Anda di halaman 1dari 2

BAHAGIAN C : KARANGAN

Kamu tidak dapat hadir ke sekolah bermula esok. Tulis sepucuk surat kepada guru
kelas kamu untuk memaklumkan tentang perkara itu. Tulis surat itu selengkapnya.

ISI-ISI PENTING.

1. Perlu segera pulang ke kampung.


*MANA ? =………………………………
*BERAPA HARI ? = ………………………….
2. Datuk sakit.
*APA ? = …………………………………..
3. Menjaga Datuk di Hospital.
4. Berjanji akan menghubungi rakan-rakan untuk menyiapkan kerja sekolah ketika berada
di kampung nanti.
Nur Liza Binti Fahami,
Sekolah Kebangsaan Pengkalan
Chepa, 16100 Pengkalan Chepa,
Kelantan.

Guru Pusat Sumber Sekolah,


Sekolah Kebangsaan Pengkalan
Chepa, 16100 Pengkalan Chepa,
Kelantan. 21 SEPTEMBER 2017

Tuan/Puan,

Kehilangan Buku Cerita Badai Semalam

Merujuk kepada perkara di atas.

2. Saya Nur Liza binti Fahami merupakan seorang murid daripada kelas 6 Nilam. Pada 13
September yang lalu, saya telah meminjam sebuah novel yang berjudul “Badai Semalam”.
Buku tersebut sepatutnya saya pulangkan semula seminggu kemudian iaitu pada 20
September 2017. Walau bagaimanapun saya gagal berbuat demikian kerana buku
tersebut telah hilang.

3. Saya telah meminjamkan buku tersebut kepada seorang kawan yang sangat berminat
dengan cerita novel tersebut. Malangnya buku tersebut telah hilang kerana dia tertinggal di
dalam bas ketika dalam perjalanan pulang ke rumah.

4. Kami telah berusaha mencari novel tersebut namun gagal. Saya berjanji akan mengganti
novel tersebut. Saya juga akan lebih berhati-hati pada masa akan datang.
Saya memohon maaf atas kecuaian saya menjaga buku tersebut.

Sekian, terima kasih

Yang benar,

Nur
(NUR LIZA BINTI FAHAMI)

Anda mungkin juga menyukai