Anda di halaman 1dari 4

PENERANGAN PK

Isi Kandungan Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti ( SPSK )


Keluaran :05 Tarikh Keluaran : 31 MAC 2015 Tarikh Kuatkuasa : 15 APRIL 2015

No.
Dokumen
MK

Nama Dokumen
Manual Kualiti

PK 01

Pengurusan Panitia

PK 02

Pengurusan Jadual Waktu

PK 03

Pengurusan P & P

PK 04

Pengurusan Pencerapan

PK 05

Pengurusan Peperiksaan

PK 06

Pengurusan Semakan Hasil Kerja Murid

PK 07

Pengurusan Mesyuarat

PK 08

Pengurusan Bimbingan

PK 09

Pengurusan Pusat Sumber

PK 10

Pengurusan Latihan Personel

PK 11

Pengurusan Aduan Pelanggan

PK 12

Pengurusan Maklum Balas Pelanggan

PK 13

Pengurusan Kawalan Dokumen dan Rekod

PK 14

Pengurusan Audit Dalam

PK 15

Pengurusan Kawalan Perkhidmatan Yang Tidak Akur

PK 16

Tindakan Pembetulan, Pencegahan dan Penambahbaikan

PK 17

Pengurusan Perolehan

PK 18

Pengurusan Pembelajaran dan Pengajaran Guru Ganti

PK 19

Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

PK 20

Pengurusan Data

PK 21

Pengurusan Program

PENERANGAN PK

PROSEDUR KUALITI (PK)


SPSK YANG DILAKSANAKAN DI SEKOLAH
PK01 PENGURUSAN PANITIA
Prosedur ini bertujuan untuk memastikan pengurusan panitia diurus dengan cekap dan
teratur supaya prestasi setiap mata pelajaran bagi peperiksaan pertengahan tahun,
akhir tahun dan peperiksaan awam meningkat 3 peratus atau minimum 65 peratus
keseluruhan dalam tahun semasa.
PK02 PENGURUSAN JADUAL WAKTU
Prosedur ini diguna pakai untuk memastikan jadual waktu diedarkan dalam tempoh
tujuh (7) hari sebelum sesi persekolahan dimulakan.
PK03 PENGURUSAN PEMBELAJARAN & PENGAJARAN
Prosedur ini bagi memastikan proses Pembelajaran dan Pengajaran yang telah
dirancang dan dilaksanakan 100 % berdasarkan Rancangan Pelajaran Tahunan,
melainkan berlaku perkara-perkara di
luar kawalan sekolah.
PK04 PENGURUSAN PENCERAPAN
Prosedur ini bertujuan memastikan guru-guru yang mengajar di
Rendah/Menengah Negeri Selangor dicerap minimum sekali (1) kali setahun

Sekolah

PK05 PENGURUSAN PEPERIKSAAN


Prosedur ini disediakan untuk memastikan penyediaan soalan dan pengurusan
Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Peperiksaan Akhir Tahun dapat berjalan dengan
lancar dalam tempoh 60 hari mengikut perancangan yang telah ditetapkan dalam
Takwim Sekolah.
PK06 PENGURUSAN SEMAKAN HASIL KERJA MURID
Prosedur ini bertujuan untuk memastikan:
1.1
100 peratus hasil kerja murid disemak oleh guru mata pelajaran.
1.2
Pihak pentadbir memantau semakan hasil kerja murid minimum dua kali
setahun.
PK07 PENGURUSAN MESYUARAT
Prosedur ini bertujuan untuk memastikan proses pengendalian mesyuarat yang teratur
mengikut agenda yang ditetapkan dengan mematuhi Pekeliling Kemajuan Pentadbiran
Awam Bilangan 2 Tahun 1991.
PK08 PENGURUSAN BIMBINGAN
Prosedur ini bertujuan untuk memastikan 100% murid mendapat Perkhidmatan
Bimbingan daripada Guru Bimbingan dan Kaunseling dalam Perkhidmatan Bimbingan,
Kemahiran Belajar, Perkhidmatan Bimbingan Kerjaya, Perkhidmatan Pembangunan
Diri Murid dan Perkhidmatan Bimbingan Motivasi, melainkan dalam hal-hal yang bukan
kawalan pihak sekolah.

PENERANGAN PK

PK09 PENGURUSAN PUSAT SUMBER


Prosedur ini bertujuan untuk memastikan 80% murid membuat pinjaman buku di Pusat
Sumber di sekolah, minima 10 buah buku dalam setahun persekolahan.
PK10 PENGURUSAN PERKEMBANGAN STAF ( PENGURUSAN LATIHAN PERSONEL )
Prosedur ini bertujuan untuk memastikan semua guru sekolah di Negeri Selangor
mendapat latihan tujuh (7) hari dalam satu tahun, sebagaimana Surat Pekeliling
Ikhtisas Bil. 6/2005 - Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam.
PK11 PENGURUSAN ADUAN PELANGGAN
Prosedur ini bertujuan untuk memastikan proses pengendalian aduan diurus dengan
cekap dan teratur melalui tindakan terhadap semua aduan yang diterima dan
direkodkan.
PK12 PENGURUSAN MAKLUM BALAS PELANGGAN
Prosedur ini bertujuan memastikan proses pengurusan maklum balas pelanggan dan
tahap kepuasan guru dan staf diuruskan secara terancang dan berkesan. Analisis
hendaklah dibentangkan dalam mesyuarat pengurusan:
a.
Maklum balas pelanggan sekurang-kurangnya 4 kali setahun.
b.
Tahap kepuasan guru dan staf sekurang-kurangnya 2 kali setahun.
c.
Maklum balas murid murid 2 kali setahun.
PK13 PENGURUSAN KAWALAN DOKUMEN DAN REKOD KUALITI
Prosedur ini bertujuan untuk menjelaskan tatacara kawalan dokumen dan rekod
kualiti bagi memastikan semua dokumen dan rekod yang digunakan dalam sistem
pengurusan dokumen dan rekod kualiti dilaksana mengikut kaedah yang ditetapkan di
bawah prosedur ini. Prosedur ini juga bertujuan supaya rekod kualiti dikendalikan
dengan baik, dapat dibaca, mudah dikenal dan mudah diperolehi semula. Prosedur
yang diwujudkan bertujuan untuk mengawal, mengenal, menyimpan, menjaga,
mendapatkan semula dan melupuskan rekod kualiti.
PK14 PENGURUSAN AUDIT DALAM
Prosedur ini bertujuan menentukan kaedah mengendalikan Audit Dalam supaya dapat
dilaksanakan sekurang-kurangnya sekali dalam tahun semasa dengan teratur dan
cekap bagi memastikan keberkesanan sistem pengurusan kualiti dan tindakan
penambahbaikan dapat dilaksanakan di semua sekolah Negeri Selangor.
PK15 PENGURUSAN KAWALAN PERKHIDMATAN YANG TIDAK AKUR
Prosedur ini adalah panduan bagi mengawal perkhidmatan tidak memenuhi keperluan
yang ditetapkan dalam proses Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti di semua sekolah di
Negeri Selangor.
PK16 TINDAKAN PEMBETULAN, PENCEGAHAN DAN PENAMBAHBAIKAN
Prosedur ini bertujuan untuk memastikan semua ketakakuran dikaji dan tindakan
pembetulan, pencegahan dan penambahbaikan dilaksanakan bagi menghapuskan
punca-punca ketidakpatuhan supaya ianya tidak berulang.

PENERANGAN PK

PK17 PENGURUSAN PEROLEHAN


Prosedur ini bertujuan untuk memastikan perolehan dibuat secara cekap, berkesan
dengan mematuhi Arahan Perbendaharaan dan Tatacara Pengurusan Kewangan dan
Perakaunan Kumpulan Wang Sekolah, tanpa Audit Berteguran.
PK18 PENGURUSAN PEMBELAJARAN DAN PEMBELAJARAN GURU GANTI
Prosedur ini bagi memastikan proses pembelajaran dan pengajaran dapat
dilaksanakan dengan berkesan tanpa kehadiran guru subjek.
PK 19 PENGURUSAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)
Prosedur ini disediakan untuk memastikan pengurusan Pentaksiran Berasaskan
Sekolah (PBS) dijalankan mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga
Peperiksaan dan Jawatankuasa PBS sekolah.
PK 20 PENGURUSAN DATA
Prosedur ini bertujuan untuk menentukan proses pengurusan data yang sistematik
supaya dapat diakses secara berterusan dengan cepat, tepat, mudah dan boleh
dipercayai.
PK 21 PENGURUSAN PROGRAM
Prosedur ini bertujuan memastikan pengurusan program dilaksanakan secara
terancang
dan berkesan bagi mengukur pencapaian objektif seperti berikut:
a.
Objektif bagi setiap pelaksanaan program tercapai;
b.
Menyediakan laporan dalam tempoh 14 hari setelah program selesai.

Anda mungkin juga menyukai