Anda di halaman 1dari 7

Nur Liza Binti Fahami,

Sekolah Kebangsaan Pengkalan Chepa,


16100 Pengkalan Chepa,
Kelantan.
___________________________________________________________________________

Guru Pusat Sumber Sekolah,


Sekolah Kebangsaan Pengkalan Chepa,
16100 Pengkalan Chepa,
Kelantan. 21 SEPTEMBER 2017

Tuan/Puan,

Kehilangan Buku Cerita Badai Semalam

Merujuk kepada perkara di atas.

2. Saya Nur Liza binti Fahami merupakan seorang murid daripada kelas 6 Nilam. Pada 13
September yang lalu, saya telah meminjam sebuah novel yang berjudul “Badai Semalam”. Buku
tersebut sepatutnya saya pulangkan semula seminggu kemudian iaitu pada 20 September
2017. Walau bagaimanapun saya gagal berbuat demikian kerana buku tersebut telah hilang.

3. Saya telah meminjamkan buku tersebut kepada seorang kawan yang sangat berminat
dengan cerita novel tersebut. Malangnya buku tersebut telah hilang kerana dia tertinggal di
dalam bas ketika dalam perjalanan pulang ke rumah.

4. Kami telah berusaha mencari novel tersebut namun gagal. Saya berjanji akan mengganti
novel tersebut. Saya juga akan lebih berhati-hati pada masa akan datang.
Saya memohon maaf atas kecuaian saya menjaga buku tersebut.

Sekian, terima kasih

Yang benar,
NURLIZA
(NUR LIZA BINTI FAHAMI)
Nur Asmida Binti Azlan,
Lot 2005, Kg Panchor Kemumin,
16100 Pengkalan Chepa,
Kelantan.

12 MAC 2016

Menemui sahabatku, Amalin Husna yang kini berada di Johor Bharu semoga berada
dalam keadaan afiat. Apa Khabar saudari? Saya di sini dalam keadaan sihat sejahtera.
Demikian juga harapan saya terhadap saudari sekeluarga.

Bagaimana keadaan pelajaran saudari? Saya berharap saudari sentiasa beroleh


kejayaan yang cemerlang setiap kali menghadapi ujian. Tambahan pula pada tahun ini kita
akan menghadapi peperiksaan yang penting yang akan menentukan hala tuju persekolahan kita
pada tahun-tahun mendatang.

Saudari yang dikasihi,

Tentunya saudari sedang sibuk membuat pelbagai persediaan untuk menghadapi


Peperiksaan UPSR nanti. Saya di sini juga demikian. Pelbagai persiapan telah dan sedang
saya lakukan. setakat ini, saya belum lagi tidak hadir ke sekolah. Pada saya kehadiran ke
sekolah sangat penting kerana setiap hari pasti ada sahaja topik baharu yang akan diajar oleh
cikgu. Jika kita ketinggalan, maka sukarlah untuk kita memahami topik atau tajuk tersebut.

Selain itu, saya juga mengulangkaji pelajaran pada waktu petang. Hal ini saya lakukan
agar perkara yang diajar oleh guru di sekolah akan kukuh diingatan saya. Saya juga membuat
latihan dengan menjawab soalan-soalan tahun-tahun lepas. Pada waktu malam pula saya akan
menyiapkan kerja-kerja sekolah yang diberi oleh guru. Melalui tugasan ini saya dapat
menambahkan kefahaman saya terhadap sesuatu tajuk. Hal ini akan meningkatkan prestasi
pencapaian saya.

Pada hari minggu pula, saya akan belajar bersama-sama rakan-rakan yang tinggal
berdekatan rumah saya. Kami mengadakan kumpulan perbincangan. Segala topik
pembelajaran yang tidak difahami, kami akan bincangkan bersama-sama. Dengan cara ini kami
dapat berkongsi idea dan pandangan serta membetulkan kesilapan. Bagaimana pula dengan
saudari? Saya berharap agar saudari dapat pula menceritakan kepada saya persiapan yang
saudari lakukan. Manalah tahu jika saya dapat mencontohinya demi meningkatkan pencapaian
saya.

Sekian dahulu untuk kali ini. Saya berharap agar kita dapat bersua lagi pada warkah
yang akan datang.

Yang benar,

ASMIDA
Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Guru Besar Sekolah Kebangsaan
Pengkalan Chepa, guru-guru penolong kanan, barisan hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru
dan rakan-rakan. Pada pagi yang ceria ini, izinkan saya menyampaikan syarahan
bertajuk "Aktiviti Gotong-royong Banyak Faedahnya".

Hadirin yang dihormati,

Menurut Kamus Dewan edisi kedua, bergotong-royong membawa maksud sama-sama


mengerjakan sesuatu, atau saling membantu ketika membuat sesuatu. Daripada huraian
Kamus Dewan ini, fahamlah kita bahawa aktiviti gotong-royong adalah membuat sesuatu
pekerjaan atau perkara secara bersama-sama.

Masyarakat kita pada zaman dahulu banyak melakukan amalan bergotong-royong ini.
Semua kegiatan yang melibatkan kepentingan ramai akan dilakukan secara secara gotong-
royong. Hal ini demikian kerana amalan ini banyak faedahnya. Melalui aktiviti gotong-royong
ini, sesuatu pekerjaan dapat disiapkan dengan cepat. Sesuatu pekerjaan yang sukar ataupun
berat dapat diselesaikan dengan lebih cepat apabila banyak tenaga dan buah fikiran dapat
digembelengkan untuk menyelesaikannya. hal ini sepertimana dijelaskan oleh peribahasa "bukit
sama didaki, lurah sama dituruni".

Warga dewan yang dikasihi,

Di samping itu, aktiviti gotong-royong juga boleh mengeratkan hubungan dalam


kalangan masyarakat setempat. Kita tahu, pada hari ini masyarakat kita amat sibuk dengan
pelbagai urusan harian. Keadaan ini menyebabkan kebanyakan orang tidak berkesempatan
untuk saling mengenali antara satu sama lain. Sekiranya diadakan aktiviti gotong-royong seperti
membersihkan kawasan tanah perkuburan atau masjid, maka masyarakat setempat berpeluang
mengenali dan bertanya khabar antara satu sama lain. Jadi, aktiviti gotong-royong ini sudah
pasti dapat mengeratkan hubungan dalam kalangan masyarakat.

Selain itu, dengan bergotong-royong juga wang dapat dijimatkan. Amalan bergotong-
royong ini adalah aktiviti sukarela yang tidak diberi sebarang upah berupa wang ringgit. Oleh
yang demikian, kos untuk menyelesaikan sesuatu pekerjaan adalah lebih murah. Sebagai
contoh amalan bergotong-royong semasa kenduri-kendara. Tuan rumah hanya mengeluarkan
belanja untuk membeli alatan dan bahan mentah sahaja. kerja-kerja memasak dan mendirikan
khemah dilakukan secara bergotong-royong oleh jiran-jiran sekampung. keadaan ini sudah
tentu menjimatkan wang.

Hadirin-hadirat yang dikasihi,

Sebagai kesimpulannya, amalan gotong-royong ini adalah amalan warisan nenek-


moyang kita. Oleh yang demikian, setiap orang berperanan mempertahankannya kerana ia
membawa banyak kebaikan kepada kita. hal ini diungkapkan oleh nenek-moyang kita melalui
peribahasa yang terkenal iaitu "berat sama dipikul ringan sama dijinjing". Sekian, terima kasih.
Yang saya hormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Guru Besar , guru-guru
penolong kanan, guru-guru dan rakan sekalian. Terlebih dahulu saya mengucapkan terima
kasih atas kepercayaan semua memberikan saya ruang dan peluang untuk berucap sempena
sambutan Hari Guru peringkat sekolah kita.

Hadirin yang dimuliakan,

Tanggal 16 Mei setiap tahun para guru di seluruh negara merayakan satu sambutan
khas. Sambutan ini bertujuan menghargai dan memartabatkan jasa para guru. Hal ini demikian
kerana guru adalah insan-insan yang telah diamanahkan menaburkan jasa dan bakti mereka
untuk mendidik kita. Tanpa guru, siapalah kita pada hari ini.

Jasa dan bakti para guru tidak terbalas oleh kita. Mereka sanggup berkorban masa ,
tenaga dan kadangkala wang ringgit untuk mencurahkan ilmu kepada kita. Setiap pengorbanan
yang mereka lakukan tidak mengharapkan sebarang balasan. Para guru akan berasa gembira
apabila melihat kita mencapai kejayaan. Kejayaan yang kita peroleh adalah kebahagiaan
kepada mereka.

Rakan-rakan yang dikasihi,

Sebagai murid kita sepatutnya menanamkan rasa hormat kepada semua guru. Sikap
merendah diri dan bercakap secara sopan- santun setiap kali berhadapan dengan guru-guru
perlu sentiasa diamalkan. Amalan sebegini amatlah digalakkan dalam agama dan budaya kita.
Murid yang mengamalkan sikap sebegini juga akan mendapat keberkatan dan kejayaan dalam
hidupnya.

Selain itu, kita juga perlulah sentiasa menumpukan perhatian setiap kali guru mengajar
dan memberi nasihat. Setiap patah perkataan yang diluahkan oleh guru-guru kita sudah tentu
bertujuan untuk memberi ilmu dan panduan yang berguna kepada kita. Percayalah rakan-rakan,
murid yang sentiasa menumpukan perhatian ketika guru mengajar akan mencapai kejayaan
dalam pelajarannya.

Pada hari yang mulia ini saya perhatikan ramai antara kita yang membawa pelbagai
hadiah untuk diberikan kepada guru-guru sebagai tanda penghargaan terhadap jasa mereka.
Hal ini sangat baik kita amalkan walaupun kita sedia mengetahui bahawa para guru tidak
mengharapkan sebarang hadiah daripada kita. Tetapi sebagai murid kita juga ingin menghargai
jasa dan sumbangan para guru kita. Sebagai mengakhiri ucapan pada pagi ini, terimalah
serangkap pantun daripada saya:

Panglima Megat orangnya perkasa,


Menentang musuh dari seberang;
Guru kita banyak berjasa,
Mendidik kita dengan kasih sayang.

Sekian, terima kasih.


KLUANG,7 Jun – Seramai 14 orang murid dari Sekolah Kebangsaan Kampung Melayu telah
mengalami keracunan makanan. Kejadian telah berlaku pada pukul 10.30 pagi ketika murid-
murid makan nasi lemak di kantin sekolh. Kejadian tersebut menyebabkan mangsa dihantar ke
Hospital Kluang.

Menurut guru besar sekolah tersebut, Encik Irfan Hadi, pda awalnya hanya tiga awal
murid sahaja yang muntah. Beberapa minit kemudian, jumlah murid yang muntah semakin
bertambah. Tanpa berfikir panjang, beliau melarng murid supaya tidak memakan nasi lemak
yang sudah dibeli.

Murid yang disyaki keracunan makanan telah dibawa kebilik kesihatan. Oleh sebab
kejadian tersebut agak serius, pihak hospital telah dihubungi. Kira-kira 20 minit kemudian,
ambulan telah dating dan mangsa yang seperti ayam berak kapur segera dikejarkan ke
hospital.

Tiga orang pegawai kesihatan daripada Kementerian Kesihatan telah memeriksa kantin
sekolah. Menurut pegawai yang membuat pemeriksaan, keadaan tempat memasak kantin
sangat kotor. Mereka mengarahkan kantin mentup peniagaan selama dua minggu untuk tujuan
pembersihan.

Mangsa yang dihantar ke hospital telah ditahan di wad. Ibu bapa mereka telah
dihubungi. Doktor yang bertugas telak membuat pemeriksaan rapi terhadap setiap mangsa.
Ekoran kejadian tersebut, ramai murid yang bercadang membawa bekal ke sekolah. Cara ini
bukan sahaja dapat memastikan kesihatan terjamin, tetapi dapat menjimatkan wang. Kini,
murid-murid semakin sedar bertapa pentingnya menjaga kebersihan.
Laporan Lawatan Sambil Belajar Ke Kilang Batik

Pada 3 Jun 2015 yang lalu, Persatuan Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Pengkalan
Chepa telah mengadakan satu lawatan sambil belajar ke Kilang Batik Nusa Jaza yang terletak
di Kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa.

Tujuan utama lawatan tersebut adalah untuk menambahkan pengetahuan ahli-ahli


persatuan cara-cara membuat kain batik. Selain itu, lawatan ini juga bertujuan untuk memberi
pendedahan kepada ahli-ahli persatuan tentang kepentingan perusahaan batik kepada ekonomi
penduduk setempat.

Lawatan yang disertai oleh tiga puluh orang ahli persatuan dengan diiringi oleh tiga
orang guru ini telah bertolak dari sekolah dengan sebuah bas. Kami bertolak pada pukul
10.00 pagi dan tiba di kilang batik tersebut pada pukul 10.30 pagi.

Setibanya di sana, kami telah diberi taklimat oleh pengurus kilang tersebut. Dalam
taklimatnya, pengurus kilang iaitu En. Osman Ahmad mengucapkan terima kasih atas
kesudian kami melawat ke kilang batiknya. Setelah selesai taklimat kami diiringi oleh dua orang
penyelia kilang tersebut untuk melihat cara-cara memproses kain batik.

Kami sangat terpesona melihat kemahiran para pekerja mencanting dan melukis batik.
Corak-corak batik yang dihasilkan sangat menarik dan bermutu tinggi. Ahli-ahli persatuan juga
mendapat pengetahuan baru apabila diberi peluang mencanting dan mewarna batik.

Sebelum pulang, Pihak kilang batik telah memberikan cederamata berupa sehelai kain
batik yang dilukis khas untuk Persatuan Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Pengkalan
Chepa. Kami amat gembira menerima cenderahati tersebut.

Laporan disediakan oleh,


AMAR
(AMAR)
Setiausaha,
Persatuan Bahasa Melayu,
Sekolah Kebangsaan Pengkalan Chepa
Amira : Selamat pagi, Ainnur. Silakan duduk.

Ainnur : Terima kasih. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah kepada saudari

kerana telah terpilih sebagai murid cemerlang.

Amira : Terima kasih. Saya berasa bersyukur atas kejayaan saya ini. Apakah tujuan awa

datang ke sini?

Ainnur : Tujuan saya datang ke sini adalah untuk menemu ramah saudari.

Amira : Boleh, apa salahnya.

Ainnur : Siapakah yang banyak mendorong saudari untuk mencapai kejayaan dalam

bidang akademik?

Amira : Guru-guru dan ibu bapa yang banyak mendorong saya mencapai kejayaan ini.

Ainnur : Bagaimanakah saudari boleh terpilih sebagai murid cemerlang?

Amira : Saya tidak pasti tetapi mungkin kerana saya selalu mendapat keputusan yang baik

dalam ujian dan peperiksaan termasuk peperiksaan UPSR. Selain itu saya banyak

mewakili sekolah dalam beberapa pertandingan. Di samping itu juga, saya tidak pernah

terlibat dengan masalah disiplin di sekolah.

Ainnur : Apakah nasihat saudari kepada rakan-rakan yang ingin berjaya dalam pelajaran?

Amira : Nasihat saya kepada rakan-rakan supaya mendengar nasihat guru dan ibu bapa serta

menumpukan perhatian semasa guru mengajar.

Ainnur : Terima kasih atas kesudian saudari untuk ditemu ramah.

Amira : Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai