Anda di halaman 1dari 26

Panduan Freelancer Writer.

Panduan bekerja sebagai freelance writer.


Pengenalan kepada freelancing.

Apa itu freelancing?

Seorang freelance adalah seorang yang melakukan kerja bagi pihak tertentu tanpa
terikat dengan mana-mana pihak. Dia bebas untuk bekerja dengan siapa sahaja.
Biasanya seorang freelance di bayar mengikut upah yang di persetujui sebelum
memulakan kerja.

Skop freelancing dalam dunia internet.

Penggunaan internet yang meluas di seluruh dunia telah meningkatkan permintaan


freelancer di seluruh dunia. Ini terjadi di sebabkan negara maju seperti di eropah dan
amerika menggunakan khidmat freelancer dari negara membangun untuk melakukan
kerja bagi pihak mereka. Dengan mengupah freelancer, mereka boleh menjimatkan kos
dan meningkatkan keuntungan.

Antara kerja freelancer yang di tawarkan menerusi internet adalah penulisan, editing,
indexing, pembangunan software, pengiklanan, inovasi, foto dan lain – lain. Melalui
internet, freelancer boleh memperoleh pekerjaan di seluruh dunia dengan hanya duduk
di tempat sendiri tanpa perlu keluar dari negara mereka sendiri.
Kelebihan freelancing.

Kelebihan menjadi seorang freelancer adalah

 Freelancer bebas hendak memilih kerja yang mana kita suka. Anda boleh tolak
jika anda tidak suka.
 Boleh bekerja secara part timer. Bekerja sebagai freelancer bermakna anda
mengawal masa anda sendiri. Jadi, anda masih boleh bekerja seperti biasa di
siang hari dan lakukan tugas freelancer secara part time pada malam atau pada
hujung minggu.
 Anda bergerak atas inisiatif sendiri. Jika anda bekerja, anda akan dapat wang. Jika
tidak, anda tidak akan dapat. Tiada tekanan dari mana-mana pihak dan anda
bertanggungjawab sendiri atas kerja yang anda peroleh.
 Tiada had dari segi pendapatan. Anda boleh ambil sebanyak mana kerja yang
anda mampu dan peroleh sebanyak mana wang yang anda mahu.
BAgaimana hendak membina kerjaya sebagai freelance
writer yang berjaya.

Seperti mana yang anda tahu, revolusi penggunaan internet telah menyemarakkan lagi
permintaan terhadap freelance writer. Kerjaya ini telah menjadi antara kerjaya yang
mempunyai permintaan yang banyak di seluruh dunia. Jika anda mahukan pendapatan
yang pantas dengan hanya menggunakan modal minda, anda boleh cuba untuk menjadi
seorang freelance writer.

Freelance writer.

Freelance writer adalah perkerjaan yang menjanjikan pendapatan yang lumayan. Ini
kerana internet telah menjadikan ia sebagai medan untuk berkongsi maklumat dan lebih
banyak syarikat dan perniagaan akan menceburi dunia internet sebagai medium
pemasaran mereka. Tindakan ini membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada
freelance writer.

Mereka memilih freelance writer kerana kos yang lebih murah selain tidak terikat
dengan apa-apa kontrak. Dengan mengupah freelance, mereka boleh menumpukan
sepenuhnya pada perniagaan mereka dan bergantung kepada freelance untuk bekerja
sebagai penulis bagi pihak mereka.
Antara jenis pekerjaan freelance writer yang ada di pasaran adalah penulisan kreatif,
penulisan ebook, copywriting, editorial, newsletter, penulis majalah, SEO writing,
penulis blog dan bermacam-macam lagi. Potensi pendapatan bagi freelance adalah tidka
terhad.

Langkah membina kerjaya sebagai freelance writer.

Permulaan.

 Anda perlu asah bakat dan minat anda. Sebelum anda mula menerima kerja dari
pihak tertentu, pastikan anda sudah ada kemahiran yang mantap dalam
penulisan. Anda juga perlu ada pengetahuan yang mendalam mengenai sesuatu
topik sebelum memulakan sesuatu tugas.
 Asah pengetahuan anda. Sebagai freelance, anda boleh memilih pekerjaan yang
anda minat sahaja. Ini bermakna, anda boleh memilih kerja berdasarkan minat
anda. Asah pengetahuan anda mengenai minat anda dengan selalu membaca di
online dan offline.
 Perkenalkan perkhidmatan anda pada prospek . Anda perlu ada biodata yang ada
maklumat mengenai kepakaran, pendirikan, pengalaman dan minat anda. Hantar
pada prospek setiap mereka meminta atau ketika anda membida.

Peringkat pembangunan.
 Berhati-hati dengan perangkap seorang pelanggan. Jangan bekerja hanya dengan
seorang pelanggan sahaja. Anda sebagai freelance berhak memilih kerja dari
siapa sahaja anda mahu. Bekerjasama dengan orang yang berbeza akan melatih
diri anda untuk jadi penulis yang lebih baik.
 Tingkatkan kebolehan menulis. Tingkatkan kemahiran menulis anda pada tahap
yang lebih tinggi. Dengan ini, anda mungkin akan di bayar lebih banyak
berdasarkan mutu yang anda tampilkan.
 Menerima kritikan dengan positif. Terima apa sahaja kritikan dengan hati
terbuka.

Peringkat matang

 Konsisten. Konsisten dengan kerja anda.


 Sentiasa berhubungan dengan pelanggan lama. Sentiasa memperbaharui
hubungan dengan pelanggan-pelanggan anda.
Jenis freelancing writing.

Sebagai panduan untuk anda, berikut adalah beberapa kerja yang ada sebagai freelance
writer.

Penulisan kreatif.

Penulisan kreatif memerlukan daya imaginasi yang tinggi dan ia perlulah asli dari
pemikiran anda sendiri. Contoh penulisan kreatif adalah lirik lagu, sajak, novel, drama,
cerita dan sebagainya.

Menulis di blog dan SEO writing.

Antara kerja yang popular sebagai freelancer writer adalah menulis blog post dan seo
writing. Blog post biasanya memerlukan anda untuk mahir menulis menggunakan
intonasi yang betul dan tepat berdasarkan targeted reader manakala SEO writing adalah
teknik penulisan untuk menempatkan sesuatu website itu berada dalam ranking yang
baik dalam search engine seperti yahoo dan google.
Newsletter, editorial dan magazine writing.

Pekerjaan dalam bidang ini memerlukan kemahiran yang tinggi dalam penulisan kerana
ia akan melibatkan kemahiran teknikal penulisan. Namun, ketiga – tiga jenis penulisan
ini menjanjikan bayaran yang sangat lumayan.

Sales and marketing writing.

Sales and marketing writing biasanya melibatkan penulisan dalam surat jualan, kad
perniagaan, pemasaran artikel, press release, perancangan perniagaan dan bermacam-
macam lagi.

Penulisan ebook.

Penulis ebook juga antara pekerjaan yang menjanjikan pendapatan yang lumayan pada
freelance. Anda cuma perlu mahir dalam tajuk yang anda bida.
Penulisan kreatif

Penulisan kreatif adalah penulisan yang mengekspresikan daya pemikiran bercampur


dengan perasaan dan ditulis dalam bentuk yang unik seperti sajak dan lirik lagu.
Penulisan kreatif juga selalunya bermain dengan perasaan dan emosi para pembaca. Ia
di tulis dengan intonasi yang membawa pembaca ke alam lain. Penulisan kreatif adalah
penulisan untuk menunjukkan sesuatu bukannya memberitahu sesuatu.

Penulisan jenis ini juga tidak langsung terikat pada mana – mana peraturan dan ia
bersifat bebas. Kebebasan berfikir dan beremosi memberi satu harga yang tidak ternilai
pada karya kreatif ini. Jika anda mempunyai daya kreativiti yang tinggi beserta dengan
minat yang mendalam, anda boleh mencuba teknik penulisan ini sebagai kerja freelance
anda.

Bagaimana hendak mengembangkan daya kreativiti?

Belajar untuk jadi lebih kreatif – Sekarang terdapat banyak kursus yang akan mengajar
anda bagaimana hendak meningkatkan daya kreativiti. Anda boleh hadir dan gunakan
ilmu yang diajar untuk mengembangkan bakat anda.

Rajin membaca bahan kreatif - Membaca bahan kreatif akan meningkatkan lagi daya
kreativiti anda.
Menjadi seorang pemerhati yang baik – kreatif datang dari imaginasi dan imaginasi
akan lebih menarik jika anda memerhati sesuatu dengan baik. Sentiasa memerhatikan
sesuatu menggunakan mata hati anda.

Kerja apabila tenang – anda akan lebih kreatif jika anda berada dalam keadaan yang
tenang tanpa tekanan dari mana – mana perkara.

Tip untuk meningkatkan kemahiran menulis secara kreatif

Biasakan bercakap sebelum menulis – apabila ingin menulis sesuatu, anda cakapkan apa
yang anda hendak tulis secara spontan tanpa berfikir. Dengan ini, penulisan anda akan
lebih asli kerana ia datang terus dari imaginasi anda.

Menulis dengan tepat dan ringkas – Gunakan perkataan yang anda faham
penggunaannya sahaja.

Elakkan dari mengulang tulis perkara yang sama

Gunakan kata aktif – Biasanya penulisan kreatif menyentuh apa yang sedang berlaku
dalam imaginasi anda. Apabila anda membayangkan ia berlaku sekarang, emosi
penceritaan anda akan lebih kuat dan hidup.
Web Blog Writing

Menulis blog entry adalah antara perkerjaan yang lumayan untuk anda ambil. Selain ia
senang untuk di tulis, ia menjanjikan pendapatan yang lumayan bagi setiap entry yang
anda tulis. Jika penulisan anda berkualiti, anda memang akan di bayar lebih. Ini kerana
kualiti memainkan peranan yang penting bagi mereka yang ingin berniaga di internet.

Sebelum anda menceburi web blog writer, anda patut tahu bahawa terdapat beberapa
jenis blog di internet iaitu

Personal blog - Blog yang lebih bersifat peribadi di mana penulis menulis apa sahaja
yang dia suka.

Corporate blog – Blog yang di gunakan oleh syarikat – syarikat untuk mempromosikan
perniagaan mereka di internet.

Niche blog – Blog yang menceritakan hanya perkara khusus seperti politik, kesihatan
dan pendidikan.

Kemahiran yang anda perlu ada untuk menjadi penulis blog yang baik.

Memilih tajuk yang menarik


Untuk menarik pembaca membaca entry anda, tajuk yang di tulis perlulah menarik dan
lain dari yang lain. Selain itu, isi entry anda juga perlulah setanding dengan kehebatan
tajuk yang anda tonjolkan.

Berikan maklumat lengkap tetapi dalam tulisan yang ringkas dan padat.

Pembaca suka membaca maklumat yang ada padat tetapi ringkas. Jangan tulis terlalu
panjang, tetapi hanya penuh dengan maklumat kosong dan tidak berguna.

Fokus pada keyword.

Anda perlu ada kemahiran untuk fokus pada keyword tertentu dan tahu di mana hendak
meletakkan keyword di bahagian mana artikel supaya entry anda akan lebih mesra enjin
carian seperti google.

Minta feedback dari pemberi kerja anda.

Sentiasa minta feedback dari setiap kerja yang anda lakukan. Ini penting supaya anda
tahu bagaimana hendak meningkatkan lagi prestasi penulisan anda.
SEO writing.

Dalam dunia perniagaan internet, SEO writing adalah antara senjata pemasaran yang
utama di gunakan untuk marketing sesuatu produk. Ini kerana, pengguna internet
menggunakan search engine untuk mencari maklumat yang mereka mahu.

SEO yang juga di kenali sebagai Search Engine Optimization merupakan teknik penulisan
untuk menempatkan website anda di muka hadapan search engine apabila carian di
lakukan oleh pengguna. Potensi untuk menarik trafik dari SEO adalah sangat besar.
Contohnya bilanggan pengguna yang melakukan carian money management adalah
sangat ramai sebulan iaitu melebih ratusan ribu.

Jika website anda berada di page hadapan search engine, peluang anda untuk
memperoleh pelanggan adalah sangat tinggi dan ramai. Jadi permintaan untuk menulis
website content dalam bentuk SEO sangat mempunyai permintaan yang tinggi. Anda
pasti akan dapat menjana pendapatan yang tinggi jika anda mempunyai kemahiran
yang tinggi dalam penulisan SEO.

Panduan penulisan SEO.

Mengetahui maklumat lengkap dari pelanggan.


Untuk anda menulis sesuatu secara SEO, anda perlu tahu dan mahir dengan latar
belakang keyword yang mahu di sasarkan oleh pelanggan anda. Apabila anda tahu
keyword mana yang di sasarkan, barulah anda boleh menulis sesuatu dalam bentuk
SEO.

Pandai menulis berdasarkan keyword yang di beri.

SEO bukan sahaja bergantung kepada sebanyak mana sesuatu keyword itu di ulang-
ulang tetapi ia juga bergantung kepada ketepatan keyword di letakkan dalam sesuatu
ayat. Untuk content yang mesra SEO, keyword elok di ulang – ulang di tajuk content,
pendahuluan content, isi content dan pada akhir content. Pendek kata, pastikan setiap
perenggan mengandungi keyword yang pelanggan anda sasar.
Sales and Marketing Writing.

Untuk pengetahuan anda, sales and marketing writing adalah lubuk duit bagi freelance
writer di luar sana. Ini kerana permintaan terhadap freelancer dalam bidang ini sangat
melimpah ruah. Antara contoh sales and marketing writing adalah menulis artikel,
katalog produk, copywriting, press release, postcards dan banyak lagi. Pendek kata,
setiap penulisan yang ada kaitan dengan sales atau marketing mempunyai permintaan
yang banyak di pasaran.

Tips untuk meningkatkan sales and marketing writing.

Untuk meningkatkan kemahiran anda menulis content yang berbentuk sales and
marketing anda boleh mencuba tips berikut

 Belajar teknik copywriting melalui ebook, kursus atau video.


 Sentiasa mempelbagaikan teknik tulisan dan jenis produk yang di promosi.
 Mempunyai pengetahuan yang mendalam mengenai subjek pemasaran.
 Di sebabkan ia adalah sales writing, anda perlu mahir untuk stimulate action para
pembaca.
Newsletter and editorial writing.

Newsletter.

Newsletter adalah report yang biasanya di tulis berdasarkan satu tajuk untuk di hantar
kepada subscriber. Newsletter biasanya melibatkan berita dan rancangan masa hadapan
sesuatu persatuan atau organisasi. Newsletter juga biasanya di publish oleh persatuan,
instituisi pendidikan, syarikat dan organisasi untuk memberitahu maklumat pada ahli,
pelanggan dan pemilik saham.

Di sebabkan sekarang penggunaan internet semakin meluas, newsletter biasanya di


sebarkan menggunakan emel. Jadi, permintaan terhadap freelancer adalah sangat
banyak dan luas.

Panduan menulis newsletter

 Analisis bakal pembaca supaya anda tahu intonasi yang sesuai untuk di gunakan
ketika menulis nanti.
 Fokus pada maklumat yang perlu sahaja.
 Tulis newsletter dalam bentuk yang menarik dengan meletakkan gambar dan
grafik yang sesuai.
 Tulis dalam bentuk ringkas dan padat.
 Pastikan anda meletakkan link pada website pelanggan anda di dalam newsletter.
 Utamakan keselesaan pembaca untuk membaca apa yang anda tulis.

Editorial

Editorial adalah teknik penulisan yang mengolah sesuatu berdasarkan pendapat


peribadi. Selalunya penulisan berbentuk editorial adalah tulisan yang ada kredibiliti
kerana ia di tulis berdasarkan pendapat peribadi bukannya atas sebab promosi. Seorang
freelancer selalunya di upah untuk menulis editorial sebagai cara untuk menambah
kredibiliti bagi sesuatu produk atau perkhidmatan.

Tips untuk menulis editorial.

 Lakukan kajian dan tahu apa yang anda perlu tulis


 Sertakan fakta sebagai sokongan bagi pendapat anda.
 Huraikan sesuatu isu dari sudut yang berbeza.
 Sentiasa beri sebab bagi setiap pandangan yang anda beri.
 Cadangkan penyelesaian bagi setiap masalah.
Magazine writing.

Magazine writing adalah penulisan yang berbentuk kewartawanan. Selalunya anda akan
di bayar bagi setiap tugasan tetapi penulisan anda perlulah berkualiti dan menepati
piawaian yang di tetapkan editor majalah.

Tips untuk magazine writing.

Berikut adalah tips untuk menjadi freelance bagi pihak majalah.

 Memilih majalah yang sesuai dengan jiwa anda. Anda akan lebih seronok untuk
menyelesaikan tugasan jika ia berkaitan dengan sesuatu yang anda minat.
 Banyakkan membaca dan lakukan kajian secara menyeluruh mengenai tajuk yang
anda tulis. Menulis untuk majalah bermakna anda perlukan lakukannya secara
professional. Jadi, fakta yang di beri haruslah tepat dan berkualiti.
 Sentiasa merancang sebelum menulis sesuatu artikel. Dengan perancangan yang
teliti, anda dapat hasilkan artikel yang mantap untuk bacaan.
 Sentiasa mengikut arahan editor. Professional freelancer sentiasa mengikut
arahan dari pelanggannya. Untuk artikel anda di terima oleh editor majalah, anda
perlu ikut guideline yang telah di sediakan oleh editor sesuatu majalah itu.
Magazine writing bukan boleh di lakukan oleh semua orang. Ini kerana anda perlu
memberi komitmen yang lebih. Magazine writing hanya untuk mereka yang minat
dalam bidang kewartawanan sahaja.
Ebook Writing.

Ebook adalah buku elektronik. Di sebabkan kepantasan penyaluran maklumat melalui


internet, ebook semakin mendapat perhatian dunia untuk perkongsian maklumat. Di
sebabkan ebook mendapat permintaan yang banyak, permintaan untuk menggunakan
freelancer juga banyak.

Berikut adalah tip untuk menulis ebook.

 Pilih tajuk yang sesuai dan tulis outline bagi setiap ebook sebelum memulakan
penulisan.
 Sentiasa memberi fakta hasil kajian yang teliti dan kemas.
 Pastikan ia ringkas tetapi padat dengan maklumat.
 Sentiasa proofread dan mendapatkan feedback dari orang ramai.
Tip untuk meningkatkan kemahiran menulis.

Untuk menjadi seorang freelancer yang berjaya, kemahiran menulis yang baik menjadi
nadi dalam kerjaya anda sebagai freelancer. Berikut adalah antara tip yang anda boleh
ikut untuk memantapkan lagi teknik penulisan anda.

Menjadi pembaca yang baik.

Untuk menjadi seorang penulis yang baik, anda perlu menjadi seorang pembaca yang
baik. Penulisan datang dari imaginasi, jika anda banyak membaca, penulisan anda akan
jadi lebih menarik untuk di baca kerana imaginasi yang terhasil adalah lebih menarik
hasil pengetahuan yang anda pupuk melalui bacaan.

Tahu kehendak pembaca.

Apabila menulis sesuatu, pastikan anda tahu apa yang hendak di baca oleh pembaca.
Apa yang penting menjadi seorang penulis adalah memastikan apa yang anda tulis
adalah apa yang ingin di baca oleh pembaca. Gunakan intonasi yang sesuai bagi
pembaca anda.

Mengambil kursus menulis secara professional.


Mengambil kursus teknik menulis mungkin sesuai bagi anda untuk memperkemaskan
lagi teknik penulisan anda.

Meningkatkan kualiti penulisan.

Jika ingin berjaya sebagai freelance writer, anda perlu utamakan kualiti. Jadi setiap kali
anda menulis atau memulakan tugas terbaru, anda perlu pastikan kualiti penulisan anda
sentiasa meningkat. Antara cara untuk meningkatkan kualiti penulisan adalah

 Gunakan perkataan yang senang di fahami oleh pembaca. Elakkan menggunakan


perkataan atau ayat yang sukar di fahami oleh pembaca.
 Ketika menulis, bayangkan anda sedang bercakap dengan pembaca.
 Elakkan pengulangan sesuatu ayat atau frasa.
 Jangan sesekali menyalin atau copy paste. Pastikan ia asli.

Sentiasa mengikut strategi yang anda rancang.

Sebelum memulakan penulisan, pastikan anda sudah membuat kajian yang mencukupi
dan sudah siap rangka penulisan anda. Dengan ini, penulisan anda akan lebih teratur
dan maklumat akan di sampaikan dalam keadaan yang lebih kemas dan sempurna.
Bagaimana hendak membina kredibiliti ?

Semakin tinggi kredibiliti anda, semakin tinggi bayaran yang bakal anda terima dan
semakin banyak pekerjaan yang anda akan dapat. Berikut adalah beberapa cara untuk
meningkatkan kredibiliti

 Elakkan dari mengambil jalan shortcut. Siapkan kerja seperti yang di kehendaki
oleh pelanggan.
 Sentiasa menghantar kerja tepat pada masanya.
 Siapkan resume bagi diri anda. Lebih baik anda bina blog bagi perkhidmatan anda
ini. Dengan adanya blog sendiri, anda akan di pandang dengan lebih tinggi.
 Menulis dengan penuh minat bagi setiap pekerjaan yang anda terima.
 Sentiasa bertanya khabar pada pelanggan lama atau baru.
 Berkawan dengan freelancer yang lain.
Bagaimana hendak mengatasi masalah pelanggan yang
cerewet?

Antara masalah yang akan di bawa oleh pelanggan yang cerewet adalah

 Mereka sentiasa mengubah spefikasi projek.


 Tidak percaya pada anda.
 Memberi deadline yang cepat.
 Bayar kurang.
 Menganggap anda sebagai kulinya.
 Memberi arahan yang kurang tetapi mahukan lebih.

Walaubagaimanapun, anda jangan putus asa ketika berhadapan dengan pelanggan yang
cerewet ini. Berikut adalah teknik bagaimana hendak mengatasi masalah pelanggan
yang cerewet

 Jangan marah. Sentiasa bertenang dan selesaikan masalah dengan rundingan.


 Record setiap komunikasi yang berlaku antara anda dan pelanggan anda. Dengan
adanya rekod, anda dapat mempertahankan diri jika pelanggan anda cuba tidak
bertanggungjawab atas tindakan mereka.
 Membalas setiap mesej dengan segera. Apabila pelanggan anda bersikap
cerewet, selesaikan segala masalah yang timbul dengan segera.
 Belajar untuk berkata tidak.
 Dengar sepenuhnya arahan dari pelanggan anda.

Anda mungkin juga menyukai