Anda di halaman 1dari 37

ISI KANDUNGAN

NO KANDUNGAN HALAMAN
.

1 ISI KANDUNGAN 1

2 BIODATA PELAJAR 2

3 MINIT MESYUARAT 7

4 9
PENGENALAN

5 DASAR TAMADUN ISLAM 11

6 SUMBER TAMADUN ISLAM


14
1. Al-Quran
14
2. Hadis dan Sunnah
16
3. Sumber sokongan
17
7
KELAHIRAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM
21

30
8 KESIMPULAN

9 RUJUKAN
33
10 LAMPIRAN 35
BIODATA PELAJAR

NAMA : MOHAMAD AZIM NASHRAF BIN ZULKIFLI


NO. MATRIK : DE170099
FAKULTI : FKEE
ALAMAT TETAP : AD 3 TAMAN PERUMAHAN PERWAJA, 24000, KEMAMAN, TERENGGANU.
ALAMAT SEMASA : G5D-213 KOLEJ KEDIAMAN TUN FATIMAH, UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN
MALAYSIA
NO. TEL : 011-11979949
TARIKH LAHIR : 20 / 03 / 1997
UMUR : 21 TAHUN
AGAMA : ISLAM
NAMA BAPA : ZULKIFLI BIN MAT YAKIM
PEKERJAAN BAPA : AHLI PERNIAGAAN
NAMA IBU : ANITA BINTI A. RAHMAN
PEKERJAAN IBU : SURI RUMAH
NAMA P.A : DR MD NOR RAMDON BIN BAHAROM
NO. TEL P.A : 010-7668432
KATA-KATA : BERUSAHA BERSUNGGUH-SUNGGUH DEMI MENCAPAI WAWASAN DAN
MATLAMAT HIDUP
NAMA : MUHAMMAD ANIQ FARHAN BIN ISMAIL
NO. MATRIK : DB170184
FAKULTI : FPTV
ALAMAT TETAP : LOT 7, JLN PENGKALAN CHE SENIK, KG KEMUDI, 16300, BACHOK, KELANTAN
ALAMAT SEMASA : G5D-305 KOLEJ KEDIAMAN TUN FATIMAH, UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN
MALAYSIA
NO. TEL : 014-8204104
TARIKH LAHIR : 09 / 11 / 1997
UMUR : 21 TAHUN
AGAMA : ISLAM
NAMA BAPA : ISMAIL BIN MAT ALI
PEKERJAAN BAPA : GURU
NAMA IBU : PINAH BINTI BAKAR
PEKERJAAN IBU : GURU
NAMA P.A : DR. AINI NAZURA BINTI PAIMIN @ ABDUL HALIM
NO. TEL P.A : 012-7979710
KATA-KATA : GAGAL PERKARA BIASA, BANGKIT DARI GAGAL ADALAH PERKARA LUAR BIASA.
JANGAN MENGELUH.
NAMA : MUHAMMAD ARIF SAFWAN BIN RUSDI
NO. MATRIK : DB170181
FAKULTI : FPTV
ALAMAT TETAP : NO. 92 RUMAH AWAM ALOR LINTANG 2, 22200, BESUT, TERENGGANU
ALAMAT SEMASA : G5D-305 KOLEJ KEDIAMAN TUN FATIMAH, UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN
MALAYSIA
NO. TEL : 019-9980782
TARIKH LAHIR : 27 / 09 / 1997
UMUR : 21 TAHUN
AGAMA : ISLAM
NAMA BAPA : RUSDI BIN CHE ISMAIL
PEKERJAAN BAPA : PEMBANTU LAUT
NAMA IBU : HASMAH BINTI ABDULLAH
PEKERJAAN IBU : PEMBANTU TBK KEMAS
NAMA P.A : DR. AINI NAZURA BINTI PAIMIN @ ABDUL HALIM
NO. TEL P.A : 012-7979710
KATA-KATA : TAK ADA PEKERJAAN YANG BERAT DI DUNIA INI. PEKERJAAN SEBERAT APAPUN
AKAN TERASA RINGAN JIKA TIDAK DIKERJAKAN
NAMA : MOHAMAD AZAM BIN MD SHAHRAN
NO. MATRIK : DB170173
FAKULTI : FPTV
ALAMAT TETAP : NO 20 JLN PUTERA INDAH, 2/4D BANDAR PUTERA INDAH, 83010, TONGKANG
PECHAH, BATU PAHAT, JOHOR
ALAMAT SEMASA : G5D-211 KOLEJ KEDIAMAN TUN FATIMAH, UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN
MALAYSIA
NO. TEL : 019-7472745
TARIKH LAHIR : 11 / 4 / 1997
UMUR : 21 TAHUN
AGAMA : ISLAM
NAMA BAPA : MD SHAHRAN BIN JAAFAR
PEKERJAAN BAPA : TUKANG RUMAH
NAMA IBU : SITI HANIM BINTI KATMON
PEKERJAAN IBU : PEMBANTU TADBIR SEKOLAH
NAMA P.A : DR LUTFIAH NATRAH BINTI ABBAS @ AHMAD
NO. TEL P.A : 019-7713112
KATA-KATA : IMPOSSIBLE IS JUST AN OPINION
NAMA : MOHD AMIRUL HAKIMI BIN MD SAAD
NO. MATRIK : DB170178
FAKULTI : FPTV
ALAMAT TETAP : NO. 50, SIMPANG 3 SG. DAUN, 06680, ALOR SETAR, KEDAH
ALAMAT SEMASA : G5D-211 KOLEJ KEDIAMAN TUN FATIMAH, UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN
MALAYSIA
NO. TEL : 017-4196997
TARIKH LAHIR : 24 / 8 / 1997
UMUR : 21 TAHUN
AGAMA : ISLAM
NAMA BAPA : MD SAAD BIN MAT
PEKERJAAN BAPA : PESAWAH
NAMA IBU : ROMLAH LAEHTEE
PEKERJAAN IBU : SURI RUMAH
NAMA P.A : DR LUTFIAH NATRAH BINTI ABBAS @ AHMAD
NO. TEL P.A : 019-7713112
KATA-KATA : ORANG YANG CERDIK MELIHAT KEGAGALAN SEBAGAI TITIK-TITIK KEJAYAAN
NAMA : MUHAMAD HELMI BIN KASHURUDIN
NO. MATRIK : DB170167
FAKULTI : FPTV
ALAMAT TETAP : NO. 55 KAMPUNG PAK DEMALIK, 22000, BESUT, TERENGGANU
ALAMAT SEMASA : G5D-305 KOLEJ KEDIAMAN TUN FATIMAH, UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN
MALAYSIA
NO. TEL : 014-5291802
TARIKH LAHIR : 2 / 2 / 1997
UMUR : 21 TAHUN
AGAMA : ISLAM
NAMA BAPA : KASHURUDIN BIN AWANG
PEKERJAAN BAPA : PETANI
NAMA IBU : RAHIMAH BINTI DAUD
PEKERJAAN IBU : SURI RUMAH
NAMA P.A : DR. AINI NAZURA BINTI PAIMIN @ ABDUL HALIM
NO. TEL P.A : 012-7979710
KATA-KATA : HIDUP MENCARI KEREDHAAN ALLAH S.W.T
NAMA : EZZAH JAMILYN BINTI AHMAD
NO. MATRIK : DB170189
FAKULTI : FPTV
ALAMAT TETAP : NO 155, TMN SERI IMPIAN, 7/7 JLN SERI IMPIAN, 86000, KLUANG, JOHOR
ALAMAT SEMASA : G4C-304 KOLEJ KEDIAMAN TUN DR ISMAIL, UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN
MALAYSIA
NO. TEL : 017-2181700
TARIKH LAHIR : 26 / 12 / 1997
UMUR : 21 TAHUN
AGAMA : ISLAM
NAMA BAPA : AHMAD SUZAIME BIN ABDUL AZIZ
PEKERJAAN BAPA : PERKESO
NAMA IBU : TETI ROZI BT ARIFFIN
PEKERJAAN IBU : GURU
NAMA P.A : DR LUTFIAH NATRAH BINTI ABBAS @ AHMAD
NO. TEL P.A : 019-7713112
KATA-KATA : SETIAP APA YANG BERLAKU ADA HIKMAHNYA
MINIT MESYUARAT

Minit Mesyuarat 1

Tarikh : 1/3/2018
Masa : 10.00 am-10.30 am
Tempat : Kafeteria Tun Fatimah

Kehadiran

1.Mohamad Azim Nashraf Bin Zulkifli


2.Muhamad Helmi Bin Kashurudin
3.Muhamad Azam bin Md. Shahran
4.Muhammad Arif safwan Bin Rusdi
5.Muhammad Aniq Farhan Bin Ismail
6.Mohd Amirul Hakimi Bin Md Saad
7.Ezzah Jamilyn Binti Suzaime

Perkara

1-Selepas menerima tajuk tugasan, kesemua ahli kumpulan berkumpul bagi membincangkan
tajuk yang diberi bagi pembentangan.
2- Selepas, ketua kumpulan iaitu Mohamad Azim Nashraf Zulkifli membahagikan tugas kepada
setiap ahli kumpulan.
3- Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 10.25 am.

T/tangan Setiausaha
……………………………..
(MOHD AMIRUL HAKIMI BIN MD SAAD)
Minit Mesyuarat 2

Tarikh : 9/3/2018
Masa : 5.00 pm-6.00 pm
Tempat : Kafeteria Tun Fatimah

Kehadiran

1.Mohamad Azim Nashraf Bin Zulkifli


2.Muhamad Helmi Bin Kashurudin
3.Muhamad Azam bin Md. Shahran
4.Muhammad Arif safwan Bin Rusdi
5.Muhammad Aniq Farhan Bin Ismail
6.Mohd Amirul Hakimi Bin Md Saad
7.Ezzah Jamilyn Binti Suzaime

Perkara

1- Mesyuarat dimulakan dengan membincangkan masalah yang berlaku bagi mencari bahan
rujukan dan juga mencari maklumat mengenai tajuk diberikan tugasan.
2- Selepas maklumat berjaya dicari, ketua kumpulan membahagikan tugas semasa hari
pembentangan kepada ahli kumpulan.
3- Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 6.50 pm.

T/tangan Setiausaha
……………………………..
(MOHD AMIRUL HAKIMI BIN MD SAAD)
PENGENALAN

Setiap tamadun mempunyai pelbagai kelebihan dan kekurangan yang menyebabkan


berlakunya interaksi di antara tamadun-tamadun. Tamadun-tamadun ini tentunya mempunyai
pencapaian dan keunikan yang berbeza antara satu sama lain. Interaksi budaya yang berlaku iaitu
bermula dengan proses pembudayaan yang menggabungkan masyarakat berbilang etnik sebelum
membentuk interaksi tamadun. Proses interaksi ini membawa kepada perkongsian nilai,
pemikiran, institusi dan keinsanan.

Penjelasan tamadun islam bermula dengan pengertian, sumber, asas, dan matlamat
tamadun islam. Secara umumnya pengertian tamadun dan tamadun islam mempunyai perkaitan
daripada aspek bahasa dan istilah. Pengertian tamadun atau peradaban secara keseluruhannya
dapat dilihat melalui sudut bahasa arab, sudut epistemology bahasa Inggeris dan Latin. Dari
sudut bahasa arab, para sarjana islam menggunakan pelbagai istilah seperti tamaddun, umran,
hadharah, madaniah, dan peradaban islam. Salah seorang sarjana islam iaitu Ibn Khaldun
menggunakan istilah umran di dalam karyanya Muqaddimah. Umran digunakan dalam kajian
tentang bandar-bandar atau ibu kota yang memiliki kawasan tanah yang didiami dan
penempatan, keadaan tinggal menetap, berkembang subur dan maju. Selain itu, Ibn Khaldun juga
menggunakan istilah hadarah sebagai berlawanan dengan istilah badi atau badiah. Hadarah ialah
suatu daerah, kota, bandar, kampong atau tanah yang diusahakan. Menurut istilah bahasa arab
moden masa kini perkataan tamadun beerti memiliki ciri-ciri hidup bandar, dan kota-kota
dipanggil mudun yang memiliki ciri-ciri tamadun.

Dari sudut epistemology, istilah civilization dalam bahasa inggeris berhubung kait
dengan kemajuan dalam kehidupan manusia yang membentuk peradaban dan tamadun. Istilah
civilization yang dimaksudkan sebagai tamadun manusiawi lebih merujuk kepada kemajuan jati
diri manusia dalam membangunkan kehidupan dalam pelbagai peringkat terutamanya di
peringkat negara.
Terdapat takrifan lain dari sarjana islam iaitu Syed Muhammad Naquib Al-Attas telah
mentakrifkan tamadun islam sebagai keadaan kehidupan insan bermasyarakat yang telah
mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakatnya. Ibn
Khaldun, sebelum ini menghuraikan maksud tamadun islam atau peradaban sebagai pencapaian
manusia yang sudah melebihi keperluan asasi kehidupan sehingga dapat membuka jalan ke arah
pemikiran dan penghasilan daya cipta yang lebih halus dan mempunyai nilai-nilai seni.

Istilah tamadun dalam islam bertitik tolak daripada kebudayaan yang lahir serentak
dengan penurunan wahyu al-Quran. Tamadun islam bersumberkan wahyu iaitu al-Quran dan al-
Hadis (al-Sunnah) dan tamadun ini didirikan oleh masyarakat yang digelar dan menggelarkan
diri mereka sebagai Muslim. Ini bermakna, tamadun islam tidak didirikan atas peranan atau
kepentingan sesuatu bangsa, budaya atau bersifat kebangsaan semata-mata. Tamadun islam
didirikan dan didukung sama ada oleh bangsa Arab, Turki, Parsi, India, Sepanyol, Melayu dan
sebagainya yang dianggap saling melengkapi atau dikenali sebagai kesatuan ummah dan
berpegang kepada unsur penyatuan iaitu konsep tauhid (meng-Esakan Allah S.W.T). Manakala
golongan minoriti bukan beragama islam yang bernaung dibawah pemerintahan islam dianggap
sebagai penyumbang kepada pencapaian tamadun islam. Antara sumbangan golongan minoriti
bukan islam ialah menterjemahkan buku-buku daripada tamadun-tamadun sebelum islam ke
dalam bahasa arab dan sumbangan dalam bidang pengkhususan tertentu yang dianggap tidak
bertentangan dengan prinsip-prinsip islam.
DASAR TAMADUN ISLAM

Dasar Tamadun Islam adalah bertujuan untuk memelihara, memulihkan, dan


menghormati hak asasi manusia termasuk haiwan, tumbuhan dan alam sekitar bagi menjamin
kebahagian dan keharmonian hidup. Terdapat lima (5) dasar-dasar tersebut iaitu :

1. Hak-hak hidup
2. Memelihara akal fikiran
3. Memelihara kehormatan dan keturunan
4. Memelihara harta benda
5. Memelihara hak dan kebebasan

1. Hak-Hak Hidup

 Seseorang yang menceroboh kehidupan seseorang yang lain bermakna menceroboh


masyarakatnya.

 Seseorang yang membunuh dirinya atau orang lain dianggap melakukan jenayah social
yang besar iaitu melawan qadak Allah SWT maka berhak untuk menerima azab di
akhirat.

 Setiap perkara yang berhubung dengan kehidupan dan kawalannya adalah wajib seperti
memelihara kesihatan, melawan penyakit untuk mengawal hidup.

 Setiap perkara yang boleh memudaratkan atau merosakkan tubuh badan manusia atau
mengancam nyawa kehidupan atau melemahkannya adalah haram.

 Setiap perkara yang boleh mengelakkan daripada kematian adalah wajib dilakukan
seperti seseorang yang terlampau lapar atau dahaga yang dikhuatiri akan membawa maut,
maka wajiblah ia minum atau makan yang asalnya dilarang atau diharamkan (babi,
anjing), kiranya dengan perbuatan itu dapat menghindarkan diri daripada kematian.
2. Memelihara Akal Fikiran

 Wajib ke atas manusia kerana membawa kesempurnaan akal, dan ini menunjukkan
kesempurnaan makhluk manusia daripada makhluk-makhluk lain.

 Islam mewajibkan ke atas setiap penganutnya supaya menuntut ilmu pengetahuan


sebanyak mungkin tanpa dibatasi oleh had masa, tempat atau bangsa.

 Islam melarang penganutnya untuk minum dan makan makanan yang dilarang atau
memberi kesan negatif.

 Akan mempengaruhi kesiuman atau tahap kesedaran seseorang manusia sebagai lambang
manusia untuk bertakwa dan berbakti kepada Allah SWT.

 Islam melarang umatnya meminum minuman yang memabukkan kerana kemabukan


boleh menghilangkan sifat-sifat kemanusiaan serta melahirkan sifat-sifat kebinatangan.

 Islam menggalakkan pemikiran yang berbentuk takwa, ketauhidan kepada Allah SWT,
fikiran yang terbukan dan lapang serta bersih daripada segala unsur keburukan,
kepalsuan, khayalan, keraguan dan was-was.

3. Memelihara Kehormatan Dan Keturunan

 Kehormatan bagi setiap manusia itu menentukan tiap-tiap sesorang mendapat hak yang
sama terhadap kehormatan diri, kedudukan maruah, habuan dan sebagainya.

 Setiap orang mempunyai kewajipan masing-masing untuk membina masyarakat dan


mempunyai kehormatan sebagai manusia tanpa pengecualian.

 Islam juga menekankan tentang pemeliharaan keturunan.

 Terdapat undang-undang dan peraturan-peraturan dalam urusan nikah perkahwinan


dengan lengkap semata-mata untuk menjamin keturunan manusia yang sejati dan benar.

 Segala larangan terhadap perkara-perkara negatif seperti perzinaan, seks bebas dan
sebagainya adalah untuk memelihara kehormatan dan kemuliaan keturunan manusia
daripada sifat-sifat kebinatangan.
4. Memelihara Harta Benda

 Kekayaan di dunia ini tidak ditentukan kepada sesuatu golongan sahaja, malah tiap-tiap
orang hendaklah berusaha menurut tenaga kemampuan dan kebolehan masing-masing.

 Wajib berusaha mendapat harta benda dengan cara yang halal.

 Islam mengurniakan pahala yang besar di akhirat kepada pemilik harta untuk
mempertahankan hartanya walaupun ke titisan darah terakhir.

 Haram mencari rezeki melalui cara tang haram seperti mencuri dan merompak.

 Dilarang membiarkan harta benda secara membazir atau memdedahkannya kepada


kecurian dan sebagainya.

5. Memelihara Hak Dan Kebebasan

 Islam telah menetapkan hak dan kebebasan seseorang individu sejak ia dilahirkan.

 Hak dan kebebasan manusia tidak boleh dilucutkan dalam keadaan tertentu kecuali ketika
seperti mempertahankan diri (kemerdekaan) dan untuk keselamatan ummah.

 Maksud kebebasan manusia ialah tiada pengabdian seseorang ke atas seseorang atau
sesuatu benda di dunia ini melainkan kepada Allah SWT.

 Setiap orang Islam hendaklah bebas daripada segala unsur kezaliman yang merupakan
kongkongan kebendaan nafsu yang jahat.

 Sejahat-jahat pengabdian manusia ialah perhambaan kepada hawa nafsu yang ganas.

 Teras bagi segala kebebasan ialah kebebasan fikiran yang tiangnya kemerdekaan
beragama seperti firman Allah SWT yang bermaksud tiada paksaan dalam beragama.
SUMBER TAMADUN ISLAM

Tamadun islam lahir daripada epistimologinya yang tersendiri. Epistomologinya yang


melahirkan pandangan semesta islam seterusnya membentuk kebudayaan dan tamadun islam
digambarkan sendiri oleh ALLah S.W.T dari segi penamaan, kandungan, ciri, dan bentuk
menerusi wahyu. Walau bagaimanapun, keupayaan manusia menterjemahkan wahyu dalam
kehidupan harian membuahkan satu pencapaian yang dinamakan tamadun.

Pada umumnya, sumber ilmu atau sumber syariat islam itu sendiri merupakan sumber
tamadun. Ada dua sumber yang membentuk tamadun islam. Pertama ialah sumber wahyu atau
naqli, iaitu al-quran dan al-sunnah yang merupakan sumber utama dan asasi atau induk yang
mesti dirujuk. Kedua ialah sumber sokongan, iaitu keupayaan manusia atau sumber luar dari
dunia islam.

Al-Quran

Al-quran adalah kitab Allah S.W.T yang tidak dapat dan tidak pernah diubah isi
kandungannya,seperti kitab-kitab yang diturunkan Allah S.W.T kepada nabi-nabi terdahulu. Al-
quran adalah kitab yang dijamin kesuciannya. Allah S.W.T berfiman maksudnya:

Sesungguhnya kamilah yang menurunkan al-quran dan kamilah yang akan melindunginya

(surah al-Hajr 15:9)

Al-quran ialah kitab yang sesuai sepanjang zaman dan lengkap,sesuai dengan tahap manusia dan
ketamadunan. Kandungannya mengalakkan manusia berfikir untuk mencapai kesejahteraan
hidup, memberi dorongan dan semangat untuk mereka meneroka alam di segenap bidang. Segala
kegiatan dan kemajuan yang dicipta dikehendaki mengikuti lunas-lunas yang ditetapkan.
Al-quran telah diturunkan secara beransur-ansur kepada Rasulullah s.a.w iaitu semasa
baginda berumur 40 tahun sehinggalah baginda wafat semasa mengerjakan haji perpisahan di
makkah. Penurunan al-quran atau wahyu ini telah mengambil masa 23 tahun iaitu 13 tahun
semasa di kota Makkah yang dikenali sebagai zaman Makkiah dan 10 tahun di kota Madinah
yang disebut sebagai zaman Madaniah. Ayat pertama diturunkan ialah ayat dari surah al-Alaq
manakala ayat yang terakhir diturunkan ialah ayat dari surah al-Maidah.

Keseluruhan kandungan ayat al-quran telah diturunkan sepenuhnya kepada Rasulullah


s.a.w untuk disebarkan kepada umat manusia. Ayat-ayat yang diturunkan di Madinah dan
Makkah mempunyai ciri-ciri tertentu. Semasa di kota makkah , al-quran yang diturunkan adalah
dua per tiga daripada kitab suci al-quran manakala satu per tiga diturunkan di madinah

Ayat-ayat yang diturunkan di makkah lebih kepada tauhid iaitu mengesakan Allah
S.W.T. Ini kerana pada waktu itu, masyarakat arab jahiliah kebanyakanya menyembah berhala,
melakukan perkara-perkara keji seperti membunuh bayi perempuan, merompak dan berzina.
Oleh itu ayat yang diturunkan lebih kepada pembentukan akidah dan pembersihan akhlak
masyarakat arab jahiliah supaya percaya kepada rasul dan hari kiamat serta berbudi pekerti yang
baik.

Manakala surah-ssurah yang diturunkan di Madinah adalah lebih panjang dan menyentuh
soal-soal ibadat dan muamalat seperti urusan keluarga (nikah, cerai, talak, wasiat dan lain-lain),
urusan jual beli, gadai, sewa-menyewa, perkongsian, perniagaan dan hutang. Bidang-bidang
yang disentuhnya merangkumi segala aspek kehidupan seperti politik, sosial, falsafah,
kebudayaan, seni, ilmu sains dan lain-lain.

Al-quran diturunkan secara berperingkat-peringkat sesuai degan Rasulullah s.a.w yang


ummi ( tidak tahu menulis dan membaca). Isi kandungan al-quran tidak terus dibukukan pada
zaman baginda. Ia di hafal atau ditulis pada kulit-kulit pokok dan kulit-kulit binatang oleh para
sahabat. Hanya pada zaman khalifah Abu bakar isi al-quran disusun dan dibukukan atas saranan
umar Al-Khattab. Hukum islam dalam Al-Quran ini berasaskan kepada dua perkara iaitu tidak
memberatkan dan beransur-ansur.

Hadis Atau Al-Sunnah

Hadis bermaksud apa juga yang datang daipada Rasulullah s.a.w sama ada berupa
perbuatan, perkataan atau persetujuan, ia merupakan sumber kedua hukum selepas al-quran.
Hadis melengkapi al-quran dengaan melalui tiga cara iaitu pertama ia menegaskan hukum yang
terdapat dalam al-quran; kedua, menjelaskan apa yang tidak diperincikan oleh kitab al-quran dan
ketiga ia menetapakan sesuatu hukum yang tidak terdapat dalam al-quran tetapi hukum ini
bertepatan dengan perinsip umum dalam al-quran. Sebagai contoh Hadis nabi ini meliputi
perkara iaitu:

a) Apabila terjadi sesuatu peristiwa, Allah S.W.T akan menurunkan wahyu tentang
peristiwa tersebut. Wahyu ini dalam bentuk ayat sahaja tanpa penjelasan yang
cukup. Oleh itu, tugas Rasulullah s.a.w untuk menjelaskan dan menerangkan ayat
tersebut bagi menyampaikan maksud yang sebenarnya.

b) Apabila terjadi sesuatu peristiwa dan wahyu tidak diturunkan, Rasulullah s.a.w
boleh melakukan ijtihad memberi pendapat atau penyelesaikan peristiwa atau
sesuatu masalah. Dalam hal ini, Rasulullah s.a.w akan bermusyawarah dan
baginda akan bersetuju atau menetapkan satu hukum dan hukum itu pula tidak
bercanggah dengan Al-quran

Hadis nabi umumnya adalah keterangan bagi al-quran. Ini kerana ayat al-quran sendiri
tidak memadai untuk menjadi sumber hukum, melainkan jika sesuai dengan hadis nabi dan ijmak
ulama kerana sesetengah ayat adalah mutlak yang harus diberi penjelasan oleh hadis. Ini tidak
bermakna kedudukan al-quran sebagai sumber utama adalah tidak bertepatan kerana sesuatu
ajaran itu haruslah mengambil kira kedua-dua sumber itu secara bersama.

Dalam konsep sumber tamadun islam, hadis merupakan sumber inspirasi umat islam
untuk membentuk, membangun dan mengembangkan tamadun, tetapi tidak boleh digolongkan
sebagai tamadun islam kalau bertentangan dengan al-quran dan al-sunnah. Daripada al-quran dan
al-sunnah inilah dicerakikan akidah, syariah dan akhlak untuk dilaksanakan dalam kehidupan.

Sumber Sokongan

Sumber sokongan merujuk kepada segala sumber bukan wahyu terdiri daripada
keupayaan insan menggunakan potensi dan akal. Antaranya ialah Ijtihad, Qias, ijmak dan
Istihsan kesemua sumber ini dihasilkan oleh pemikir islam yang berusaha mencernakan islam
dalam kehidupan seharian umat islam yang semakin kompleks. Pemikiran intelek dan ulama
islam yang melahirkan pelbagai kaedah islam tetap berdasarkan firman Allah dalam al-quran dan
hadis nabi s.a.w .

Ijtihad

“Pendapat adalah merupakan petunjuk daripada perasaan yang waras, tentang baik dan tidak
baiknya sesuatu hal”. ( Prof. Dr. Ahmad Shalaby, 1968)

Ijtihad ditakrifkan sebagai usaha memikir, merenung dan membahas sesuatu perkara
dengan mendalam untuk mencari kebenaran yang berdasarkan kepada bisikan hati, perasaan dan
kesedaran. Ijtihad digunakan apabila menghadapi sesuatu masalah yang tidak ada keterangannya
dalam al-quran dan hadis ini diperkenankaan oleh Rasulullah s.a.w sendiri seperti yang
diriwayatkan bahawa baginda pernah berkata kepada Abdullah bin Mas’ud yang maksudnya:

Hukumkanlah berdasarkan kitab dan sunah, apabila engkau jumpai pada kedua-duanya. Tetapi
apabila engkau tidak jumpai hukumnya dalam kedua-duanya, maka berijtihadlah!
Ijtihad menyusul selepas al-quran dan hadis. Jelasnya, ia merupakan sumber ketiga yang penting
dalam islam. Walau bagaimanapun, ijtiihad perlu dilakukan dengan kaedah, dasar dan aturan
tertentu supaya ia boleh diterima pakai. Kebanyakan ulama kurang bersetuju dengan sumber ini
kerana ia lahir berdasarkan pendapat seseorang ulama yang berkemungkinan besar berbeza
dengan ulama-ulama lain. Lalu ijtihad kemudianya menjurus kepada qias.

Qias

Sumber ini tidak semata-mata mengambil pendapat peribadi atau ijtihad sebagai panduan
menentukan sesuatu perkara. Ini kerana cara tersebut dirasakan membesarkan jurang kekeliruan
ekoran daripada pendapat dan aliran. Jadi ijtihad dikembangkan untuk bertemu dengan qias yang
ditakrifkan sebagai, “persamaan cabang dengan pokok dalam salah satu hukum, disebabkan
adanya persamaan tentang “illah (sebab) hukum itu” ( prof. Dr. Ahmad shalaby, 1968 )

Qias pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w sendiri. Ada juga yang dilakukan oleh
ulama-ulama yang mengeluarkan pendapat yang bersesuian dengan maksud qias. Salah satu
contoh qias yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w sendiri ialah berkaitan masalah saidina umar
r.a. pada suatu hari saidina umar telah mencium isterinya sedangkan dia berpuasa. Jadi, dia
berasa ragu dengan kedudukan puasanya. Rasulullah s.a.w kemudian menyamakan ciuman itu
dengan perbuatan berkumur-kumur pada waktu puasa. Jadi, ia tidak membatalkan puasa dan
baginda menyuruh umar meneruskan puasanya. Contoh qias yang lain ialah membandingkan
pegambilan dadah dan pil ekstasi yang tidak dinyatakan hukumnya dalam al-quran dan al-sunnah
sama ada halal atau haram dengan arak yang ada dinyatakan hukumnya dalam al-quran dan hadis
kerana ada persamaan pada illah hukum tersebut iaitu memabukkan dan menghilangkan akal,
maka dadah dan ekstasi juga haram kerana ia menjadikan akal tidak dapat berfungsi dengan
waras

Ijmak
Ijmak merupakan persetujuan pendapat di kalangan mujtahid muslimin pada suatu masa
tentang sesuatu hukum atau masalah agama. Ijmak ini telah digunakan samasa Rasulullah s.a.w
masih hidup lagi dan setelah baginda wafat, sumber ajaran ini menjadi lebih meluas
penggunaannya. Misalnya saidina Ali pernah bertanya kepada baginda bahawa beliau menhadapi
masalah. Masalah itu tidak terdapat dalam al-quran dan hadis. Maka, beliau tidak tahu
bagaimana mahu membuat keputusan tentang masalah tersebut. Lalu , Rasulullah s.a.w bersabda
yang bermaksud:

Kumpulkan orang yang berpengetahuan dan jadikanlah hal

itu sebagai bahan musyawarah

Terdapat beberapa contoh bagaimana para pemerintah ini membahaskan sesuatu masalah,
iaitu membandingkan satu masalah dengan masalah orang lain sehingga mendapat kesimpulan
yang memuaskan semua pihak. Jelas disini tentang kepentingan ijmak sebagai salah satu sumber
islam.

Ijmak seharusnya mempunyai sandaran dalam membuat keputusan. Namum, ada


pertentangan pendapat tentangnya. Sesetengah ulama berpendapat bahawa apabila sesuatu ijmak
itu tidak bersandarkan al-quran dan sunnah, ijmak ini adalah terbatal. Tetapi ada pendapat lain
yang mengatakan bahawa ijmak ini merupakan satu dalil. Oleh itu, ia tidak memerlukan
sandaran.

Istihsan

Istihsan ini banyak menimbulakan pandangan pro dan konntra di kalangan ulama.
Sesetengah ulama berpendapat, istihsan ini lebih cenderung dilakukan oleh seorang mujtahid dan
keputusannya adalah tanpa dalil atau keterangan. Dengan kata lain, ia lebih kepada pendapat
peribadi. Pengikut mazhab shafie menolak istihsan kerana sesiapa yang beristihsan bererti
mereka mencipta hukum agama sedangkan hanya Allah S.W.T dan rasul-Nya sahaja yang berhak
berbuat demikian. Ia berbeza dengan qias dan ijmak yang telah ditentukan oleh al-quran dan
sunah.

Misalnya, masalah menjual hasil bumi yang belum menjadi barangan dengan wang tunai
sebenarnya tidak dibolehkan dalam qias. Tetapi berdasarkan istihsan, tidak mengapa. Begitu juga
misalnya dengan masalah memesan barang kepada seorang tukang rumah. Ini merupakan satu
perjanjian ke atas sesuatu perkara yang belum terjadi dan dibolehkan dalam istihsan. Maka,
istihsan ialah melepaskan qias atas suatu dasar yang tertentu untuk beroleh kepada barang yang
dihajati. Keadaan ini adalah tidak menyusahkan dan ia telah dianggap satu kebiasaan.

Sumber Sokongan Lain

1. akal

2. pancaindera

3. pengalaman atau iktibar sejarah kehidupan dan seumpamanya

4. adat tradisi atau norma masyarakat

5. budaya ilmu asing atau tamadun luar yang masuk kedunia islam juga diiktiraf oleh islam
sebagai sumber kebudayaan dan tamadun islam, misalnya islam mengiktiraf teknologi
warna dan kertas dari china.

Kedua-dua sumber wahyu dan sokongan berfungsi untuk membina tamadun dalam islam.
Walau bagaimanapun , keupayaan insan melalui akal, pengalaman, ilmu, dan budaya luar itu
mesti selaras dan tidak bertentangan dengan prinsip al-quran dan al-sunnah. Apabila berlaku
pertentangan antara sumber sokongan dan sumber wahyu , maka sumber wahyu yang harus
diutamakan. Ini adalah kerana kebenaran daripada sumber wahyu bersifat mutlak. Manakala
sumber sokongan yang datang daripada keupayaan manusia yang bersifat terbatas, sementara,
relatif dan berubah-ubah.

Sikap pegiktirafan terhadap sumber luar ini menunjukkan sikap terbuka islam dan kesedaran
tentang kesejagatan manusia serta asal usul manusia yang sama, iaitu daripada Adam. Sikap
seperti ini menjamin kelangsungan ilmu, melambangkan kreativiti tamadun islam dan menjana
tamadun yang lebih tinggi daripada tamadun lain`
KELAHIRAN TAMADUN ISLAM DAN PERKEMBANGANNYA PADA PERINGKAT
AWAL

Manusia dan Masyarakat Jahiliah

Jahiliah berasal daripada akar kata jahala dan kata terbitan jahalun atau jahalatun yang
bererti bodoh atau sesat. Pengertian ini selaras dengan firman Allah s.w.t. yang bermaksud
apakah hokum jahiliah yang mereka kehendaki dan hokum siapakah yang lebih baik daripada
hokum allah bagi orang yang yakin (Surah Ali’Imran: Ayat 154) dan firman Allah s.w.t. yang
bermaksud dialah yang mengutuskan kepada kamu yang buta huruf (Arab Jahiliah) seorang rasul
antara mereka yang membacakan ayat-ayatnya kepada mereka, membersihkan mereka dan
mengajarkan kepada mereka kitab dan hikmah. Dan sesungguhnya mereka sebelumnya benar-
benar dalam kesesatan yang nyata (Surah Al-Jumu’ah: Ayat 2).

Melalui penelitian terhadap ayat-ayat dalam al-quran, ciri-ciri masyarakat jahiliah


meliputi antaranya pertama, zaman yang tidak mempunyai nabi dan kitab suci sebagai petunjuk
kehidupan. Kedua, zaman yang tidak mempunyai tamadun atau peradaban. Ketiga, zaman
masyarakatnya tidak berakhlak, angkuh dan bongkak. Keempat, zaman yang masyarakatnya jahil
kerana tidak boleh membaca dan menulis. Ciri-ciri masyarakat jahiliah imi sememangnya
terdapat dalam masyarakat Arab sebelum turunnya kitab suci al-Quran al-karim atau zaman
sebelum pra-islam. Sesuatu masyarakat atau zaman itu boleh dianggap sebagai Jahiliah sekiranya
memiliki salah satu daripada ciri-ciri tersebut.

Dalam Al-Quran, zaman Jahiliah tidak dibataskan menurut masa dan dinyatakan jahiliah
itu zaman sebelum islam. Dalam konteks semenanjung tanah arab tempoh masa jahiliah ialah
berlangsung selama kira-kira tiga kurun. Bermula selepas keruntuhan kerajaan Saba’ di peringkat
ketiga atau di peringkat akhir kerajaan Himyar(Tubba) sekitar tahun 300SM sehingga turun al-
Quran dan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w pada tahun 610 Masihi. Pada zaman itu, tiada nabi
diutuskan dan tidak ada kitab suci diturunkan sebagai petunjuk kepada masyarakat. Ciri-ciri
pembangunan dan ketamadunan hamper lenyap berikutan runtuhnya empangan Ma’rib.
Masyarakat ketika itu kehilangan pedoman kerana dilanda kejahilan iaitu tidak mewarisi ilmu
pengetahuan sebelumnya, dan seterusnya berlaku krisis akhlak atau moral sehinggalah
diturunkan kitab suci al-quran al-karim. Dengan sebab itulah, masyarakat Arab sebelum islam
dianggap sebagai masyarakat jahiliah.

Menurut seorang tokoh orientalis iaitu P.K. Hitti beliau menyatakan jahiliah bukan
membawa pengertian jahil dari segi ilmu pengetahuan tetapi sebenarnya jahil dalam aspek
keagamaan sahaja. Beliau berpendapat, pada zaman masyarakat jahiliah tersebut tidak terdapat
nabi atau kitab sebagai sumber petunjuk. Namun, orang Arab di Kawasan selatan Semenanjung
Tanah Arab tidak boleh dianggap jahil atau bodoh kerana mereka telah pun mempunyai tamadun
yang tinggi. Pendapat beliau berhubung dengan makna jahiliah ini hampir-hampir diterima oleh
penulis-penulis moden, terutamanya di kalangan penulis berbangsa Arab antaranya Ahmad
Syalabi dan Hasan Ibrahim Hasan. Di dalam dunia islam, orang Arab dan bangsa-bangsa tertentu
sememangnya suka dipuji dan disanjung dan kadangkala mereka sebenarnya terperangkap
dengan puji-pujian dan sanjungan ini. Dalam rangka gerakan golongan orientalisme pihak
orientalis pihak orientalis sentiasa berusaha memperkukuhkan semangat nasionalisme di
kalangan orang islam dan cara paling mudah dengan membangkitkan zaman tradisi mereka.
Dengan harapan agar sejarah bangsa Arab zaman jahiliah dapat membayangi sejarah mereka
selepas isalan dan inilah usaha yang hendak dilaksanakan oleh golongan orientalis termasuk P.K.
Hitti.

Apakah pernyataan P.K. Hitti ini tepat? Pendapat P.K. Hitti tidak tepat jika dilihat dari
segi kronologi sejarah. Tidak dapat dinafikan dari segi sejarah, bahawa Kawasan selatan
semenanjung Tanah Arab terutamanya pada zaman kegemilangan kerajaan Saba’ telah menerima
ajaran Nabi Sulaiman a.s. dan dengan itu, Allah s.w.t. mengurniakan kerajaan tersebut
sebagaimana firmanya yang bermaksud negeri yang makmur dan mendapat pengampunan Tuhan
(Surah Saba’: Ayat 15). Begitu juga kerajaan Himyar, di peringkat awal menerima nikmat dan
pengampunan dari Allah s.w.t. Setelah kedua-dua kerajaan ini ingkar terhadap Allah s.w.t. maka
turunkan bala dan sejak itu tamadun Arab yang dibina di Kawasan selatan semenanjung tanah
Arab mengelami keruntuhan.
Sepanjang zaman jahiliah, masyarakat Arab berada dalam keadaan kekufuran,
kemaksiatan, keangkuhan, dan kebodohan dalam ilmu pengetahuan sebagaimana ditegaskan
dalam al-quran. Selain mengalami keruntuhan dari segi nilai agama dan akhlak mereka juga
mengalami keruntuhan dari aspek politik dan pemerintahan, ekonomi dan sosiobudaya.

Sistem Kepercayaan dan Agama

Pada zaman jahiliah kesesatan dalam system kepercayaan dan agama memiliki pertalian
dengan ciri-ciri zaman tersebut dan masyarakat Arab ketiak itu sedang menempuhi zaman
kegelapan. Pengaruh asing merupakan factor penting yang membawa tersebarnya pelbagai
agama di semenanjung tanah arab. Semenanjung tanah arab sentiasa terdedah atau menjalinkan
hubungan luar terutamanya dalam urusan perdagangan hubungan diplomatik atau kegiatan
keagamaan. Kawasan di persisiran pantai dan bandar-bandar strategik iaitu Makkah, Hirah,
Yaman, Oman dan Bahrain telah memainkan peranan penting dalam penyebaran pelbagai agama
kerana merupakan pusat tumpuan perdangangan dan kebudayaan di peringkat tempatan dan
antarabangsa. Makkah, misalnya merupakan pusat kegiatan agama dan penyembahan berhala.

Dalam konteks ini, golongan beragama di semenanjung tanah arab dikategorikan kepada
lima iaitu pertama, penyembah berhala (Wathani), kedua penyembah api (Majusi), ketiga
Yahudi, keempat, Nasrani(Kristian) dan kelima Hanif(Samawi). Agama menyembah berhala
merupakan agama paling penting dan berpengaruh di kalangan orang Arab. Menurut ibn Kalbi,
agama menyembah berhala bermual bila Umar bin Luai yang melawat ke Syam(Syria) untuk
mendapatkan ubatan dan ketika itu beliau melihat kaum Balqa’ menyembah berhala. Beliau
membawa agama ini kembali ke Makkah. Pendapat lain pula menyatakan, selepas mengerjakan
haji mereka mengutip batu-batu di Kaabah dan sekitarnya, dibawa ke tempat masing-masing
untuk disembah sebagai mengagunkan Kaabah. Satu lagi pendapat iaitu, kepercayaan sesetengah
orang arab terhadap Hajar as-Aswad yang berada di Kaabah dikatakan berpunca dari langit,
maka disembah sebagaimana mereka menyembah bintang-bintang di langit. Berhala-berhala
yang disembah diperbuat daripada emas atau perak yang berbentuk asli atau replica. Anatara
berhala-berhala yang masyur disebut dalam al-quran ialah berhala al-lat, al-uzza, al-manar dan
Hubal. Makkah merupakan pusat agama berhala dan di sekeliling kaabah dianggarkan terdapat
sejumlah 360 buah berhala yang disembah.

Agama majusi berasal dari parsi. Kaum majusi tidak mempumyai kitab suci dan tidak
mengakui nabi yang diutuskan oleh Allah s.w.t. tetapi mereka mengikut nabi-nabi palsu. Agama
ini terbahagi kepada tiga aliran iaitu Kayumarthiah, Zarwaniyah dan Zaradushtiyah. Penganut
agama Majusi menetap di Yaman, Oman, dan Bahrain keran semua Kawasan ini terletak di
bawah pengaruh Parsi.

Agama yahudi ialah agama yang dibawa oleh Nabi Musa a.s. dan baginda diutuskan
membawak kitab suci Taurat. Penganut asal agama ini ialah dari kalangan bani Israel di utara
semenanjung tanah arab. Namun begitu, golongan agama bani Israel telah mengubahsuai
kandungan kitab suci Taurat dan ini dilaknat oleh Allah s.w.t. dalam firmanya yang bermaksud
maka kecelakaan yang besarlah bagi orang-orang yang menulis Al-Kitab dengan tangan mereka
sendiri, lalu dikatakannya ini dari Allah unutk memperoleh keuntungan yang sedikit dengan
perbuatan itu(Surah Al Baqarah : Ayat 79). Antara yang menganut agama Yahudi ini ialah Yusuf
Dhu Nawas pemerintah terakhir kerajaan Himyar.

Nasrani merupakan agama yang dibawa oleh Nabi Isa a.s. yang diturunkan Allah s.w.t.
kepadanya Bersama-sama kitab suci Injil dan penganut asalnya, juga dari kalangan bani Israel.
Mereka juga mengingkari ayat-ayat Allah s.w.t. dengan mengubahsuai kitab Injil menurut
keperluan dan kepentingan mereka. agama Nasrani berkembang ke utara semenanjung tanah arab
menerusi peranan penduduk Ghassan dan Hirah dan di sebelah selatan melalui peranan penduduk
Habsyah pada kurun ke-6 Masihi. Terdapat beberapa suku Arab yang menerima agama ini iaitu
suku Ghassan, Judham, Salih, Lakhm, Tayy dan Tha’labah. Pusat agama Nasrani yang terkenal
ialah di Najran, Kawasan barat daya semenanjung tanah arab. Di kota Makkah sendiri, terdapat
beberapa orang tokoh yang menganut agama ini antaranya Waraqah bin Naufal.
Agama Hanif atau digelar Hunafa’ dibawa oleh Nabi Ibrahim a.s dan dianuti segelintir
orang Arab. Al-quran menyatakan bahawa Nabi Ibrahim a.s adalah hanif (jamal hunafa) yang
mentauhidkan Allah s.w.t. baginda seorang hanif dan Muslim, bukan Yahudi atau Nasrani.
Antara, yang menganut agama ini ialah Nabi Muhammad s.a.w. dan Zaid Ibn Amru bin Naufal.
Penganut agama ini tidak menyembah berhala, berjudi, minum arak, melakukan maksiat dan
tidak melakukan perbuatan keji dan dikutuk oleh Allah s.w.t.

Namun begitu, sebahagian masyarakat Arab tidak beragama dan sebahagian pula
mengamalkan kepercayaan animism seperti menyembah roh, dilakukan bergantung kepada
suasana tempat tinggal dan pekerjaan mereka. Antaranya masyarakat Petra dan Palmyra
menyembah matahari, sementara bulan dipuja oleh masyarakat Ma’in. matahari dan bulan
disembah kerana kedua-duanya dianggap menghidupkan tanaman mereka.

Selain itu, masyarakat Arab juga mempunyai kepercayaan terhadap adat(sunnah) yang
dianggap sebagai unsur-unsur karut dan tahyul. Antara yang diamalkan ialah menilik nasib bagi
melihat masa depan mereka sama ada baik atau buruk. Mereka juga mempercayai kekuasaan ahli
sihir dan kuasa azimat.

Kepercayaan dan agama masyarakat Arab ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu
pertama kepercayaan beragama dan kedua kepercayaan animisme. Secara umumnya, sejumlah
besar masyarakat Arab jahiliah berada dalam kehidupan yang penuh dengan kesesatan dan
terpesong dari akidah yang sebenar. Maka itu, kedatangan islam pada tahun 610 Masihi menerusi
Nabi Muhammad s.a.w. telah mengubah masyarakat Arab khasnya dan dunia amnya, tidak
setakat pada akidah tetapi juga aspek-aspek ketamadunan manusia.
Sistem Politik dan Pentadbiran

Pada zaman Jahiliah, tidak terdapat sebuah kerajaan yang mempunyai struktur
pemeritahan yang teratur dan berkuasa penuh kerana negara-negara tersebut telah tergugat akibat
penjajahan. Sejumlah besar Kawasan penting di semenanjung Tanah Arab diletakkan di bawah
kuasa-kuasa penjajah asing terutama empayar Rom (Barat dan Utara) dan Parsi(Timur). Empayar
Rom Kristian dan Parsi(Majusi) menguasai sebelah utara manakala di selatan dikuasai oleh
Habsyah-Rom(Kristian) dan Parsi. Kawasan tengah iaitu Makkah tidak dijajah tetapi menerima
kesan buruk daripada penjajah asing ini. Makkah menerima kesan buruk berikutan penduduk
tentera Habsyah-Rom di Yaman yang secara tidak langsung telah menggugat kententeraman dan
keamanan. Dalam waktu ini, Makkah pernah diserang oleh tentera Yaman pada tahun Gajah
tetapi ia mengalami kegagalan. Ini menunjukkan, kestabilan politik Makkah tergugat dengan
kehadiran kuasa-kuasa penjajah asing di Semenanjung Tanah Arab.

Di kawasan yang ditakluki kuasa-kuasa asing, suasana dan keadaan adalah lebih teruk
seperti Ghassan, Hirah, dan Yaman yang serba mengalami kesusahan dan kepayahan. Kesan
penjajahan menyebabkan mereka hidup secara berpuak-puak atau berkabilah, sering berperang
sesame mereka untuk mendapatkan pengiktirafan dan perlindungan daripada kerajaan-kerajaan
yang memerintah atau yang menjajah Kawasan itu. Keadaan ini tidak jauh berbeza dengan
masyarakat di luar bandar iaitu kaum Badwi.

Walaupun Kawasan-kawasan tersebut telah memiliki pemerintahan atau pentadbiran


tersendiri tetapi masih tidak boleh dianggap sebagai pemerintahan atau pentadbiran tersendiri
tetapi masih tidak boleh dianggap sebagai pemerintahan yang maju atau bertamadun kerana
masing-masing diajajah dan tidak merdeka. Ternyata, bentuk politik yang terdapat dalam
masyarakat Arab Jahiliah jauh bertentangan atau berbeza dengan keadaan politik pada zaman
islam yang bebas daripada cengkaman penjajahan dan berstatus merdeka.
Nabi Muhammad s.a.w. dan Khulafa Ar-Rasyidin: Pembentukan Tamadun Islam

Dalam proses perkembangan dakwah islam di peringkat awal, selama kira-kira tiga tahun
Rasulullah s.a.w. menyebarkan syiar islam secara rahsia(bersembunyi) terutama di kalangan
kaum keluarganya dan para sahabat handainya di kota Makkah. Dengan penerimaan wahyu
Allah s.w.t. yang memerintah baginda berdakwah secara terbuka, maka dakwah disampaikkan
secara terang-terangan di kalangan kaum kerabatnya, masyarakat Makkah dan kabilah-kabilah
Arab yang dating menunaikan Haji di Makkah. Detik dakwah secara terbuka ini kemudian
menyerlahkan segala rintangan dan halangan terutama dari kaum keluarganya sendiri dalam
perjuangan baginda untuk menegakkan syiar Islam di kota Makkah. Dakwah yang disampaikan
di kota Makkah lebih bertemakan atau ditumpukan kepada Tauhid iaitu mengesakan Allah s.w.t.
kepercayaan tahyul dan khurafat. Inilah yang menyebabkan akidah masyarakat ketika itu bersifat
Jahiliah. Maka itu Tauhid dalam islam merupakan satu perkara utama dan asas utama dalam
kelahiran dan perkembangan tamadun islam.

Dakwah yang disampaikan secara terbuka, mendapat perhatian dari orang ramai. Ini
membangkitkan penentangan yang hebat daripada kaumnya sendiri, terutama orang Quraisy.
Penentangan, penindasan dan halangan dilakukan terhadap orang islam sama ada melalui
tindakan berbentuk tekanan kejiwaan atau berbentuk fizikal. Kemuncak penentangan ini, iaitu
setelah 13 tahun berdakwah di kota Makkah, orang islam dan Nabi Muhammad s.a.w. telah
diperintahkan berhijrah ke kota Yathrib. Peristiwa Hijrah ini berlaku pada tahun 622 Masihi yang
disertai berates-ratus orang islm dari kota Makkah ke Yathrib. Masyarakat Yathrib terumata
bangsa Arab suku Aus dan Khazraj menyambut baik kedatangan orang islam malahan
sesetengah daripada mereka telah pun menganut agama islam. Setelah kewafatan Rasullullah
s.a.w. negara islam dan masyarakat islam dipimpin oleh khalifah iaitu jawatan bagi
menggantikan Rasulullah s.a.w. untuk mentadbir dan memastikan perlaksanaan syiar dan syariat
islam. Dalam sistem khalifah, empat khalifah yang mentadbir negara islam selepas Rasulullah
s.a.w. dikenali sebagai khulafa al-Rasyidin.
Penyusunan Masyarakat dan Negara Islam Madinah

Rasulullah s.a.w. telah mengambil peluang untuk berdakwah dan menyampaikan islam
secara terbuka kepada mereka yang dating mengerjakan Haji di Makkah. Ini menunjukkan asas-
asas kepada pembentukkan sebuah masyarakat islam dan sebuah pusat pertapakan islam telah
bermula sejak baginda berdakwah di Makkah lagi. Kegagalan untuk menjadikan Ta’if sebagai
pusat pertapakan islam ternyata tidak melemahkan semangat perjuangan baginda. Antara
golongan yang datang mengerjakan Haji ini, sesetengah daripadanya menunjukkan minat dan
tertarik dengan dakwah Rasulullah s.a.w. antaranya orang Arab Madinah dari suku Aus dan suku
Khazraj. Melalui hubungan di Makkah lagi, makka termeterainya dua perjanjian antara
Rasulullah s.a.w. dengan orang Madinah iaitu perjanjian Aqabah 1 dan perjanjian Aqabah 2.

Dalam perjanjian Aqabah 1 pada tahun 621 Masihi, orang Madinah telah berikrar untuk
tidak mensyirikkan Allah, mencuri, berzina, membunuh anak, mengumpat, memfitnah dan
menolak perbuatan yang baik. Dalam perjanjian aqabah 2 pada tahun 622 Masihi, Rasulullah
s.a.w. sebagai mewakili orang islam Makkah dan orang islam Madinah berikrar untuk bersatu
sehidup semati. Kedua-dua perjanjian ini begitu penting kepada perjuangan untuk menyebarkan
syiar dan syariat islam.

Piagam Madinah

Berasaskan kepada sumber wahyu al-quran, Rasulullah s.a.w. telah menggubal dan
membentuk Piagam Madinah sebagai asas pembentukan negara islam pertama, Madinah.
Bersesuaian dengan masyarakat Madinah, piagam ini dibahagikan kepada dua bahagian penting
iaitu bahagian pertama mengenai umat islam, terutama golongan Muhajirin dan golongan Ansar
dan bahagian kedua mengenai orang islam dan orang yahudi. Piagam Madinah sebagai sebuah
perlembagaan telah menggariskan peranan dan tanggungjawab pemerintah terhadap yang
diperintah dan tanggungjawab yang diperintah terhadap yang diperintah dan tanggungjawab
yang diperintah sebagai warganegara kepada pemerintah. Antara intipati piagam ini ialah bahawa
sumber perundangan negara islam ialah Al-Quran dan Hadis.

Dalam konteks umum, piagam ini menunjukkan konsep kesatuan atau persekutuan yang
diperkenalkan dan diamalkan di waktu itu. Kesatuan ini meliputi pertama, kesatuan
perlembagaan atau undang-undang yang dilandaskan kepada sumber asas islam iaitu al-Quran
dan ditunjukkan melalui al-Hadith dalam bentuk perlaksanaan. Kedua, kesatuan kepimpinan
iaituRasulullah s.a.w. sebagai ketua negara. Ketiga, kesatuan negara iaitu Madinah yang
mengandungi masyarakat islam dan bukan islam yang dianggap sebagai ummah. Keempat,
kesatuan dalam sikap dan suara misalnya terhadap keadilan, perang dan perdamaian. Kelima,
kesatuan matlamat iaitu masyarakat yang toleransi dan berharmoni bersatu dan teguh tanpa
mengira anutan agama. Keenam, hak dan tanggungjawab sama ada pemerintah terhadap yang
diperintah atau sebaliknya yang diperintah terhadap yang memerintah. Berdasarkan konsep
kesatuan ini, makai a menandakan kewujudan sesebuah kerajaan yang berkesan, tersusun dan
bertamadun tinggi.

Piagam Madinah merupakan model sebuah perlembagaan negara islam. Ia dibincangkan,


dibahaskan dan dimuzakarahkan sehinggan masa kini kerana kepentingannya kepada
perkembangan negara islam dan tamadun islam. Dalam konteks ini, system zimmah (golongan
bukan islam) dalam pemerintahan negara islam ialah memberikan keadilan dan hak yang sama
rata. Mereka menjadi tanggungjawab pemerintah selagi patuh kepada negara dan akan dikenakan
hukuman selaras dengan kesalahan yang dilakukan tanpa pengecualian.
KESIMPULAN

Dasar tamadun islam bukan sahaja memberi manfaat kepada kita, malah kepada haiwan,
tumbuhan dan alam sekitar. Kita juga dapat lihat bahawa Islam dapat menjamin keharmonian
kehidupan sesebuah masyarakat majmuk seperti firman Allah swt: “Wahai manusia,
sesungguhnya Kami jadikan kamu daripada lelaki dan perempuan dan Kami jadikan kamu
berbangsa-bangsa dan berpuak-puak semoga kamu dapat kenal mengenali antara satu sama lain
(Al-Hujurat, ayat 13), “Tidak ada paksaan pada agama”. Telah nyata kebenaran daripada
kesesatan (Surah al-Baqarah ayat 256)”. Islam itu indah, ia tidak memaksa untuk masyarakat
memilih untuk menganut agama lain. Walaubagaimanapun, agama islam merupakan agama yang
terindah dan dipelihara oleh Allah swt. Islam mengiktiraf kemampuan manusia berbanding
dengan makhluk lain untuk menggunakan akalnya dengan memberikan kebebasan untuk
membeza dan memilih mana satu yang benar dan mana satu yang salah.

Selain itu, islam juga menekankan tentang hak keselamatan nyawa kepada umatnya.
Perkara-perkara seperti saling bunuh-membunuh, merokok, dadah merupakan antara perkara
yang diharamkan di dalam islam tetapi masih berleluasa sehingga kini. perkara yang dilarang ini
mempunyai sebab yang kukuh dan turut dijelaskan di dalam Al-Quran: Barangsiapa yang
membunuh seorang manusia bukan kerana hukuman pembunuhan atau kerana membuat bencana
dalam negeri, maka ertinya orang itu telah membunuh manusia seluruhnya. (Surah Al Maidah
5:32). Allah melarang perkara ini kerana jelas ia boleh memudaratkan keselamatan dan kesihatan
masyarakat serta pandangan agama lain terhadap agama Islam. Negara Malaysia antara contoh
yang paling dekat untuk menggambarkan kesejahteraan masyarakat kerana kebanyakkan
penduduk Malaysia beragama Islam dan saling menjalankan hak memelihara nyawa sendiri serta
orang lain.
Seterusnya, Islam juga menitikberatkan pemeliharaan akal fikiran. Manusia wajib
memelihara akal fikiran mereka dan menjaga segala aspek yang memberi kesan kepada
kemampuan akal fikiran seperti elakkan makan makanan dan minum minuman yang tidak
berkhasiat. dari segi rekod obesity, Asia mempunyai bilangan obesiti yang paling banyak
walaupun kebanyakkan penduduk Asia menganut agama Islam. Statistik itu telah meletakkan
Malaysia di tangga ke-10 dunia dengan jumlah penghidap diabetes seramai 3 juta orang, jauh
lebih tinggi daripada jangkaan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menjelang 2025 iaitu
hanya kira-kira 800,000 orang. Negara-negara di Asia terutama di Malaysia perlu menekankan
tentang pentingnya pengambilan makanan yang seimbanng mengikut piramid makanan.

Islam menuntut agar umat Islam senantiasa menjaga kehormatan dan keturunan masing-
masing. Kehormatan seperti maruah diri dan keluarga perlu dijaga terutama sekali kes-kes zina
dan anak luar nikah semakin berleluasa pada masa kini. Hal ini jelas menerangkan mengapa
Islam memudahkan nikah, cuma adat yang merumitkannya. Islam juga mengharamkan zina
bukan sahaja untuk mengelakkan lahirnya zuriat yang tidak dipandang mulia di mata masyarakat
malah untuk mengelak serta mengurangkan tersebarnya penyakit seperti HIV atau penyakit
kelamin yang lain. Dasar yang terakhir yang ditekankan oleh Islam ialah memelihara harta.
Setiap masyarakat perlu berusaha mencari rezeki yang halal dan meninfakkan sebahagian kecil
hartanya kepada golongan yang diperlukan. : “Katakanlah: “Sesungguhnya Tuhanku
melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya dan
menyempitkan (siapa yang dikehendakiNya)”. Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan, maka
Allah akan menggantinya dan Dia lah Pemberi rezeki yang sebaik-baiknya.”. (Surah Saba’ : ayat
39)

Sumber-sumber tamadun Islam yang dijadikan sebagai panduan kepada umat Islam.
antaranya ialah Al-Quran, Al-Sunnah, Al-Ijmak Dan Al-Qiyas. Al-Quran dan Al-Sunnah
merupakan sumber utama yang menjadi panduan hidup untuk para umat islam agar bahagia di
dunia dan akhirat. Segala cara hidup, sunnah, adab telah diterangkan di dalam sumber-sumber
itu. Kedua-dua sumber ini merupakan sumber inspirasi umat Islam untuk membentuk,
membangun dan mengembangkan tamadun mereka.  Dari sinilah datangnya dorongan dan
semangat mereka untuk menerokai alam kemajuan di segenap bidang. al-ijmak pula merupakan
kesepakatan atau hujjah dalam membina sesuatu hukum yang dipersetujui oleh ahli ulama
selepas kewafatan Rasulullah saw. oleh itu, agama islam merupakan agama yang terbaik yang
akan memberi manfaat kepada setiap umatnya. islam itu indah kerana ia hanya menyeru kepada
kebaikan dan kebenaran dengan lemah lembut. Bahkan saat menyerukan kepada orang lain untuk
menuju ke jalan Islam, perdebatan juga harus dengan lemah lembut juga. Islam juga
mengajarkan pada kita untuk berakhlak baik dalam kehidupan dan juga dalam menyebarkan
Islam.
RUJUKAN

1. Ab. Aziz Mohd.Zin(2001), Tamadun Islam Dan Tamadun Asia, Penerbit Universiti
Malaya, Lembah Pantai 50605 Kuala Lumpur.

2. Abi al-filda’ ismail ibn khathir (t.t), Al-Sirah Al-Nabawiyyah, Jilid 1, (Beirut: Dar al
Ma’rifat, Selangor).

3. Che Yah Yaacop (2011), Tamadun Islam Dan Tamadun Asia, Penerbit Universiti
Teknologi Malaysia.

4. Ghazali Darusalam (2001), Tamadun Islam Dan Tamadun Asia, Utusan Publications and
Distributors Sdn Bhd, Taman Shamelin Perkasa, Cheras 56100 Kuala Lumpur.

5. Jubrab Mas’ud, Kamus Al-Raid,(Beirut : Lubnan,1986).

6. Mohd sabri Bin Ismail dan Shahrul Anuar Nordin (2012), Tamadun Islam Dan Tamadun
Asia, Penerbit Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur.

7. Universiti Malaya (2001), Tamadun Islam dan Tamadun Asia, diterbitkan oleh Penerbit
Universiti Malaya Lembah Pantai 50603 Kuala Lumpur Malaysia.

8. Zulkiflee Haron dan Kawan-kawan diterbitkan oleh Penerbit UTM Press UNIVERSITI
TEKNOLOGI MALAYSIA, 81310 UTM Johor Bahru.

Anda mungkin juga menyukai