Anda di halaman 1dari 2

Pemberian Percuma Membina Kredibiliti

Cukup mudah untuk memberikan sesuatu secara percuma di laman anda, jika anda ada
sesuatu untuk diberikan. Mungkin anda ada laporan istimewa yang anda sanggup
berikan secara percuma demi untuk menjual produk akhir yang lebih tinggi, atau
mungkin anda mahu bekerjasama dengan orang lain dalam industri anda untuk
membantu membawa trafik ke laman web anda dengan mempromosikan laman web
anda menggunakan produk mereka seperti giveaway.

Bekerjasama dengan usahawan lain dikenali sebagai “JV(Joint Venture) Giveaway”.


Usahawan-usahawan itu semuanya bergabung tenaga untuk membawa trafik ke suatu
laman web di mana benda percuma akan diberikan, dengan demikian membawa trafik
ke laman di mana usahawan-usahawan mahu pelanggan pergi. Untuk melibatkan diri
dengan kerjasama ini anda perlukan perisian untuk membantu anda menguruskan
acara itu. http://www.squidoo.com/jvgiveawayscript bukan sahaja ada skrip seperti itu,
tetapi anda juga akan jumpa link ke orang lain yang cuba menguruskan acara giveaway,
yang mana mungkin lebih mudah daripada cuba menguruskan giveaway milik anda
sendiri, terutamanya pada kali pertama. JV Giveaway membantu mendapatkan trafik ke
giveaway anda di mana anda mungkin sebaliknya tidak ada satu trafik pun.

Satu giveaway mudah untuk usahawan maklumat ialah “e-kursus” pendek yang mana
menjangkau tempoh 5 atau 7 hari. Pelawat mendaftar ke senarai mailing opt-in dan
memperoleh maklumat daripada anda secara percuma. Sepanjang e-kursus itu anda
tentulah meletakkan link ke servis atau produk yang lebih besar milik anda. Seperti
artikel anda, maklumat dalam e-kursus ini perlulah berguna, tetapi ia perlulah tidak
seberapa berbanding apa yang sedia ada dalam produk maklumat anda yang penuh dan
berbayar. E-kursus juga bagus untuk jenis-jenis produk yang lain: anda boleh berikan
satu e-kursus dengan 7 resipi periuk masakan jika apa yang anda pasarkan itu ialah
periuk masakan terhebat di dunia ini. Dengan demikian, giveaway tidak perlu terlalu
mahal untuk dibuat, dan boleh berbeza-beza dalam pelbagai skop.

E-kursus juga mempunyai kesan membina senarai mailing orang yang benar-benar
berminat dengan produk atau servis anda. Apabila anda buatkan orang mendaftar
dalam list ini, pastikan anda tidak meng’optin’kan mereka semata-mata ke e-kursus
sahaja. Anda mahu mereka masukkan alamat emel mereka, “Untuk memerima e-kursus
percuma tentang Bowling, dan laporan istimewa tentang apa-apa saja yang berkaitan
dengan Bowling!” Dengan cara itu, mereka ada amaran semasa anda hantarkan mereka
penerbitan pelancaran produk yang padat dan terbaru. Pastikan anda ikuti peraturan-
peraturan semasa menyiapkan senarai emel opt-in supaya anda tidak berkesudahan
melakukan spam.

Ebook, E-kursus, podcast, seminar video pendek dan laporan kecil semuanya
menjadikan “give-away” yang bagus. Ia murah dan tanpa kos untuk dihasilkan dan ia
membantu menggambarkan nilai produk atau servis anda. Seperti dalam bentuk
pemasaran Internet yang lain, anda memberikan sedikit kandungan berkualiti untuk
membawa orang yang menggemarinya menuju ke produk anda. Anda juga dengan
mudah boleh membuat giveaway dengan strategi bookmarking sosial, blogging, dan
rangkaian sosial anda.

Anda mungkin juga menyukai