Anda di halaman 1dari 1

Teknik pendekatan psikoanalisis

1. Perkaitan bebas. 
 Satu teknik yang mendorong klien meluahkan apa sahaja yang terlintas didalam mindanya.
 Klien akan diminta duduk di atas kerusi manakala kaunseling akan berada dibelakangnya.
 Pakar akan menenangkan klien terlebih dahulu bagi memudahkan klien untuk meluahkan
masalah yang dialaminya
 Oleh itu, klien akan menceritakan masalah yang dialaminya masa lalu tanpa dinafikan oleh
kaunseling, dan kaunseling akan mencatat masalah yang dihadapinya bagi tujuan
menganalisa.

2. Analisis Mimpi
 Pakar akan meminta klien menceritakan mimpinya
 Oleh itu, klien diminta untuk bermimpi dan menceritakan mimpi yang mereka alami
 Hal ini kerana emosi,pemikiran, ingatan yang dipendamkan ketika sedar mungkin akan
dikeluarkan semasa mimpi dalam bentuk simbolik.
 Kewujudan simbol-simbol dalam mimpi klien akan diterokai dan ditafsirkan oleh Ahli terapi

3. Analisa pemindahan.
 Ahli terapi akan menjadi seseorang yang signifikan dalam hidupnya sebagai contoh ibu bapa
kepada klien.
 klien akan memindahkan perasaan dan pengalaman lepas yang dialaminya kepada ahli terapi
 Ahli terapi cuba memahami dan mentafsirkan luahan ini supaya klien sedar akan sebab-sebab
berlakunya tindakan yang tidak rasional di dalam dirinya selama ini.

Anda mungkin juga menyukai