Anda di halaman 1dari 2

Nama : Julyana

NIM : 134010211
Tugas Ekonomi Produksi Pertanian

Risiko Dan Ketidakpastian Dalam Perniagaan Tani

Terdapat banyak unsur ketidakpastian dan risiko dalam perniagaantani. Sebagai contoh
penternakan ayam memerlukan masa sekurang-kurangnya 42 hari sebelum ayam yang diternak
boleh dipasarkan. Begitu juga penanaman kelapa sawit dan getah memerlukan masa sekurang-
kurangnya lima tahun sebelum pokok kelapa sawit dan getah tersebut dapat dikutip hasilnya.
Semasa hasil pertanian tersebut dikutip, petani atau penternak tersebut tidak mengetahui keadaan
harga dan keadaan hasil pertanian mereka. Faktor seperti perubahan permintaan dan penawaran
boleh mempengaruhi harga, manakala faktor seperti perubahan cuaca, keadaan pasaran buruh
dan searangan penyakit boleh mempengaruhi keadaan hasil pengeluaran barangan pertanian
tersebut. Bidang perniagaantani sentiasa menghadapi risiko perubahan harga, perubahan musim
seperti kemarau dan hujan, atau serangan penyakit.
Pengurusan risiko pula mengambilkira faktor yang boleh mengurangkan ketidakpastian
tersebut atau cara mengurangkan kesan dari keadaan ketidakpastian tersebut. Di antara risiko
yang sering diberi perhatian di dalam perniagaantani ialah risiko dalam Pengeluaran, Pasaran,
Kewangan, Undang-undang dan Personaliti individu pengusaha perniagaantani itu sendiri.
1. Pengeluaran
Pengurus dalam firma perindustrian mengetahui penggunaan kombinasi input
tertentu akan memberikan sejumlah kuantiti dan kualiti outoput yang tertentu. Walau
bagaimanapun keadaan ini tidak semestinya berlaku dalam pengeluaran di sector
pertanian. Prestasi dalam hasil pengeluaran barang pertanian dan penternakan
dipengaruhi oleh keadaan cuaca, penyakit, serangan serangga perosak, genetic dan
rumpai. Faktor-faktor yang disebutkan tadi tidak boleh diramalkan dengan tepat. Dari
segi susunan risiko, penanam sayur menghadapi risiko cuaca tidak menentu seperti
kemarau dan banjir, penurunan harga, penyakit dan pasaran. Mereka pula terpaksa
menanggung kos pembelian input, buruh dan kos pinjaman. Penternak ayam dan lembu
pula menghadapi risiko perubahan harga, barang makanan, kawasan ragut dan pasaran.
Risiko juga boleh berlaku dari perubahan teknologi.
Contohnya teknologi dalam penternakan ayam. Kos pembelian teknologi dalam
penternakan ayam misalnya begitu tinggi tetapi hasil dari penggunaan teknologi tersebut
masih tidak dapat dipastikan lagi. Sebab itu dalam industry penternakan ayam sekarang
konsep kontrak perternakan begitu popular sekali. Contoh lain yang boleh dinyatakan
ialah teknologi yang ditemui dalam penternakan ikan keli di dalam kanvas, didapati kos
penggunaan kanvas adalah tinggi kerana 100% dari keperluan makanan ikan adalah dari
penternak berbanding dengan kaedah penternakan di dalam kolam, di mana sebahagian
dari makanan ikan keli tersebut boleh dicari oleh ikan dari keadaan semulajadi di dalam
kolam. Petani menggunakan teknologi baru biasanya atas alasan memperbaiki kaedah
pengeluaran yang lebih cepat dan berkualiti dan untuk mendapatkan hasil yang lebih
banyak.
2. Pasaran
Permintaan oleh pengguna dipengaruhi oleh keutamaan pengguna barang yang
hendak dibeli, citarasa, kadar pertukaran, polisi eksport, kekukuhan ekonomi, harga
barang pesaing, dan pendapatan. Keadaan pasaran boleh mempengaruhi harga. Begitu
juga keadaan harga berubah-ubah mengikut keadaan penawaran dan permintaan. Ada
barang pertanian pula dikeluarkan mengikut musim, seperti buah mangga harum manis,
buah durian dan buah manggis dan rambutan. Pada musim buah rambutan misalnya,
harga buah rambutan itu boleh merosot jatuh kerana begitu banyaknya penawaran buah
tersebut di pasaran. Untuk mengatasi masalah lebihan penawaran, buah rambutan tersebut
boleh diproses menjadi barang yang diproses seperti jem rambutan. Pemprosesan
membolehkan kestabilan harga terjamin dan tidak ada buah yang dibuang begitu sahaja.
Sesetengah pasaran yang moden mungkin menetapkan kualiti produk mengikut piawaian
tertentu. Jika barang pertanian yang dikeluarkan didapati

Anda mungkin juga menyukai