Anda di halaman 1dari 1

BAB 13: MATI HIDUP SEMULA

Majlis pertunangan yang sepatutnya berlaku pada hari Ahad bertukar menjadi majlis kenduri doa
selamat di rumah Datuk Yasser. Manakala di rumah Hj Fadhil dan Hjh Raidah diadakan majlis
pertunangan antara Fatimah dan Ghazi. Hal ini disebabkan ketidakhadiran Waheeda ke rumahnya
kerana dia sedang berada di SMC untuk menerima rawatan.

Kerunsingan yang dialami oleh Zahid menyebabkan dia mengambil keputusan untuk pergi ke
Singapura. Sesampainya Zahid di Flamingo, Zahid diberitahu  oleh Anati bahawa Waheeda berada di
SMC. Semasa di SMC, Zahid melihat kemesraan antara Waheeda dengan Dr Rushidi. Zahid
cemburu tetapi perasaan itu dapat diredakan apabila Waheeda menyatakan bahawa situasi tersebut
berlaku kerana Dr Rushidi ingin  menguji deria bau dengan menyembur minyak wangi selepas
mengalami selsema yang agak teruk. Zahid kembali tenang.

BAB 14: BAGAIKAN PUTERI

Pesta perkahwinan antara Zahid dan Waheeda berlangsung di Tajuu Emas. Suasana di Tajau Emas
sangat meriah. Majlis perkahwinan ini berlangsung selama dua hari berturut-turut melibatkan
semua kaum di daerah Matang. Datuk Yasser akan mengadakan majlis sambutan yang serupa di
Hotel Seri Gading pada minggu hadapan. Kedua-dua keluarga yang bersatu itu sungguh gembira.

Anda mungkin juga menyukai