Anda di halaman 1dari 5

1 Antara berikut, pernyataan manakah menerangkan tentang ciri-ciri iklim Khatulistiwa?

A Panas sepanjang tahun


B Panas dan kering sepanjang tahun
C Dialami oleh kawasan yang terletak di antara garisan lintang 0° hingga 10°U dan 0°
hingga 10°S Garisan Khatulistiwa
D Dialami oleh kawasan yang terletak di antara garisan lintang 0° hingga 30°U dan 0°
hingga 30°S Garisan Khatulistiwa

2 Antara berikut, manakah yang betul mengenai suhu di Malaysia?


I Julat suhu harian kecil
II Julat suhu tahunan besar
III Min suhu tahunan tinggi
IV Suhu tinggi dan hampir sekata sepanjang tahun
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

3 Apakah yang mempengaruhi taburan hujan yang tidak sekata di Malaysia?


A Bentuk muka bumi dan lokasi
B Jenis hujan dan tiupan angin monsun
C Tiupan angin monsun dan suhu sekeliling
D Bentuk muka bumi dan tiupan angin monsun

4 Maklumat berikut adalah berkaitan hujan di Malaysia.

Hujan maksimum diterima semasa peralihan monsun

Antara berikut, manakah merupakan tempoh peralihan monsun tersebut?


I Hujung bulan Mac hingga awal Mei
II Oktober hingga pertengahan November
III Hujung bulan Oktober hingga awal bulan Mac
IV Antara bulan Februari sehingga pertengahan November
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
5 Maklumat berikut adalah berkaitan ciri-ciri hujan di sebuah lokasi di Malaysia.

 Kawasan yang menerima hujan paling sedikit di Malaysia


 Purata hujan tahunannya kurang daripada 1 500 mm
Antara berikut, lokasi manakah yang dimaksudkan oleh maklumat tersebut?
A Chuping, Perlis
B Kawasan pedalaman Sabah
C Kuala Pilah, Negeri Sembilan
D Kawasan pedalaman Sarawak

6 Apakah yang dimaksudkan dengan angin tempatan?


A Angin kencang yang bertiup dari bulan April hingga Mei dan September hingga
Oktober
B Ribut petir yang berlaku pada waktu petang dan awal senja di daratan, manakala di
lautan berlaku pada sebelah malam
C Angin yang bertiup di sebuah kawasan kecil, berbeza dengan taburan tekanan umum
yang terdapat pada persekitaran tersebut
D Angin yang membawa hujan lebat ke pantai timur Semenanjung Malaysia, kawasan
barat Sarawak serta pantai utara dan timur Sabah

7 Maklumat berikut adalah mengenai ciri-ciri sejenis angin monsun.

 Bertiup dari pertengahan bulan Mei hingga akhir bulan September


 Membawa hujan yang sederhana lebat ke Malaysia
 Bertiup merentasi Lautan Hindi
Antara berikut, dari manakah asal angin monsun yang dinyatakan di atas?
A Lautan Hindi C Benua Australia
B Lautan Pasifik D Pedalaman Benua Asia

8 Maklumat berikut adalah berkaitan lokasi kawasan pertanian utama di Malaysia.


 Segi Tiga Jengka (Pahang)
 Lahad Datu (Sabah)
Apakah jenis tanaman yang terdapat di kawasan yang dinyatakan di atas?
A Padi C Kelapa sawit
B Lada hitam D Penanaman teh
9 Apakah faktor yang menggalakkan pertumbuhan hutan hujan tropika, terutama di
kawasan pedalaman Semenanjung Malaysia serta pedalaman Sabah dan Sarawak?
A Suhu yang tinggi dan jumlah hujan yang sedikit
B Suhu yang tinggi dan jumlah hujan yang banyak
C Suhu yang rendah dan jumlah hujan yang sedikit
D Suhu yang rendah dan jumlah hujan yang sederhana banyak

10 Mengapakah nelayan di pantai barat Semenanjung Malaysia dapat menangkap ikan


sepanjang tahun?
A Keadaan Laut China Selatan tidak bergelora
B Terlindung daripada tiupan angin kencang dari Lautan Pasifik
C Terlindung daripada tiupan angin kencang semasa Monsun Timur Laut
D Nelayan mahir menggunakan teknik untuk menangkap ikan dengan banyak

11 Apakah kelebihan suhu air laut antara 20°C hingga 30°C?


A Menggalakkan pertumbuhan batu karang
B Menggalakkan pertumbuhan rumpai laut
C Kewujudan pelbagai jenis spesies hidupan laut
D Sesuai untuk dijadikan pusat penyelidikan berkaitan hidupan laut

12 Antara berikut, manakah kepentingan gas rumah hijau terhadap bumi?


A Perubahan iklim
B Mengekalkan suhu bumi
C Mempengaruhi peningkatan bilangan spesies flora dan fauna
D Membebaskan oksigen untuk kegunaan manusia dan tumbuhan

13 Apakah yang menyebabkan jerebu berlaku?


A Kepulan asap yang dihasilkan oleh pembakaran kayu
B Pembebasan gas sulfur dioksida yang terlarut dalam wap air
C Udara yang tidak bersih yang terdapat di kawasan perindustrian
D Zarah-zarah halus yang tidak nampak oleh mata kasar terampai di atmosfera dalam
kepekatan yang tinggi
14 Antara berikut, manakah kesan El Nino terhadap suhu?
A Peningkatan suhu antara 1.5°C hingga 3°C berbanding dengan keadaan biasa
B Peningkatan suhu antara 0.5°C hingga 2°C berbanding dengan keadaan biasa
C Pengurangan suhu antara 1.5°C hingga 3°C berbanding dengan keadaan biasa
D Pengurangan suhu antara 0.5°C hingga 2°C berbanding dengan keadaan biasa

15 Antara berikut, manakah merupakan ciri iklim di Malaysia?


I Menerima Angin Sumatera
II Julat suhu tahunan adalah besar
III Hujan maksimum diterima semasa awal tahun
IV Suhu yang hampir sekata dan tinggi sepanjang tahun
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

16 Apakah faktor yang menggalakkan penanaman tanaman seperti getah, lada hitam dan
koko di Malaysia?
A Kawasan pertanian yang besar dan luas
B Mendapat permintaan tinggi daripada negara luar
C Iklim Khatulistiwa yang panas dan lembap sepanjang tahun
D Merupakan tanaman yang menjadi sumber pengeluaran makanan utama

17 Rajah 1 merupakan dua lokasi yang terdapat di Malaysia.

Rajah 1
Apakah persamaan antara kedua-dua lokasi tersebut?
A Kawasan penanaman koko dan tomato
B Kawasan pembalakan utama di Malaysia
C Kawasan tanah tinggi yang bersuhu sederhana
D Kawasan yang menerima hujan paling sedikit di Malaysia
18 Antara berikut, kegiatan manusia manakah yang menyumbang kepada peningkatan
pelepasan gas rumah hijau ke atmosfera?
A Mengamalkan kitar semula barangan
B Menanam pelbagai jenis pokok bunga
C Melakukan pembakaran sisa pertanian
D Menggunakan bekas makanan mesra alam

19 Maklumat berikut adalah berkaitan kesan suatu kejadian.

 Menghakis dinding bangunan


 Memusnahkan tanaman dan tumbuh-tumbuhan

Apakah kejadian yang menyebabkan keadaan tersebut berlaku?


A Jerebu
B Pulau haba
C Hujan asid
D Kesan rumah hijau

20 Fenomena El Nino dikaitkan dengan pemanasan suhu di Lautan Pasifik yang luar biasa.
Apakah kesan yang terjadi akibat kejadian tersebut?
A Tekanan udara dan pola tiupan angin mengalami perubahan
B Pembentukan awan yang tebal dan hujan lebat yang luar biasa
C Penurunan suhu permukaan laut di bahagian tengah Lautan Pasifik
D Angin Timuran yang bertiup ke barat Lautan Pasifik dan membawa hujan yang lebat

Anda mungkin juga menyukai