Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA

PROGRAM
PEMBANGUNAN HOKI
SM SAINS POKOK SENA

NLW13
1.0 Pendahuluan :

Sukan memainkan peranan yang penting dalam pembangunan individu. Melalui


kegiatan sukan ; seperti hoki, ragbi, bola jaring, pelajar-pelajar bukan sahaja dapat
mencapai kecemerlangan di bidang sukan, malahan juga dalam pengalaman lain seperti
sosial, kepimpinan serta disiplin diri. Pengalaman bersukan juga penting sebagai asas
pembinaan insan yang menyeluruh di masa akan datang.

2.0 Matlamat :

i) Dapat mencungkil bakat-bakat baru dalam kalangan pelajar dalam sukan hoki.
ii) Dapat memilih pemain-pemain yang berbakat berpotensi untuk diketengahkan
dalam perlawanan hoki peringkat daerah, SBP dan ke peringkat yang lebih
tinggi
iii) Melahirkan insan yang cergas dan cerdas dari segi mental dan fizikal.

3.0 Objektif :
i) Mendedahkan para pelajar kepada permainan hoki
ii) Medan bagi memilih peserta yang berbakat dan berpotensi untuk mewakili
sekolah ke Kejohanan Hoki MSSD / SBP.
iii) Memupuk semangat setiakawan di kalangan pelajar dan guru.

NLW13
iv) Menyemarakkan semangat persaingan yang sihat di kalangan pelajar.
v) Mendekatkan ibu bapa / penjaga dengan sekolah melalui sukan.

4.0 Anjuran:
Kelab Hoki danUnit Sukan SAINA

5.0 Jangka Masa:


1 – 4 September 2013
Hari Ahad sehingga Rabu
Latihan akan bermula pada pukul 4.00 petang sehingga 6.00 petang

6.0 Tempat:
Padang Hoki SAINA

7.0 Peserta Dan Sasaran:


Terbuka kepada pelajar-pelajar SAINA ( Tingkatan 1 – Tingkatan 5 ) yang berminat

8.0 Jadual Perancangan

SESI PERKARA CATATAN


1. Sejarah & Pengenalan hoki
2. Peraturan peramainan hoki
1
3. Pengenalan peralatan hoki

1. Pengenalan teknik asas permainan hoki


2
- ’ ​Hit , passing , stopping​ ’
2. Pembahagian kumpulan
3. Perlawanan persahabatan antara kumpulan

NLW13
9.0 Cadangan Perincian Perbelanjaan Anggaran Peruntukan

BIL PERKARA PERBELANJAAN


1. i) Jurulatih ( RM 125 x 2jam x 4hari) RM 1000

2. ii) Makan peserta (RM 1 x 4 kali x 100 orang) RM 400


3. iii) Peralatan
a) Alatan
● Bola Hoki
40 bola x RM10.00/bola RM400.00
● Kayu Hoki
20 kayu hoki X RM 40 RM 800. 00
RM 300.00
● Kit Penjaga Gol
1 set x RM300.00
4. vi) Ubat-ubatan RM 100.00

JUMLAH KESELURUHAN RM3,000.00

10. Penutup

Adalah diharapkan kertas cadangan ini mendapat kelulusan sepenuhnya demi


pembangunan sukan Hoki.

DISEDIAKAN OLEH :

(NOOR LIDYAWANI MAT RANI)


Guru Penasihat Kelab Hoki SAINA

DISEMAK OLEH :

NLW13
(NORZALI MAN)
Penolong Kanan Ko-kurikulum SAINA

DILULUSKAN OLEH :

(TN. HJ. JAMALUDDIN ARIFFIN)


Pengetua Cemerlang SM Sains Pokok Sena

Cadangan / Komen :

_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
____________________________________________________________________

NLW13

Anda mungkin juga menyukai