Anda di halaman 1dari 8

TEKS UCAPAN MC MALAM SUA MESRA

SUHANA Mohon perhatian


Majlis akan bermula sebentar lagi, diharap para hadirin dapat mengambil tempat masing-
masing.
Untuk memastikan perjalanan majlis berjalan dengan lancar, mohon para hadirin sekalian dapat
mematikan telefon bimbit atau menukarkannya dalam mod senyap sepanjang majlis
berlangsung, agar tidak menganggu majlis.
Kerjasama hadirin sekalian amatlah dihargai, terima kasih.

SUHANA ~ SALUTASI~

AFZAN Sirih junjung penyeri majlis,


Malam Sua Mesra kita raikan,
selamat datang tamu ke majlis,
majlis makan malam kita sajikan.

Assalamualaikum dan salam sejahtera serta selamat datang ke Majlis Malam Sua Mesra Biro
Kebajikan dan Kemasyarakatan, jawatankuasa Mahasiswa Kolej Harun Aminurrashid sesi 09/10.
SUHANA Hadirin dan hadirat sekalian,

Bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana dipertemukan dalam majlis yang indah ini. Untuk
makluman hadirin sekalian, majlis Malam Sua Mesra ini bertujuan menghargai segala usaha dan
penat lelah exco dan rexco dalam menjalankan amanah yang telah diberikan. Majlis ini juga
diraikan bagi mengeratkan lagi silaturrahim antara exco dan rakan exco Biro Kebajikan dan
Kemasyarakatan.

AFZAN Bagi memberkati lagi majlis ini, marilah kita sama-sama mengaminkan doa yang akan dibacakan
oleh
SAUDARA HAFIZAN BIN MOHAMAD DAIN.
(Bacaan doa)

*Amin Ya Rabbal A’lamin.


Terima kasih diucapkan kepada SAUDARA HAFIZAN BIN MOHAMAD DAIN atas bacaan doa
sebentar tadi.

SUHANA Hadirin sekalian,


majlis dengan ini mempersilakan SAUDARA LOKMAN BIN DAUD, PENGARAH PROGRAM MALAM
SUA MESRA untuk memberi ucapan alu-aluan.majlis dengan ini mempersilakan.

*terima kasih diucapkan kepada SAUDARA LOKMAN BIN DAUD atas ucapan sebentar tadi.
Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan exco kebajikan dan Kemasyarakatan, Jawatankuasa
AFZAN mahasiswa kolej sesi 2009/2010, SAUDARA ROSDI BIN MUJI untuk memberikan sedikit ucapan.
Majlis mempersilakan.

*terima kasih diucapkan kepada SAUDARA ROSDI BIN MUJI atas kesudian beliau memberikan
ucapan sebentar tadi.

Hadirin dan hadirat sekalian,


SUHANA Majlis dengan sukacitanya menjemput SAUDARA LUQMANULHAKIM BIN ABDUL HAKIM,
PENYELARAS BIRO KEBAJIKAN DAN KEMASYARAKATAN untuk menyampaikan sepatah dua kata.
Majlis mempersilakan.

*terima kasih diucapkan kepada SAUDARA LOKMAN BIN DAUD atas ucapan sebentar tadi.

Hadirin dan hadirat sekalian


AFZAN Majlis tidak lengkap rasanya tanpa ucapan daripada
_________________________________________________ Untuk makluman hadirin dan
hadirat sekalian,_____________________________________________________adalah
penasihat baru bagi Biro Kebajikan dan Kemasyarakatan.
Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan.

*terima kasih diucapkan


kepada______________________________________________________________atas ucapan
tersebut.

SUHANA Seterusnya Majlis menjemput semua tetamu jemputan untuk memotong kek Biro Kebajikan dan
Kemasyarakatan.
*terima kasih diucapkan kepada tetamu jemputan atas kesudian menyempurnakan acara
memotong kek itu tadi.

Sebelum memulakan majlis makan malam ini, dijemput SAUDARA AZIZ ISMAIL BIN SAPAIE untuk
AFZAN membacakan doa makan.dipersilakan.

*terima kasih diucapkan kepada SAUDARA AZIZ ISMAIL BIN SAPAIE atas bacaan doa itu sebentar
tadi.
Tanpa membuang masa saudara-saudari dijemput menikmati juadah yang telah disediakan.

SUHANA Bertamu rai di sandakan,


gendang gendut tali kecapi,
sambil menonton kita makan,
pelbagai persembahan akan diserikan.

Sambil menikmati hidangan, beberapa persembahan akan dipertontonkan kepada para hadirin
sebagai hiburan sampingan. Dengan ini majlis memulakan persembahan dengan menjemput
SAUDARA NOR MUHD KHAIROL AFZAN BIN MUHAMMAD untuk menyampaikan SAJAK beliau .
dipersilakan.

*terima kasih diucapkan kepada SAUDARA NOR MUHD KHAIROL AFZAN BIN
MUHAMMAD atas persembahan yang sungguh menarik tadi.

hadirin dan hadirat,


AFZAN majlis ini diteruskan lagi dengan persembahan KUMPULAN SENIOR RAKAN EXCO Biro
kebajikan dan Kemasyarakatan. dipersilakan.

*terima kasih diucapkan kepada KUMPULAN SENIOR RAKAN EXCO atas persembahan yang
sungguh menarik tadi.

SUHANA Seterusnya majlis menjemput SAUDARA HAFIZAN BIN MOHAMAD DAIN untuk
menyampaikan dua buah lagu nasyid sebagai halwa telinga hadirin dan hadirat sekalian. Majlis
mempersilakan.

*terima kasih diucapkan kepada SAUDARA HAFIZAN BIN MOHAMAD DAIN atas
persembahan tadi.

LOKMAN Hadirin dan hadirat sekalian

Tidak lengkap rasanya majlis kita pada malam ini tanpa persembahan daripada KUMPULAN
JUNIOR RAKAN EXCO Biro kebajikan dan Kemasyarakatan. dipersilakan.

*terima kasih diucapkan kepada SAUDARA HAFIZAN BIN MOHAMAD DAIN atas
persembahan itu tadi.

AFZAN Majlis diteruskan lagi dengan menjemput SAUDARI SITI ROSNANI BT ROSLEI UNTUK
menyampaikan persembahan beliau. Dipersilakan.

*terima kasih diucapkan kepada SAUDARI SITI ROSNANI BT ROSLEI atas persembahan itu
tadi
SUHANA Sekarang tibalah kepada acara yang dinantikan-nantikan iaitu ANUGERAH KING AND QUEEN
OF THE NIGHT. Untuk menyempurnakan anugerah ini, majlis mempersilakan
_______________________________________________ diiringi oleh
_________________________________________________ .

Untuk ANUGERAH KING OF THE NIGHT dijemput


______________________________________________

Untuk ANUGERAH QUEEN OF THE NIGHT


dijemut______________________________________________.

Tahniah diucapkan
kepada_______________________________________________________dan
_______________________________________________________________. Terima kasih
diucapkan kepada
___________________________________________________________________ atas kesudian
beliau menyempurnakan penganugerahan itu tadi

Majlis menjemput PENGARAH MALAM SUA MESRA, SAUDARA LOKMAN BIN DAUD
AFZAN untuk menyampaikan cenderahati kepada kakanda-kakanda kami iaitu exco Kebajikan dan
kemasyarakatan jawatankuasa mahasiswa kolej Harun Aminurrashid

. dijemput SAUDARA ROSDI BIN MUJI.

DIJEMPUT SAUDARI RADZIAH BT MOHD REJAB.

* Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada SAUDARA LOKMAN BIN DAUD atas
kesudian beliau menyampaikan cenderahati sebentar tadi.
Hadirin dan hadirat sekalian
SUHANA
Majlis kita pada malam ini tdak lengkap rasanya tanpa penyerahan cenderahati tanda kenangan
kepada tetamu jemputan. Oleh itu majlis menjemput SAUDARA LOKMAN BIN DAUD,
Pengarah Majlis Sua Mesra mengiringi SAUDARA ROSDI BIN MUJI, Exco Kebajikan dan
Kemasyarakatan untuk menyampaikan cenderahati.

DIJEMPUT
AFZAN
* EN. SUNIZA BIN MUSTAFFA

* SAUDARA MOHAMAD SOFFIAN BIN ALI

* SAUDARI NURUL AIN SHAHIDA BT MUHD SALIM

* SAUDARA LUQMANULHAKIM BIN ABDUL RAHIM.

~ Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada SAUDARA ROSDI BIN MUJI atas kesudian
beliau menyampaikan cenderahati sebentar tadi.

SUHANA Sebelum majlis melabuhkan tirai, marilah sama-sama kita menyaksikan montaj yang telah
disediakan.

AFZAN Dengan berakhirnya tayangan montaj itu tadi maka berakhirlah majlis kita pada malam ini.
Jutaan penghargaan & ribuan terima ksih kepada tetamu-tetamu undangan kerana sudi
menghadirkan diri dalam Majlis Sua Mesra ini.

Tidak lupa juga kepada hadirin & hadirat sekalian yang sudi meluangkan masa. Sesungguhnya
yang baik itu datang dari Allah dan kelemahan itu datangnya dari diri ini sendiri.

Saya mewakili Jawatankuasa Pelaksana Program memohon maaf seandainya terdapat kesilapan
dan kekurangan sepanjang majlis ini diadakan.

AFZAN N SEKIAN..
SUHANA
WABILAHHI TAUFIQ WAL HIDAYAH WASSALAMUALAIKUM W.R.T

Anda mungkin juga menyukai