Anda di halaman 1dari 3

Mengumumkan ketibaan Yang Berhormat Dato Azhar bin Jamaluddin, Ahli Dewan

Undangan Negeri Changkat Jong diiringi oleh dif-dif kehormat.

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum WBT.

‫ والصالة والسالم على رسول هللا وعلى آله ومن وااله‬،‫الحمد هللا رب العالمين‬

Yang Berhormat Dato Azhar bin Jamaluddin,


Ahli Dewan Undangan Negeri Changkat Jong.

Yang Berusaha  En. Norazman


Guru Besar SK Dato Laksamana Raja Mahkota.

Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Hilir Perak

Barisan panel hakim, 

Guru-guru seterusnya para peserta Majlis Tadarus Alquran Peringkat Kelompok 4


Daerah Hilir Perak.

Alhamdulillah, setinggi ucapan kesyukuran kita  panjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan
limpah Rahmat dan Izin Kasih-Nya pada tengah hari ini kita telahpun berjaya
melaksanakan  Majlis Tadarus  Al-Quran  Peringkat Kelompok 4 Daerah Hilir Perak bagi
tahun 2017. Bagi pihak jawatankuasa pengelola, majlis mengalu-alukan kehadiran  Yang
Berhormat Dato Azhar bin Jamaluddin Ahli Dewan Undangan Negeri Changkat Jong
bagi menyempurnakan Majlis  Penutup dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada
para pemenang.

Bagi memula dan memuliakan majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan
bermunajat, memohon berkat agar segala urusan mendapat rahmat.  Untuk itu, majlis
mempersilakan  Al Fadhil Ustaz ____________________  untuk memimpin bacaan 
doa.

Alhamdulillah bermula dari pagi tadi, sebanyak tiga jenis pertandingan telah
dilangsungkan dengan jayanya.  Pertandingan-pertandingan tersebut ialah tilawah al-
Quran, bercerita kisah al-Quran dan hafazan. Pertandingan –pertandingan yang
dilangsungkan adalah bertujuan untuk memilih wakil kelompok ke peringkat daerah Hilir
Perak.

Hadirin hadirat yang dihormati

Tak molek, jika ada alu tida lesungnya


Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara

Majlis dengan ini mempersilakan  Yang Berusaha Encik Norazman_____________ Guru


Besar SK Dato Laksamana Raja Mahkota untuk menyampaikan ucapan aluan.
Dipersilakan

Terima kasih diucapkan kepada  Yang Berusaha Encik Norazman bin


_______________ atas ucapan sebentar tadi.

Hadirin yang dikasihi, seterusnya pihak majlis dengan berbesar hatinya mempersilakan
Yang Berhormat Dato Azhar bin Jamaluddin, Ahli Dewan Undangan Negeri Changkat
Jong untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan majlis penutupan Majlis
Tadarus Al-Quran peringkat kelompok 4 daerah hilir perak.

Terima kasih diucapkan kepada  Yang Berhormat Dato Azhar bin Jamaluddin atas
ucapan dan perasmian sebentar tadi

Hadirin yang dirahmati Allah sekalian,

Kini tibalah kita ke acara yang dinanti-nantikan, iaitu pengumuman keputusan


pertandingan majlis tadarus al-Quran. Dengan segala hormatnya pihak majlis dengan
sukacitanya menjemput dan mempersilakan Al Fadhil Ustaz Azahari bin__________bagi
mengumumkan keputusan.

(membaca keputusan)

Terima kasih diucapkan kepada Al Fadhil Ustaz Azahari bin__________ atas


pengumuman yang dibacakan sebentar tadi. 
Bagi menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang, pihak majlis ingin
menjemput dan mempersilakan Yang Berhormat Dato Azhar bin Jamaluddin, Ahli
Dewan Undangan Negeri Changkat Jong diiringi Yang Berusaha En Norazman bin
Nordin Guru Besar SK Dato Laksaman Raja Mahkota naik ke pentas.

(mc membaca keputusan)

Dengan berakhirnya upacara penyampaian hadiah sebentar tadi, maka Majlis kita sudah
sampai ke penghujungnya. Tahniah dan syabas diucapkan kepada para pemenang dan
diharapkan kejayaan ini akan terus berpanjangan di peringkat daerah nanti. 

 Hadirin sekalian, kita telah pun berada di penghujung acara

Gugur menguning buah kuini,


Menghijau pohon subur dibaja,
Majlis kita berakhir di sini,
Salah dan silap lupakan saja
Sebarang kelemahan harap dimaafi
Segala kerjasama sangat dihargai
Terima kasih sekalung budi
Kenangan nan indah simpanlah di hati
Semoga kita berjumpa lagi.

Kami  bagi pihak ahli jawatankuasa MTQ kelompok 4 Daerah Hilir Perak merakamkan
ucapan terima kasih kepada semua pihak yang memberikan kerjasama dalam
menjayakan majlis pada hari ini.

Sekian, wabillahitaufik walhidayah.

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh

Anda mungkin juga menyukai