Anda di halaman 1dari 4

Tarikh : 03/01/2017 (Selasa)

Masa : 08.15 og - 08.45 pg


Aktiviti : Upacara Perasmian Pembukaan Sesi Persekolahan Tahun 2017
1. Nyanyian Lagu Kebangsaan / Lagu Kebangsaan Negeri / Lagu Sekolah

2. Upacara menaikkan bendera

3. Upacara membaca ikrar Rukunegara

4. Ucapan Guru Besar

5. Ucapan GPK

6. Perkara-perkara Lain

7. Bersurai.
Tarikh : 04/01/2017 (Rabu)
Bidang : Akademik
Tajuk : Kemahiran Belajar : Membina Peta Minda
Objektif : Murid dapat:
1. Mengenal peta minda.
2. Membina peta minda mengikut kreativiti.
Masa : 60 minit
Sasaran : Tahun 5
Bahan : Kad Manila, Lampiran A/5A, A/5B, A/5C.
Langkah- : Set Induksi:
langkah Guru Bimbingan dan Kaunseling menunjukkan beberapa contoh peta
minda kepada murid. Guru bersoal jawab secara lisan berdasarkan
contoh gambar yang diperlihatkan.
1. Guru Bimbingan dan Kaunseling menerangkan asas untuk
membina peta minda iaitu persediaan bahan seperti kad
manila/kertas, alat tulis, pensel warna ‘magic pen’ dan sebagainya.
(Rujuk lampiran A/5A) .
2. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil.
3. Guru Bimbingan dan Kaunseling memberi satu petikan
(Lampiran A/5A) dan membimbing murid mencari isi-isi penting.
4.Guru Bimbingan dan Kaunseling menunjukkan beberapa contoh
peta minda (lampiran A/5B) dan meminta setiap kumpulan
menyediakan peta minda masing-masing.
5. Setiap kumpulan diminta membentangkan hasil kerja kumpulan
masing-masing dan ahli kumpulan yang lain boleh memberi pendapat.
Penilaian : Melalui peta minda yang dihasilkan oleh setiap kumpulan.
Rumusan : Teknik membaca yang betul dapat membantu murid mencari isi
penting
Falsafah : ’Sehari selembar benang lama-lama menjadi kain’.

Tarikh : 05/01/2017 (Khamis)


Bidang : Akademik
Tajuk : Kemahiran Belajar : Kemahiran Membaca
Objektif : Murid dapat membaca secara skimming (sepintas lalu) dan scanning (bacaan
pantas).
Masa : 60 minit
Sasaran : Tahun 5
Bahan : Buku teks atau majalah
Langkah- : Set induksi :Guru Bimbingan dan Kaunseling menggayakan beberapa aksi
langkah membaca seperti gaya membaca berita televisyen, gaya membaca sambil berjalan
atau duduk.
1. Guru Bimbingan dan Kaunseling memberi senaskah majalah / buku kepada
murid dalam kumpulan kecil.
2. Murid diminta untuk menerangkan kandungan buku atau majalah yang
diperoleh sepintas lalu.
3. Guru Bimbingan dan Kaunseling menerangkan konsep membaca secara
skimming ( sepintas lalu ).
(Definisi skimming) : Memberi tumpuan idea penting setiap perenggan /
mendapatkan gambaran umum dari bahagian pengenalan, isi kandungan, tajuk
utama dan rumusan akhir.
4. Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta murid membuat latihan membaca
secara skimming untuk mendapatkan maklumat dan isi kandungan dalam buku /
majalah yang diberi.
5. Guru Bimbingan dan Kaunseling menerangkan konsep membaca secara
scanning ( sekali imbas ).
(Definisi scannning): membaca pantas sambil memberi tumpuan kepada maklumat
yang dicari.
6. Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta murid membuat latihan membaca
secara scanning untuk mendapatkan maklumat dan isi kandungan dalam buku /
majalah yang diberi.
Penilaian : Murid boleh mencari maklumat menggunakan teknik bacaan secara ‘skimming’
dan ‘scanning’.
Rumusan : Teknik membaca yang betul boleh membantu proses pembelajaran secara
berkesan.
Falsafah : Banyak membaca ilmu berganda.

* Guru Bimbingan dan Kaunseling perlu menguasai kemahiran membaca secara skimming dan
scanning sebelum mengendalikan modul ini.

Tarikh : 06/01/2017 (Jumaat)


Bidang : Akademik
Tajuk : Kemahiran Mendengar ( Proses Mendengar )
Objektif : Murid dapat :
1. Menyatakan secara lisan mengenai apa yang telah didengar.
2. Menjalankan aktiviti yang direncanakan dalam proses mendengar.
Masa : 60 minit
Sasaran : Tahun 5
Bahan : Kad lipat, artikel pilihan guru
Langkah- :
langkah Set Induksi:
Guru Bimbingan dan Kaunseling menyanyikan lagu ‘Burung Kakak Tua’.
Murid memberi maklum balas terhadap aksi guru.
1. Guru Bimbingan dan Kaunseling memilih 5 orang murid secara rawak.
2. Murid diminta memilih satu keping kad berlipat.
Contoh :

kuc ing
3. Murid mengajuk bunyi haiwan yang tertulis dalam kad dan murid-murid lain
meneka bunyi tersebut.
4. Guru Bimbingan dan Kaunseling menerangkan tentang langkah-langkah dalam
proses mendengar:
Proses Mendengar
i. Dengar
ii. Faham
iii. Buat catatan
iv. Maklumbalas
5. Guru Bimbingan dan Kaunseling membaca sebuah artikel dan murid diminta
mengulang semula maklumat yang dibacakan tanpa membuat catatan.
6. Artikel dibacakan sekali lagi dan murid dibenarkan membuat catatan atau
bertanya soalan.
 Guru Bimbingan dan Kaunseling menerangkan tentang cara mendengar
berkesan.
Penilaian : Murid dinilai melalui maklumbalas yang diberikan.
Rumusan : Kemahiran mendengar adalah salah satu proses yang berterusan.
Falsafah : “Mendengar Dengan Mata Hati Dan Telinga”

Anda mungkin juga menyukai