Anda di halaman 1dari 2

Kuiz Interaktif 4

1.Apakah ciri iklim di Malaysia?


A. Julat suhu tahunan 1°C – 3°C
B. Min suhu tahunan 18°C
C. Hujan tahunan kurang 2 000 mm
D. Taburan hujan sekata

2.

 Berasal dari Benua Asia


 Bertiup dari bulan November hingga Mac

Maklumat di atas merujuk


A. angin Sumatera
B. angin Tenggara
C. angin Monsun Timur Laut
D. angin Monsun Barat Daya

3. Apakah nama fenomena dalam rajah di bawah?

A. Hujan bukit
B. Hujan siklon
C. Hujan perolakan
D. Hujan perenggan
4.Mengapakah angin Monsun Barat Daya tidak membawa hujan yang lebat ke Semenanjung
Malaysia?
A. Bertiup dari kawasan daratan
B. Bertiup dari kawasan tekanan tinggi
C. Dihalang oleh Selat Melaka
D. Dihalang oleh tanah tinggi di Sumatera

5.Apakah ciri-ciri suhu di Malaysia?


I   Julat suhu harian 1°C
II  Suhu rendah awal tahun
III Min suhu tahunan 27°C
IV Hampir sekata sepanjang tahun
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

6.Pernyataan yang manakah benar tentang pengaruh cuaca dan iklim terhadap kegiatan
ekonomi Malaysia?
I   Pelbagai jenis kegiatan ekonomi dapat dijalankan sepanjang tahun
II  Perikanan di pantai timur Semenanjung Malaysia terjejas pada musim tengkujuh
III Suhu yang tinggi menggalakkan penanaman tanaman hawa sederhana
IV Kegiatan pembalakan terganggu pada musim kemarau
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

7.

 Jalan raya diturap


 Bangunan konkrit dibina rapat-rapat

Apakah kesan alam sekitar yang dapat dikaitkan dengan ciri bandar di atas?
A. Jerebu
B. Hujan asid
C. Pulau haba
D. Penipisan lapisan ozon

8.Apakah yang menyebabkan kejadian jerebu?


I   Pencemaran air
II  Kebakaran hutan
III Kilang perindustrian
IV Penggunaan baja nitrogen
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

Anda mungkin juga menyukai