Anda di halaman 1dari 35

PENDEKATAN TEORI DALAM AMALAN KAUNSELING

Pendekatan Teori Dalam Amalan Kaunseling


Di Sediakan Oleh:DI SEDIAKAN OLEH:ROKIAH BTE BUYONG ROKIAH BTE BUYONG JABATAN JABATAN ILMU PENDIDIKAN ILMU PENDIDIKAN MAKTAB PERGURUANTEMENGGONG TEMENGGONG IBRAHIM MAKTAB PERGURUAN JOHOR BAHRU IBRAHIM JOHOR BAHRU

DEFINISI TEORI
Teori adalah suatu bentuk intelektualisme dalam idea dan konsep yang dimiliki oleh seseorang individu menerusi asas pekerjaannya, pengalamannya, pembacaannya yang berbentuk saintifik sifatnya, maka perlu diuji, diselidik dan diramalkan

KEPENTINGAN TEORI:Teori membolehkan seseorang/kaunselor mengetahui:

Tentang pandangan dan sikap terhadap manusia secara keseluruhannya. Samada nilai budaya, masyarakat dan agama mempengaruhi sikap dan pandangan seseorang terhadap manusia. Bagaimana manusia belajar. Perkembangan sahsiah/personaliti, samada diwarisi/dipelajari. Bolehkah manusia berubah dan bagaimana mereka berubah. Penyebab perlakuan luar biasa. Apakah perlakuan itu boleh diterima atau tidak.

PENDEKATAN PSIKOANALISA

Di pelopori oleh Freud. Tokoh lain Carl Jung menjalankan kajian dan pendekatan dalam Art Therapy. Teori Personaliti dan juga kaedah terapi

PANDANGAN FREUD TERHADAP MANUSIA

Freud memandang manusia sebagai pesimis, deterministik dan mekanistik. Manusia ditentukan oleh pemikiran tidak rasional, motivasi tidak sedar, keinginan dan dorongan biologi dan naluri oleh peristiwa psikoseksual pada lima tahun pertama kehidupan. Tingkahlaku manusia ditentukan oleh tenaga psikik. Tenaga psikik ini terdiri dari id, ego dan superego. Oleh kerana tenaga ini terbatas, maka bagi mengendalikan tenaga yang ada, maka salah satu dari tiga sistem tenaga ini akan menguasai dua yang lain bagi menentukan tingkahlaku manusia. Tingkahlaku manusia juga ditentukan oleh kehendak naluri seks dan impuls agresif. Tingkahlaku manusia ditentukan oleh keinginan memperoleh kesenangan dan menghindari kesakitan. Freud memandang manusia mempunyai naluri kehidupan mahupun kematian. Menurut Freud tujuan setiap kehidupan adalah kematian kehidupan tidak lain adalah jalan ke arah menuju kematian.

PANDANGAN CARL JUNG TERHADAP MANUSIA

Menekankan peranan perkembangan manusia. Setiap manusia ada matlamat. Penekanan terhadap penyempurnaan kendiri manusia. Masa kini ditentukan oleh masa lampau dan masa akan datang.

KONSEP KONSEP CARL JUNG


Ketaksedaran personal Pengalaman-pengalaman pada suatu masa disedari, direpresi dan dilupakan. Peristiwa dan pemikiran yang menyakitkan ditekan dan diabaikan. Ketaksedaran kolektif Himpunan ingatan-ingatan terpendam yang diwarisi dari nenek moyang. Warisan ingatan ritual yang diturunkan dari satu generasi ke generasi lain. Ingatan ini dapat dinyatakan melalui tafsiran simbolik. Pesona Topeng yang digunakan terhadap respon situasi dan tuntutan sosial. Pesona merupakan peranan yang dirancang oleh masyarakat. Pesona adalah wajah yang ditunjukkan melalui peranan sosial yang dimainkan oleh individu. Anima dan animus Karektor feminine dan maskulin. Anima adalah karektor feminin dimiliki oleh lelaki yang menyebabkan dapat memahami akan wanita. Animus adalah karektor maskulin yang ada pada wanita yang membolehkannya memahami lelaki Dua sikap Introvert dan ekstrovert. Ekstrovert mengarah seseorang kepada dunia eksternal dan objektif. Introvert fokus kepada internal dan subjektif.

PERINGKAT PROSES TERAPI PSIKOANALISA

Tahap:- 1 Peringkat:- Fasa Pembukaan

Aktiviti: Pertemuan pertama antara klien dengan kaunselor Segala maklumat dicatat bagi tujuan analisis dan kegunaan dalam sesi berikut. Kaunselor menganalisis sejarah dan perkembangan hidup klien. Kaunselor membantu klien melihat tahap unconcious, berdasarkan maklumat yang diberi Sesi mungkin berjalan selama 3 hingga 6 kali

Tahap:- 2 Peringkat:- Perkembangan Transference Aktiviti: Kaunselor membantu klien menghubungkan permasalahan yang dihadapi sekarang dengan unconcious yang dialami semenjak kecil yang ada kaitan dengan individu yang sinifikan. Melalui proses tranferens klien akan lebih memahami tahap unconcious di masa lampau melalui analisis kaunselor. Apabila klien mula memahami tahap bawah sedarnya maka klien akan cuba membuat perubahan kepada tingkahlakunya di masa kini Kaunselor akan membantu klien untuk mendapatkan keseimbangan

Tahap:- 3 Peringkat:- Working Through Aktiviti:Masih lagi menggunakan tranferens bagi mendapatkan beberapa insight perkara-perkara yang terpendam di tahap bawah sedar

Tahap:- 4 Peringkat:- Resolution Of Transferens Aktiviti:Fasa penamat bagi sesi kaunseling, setelah klien mengenalpasti masalah yang dihadapi melalui analisis tahap bawah sedarnya.

TEKNIK TERAPI ASSOSIASI BEBAS


Klien berbaring di atas katil dan kaunselor duduk dibelakangnya. Klien bebas untuk bercakap apa sahaja yang terlintas dalam fikirannya. Teknik ini merupakan pemanggilan kembali pengalaman-pengalaman masa lampau dan pelepasan emosi yang berkaitan dengan situasi trauma di masa lampau yang dikenali sebagai katarsis. Tugas kaunselor mengenalpasti peristiwa atau perkara-perkara yang direpreskan ke minda tanpa sedar. Kaunselor membantu klien memahami perkaraperkara atau peristiwa yang di alami.

INTERPRESTASI

Merupakan kaedah menganalisis asosiasi bebas, tranferens, mimpi dan juga resistence yang ditimbulkan oleh klien. Kaunselor akan menyatakan, menerangkan atau memberitahu berkaitan dengan makna tingkahlaku yang dimaksudkan oleh perkara-perkara di atas. Fungsi interpretasi adalah untuk mendorong ego bagi mengasimilasikan bahan baru dan mempercepatkan timbul bahanbahan tidak sedar klien. Tafsiran-tafsiran yang dibuat akan menyebabkan klien lebih memahami dan akan memudahkan timbulnya bahan-bahan yang dipendamkan oleh klien. Interpretasi yang diberi hendaklah diberi tepat pada waktunya:- Di saat klien boleh menerima dan mengakui peristiwa berkenaan - Interpretasi hendaklah dibuat dari awal peristiwa dan sedalam yang mampu diterima oleh klien. - Sebelum interpretasi emosi dan konflik dibuat, hendaklah terlebih dahulu dinyatakan bentuk resistence yang ada.

ANALISIS TRANSFERENCE

Pendekatan ini adalah merupakan inti pati kepada perhubungan kaunselor dengan klien. Melalui proses ini kaunselor akan cuba membantu klien memahami urusan tidak selesainya dalam masa lampau bersama dengan orang yang signifikan kepadanya. Contoh ibu atau bapa Proses rawatan akan cuba menghidupkan kembali pengalamanpengalaman masa lampau klien. Kaunselor akan membantu klien memahami pengalaman-pengalaman masa lalunya yang ada kaitannya dengan kehidupan di masa kini Klien akan melihat kaunselor sebagai orang yang pernah menyebabkan konflik pada dirinya berlaku. Ada kala perasaan negatif seperti benci, dendam atau pun perasaan positif seperti cinta, kasih akan dipindahkan kepada kaunselor Ada kalanya berlaku counter transference dimana kaunselor memindahkan perasaannya kepada klien, semasa proses terapi berlaku. Oleh kerana itu kaunselor hendaklah tahu dan mahir untuk menolak perasaan wujud dalam hubungannya dengan klien. Sebab itu calon kaunselor berminat menggunakan pendekatan ini dinasihatkan menjalani analisis intensif sebagai klien.

ANALISIS RESISTENCE
Ada ketikanya semasa sesi, klien menunjukkan ketidaksediaannya untuk menghubungkan perasaan, pemikiran dan pengalaman yang tertentu. Keadaan ini dikenali sebagai resistence. Resistence merupakan pertahanan terhadap kecemasan yang dihadapi oleh klien. Resistence digunakan untuk mencegah bahan-bahan yang mengancam memasuki minda sedar. Kaunselor berperanan untuk menunjukkan resistence yang berlaku dan klien harus menghadapinya jika mahu menangani masalah yang dihadapinya Tafsiran kaunselor akan membantu klien memahami resistence yang ada sehingga beliau dapat menangani pemasalahan yang dihadapinya.

ANALISIS MIMPI

Freud memandang mimpi sebagai `jalan istimewa menuju minda tanpa sedar` Analisis mimpi merupakan suatu cara untuk menyingkap peristiwa atau perkara yang tidak disedari dan membantu klien memahami masalah yang tidak selesa Menurut Freud sewaktu tidur mekanisma bela diri menjadi lemah dan segala perasaan yang dipendamkan akan muncul ke permukaan. Melalui mimpi segala hasrat, keinginan dan ketakutan yang tidak disedari akan dapat dinyatakan. Mimpi terbahagi 2 isi:- Isi laten segala dorongan yang samar, tersembunyi dan simbolik, oleh kerana terlalu menyakitkan dan mengancam, dorongan seksual dipindahkan ke dalam bentuk yang lebih boleh diterima dan muncul sebagai mimpi. - Pemindahan dorongan yang boleh diterima dan lahir sebagai mimpi inilah di panggil sebagai mimpi manifes. - Tugas kaunselor adalah membuat tafsiran terhadap simbol-simbol yang terdapat pada isi manifes mimpi.

PENDEKATAN CLIENT CENTERED


Juga di kenali sebagai non-directive, Rogerian atau humanistik Penekanan here and now Andaian berkait dengan manusia:-Baik -Berupaya menyelesaikan masalah -Manusia boleh berkembang secara positif dan membina jika wujud perasaan saling percaya mempercayai dan hormat menghormati.

KONSEP ASAS
3 Aspek Penting Dalam Teori

Organisme seorang individu secara keseluruhannya Bidang fenomenologi keseluruhan pengalaman Kendiri satu unsur yang terdapat di dalam fenomenologi yang disebut `saya` atau `aku`

SEBAB MANUSIA BERMASALAH

Tidak kongruen antara kendiri dengan pengalaman

MATLAMAT KAUNSELING MENGIKUT TEORI


Kesediaan menerima, merasai dan

mengalami realiti sebenar. Yakin akan diri sendiri. Klien akan dipandu dan diarah oleh perasaan dan pemikiran sendiri. Kesediaan untuk terus berkembang.

PERANAN KAUNSELOR MENGIKUT TEORI


Fasilitator. Mewujudkan suasana yang sesuai dan menggalakkan. Membantu klien agar tidak lagi bersifat membela diri/defensive bagi setiap tingkahlakunya. Memperlihatkan kepada klien bahawa ia dianggap sama taraf dengan kaunselor. Menjadi sebagai cermin yang akan membantu klien melihat diri dan masalahnya dengan jelas.

TEKNIK DAN TATACARA KAUNSELING


Perhubungan

yang bersifat tulus ikhlas, jujur, ketulenan, kesediaan menerima tanpa syarat. Berkeupayaan berempati secara tepat. Mendorong individu bergerak ke arah memperkembangkan kendiri menuju penyempurnaan kendiri.

Pendekatan Teori RET

PANDANGAN TERHADAP MANUSIA


Setiap manusia itu dilahirkan dengan potensi berfikir secara positif dan negatif serta penuh dengan putar belit. Manusia berfungsi secara menyeluruh dan perlu untuk terus hidup gembira. Proses tersebut ialah berprihatin, berperasaan, bergerak dan berfikir. Aspek perasaan dan tingkahlaku tidak terabai, walaupun aspek pemikiran yang diubati. Pemikiran, perasaan dan tingkahlaku berkait rapat. Masalah yang dihadapi manusia itu berpunca dari pemikiran yang tidak rasional terhadap sesuatu peristiwa. Kognitif berbentuk non-verbal menghasilkan kesan yang signifikan ke atas emosi dan tingkahlaku individu

Kepercayaan tidak rasional mungkin menjadi darah daging dan sebahagian dalam kehidupan individu sejak kecil RET percaya bahawa manusia ada kecenderungan untuk mereka-reka kepercayaan yang mengganggu mereka dan sengaja menyebabkan diri mereka terganggu akibat dari gangguan tadi. Teori ini mengandaikan bahawa individu-individu mempunyai keupayaan bertindak sama ada dalam bentuk rasional mahupun tidak rasional. Tingkahlaku tidak rasional lahir atau ditonjolkan oleh individu adalah disebabkan oleh gangguan psikologi dan emosi. Manusia semakin berkelakuan tidak rasional apabila mereka menerima idea-idea tidak rasional ke dalam sistem kepercayaan mereka.

KEPERCAYAAN TIDAK RASIONAL

Semua orang mesti sayang saya. Rasa berkebolehan dan hebat. Manusia jahat. Punca jahat dari orang lain. Walaupun kegagalan yang berlaku kecil tetapi diperbesar-besarkan. Kekecewaan hasil dari gangguan. Anxiety gangguan emosi. Tak mahu bertanggungjawab. Bergantung kepada orang lain kebahagian hidup bergantung kepada orang lain. Masa silam mempengaruhi masa kini keadaan dulu yang menyebabkan sekarang. Tak perlu risau masalah orang lain. Setiap masalah mesti ada jalan penyelesaiannya. Orang berkuasa sentiasa betul dan tak boleh dipersoalkan.

PEMIKIRAN YANG SILAP


Saya mesti rasa gembira selalu, rasa yakin dan mesti dapat mengawal perasaan sendiri. Saya percaya orang yang mengasihi satu sama lain mestilah tidak berkonflik atau bergaduh (conflict phobia). Saya percaya bahawa saya sepatutnya sentiasa merasa seronok, yakin dan menguasai emosi saya (emotional perfectionism). Saya percaya jika saya keseorangan, saya mesti merasa sedih dan kesunyian, Takut keseorangan. Saya mesti tidak gagal atau melakukan kesilapan (performance perfection). Saya tidak sepatutnya merasa marah, bimbang, tidak lengkap, cemburu dan sebagainya (emotophobia).

MATLAMAT SESI KAUNSELING


Membantu klien memahami idea-idea palsu

atau kepercayaan tidak rasional yang menganggu emosinya. Klien memahami kesan negatif akibat idea tidak rasionalnya. Mengajar klien idea dan alternatif baru. Untuk memberitahu klien tentang kebaikan idea-idea baru.

TEORI A, B, C, D, E
A - Activating event = peristiwa yang berlaku B Belief System = semua kepercayaan, sama ada rasional atau sebaliknya. C Consequences = akibat/kesan, sama ada positif atau sebaliknya. D Disputing = mempertikaikan kepercayaan yang tidak rasional. E Effective Thinking = pemikiran baru yang rasional.

FASA FASA 1 MEMBINA HUBUNGAN MENDENGAR EMPATI RAPPORT RUMUSAN REFLEKSI INTERPRETASI PENJELASAN

KEMAHIRAN

PENDEKATAN TEORI

HUMANISTIK

FASA 2 EKSPLORASI

MENDENGAR EMPATI RAPPORT RUMUSAN REFLEKSI

INTERPRETASI MENCABAR PERKONGSIAN CELIK AKAL

PSIKOANALISA

FASA 3 MEMBINA MATLAMAT TINDAKAN

MENDENGAR EMPATI RAPPORT RUMUSAN REFLEKSI

INTERPRETASI MENCABAR PERKONGSIAN CELIK AKAL MENGAJAR KONFRONTASI

RET

MODEL PROSES KAUNSELING EGAN

Art Therapy

Music Therapy

Dance Theraphy

Psycho - drama Jenis Jenis Pendekatan Kreatif

Movement Theraphy

Puppet Show
Poem

Sand Play

Story Telling

Taking Action Counseling Enabling self-reliance Informing Teaching Changing System

Advising

Sekian Terima Kasih

Anda mungkin juga menyukai