti
warga SMKA/SABK supaya cita-cita melahirkan generasi khaira ummah tercapai.
3. OBJEKTIF
3.1 Melahirkan warga SMKA/SABK yang memiliki sahsiah diri yang mulia, berbudi
pekerti, berhemah dan cintakan ajaran Islam khususnya di dalam Ramadhan al
Mubarak.
3.2 Mewujudkan suasana keakraban, kemesraan dan seronok beramal ibadat dalam
bulan Ramadhan demi menyemarakkan amalan secara jamaie serta seimbang
dalam mengendalikan urusan duniawi dan ukhurawi.
3.3 Melahirkan rasa bersyukur dengan nikmat keselesaan hidup dan kesihatan di
kalangan warga SMKA/SABK serta turut sama bersimpati memberi sumbangan
untuk mereka yang kurang bernasib baik.
3.4 Sebagai satu wadah menjelas dan berkongsi ilmu serta pengalaman dalam
menghayati keberkatan, kepentingan, tuntutan dan cabaran beramal sepanjang
Ramadhan.
3.5 Memantap dan menyemarakkan lagi ukhuwah islamiah antara warga SMKA/SABK
dengan masyarakat setempat dan para ibu bapa pelajar.
4. SASARAN
4.1 Pelajar-pelajar
4.2 Guru dan staf sokongan
4.3 Ibu Bapa Pelajar
4.4 Sekolah-sekolah Sekitar
4.5 Pegawai–Pegawai BPI KPM, JPN dan PPD
4.6 Pimpinan Masyarakat Setempat
5. TEMPAT
3
6. PROGRAM IHYA’ RAMADHAN
4
7.2 Sasaran / penyertaan program ini seperti berikut :
a. Pegawai BPI / Jabatan Pendidikan Negeri / Pejabat Pendidikan Daerah
b. Pimpinan masyarakat setempat
c. Pengetua atau wakil sekolah yang berhampiran
d. PIBG sekolah
e. Warga SMKA / SABK seluruhnya
7.4 Tarikh
Ia ditetapkan oleh pihak pengurusan sekolah.
9.1.1 Pengerusi
Pengetua SMKA/SABK
9.1.2 Timbalan Pengerusi
Penolong Kanan Pentadbiran
9.1.3 Naib Pengerusi 1
Penolong Kanan HEM
9.1.4 Naib Pengerusi 11
Penolong Kanan Ko-Kurikulum
9.1.5 Setiausaha
Ketua Bidang
9.1.6 Penolong Setiausaha
Penyelaras MAKDIS / Dakwah
10.1 Dapat menjana kemesraan dan semangat ukhuwah yang mantap antara warga
SMKA/SABK.
10.2 Dapat menerapkan cinta kepada sumber ilmu dan menghayati kepentingan
beramal dengan ajaran Islam khususnya di sepanjang Ramadhan.
10.3 Melahirkan rasa simpati dan prihatin di antara warga SMKA/SABK kepada orang
yang kurang bernasib baik dan yang memerlukan pertolongan.
10.4 Mendapat pengetahuan dan pengalaman secara langsung dari ilmuan dalam
slot rawdhtul ilmi seketika bersama ilmuan.
10.5 Mewujudkan kembali budaya bergotong royong mengendalikan majlis antara
warga SMKA/SABK.
10.6 Dapat melahirkan ukhuwah dan kerjasama yang erat antara warga
Kementerian Pendidikan dengan warga pendidik dan pelajar di SMKA/SABK.
11.PENILAIAN
Bahagian ini memohon semua Pengetua dan warga SMKA/SABK mengambil maklum
dan bekerjasama untuk melaksanakan dan menjayakan Program Ihya Ramadhan
SMKA/SABK 1436H/2015M.
Disediakan oleh:
6
Lampiran 1
Tarikh :
Ditentukan oleh sekolah
Tempat :
Dewan Besar Sekolah
Tempoh Masa :
30 minit
Sasaran:
Seluruh warga SMKA/SABK
Objektif :
1. Melahirkan rasa syukur dengan kedatangan bulan yang penuh berkat dan
menambat jiwa raga warga SMKA/SABK rasa seronok untuk beramal ibadat
sepanjang Ramadhan.
2. Memberi penjelasan dan kefahaman berkaitan kelebihan bulan Ramadhan dan
amalan yang wajar digarap untuk mencapai maqam muttaqin.
3. Menghebahkan program yang dirancang sepanjang Ramadhan untuk makluman
semua warga SMKA/SABK
Kaedah Pelaksanaan :
1. Diadakan sempena Perhimpunan Mingguan atau Perhimpunan Pagi Sekolah
2. Ucapan Khas oleh Pengetua SMKA/SABK
3. Tayang Multimedia berkaitan aktiviti sepanjang Ramadhan.
Tarikh :
Setiap hari bekerja dalam bulan Ramadhan
Tempat :
Ditetapkan oleh pihak urusetia
Masa :
Ditetapkan oleh pihak urusetia
Objektif :
1. Melahirkan rasa cinta dan seronok membaca al-Quran secara berkumpulan.
2. Melaksanakan tahsin al-Quran di kalangan warga pendidik dan staf dengan
dibimbing oleh seorang fasilitator atau qari.
3. Memahami dan menghayati intisari ayat-ayat al-Quran yang dibaca untuk
diamalkan dalam kehidupan.
7
Kaedah Pelaksanaan :
1. Guru dan staf dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang ditetapkan oleh
urusetia.
2. Setiap kumpulan membaca mengikut juzuk yang ditetapkan
3. Bacaan secara tartil, disemak dan ditashih oleh fasilitator
4. Selesai tadarrus semua warga pendidik dan staf disarankan solat berjemaah
bersama pelajar di Surau.
Tarikh :
Setiap hari persekolahan dalam bulan Ramadhan
Tempat :
Ditetapkan oleh pihak urusetia
Masa :
Ditetapkan oleh pihak urusetia dengan mengambil kira pelajar yang menginap bersama
keluarga.
Sasaran:
Pelajar yang tinggal di asrama dan yang tinggal bersama keluarga.
Objektif :
1. Melahirkan rasa cinta dan seronok membaca al-Quran secara berkumpulan.
2. Melaksanakan tahsin al-Quran di kalangan pelajar dengan dibimbing oleh seorang
fasilitator atau guru
3. Memahami dan menghayati intisari ayat-ayat al-Quran yang dibaca untuk
diamalkan dalam kehidupan.
Kaedah Pelaksanaan :
1. Semua pelajar diarah berkumpul di surau dalam keadaan berwuduk
2. Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang ditetapkan oleh urusetia.
3. Setiap kumpulan membaca mengikut juzuk yang ditetapkan.
4. Bacaan secara tartil, disemak dan ditashih oleh fasilitator atau guru.
5. Selesai tadarrus semua pelajar dikehendaki solat berjemaah di Surau.
Tarikh:
Ditetapkan oleh pihak sekolah
Masa :
2 jam
Sasaran :
Seluruh warga SMKA/SABK
8
Objektif :
Sebagai satu wadah menjelas dan berkongsi ilmu serta pengalaman dalam menghayati
keberkatan, kepentingan, tuntutan dan cabaran beramal sepanjang Ramadhan.
Kaedah Pelaksanaan :
1. Program ini dicadangkan hanya sekali dalam bulan Ramadhan.
2. Penceramah ditetapkan oleh pihak sekolah.
3. Pelaksanaan program ini boleh digabungkan dengan Program Perdana Ihya
Ramadhan atau ia dilaksanakan secara berasingan mengikut kesesuaian.
4. Disarankan diadakan soalan kuiz selepas sesi ceramah. ( ikut kesesuaian pihak
sekolah )
5. Hadiah atau cenderahati disediakan untuk pemenang.
6. Tajuk yang dicadangkan seperti berikut :
a. Ramadhan Menjana Kecemerlangan Hidup
b. Pembentukan Sahsiah Diri Melalui Madrasah Ramadhan
c. Mencontohi Kehidupan Generasi Qurani
d. Lain-lain tajuk yang sesuai.
Tarikh/Masa/Tempat :
Ditetapkan oleh pihak sekolah
Sasaran :
Seluruh warga SMKA/SABK
Objektif :
1. Menzahirkan rasa syukur kerana dapat mengkhatam bacaan al-Quran khususnya di
bulan mubarak.
2. Menyemarak rasa cinta dan menjunjung tinggi ajaran Islam yang disarankan al-
Quran.
3. Menyuburkan budaya membaca al-Quran selaras dengan saranan Rasulullah saw.
Kaedah Pelaksanaan :
1. Majlis boleh dilaksanakan pada hari Program Perdana Ihya Ramadhan atau dibuat
secara berasingan mengikut kesesuaian perancangan pihak sekolah.
2. Pilih pelajar mengikut kelas atau dorm asrama sebagai peserta Khatam al-Quran.
3. Keutamaan peserta Khatam al-Quran dipilih dikalangan pelajar Tingkatan 1 yang
belum pernah Khatam al-Quran.
4. Semua warga SMKA/SABK dan tetamu berkumpul di Surau atau Dewan Sekolah.
5. Peserta Khatam al-Quran diarak dengan diiringi oleh bunga manggar, bunga telor
dan paluan kumpulan kompang.
6. Majlis dipimpin oleh guru pembimbing dan diikuti oleh semua peserta khatam al-
quran sehingga selesai.
7. Bacaan doa khatam dipimpin oleh guru pembimbing.
8. Majlis diakhiri dengan bacaan selawat beramai-ramai dan bunga telor dan bunga
rampai diedarkan kepada semua hadirin.
9. Semua hadirin disarankan berpakaian kebangsaan di majlis berkenaan.
9
6. Qiamullail
Tarikh :
Sekali setiap cuti hujung minggu
Tempat :
Ditetapkan oleh pihak urusetia
Masa :
Ditetapkan oleh pihak urusetia dengan mengambil kira pelajar yang menginap bersama
keluarga.
Sasaran:
Keutamaan Pelajar yang tinggal di asrama sahaja manakala pelajar yang tinggal bersama
keluarga digalakkan terlibat.
Objektif :
Kaedah Pelaksanaan :
1. Semua pelajar diarah berkumpul di surau dalam keadaan berwuduk
2. Pilih imam di kalangan pelajar atau imam jemputan untuk memimpin qiamullail.
3. Solat sunnat yang disarankan ialah solat sunat tahajjud, taubat, tasbih dan witir.
4. Qiamullail diakhiri dengan doa.
5. Pelajar bergerak ke dewan makan untuk bersahur.
Tarikh :
Sepanjang Ramadhan
Tempat/Masa :
Ditetapkan oleh pihak urusetia
Sasaran:
Seluruh warga SMKA/SABK
Objektif :
Melahirkan rasa bersyukur dengan nikmat keselesaan hidup dan kesihatan di kalangan
warga Kementerian Pendidikan serta turut sama bersimpati memberi sumbangan untuk
mereka yang kurang bernasib baik.
10
Kaedah Pelaksanaan :
1. Pelancaran tabung dilancarkan oleh Tuan Pengetua pada hari pertama
persekolahan di bulan Ramadhan
2. Kempen mengisi tabung setiap hari melalui tazkirah ringkas di perhimpunan pagi
atau selepas solat.
3. JK Tabung berusaha mendapatkan sumbangan dari individu atau syarikat.
4. JK Tabung mendapatkan senarai pelajar miskin dari setiap guru kelas
5. Penyampaian sumbangan dilaksanakan pada hari Perutusan Aidil Fitri oleh
Pengetua.
8. Iftar Jamaie
Tarikh :
Pada masa program Perdana Ihya Ramadhan
Tempat/Masa :
Ditetapkan oleh pihak urusetia
Sasaran:
Seluruh warga SMKA/SABK.
Objektif :
1. Melahirkan warga Kementerian Pendidikan yang memiliki sahsiah diri yang mulia,
berbudi pekerti, berhemah dan cintakan ajaran Islam khususnya di dalam
Ramadhan al Mubarak.
2. Mewujudkan suasana keakraban, kemesraan dan seronok beramal ibadat dalam
bulan Ramadhan demi menyemarakkan amalan secara jamaie serta seimbang
dalam mengendalikan urusan duniawi dan ukhurawi.
Kaedah Pelaksanaan :
Pelaksanaannya sempena Program Perdana Ihya Ramadhan.
9. Banner / Seranta
Tarikh :
Akhir Syaaban
Tempat:
Ditetapkan oleh urusetia
Masa :
Sepanjang Ramadhan.
Objektif :
Untuk menyemarakkan bulan keberkatan melalui slogan yang menarik.
11
Kaedah Pelaksanaan :
1. JK Banner memilih cogankata atau slogan yang menarik untuk diletak dalam kain
banner.
2. Letakkan banner dilokasi yang strategik dan dapat dibaca oleh semua warga
SMKA/SABK.
3. Layout banner berasaskan kreativiti pihak sekolah dan sesuai dengan suasana
Ramadhan.
Tarikh :
Ditentukan oleh sekolah
Tempat :
Dewan Besar Sekolah
Tempoh Masa :
1 jam
Sasaran:
Seluruh warga SMKA/SMKA
Objektif :
1. Melahirkan rasa syukur dengan kemenangan berjaya melaksanakan ibadat
sepanjang Ramadhan.
2. Memantapkan kefahaman cara menyambut perayaan di dalam Islam.
3. Memberi penjelasan dan kefahaman berkaitan kelebihan puasa 6 hari bulan
syawal.
Kaedah Pelaksanaan :
1. Diadakan sempena Perhimpunan Mingguan atau Perhimpunan Pagi Sekolah.
2. Ucapan Khas oleh Pengetua SMKA/SMKA.
3. Penyampaian Sumbangan Tabung kepada pelajar yang kurang bernasib baik.
4. Tayang Multimedia rakaman aktiviti sepanjang Ramadhan.
Tarikh/Masa/Tempat :
Ditetapkan oleh pihak sekolah
Sasaran:
Seluruh warga SMKA/SABK
Objektif :
Mewujudkan suasana keakraban, kemesraan dan seronok beramal ibadat dalam bulan
Ramadhan demi menyemarakkan amalan secara jamaie serta seimbang dalam
mengendalikan urusan duniawi dan ukhurawi.
12
Kaedah Pelaksanaan :
1. Ia diurusetiakan oleh Jawatankuasa Khas yang dilantik
2. Masak secara bergotong royong diketuai oleh seorang memilik pengalaman dalam
bidang tersebut.
3. Lantik Jawatankuasa Kecil yang menjayakan program ini.
Tarikh/Masa/Tempat :
Ditetapkan oleh pihak sekolah
Sasaran:
Seluruh warga SMKA/SABK
Objektif :
1. Menyemarakkan lagi bulan keberkatan dengan pelbagai aktiviti yang bermanafaat.
2. Membangunkan pembinaan modal insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi,
rohani dan intelek.
Kaedah Pelaksanaan :
1. Pihak sekolah disarankan untuk memilih melaksanakan aktiviti elektif mengikut
kesesuaian pihak sekolah.
2. Pelaksanaan program tersebut berasaskan kreativiti pihak sekolah.
3. Setiap pelajar diberi peluang untuk membangunkan bakat dan daya kepimpinan
melalui slot tazkirah ringkas dalam perhimpunan pagi atau selepas solat
4. Setiap warga pendidik dan staf digarap tenaga dan fikiran mereka secara aktif
untuk menjayakan setiap aktiviti yang dirancang.
13
Lampiran 2
1. Pengenalan
Bulan Ramadhan adalah tetamu agung dari Allah untuk umat Islam menambah
amalan demi meraih ganjaran dan ketaqwaan yang dijanjikan Allah Taala. Amalan
sunat seperti solat sunat tarawikh, tadarus al-Quran, tazkirah, iftar jamaie,
sedekah dan seumpamanya adalah amat digalakkan dilaksanakan khususnya di
dalam bulan Ramadhan al-Mubarak.
2. Carta Organisasi
3. Objektif
3.1 Melahirkan warga SMKA/SABK yang memiliki sahsiah diri yang mulia,
berbudi pekerti, berhemah dan cintakan ajaran Islam.
3.2 Sebagai satu medium menjelas dan memberi kefahaman kepentingan,
tuntutan dan cabaran beramal di Bulan Ramadhan dll
4. Aktiviti
b. Aktiviti Elektif
c. Program Perdana
5. Data
6. Gambar/ photografi
14
Borang Maklum Balas
Program Ihya Ramadhan SMKA/SABK 1436H/2015M
Cadangan / Komentar
…………………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………
( )
Tarikh : ………………………………..
Nota : Sila isi dan kembalikan sebelum atau pada 1 Ogos 2015 ke alamat:
Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia,
Aras Bawah & Aras 2, Bangunan Mustapha Kamal, Jalan Usahawan 1,
63000 Cyberjaya, Selangor D.E
(u.p : Ustaz Muhd Zulhilmi bin Haron)
Emel: zulhilmi.haron@moe.gov.my
Tel. : 03-8321 7275 /012-4906609
Faks: 03-8321 7293 / 7201 / 7337
15
PANDUAN TUGAS JAWATANKUASA
Program Ihya Ramadhan SMKA/SABK
5. Majlis Qiamullail
Tugas - Melantik AJK Kecil
- Memilih imam Qiamullail
- Mengurus dan menyediakan bahan edaran
- Menguruskan persiapan majlis
16
-Menyediakan Aturcara Pentadbiran setelah berbincang dengan Setiausaha
-Menyediakan skrip pengacaraan majlis
-Melantik juru acara majlis
-Memastikan majlis berjalan lancar.
13. Jamuan
Tugas - Melantik AJK Kecil
- Menyediakan menu VIP, tetamu jemputan dan peserta
- Menyediakan anggaran dan tempahan menu jamuan
- Menentukan tempat dan bentuk jamuan
- Menyediakan petugas jamuan VIP dan tetamu
- Memastikan bekalan jamuan mencukupi
- Menguruskan persiapan dan hidangan bubur lambuk dan BBQ.
- Mengurus bil pembayaran tempahan jamuan kepada pihak
bertangunggjawab.
17
15. Bubur Lambuk dan BBQ
Tugas - Melantik AJK Kecil
- Mengurus penyediaan bahan dan peralatan untuk menyediakan bubur
lambuk dan BBQ
- Mengurus pembelian bahan yang diperlukan untuk bubur lambuk dan
BBQ
18. Pertandingan
Tugas - Melantik AJK Kecil
- Membuat promosi kategori pertandingan
- Menyediakan borang penyertaan pertandingan
- Melantik hakim setiap pertandingan
- Mengurus pemenang setiap pertandingan
- Berbincang dengan JK Hadiah, jenis hadiah yang sesuai untuk setiap
pemenang
18