Anda di halaman 1dari 3

TEKS PENGACARA MAJLIS PELANCARAN MINGGU ANTI DADAH DAN HARI ANTI DADAH PERINGKAT SEKOLAH

2020

BIL ATURCARA SKRIP PENGACARA CATATAN

1 Murid-murid berdiri dalam Bismillah itu permulaan kalam, Pengacara diminta untuk memaklum-kan
barisan. Dengan nama Allah Khalikul alam, kepada semua murid agar bersedia dan senyap
Berkat Muhammad Sayid Al anam untuk upacara majlis bermula
Memberi rahmat siang dan malam.’

Di sini kita bermadah,


mengucap syukur, Alhamdulillah...
Semoga majlis dilimpah barkah.

Alhamdulillahi wah dah......

2 Alu-aluan Pengacara Majlis. Bismillahirrahmanirrahim.


Assalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh.

Yang Berusaha
Encik Md Rais bin Abdullah
Guru Besar SK Rinching Hilir

Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Mazura Bt Ismail


Penolong Kanan HEM, Puan Noriani Bt Mat Zin
Penolong Kanan Ko-Kurikulum, Pn. Norhaezlin Bt Pawanteh
barisan Guru-guru seterusnya anak didik SK Rinching Hilir yang saya kasihi
sekalian.

Alhamdulillah, marilah sama-sama kita aturkan setinggi-tinggi syukur kita ke


hadrat Illahi, kerana dengan limpah kurnia-Nya, kita diberi luangan waktu dan
kesempatan, dianugerahkan kesihatan dan kesempatan untuk bersama-sama
berhimpun di Dataran Semarak Ilmu ini dalam majlis pelancaran Bulan Panitia
Bahasa Melayu Tahun 2020.

Sebelum dimulakan majlis kita pada pagi ini, para pelajar di minta duduk.

3 Bacaan Doa Untuk memberkati majlis kita pada pagi ini, marilah kita memanjatkan doa ke hadrat ilahi. Untuk Ustaz
itu majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Ustaz Mohd Aidil Dzulasri untuk memimpin
bacaan doa. Majlis mempersilakannya.

(Bacaan Doa)

Amin Ya Rabbal Alamin. Majlis mengucapkan terima kasih di atas bacaan doa tadi, semoga majlis
kita akan lebih diberkati dan dirahmati Allah s.w.t.

4 Ucapan Ketua Panitia Guru-guru dan para pelajar yang dihormati,


Bulan Panitia Bahasa Melayu akan berlangsung sepanjang bulan Mac. Bulan Panitia Bahasa Melayu
ini adalah merupakan suatu usaha untuk menjana minda murid dan melahirkan murid yang
mempunyai karektor bahasa yang baik.

Melilit rotan di dahan Ara


Di celah angsana mekar sekata
Ucapan alu-aluan pembuka bicara
Ketua Panitia bermadah kata

Rajan-rakan guru dan para pelajar yang dikasihi.

Pihak majlis dengan hormatnya mempersilakan Pn.Norazila bt Mihad, Ketua Panitia Bahasa Melayu
untuk menyampaikan ucapan.
Dipersilakan..
Ucapan Perasmian Guru Buah langsat di tepi busut,
Besar Mari dimuat di atas peti,
Besar hajat kami menjemput,
Besar niat di dalam hati.

Majlis dengan sukacitanya menjemput dan mempersilakan Encik Md Rais bin Abdullah, Guru Besar
SK Rinching Hilir, untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis Pelancaran
Minggu Anti Dadah dan Hari Anti Dadah Peringkat Sekolah bagi tahun 2020.
Majlis dengan penuh hormat dan takzimnya mempersilakan tuan.
  
Pihak majlis merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas ucapan
5 serta perasmian oleh Tuan Guru Besar.

Dengan berakhirnya upacara perasmian tadi, maka berakhirlah majlis kita pada hari ini. Saya
6 Penutup dan Bersurai serahkan semula perhimpunan kepada guru bertugas.
Wabillahi Taufik Wal Hidayah Wassalamual aikum Warah matulla hi Wabarakatuh

Anda mungkin juga menyukai